You are on page 1of 10

FAKULTI PENDIDIKAN

HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
MEI 2014

NAMA
MOHD FAUZI BIN MD RAWI
NO. MATRIKS
690101108469001
NO. KAD PENGENALAN
690101108469
NO. TELEFON
0122210171
EMAIL
fauzi8469@gmail.com

Tutors name: MOHAMMAD BIN SEMAN


PUSAT PENGAJIAN : SHAH ALAM
Semester Mei 2014

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

LATAR BELAKANG PROJEK

3.0

NAMA PROJEK

4.0

TEMA PROJEK

5.0

MATLAMAT PROJEK

6.0

OBJEKTIF PROJEK

7.0

PELAKSANAAN PROJEK

8.0

PELAKSANAAN AKTIVITI

9.0

PENGHARGAAN

10

1.0

PENGENALAN
Khidmat Masyarakat

ialah komponen

amali Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam


aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian
yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah.
Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat
yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif
dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
Justeru itu, dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, gotong
royong merupakan satu kerja amali yang menjadi komponen penting dan para pelajar
perlu menjalankan kerja amali ini dalam bentuk khidmat masyarakat. Pelajar juga
dikehendaki melaksanakan projek ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan
menyediakan laporan. Projek khidmat masyarakat ini bertujuan membantu pelajar
merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik yang dipelajari di dalam kelas.
Melalui projek khidmat masyarakat ini, diharapkan pelajar dapat meningkatkan
keyakinan diri serta memupuk semangat kerjasama dengan komuniti setempat selain
memberikan sumbangan untuk memperbaiki suasana setempat.
Menyahut seruan kementerian Pelajaran Malysia supaya setiap sekolah
mengadakan acara gotong royong, Persatuan Sains Sekolah Agama Menengah
Tanjong Karang telah melaksanakannya pada hari Rabu 26hb Jun 2014 yang lalu.
Semua ahli persatuan telah berganding bahu dalam program gotong royong untuk
mengindahkan kawasan Taman Persatuan Sains. Tujuan gotong royong ini diadakan
bukan hanya untuk memperindahkan kawasan Taman Persatuan Sains tetapi lebih
kepada pembinaan sahsiah pelajar supaya turut mempunyai semangat sayangkan
sekolah dan turut berusaha mencantikkan kawasan sekolah mereka. Apabila pelajar
berkerjasama memperindahkan kawasan sekolah, ia akan memupuk rasa sayang
kepada sekolah dan seterusnya pelajar akan menjaga persekitaran sekolah mereka
dengan lebih bertanggungjawab.

Kehadiran pelajar dan guru yang mengambil bahagian adalah amat


menggalakkan. Ini membuktikan bahawa pelajar SAMTK sentiasa positif dan
mengambil berat akan sekolah mereka.

2.0

LATAR BELAKANG PROJEK


Program ini dirancang untuk diadakan bagi membersihkan kawasan Taman
Persatuan Sains agar lebih kemas dan ceria. Di samping itu, ia diharapkan dapat
mengurangkan kemalangan di kalangan murid-murid Sekolah Agama Menengah
Tanjong Karang akibat daripada keadaan persekitaran yang tidak begitu tersusun dan
membahayakan. Gotong royong ini telah dilaksanakan oleh semua ahli Persatuan
Sains pada hari Rabu, 26hb Jun 2014.

3.0

NAMA PROJEK
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TAMAN PERSATUAN SAINS

4.0

TEMA PROJEK
Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah

5.0

MATLAMAT PROJEK
Matlamat gotong royong ini adalah untuk memberi pendedahan sebenar
kepada ahli Persatuan Sains mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat
cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang
mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil
perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di peringkat sekolah berbanding di
rumah. Namun demikian, sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri
yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar
ceria, indah, wangi, bersih dan selamat.

Melalui aktivit gotong royong ini, ahli Persatuan Sains juga boleh
meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan
diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting
program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap
persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
Selain itu, memberi peluang kepada pelajar untuk menyediakan suasana yang
ceria, selesa, bersih dan harmoni belajar. Pelajar dapat bekerjasama dengan
kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja untuk menyediakan suasana yang
lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah
demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang. Kawasan yang menjadi tumpuan
ialah tempat Persatuan Sains yang terletak di hadapan bangunan makmal sekolah iaitu
di blok C. Kesimpulannya, pentingnya khidmat masyarakat dalam komponen amali
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah untuk
1.

Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik serta


kewarganegaraan di luar kelas.

2.

Memberikan sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.

3.

Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab


masyarakat dan negara.

4.

Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti,tolong menolong


dan berlumba-lumba.

5.

melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira


agama kaum dan etnik.

6.

Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan


menghargai alam sekitar.

6.0

OBJEKTIF PROJEK
6.1

Memupuk dan meningkatkan semangat kerjasama erat dan hubungan mesra


yang lebih kukuh di antara ahli Persatuan Sains dan guru penasihatnya.

6.2

Memupuk sikap bertanggungjawab pada diri pelajar untuk menjaga keindahan


dan kebersihan sekolah.

6.3

Membersih dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah agar murid-murid


sekolah ini dapat menjalani pembelajaran dengan lebih selesa.

6.4

Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.

6.5

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum

6.6

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,


keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

6.7

Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan


yang dipelajari oleh pelajar di luar bilik darjah

6.8

Para pelajar berpeluang memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran


untuk memajukan sekolah.

6.9

Mewujudkan kawasan taman Persatuan Sains tempat rehat sekolah yang lebih
ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting
bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria,
tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

6.10

7.0

Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

PELAKSANAAN PROJEK
Bermulanya semester tiga, saya telah mendapat tugasan untuk membuat satu
aktiviti khidmat masyarakat. Justeru itu, saya mula membuat perancangan untuk
menjayakan projek. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan
dengan sempurna. Pemilihan projek khidmat masyarakat di bawah tajuk
mengindahkan kawasan sekolah menjadi pilihan saya.
Atas dasar saya sebagai guru Penasihat Persatuan Sains sekolah, saya
menjadikan Taman Sains Sekolah sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti ini. Pihak
yang terlibat dalam projek ini ialah saya sendiri sebagai guru penasihat, ahli-ahli
Persatuan dan juga pekerja am sekolah. Maklumat yang diperolehi untuk menjayakan
projek ini ialah dengan cara pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan melalui
ICT serta buku. Persetujuan Pengetua dan sokongan rakan-rakan sejawat banyak
membantu dalam merancang projek ini.

Mesyuarat dan perjumpaan yang diadakan pada minggu perjumpaan Kelab


dan Persatuan Sekolah telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Secara adil dan
saksama agihan tugas dan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap ahli bagi
melancarkan projek ini. Anggaran pendapatan adan perbelanjaan dibuat dengan teliti
agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan.

8.0

PELAKSANAAN AKTIVITI
8.1

Manual Pelaksanaan Projek

BIL

PELAKSANAAN TUGAS

TINDAKAN

Penyediaan kertas kerja program : 1. Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan


persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan Setiausaha
pelaksanaan program melalui mesyuarat dan Program
bersemuka.
2. Mesyuarat kali pertama

2
3

Pelantikan AJK Program secara rasmi.


Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerjakerja asas program :
Cadangan : bilik Makmal 1 Sains.

4
5

Mesyuarat AJK Program kali ke 2.


Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan
yang perlu digunakan untuk gotong-royong.

8.2

Organisasi yang terlibat


Semua ahli Persatuan Sains

8.3

Hari / Tarikh Pelaksanaan projek


Rabu / 26hb Jun 2014

Setiausaha
Program
Setiausaha
Program
Setiausaha
Program
AJK Peralatan

8.4

Kawasan sasaran
8.4.1

Taman Herba
i.

memperbanyakkan menanam pokok herba

ii.

mencabut dan menebas rumput yang tumbuh menjalar

iii.

menggembur tanah-tanah pada pokok-pokok herba yang sedia


ada.

8.4.2

Sempadan Taman Persatuan Sains


i.

8.5

mengecat batu-bata

Carta organisasi
Penasihat
En. Bahari bin Bastamam
( Pengetua SAMTK )

Pengerusi
En. Mohd Fauzi bin Md Rawi
( Guru Penasihat Persatuan )

Setiausaha
Mohd Syafiq bin Ramli ( 5 Jamaah )
( Pengerusi Persatuan Sains )

Naib Setiausaha
8

Norzahira bt Ali ( 5 Amanah )


( Setiausaha Persatuan Sains )

Bendahari
Amirah bt Salehuddin ( 5 Amanah )
( Bendahari Persatuan Sains )

AJK Peralatan

8.6

1.

Ahmad Hisham bin Hasbulah

( 5 Amanah )

2.

Ismail bin Harun

( 5 Baraqah )

3.

Mansor bin Yahya

( 5 Dakwah )

4.

Halijah bt Ramly

( 5 Baraqah )

5.

Siti Khajar bt Mahmud

( 5 Jamaah )

Tentatif program
3:00 petang

Guru dan murid berkumpul di Taman Sains

3:05 petang

Guru menyampaikan ucapan aluan seterusnya


memberikan taklimat gotong royong.

3:15 petang

Pengagihan kumpulan
Kumpulan 1 - Kawasan

Taman

Herba

Persekitarannya
Kumpulan 2 Kawasan sempadan Persatuan
Sains
3:30 petang

Aktiviti gotong royong dimulakan.

5:00 petang

Jamuan

5.30 petang

Bersurai

dan

8.7

Sumber kewangan
Diperolehi dari :

8.8

i.

sumbangan PIBG

RM 200.00

ii.

duit Persatuan

RM 100.00

Jumlah

RM 300.00

Anggaran perbelanjaan
Bil

Perbelanjaan

Perkara

1
Tin cat
2
Berus cat
3
Plastik sampah
4
Baja
5
Minuman pelajar
JUMLAH

9.0

RM 40 x 3 tin
RM 4.00 x 5 batang
RM 5.50 x 5
RM 30 x 3 kampit
RM 20 x 2 tong

RM 120.00
RM 20.00
RM 27.50
RM 90.00
RM 40.00
RM 297.50

PENGHARGAAN
Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Pengetua SAMTK, guru penasihat Persatuan Sains SAMTK, ahli-ahli
Persatuan Sains SAMTK dan juga pekerja am sekolah kerana memberikan kerjasama
dan sokongan untuk menjayakan projek ini.
Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa
akan datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat.

10

You might also like