You are on page 1of 5

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian-Nya dapat juga saya menyempurnakan
kertas tugasan tentang prepare yearly budget di bawah matapelajaran vokasional iaitu
Industrial Management (ETE 802) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah
memperoleh pelbagai pengalaman samada pahit atau manis yang amat berharga dalam hidup
saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya lalui sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali dalam hidup.
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu tentang bahagian-bahagian penjana. Di kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Puan Zamila Binti Mat Esaha
kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan kertas
tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang
telah diamanahkan ini.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha dalam menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan daripada anda semua,
mungkin saya tidak akan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna.

PENDAHULUAN
Pengurusan Industri boleh dikaitkan dengan pembangunan, penambahbaikan,
pelaksanaan dan penilaian sistem bersepadu sumber manusia, kewangan, pengetahuan,
maklumat, peralatan, sumber tenaga, bahan mentah dan proses-proses perindustrian. Selain
itu, pengurusan industri juga berkaitan dengan bentuk prototaip produk baru dengan lebih
cekap. Pengurusan industri menggabungkan prinsip dan kaedah analisis kejuruteraan dan
sintesis dengan sains matematik, fizikal dan sosial bersama-sama untuk menentukan,
meramalkan dan menilai keputusan sesuatu sistem atau proses.
Kaedah pemikiran pengurusan industri akan menjadi lebih penting bagi organisasi masa
hadapan dalam cabaran membina strategi dan kedudukan dan juga untuk mewujudkan
keadaan yang optimum untuk berjaya.
Perspektif yang dibina di atas dasar kaedah pemikiran sistem (systems thinking), sangat
sesuai untuk jenis-jenis perancangan dan analisis yang diperlukan bagi organisasi yang
berusaha untuk meningkatkan kedudukan danstrategi dan mewujudkan keadaan dalaman
positif dalam pasaran yang sentiasa berubah. Prinsip-prinsip pengurusan industri tidak hanya
terpakai secara universal di seluruh industri, malah ia juga merangkumi operasi dalam
kerajaan, perdagangan, perkhidmatan, dan juga industri.
Antara perbezaan pengurusan industri dan pengurusan pengeluaran ialah sistem
produktif. Sebagai contohnya, pengurusan industri berurusan dengan analisis, rekabentuk dan
kawalan sistem manakala pengurusan pengeluaran kebanyakannya berkaitan dengan
pengurusan pengeluaran persekitaran. Selain itu, pengurusan industri berkenaan dengan
merekabentuk sistem dan menyediakan maklumat pakar tanpa benar-benar mengendalikan
sistem. Pengeluaran atau operasi pengurusan adalah sub-kepakaran pengurusan industri. Bagi
pengurusan pengeluaran pula membiasakan seseorang dengan konsep dan teknik khusus
untuk analisis dan pengurusan sesuatu aktiviti pengeluaran.

Terdapat pelbagai jabatan dalam organisasi yang besar terlibat dalam memainkan
peranan tersendiri dalam membantu jabatan pengeluaran mencapai objektifnya. Walaupun
adanya organisasi perkhidmatan seperti bank, syarikat perisian, ataupun hospital mereka perlu
diuruskan melalui pengurusan industri. Antara jabatan yang yang terlibat ialah :

Head Of Production Department : Merupakan pegawai tertinggi dalam organisasi


pengeluaran. Beliau dikenali juga sebagai pengurus kerja atau pengurus awam. Beliau
juga adalah orang yang bertanggungjawab untuk semua fungsi jabatan pengeluaran dan
semua sub-bahagian organisasi pengeluaran dikawal dan diarahkan olehnya.

Manufacturing Department : merupakan sebahagian daripada organisasi pengeluaran di


mana aktiviti atau operasi sebenar adalah untuk pengubahan bahan mentah kepada produk
atau barangan siap. Ketua jabatan ini juga dipanggil sebagai Pengurus Pengeluaran.
Tanggungjawab utamanya pengurus pengeluaran adalah untuk memastikan pengeluaran
mengikut arahan dan rancangan yang telah ditetapkan.

Technical Department : Tugas utamanya adalah untuk meningkatkan kualiti barangan


dengan melakukan penyelidikan dan pembangunan ke atas teknik teknik moden
pengeluaran. Pengarah Teknikal merupakan ketua untuk jabatan ini.

Production, Planning and Control Department : Tugas utama jabatan ini adalah untuk
menyediakan perancangan dan perlaksanaan pelan pengeluaran untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dalam tempoh masa tertentu. Jabatan ini juga mengawal semua
jabatan pengeluaran yang lain dan jabatan ini diketuai oleh Pengawal Pengeluaran.

Quality Control Department : Berfungsi untuk memastikan dan memeriksa kualiti produk
atau barangan siap berada dalam keaadan yang sempurna. Jabatan ini dikawal oleh Ketua
Pemeriksa yang mempunyai beberapa kumpulan di bawahnya bagi mengawal kualiti
pengeluaran produk.

Engineering Department : Untuk menyelenggara bahagian mesin dan alat-alat yang


digunakan dalam pengurusan pengeluaran juga menyediakan pelbagai . Jabatan ini
diketuai oleh Ketua Jurutera.

Purchase Department : Antara tugas utamanya ialah pembelian bahan mentah, peralatan
mesin, dan lain lain barangan yang perlu digunakan untuk penghasilan dan pengeluaran.
Jabatan ini juga menilai harga dan kualiti barangan yang dibeli semasa pembelian. Jabatan
ini diketuai oleh Ketua Pengurus Kerja.

Store Department : Diketuai oleh Ketua Penjaga Kedai. Jabatan ini bertugas untuk
mengimbangi permintaan, bekalan bahan mentah dan barangan siap / produk. Pengukuran
bahan, rekod penyertaan, pengendalian yang mencukupi dan selamat antara keperluan
kewujudan keperluan bahan.

Maintenance Department : Berfungsi untuk menyelenggara pelbagai asset firma seperti


jentera, bangunan, kenderaan, dan lain-lain. Jabatan ini diketuai oleh Pengurus
Penyelenggaraan.

Security Department : Jabatan ini bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan industri


dan diketuai oleh Pengarah Keselamatan. Jabatan ini merumuskan peraturan berkaitan
keselamatan dan melaksanakan peraturan di setiap peringkat. Jika berlaku kemalangan,
jabatan ini akan mengambil alih dan menyiasatnya.
Objektif utama pengurusan industri adalah untuk menyediakan kuantiti serta kualiti yang

baik pada masa yang betul. Dalam hal ini, perkara tersebut boleh didapati melalui :
Kos pembuatan
Mesin dan peralatan
Tenaga Manusia
Servis Pembuatan
Kualiti Produk
Jadual Pembuatan

Antara kepentingan pengurusan industri ialah untuk menarik minat pelbagai pihak dalam
organisasi seperti :
Pengguna
Pelabur
Komuniti
Pengedar
Negara
Pekerja
Antara kekangan yang dihadapi pengurusan industri ialah masalah pemilihan lokasi,
masalah pemilihan cara pengeluaran, masalah susun atur loji, masalah rekabentuk produk,
masalah penghasilan dan masalah pengawalan inventori, masalah kawalan kualiti, masalah
tenaga manusia, dan masalah pengawalan kos.

You might also like