You are on page 1of 1

AZ - ZARNUJI

Burhanuddin al-Islam Az-Zarnuji merupakan seorang ilmuwan


Arab-Islam yang hidup pada kurun ke-6 hijrah bersamaan kurun
ke-12 masihi di tebing Sungai Sayhun. Az-Zarnuji ialah salah
seorang tokoh ilmu pendidikan dan pedagogi pada zaman
pertengahan dan banyak menghasilkan buku yang terkenal
dalam bidang ini. Melalui buku-buku inilah, beliau mengajar
tentang metodologi dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Karya-karya az-Zarnuji ini telah diterjemahkan ke beberapa
bahasa asing lain seperti bahasa Latin, Inggeris dan Jerman.
Pandangan dan idea az-Zarnuji banyak mempengaruhi senario
pendidikan pada zamannya dan era selepasnya.
Karya Az-Zarnuji yang paling terkenal ialah Kitab Talim AlMutaalim Thoriqa At-Taallim yang membahaskan tentang
kaedah belajar yang betul. Kitab ini telah diterjemah dan
dicetak ke pelbagai bahasa serta dijadikan bahan rujukan dalam
penulisan-penulisan
ilmiah
terutamanya
dalam
bidang
pendidikan. Kitab ini tidak hanya digunakan ilmuan Islam tetapi
juga dija dikan rujukan oleh para orientalis dan penulis barat.

You might also like