You are on page 1of 15

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI AMANG KAPIT 2015
ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN
Cikgu Evelyne

WARGA DEWAN
BERSEDIA

Selamat pagi, salam 1 Malaysia serta salam Menjulang Sarawak..


Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian majlis akan
bermula sebentar lagi.
Seiring madah pantun bersambut,
Dalam senyum penghidang tamu,
Mesra berdakap kasih terpaut,
Persilakan tamu sambut dipintu.

Cikgu Zaiful

UCAPAN
PENGUMUMAN

Mengumumkan Ketibaan,
Yang Berhormat,
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(Merangkap Ahli Parlimen P215, Kapit)
diiringi oleh,
Yang Berusaha,
Encik John Lang anak Likong
Guru Besar Sk Sungai Amang masuk ke dewan.
** tetamu jemuputan masuk ke dewan diringi alunan muzik**
Warga dewan yang dimuliakan,
Berikut ialah perarakkan masuk Graduasi murid Tahun 6 SK Sungai Amang
2015.
** murid tahun 6 masuk diringi alunan muzik**
1

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN
Cikgu Evelyne

BACAAN DOA

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Majlis dengan ini mempersilakan Paderi Jamboh untuk mengetuai bacaan
doa. Majlis mempersilakan .
*** setelah selesai bacaan doa**
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Paderi Jamboh, diatas
bacaan doa itu tadi.
Cikgu Zaiful

NYANYIAN LAGU
NEGARAKU ,
PERSEMBAHAN
TARIAN NGAJAT &
PERSEMBAHAN KOIR

*** setelah tetamu mengambil tempat, selepas bacaan doa**


Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Selamat datang ke MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH SK
SUNGAI AMANG KAPIT BAGI TAHUN 2015.
Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara
kita, Negaraku. Untuk itu, majlis menjemput warga dewan berdiri dan
bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Negara kita.
**** selepas tamat nyanyian lagu Negaraku **
Tetamu kehormat, para jemputan, guru-guru, para murid serta hadirin hadirat
sekalian dijemput duduk.

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN

Seterusnya, sebagai pembukaan, majlis mempersilakan persembahan Tarian


Ngajat Ngalu Ke Temuai Datai dibawah bimbingan Puan Winnie.
Dan,
Diikuti persembahan Koir oleh murid tahun 6 Sk Sungai Amang Kapit yang
mempersembahkan 2 buah lagu, lagu rohani bertajuk Ku Meri Mulia Ka Iya
dan lagu kedua bertajuk Kau Ilhamku.
Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat, lagu rohani dibawah bimbingan Cikgu
Mee dan Puan Umban bersama ahli muzik iaitu drummer adik Randy Ricky,
basis adik Sunny Ricky, akustik gitar adik Gibson Sumbang dan keyboardist
adik Febby Catherina Eva manakala lagu kedua dibawah bimbingan Cikgu
Mee, Cikgu Hanafi, Cikgu Eillyne, Cikgu Shahfizan dan Cikgu Vong.
dipersilakan.
**setelah tamat persembahan**
Pihak majlis merakam ucapan ribuan terima kasih diatas persembahan koir
sebentar tadi.
Cikgu Evelyne
ALU-ALUAN KEPADA
TETAMU

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN


Yang Berhormat,
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(Merangkap Ahli Parlimen P215, Kapit)
Yang Dihormati,
Encik Edward Manggah,
Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Kebangsaan Sungai Amang Kapit,
Yang Berusaha,
Encik John Lang anak Likong,
3

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN

Guru Besar SK Sungai Amang,


Yang Dihormati,
Tuai Rumah Achan.
Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Amang,
Yang dihormati,
Tuai-tuai rumah, wakil pegawai perhubungan sekolah, penolong-penolong
kanan, para guru, staf sokongan,
Yang dikasihi,
Murid-murid Sk Sungai Amang, serta hadirin dan hadirat sekalian.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan berkatnya
dapat kita bersama-sama di bawah bumbung Dewan Suarah Kapit, bagi samasama menjayakan MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI AMANG KAPIT BAGI TAHUN 2015.

Cikgu Zaiful
OBJEKTIF

Untuk pengetahuan warga dewan sekalian, objektif majlis ini diadakan adalah
untuk:
Memberi galakkan dan dorongan kepada para murid agar lebih berusaha
dengan lebih gigih untuk mencapai kecermerlangan diri dalam bidang
akademik.
Rajin-rajinlah belajar, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.

by zaiful ikhwan

ATURCARA

UCAPAN ALUAN GURU


BESAR

TEKS SAPAAN

CATATAN

Cikgu
Evelyne

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Encik John Lang anak Likong,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Amang Kapit untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
***setelah selesai berucap**
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN
TETAMU JEMPUTAN
KHAS

Cikgu Zaiful

Para Hadirin hadirat sekalian,


Yang awal kita dahulukan,
Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.
Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, (Merangkap Ahli Parlimen
P215, Kapit) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Penyampaian Sijil dan Hadiah Sekolah Kebangsaan Sungai Amang Kapit bagi
tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*** setelah selesai berucap**
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan
Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi itu tadi.

by zaiful ikhwan

ATURCARA

PERASMIAN

TEKS SAPAAN

Hadirin & Hadirat yang dimuliakn,

CATATAN

Cikgu
Evelyne

Sebagai tanda perasmian,


Sekali lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Guru
Besar, Encik John Lang Likong, Penolong Kanan 1, Pn. Umban Anak Achang,
PK HEM, En. James Anak Siba dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Buja
Anak Bala bagi mengiringi Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi
untuk tampil naik ke atas pentas bagi menyempurnakan gimik perasmian
persembahan multimedia Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Sk Sungai
Amang bagi Tahun 2015, dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** selesai majlis perasmian***
Tanam durian tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah tersemat di dalam hati.
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Alexander
Nanta Linggi di atas kesudian beliau bagi merasmikan majlis kita pagi ini.

Cikgu Zaiful
PERSEMBAHAN PRASEKOLAH &
PERSEMBAHAN KOIR

Hadirin yang dihormati,


Sebagai halua telinga, majlis kita dihiburkan dengan persembahan nyanyian
yang akan dipersembahkan murid-murid PRA Sekolah, sekolah Kebangsaan
Amang Kapit, dibawah pimpinan guru pra-sekolah iaitu Cikgu Stefanie dengan
tajuk lagu :
Medley Do Re Mi, Are You Sleeping? Dan Moon Moon Moon
6

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN

Dan sekali lagi


diikuti oleh persembahan kedua Koir murid tahun 6 Sk Sungai Amang Kapit
dengan lagu yang bertajuk You Raise Me up dibawah bimbingan Cikgu Mee,
Cikgu Hanafi, Cikgu Eillyne, Cikgu Shahfizan dan Cikgu Vong.
dipersilakan.
***Setelah tamat persembahan***
Pihak majlis merakam ucapan terima kasih diatas persembahan sebentar tadi.

Cikgu Evelyne
PENYAMPAIAN HADIAH
KEDUDUKAN DALAM
(PEPERIKSAAN AKHIR
TAHUN 2015)

Hadirin yang dihormati sekalian,


Seterusnya majlis penyampaian Hadiah Kedudukan dalam Kelas bagi
Peperiksaan Akhir Tahun 2015.
Dengan ini, majlis menjemput Yang Dihormati________________________,
bagi menjemput dan mengiringi __________________________________
untuk menyampaikan Hadiah kepada para pelajar yang mendapat kedudukan
bagi kelas masing-masing. Dipersilakan.
RUJUK LAMPIRAN (SENARAI KEDUDUKAN MURID DALAM KELAS)
**Setelah tamat penyampaian hadiah**
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ______________________
diatas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN
Cikgu Zaiful

PERSEMBAHAN
KARAOKE

Majlis kita diserikan lagi dengan Persembahan Karaoke oleh Adik Chrisveri
Liau Impin dan Adik Arissa Limau Ak Kanyan dimana kedua-dua mereka
merupakan juara pertandingan karaoke antara rumah sukan Sekolah
Kebangsaan Sungai .Amang 2015 bagi kategori solo lelaki dan solo
perempuan
Dipersilakan.. **setelah tamat persembahan**
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
Cikgu Evelyne

PENYAMPAIAN SIJIL
GRADUASI PRA
SEKOLAH

Yang Berbahagia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Kecemerlangan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang erat
antara semua pihak. Sebagai penghargaan atas segala usaha dan kejayaan
tersebut dalam mencipta kecemerlangan tersebut, pelbagai anugerah telah
diwujudkan. Maka beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian Sijil
Graduasi Pra Sekolah Bagi tahun 2015.
Majlis
dengan
segala
hormatnya
menjemput
Yang
Dihormati
___________________________________ bagi menjemput dan mengiringi
__________________________________________________________ untuk
menyampaikan Sijil Graduasi Prasekolah.
..majlis mempersilakan.RUJUK LAMPIRAN (SENARAI MURID PRA
SEKOLAH)
***Setelah tamat penyampaian sijil graduasi**
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________________
kerana sudi menyampaikan sijil-sijil sebentar tadi.
8

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN
Cikgu Zaiful

PERSEMBAHAN
TARIAN

Majlis diteruskan dengan persembahan tarian Kuda Kepang oleh muridmurid Sekolah Kebangsaan Sungai Amang Kapit, dibawah bimbingan Cikgu
Mohd Shafizan Omar manakala busana props aksesori dan tatarias oleh Cikgu
Aziz dan Cikgu Nurul Hidayu
.dipersilakan..
***setelah tamat persembahan***
Majlis mengucapkan terima kasih diatas persembahan yang menghiburkan itu
tadi.
Cikgu Evelyne

PENYAMPAIAN SIJIL
GRADUASI TAHUN 6
2015

Hadirin yang dihormati,


Yang Berjaya kita raikan,
Hadiah diberi sebagai penghargaan,
Yang cemerlang kita doakan,
Semoga kejayaan terus berkekalan.
Seterusnya majlis penyampaian Sijil Graduasi Murid Tahun 6 2015. Dengan ini,
majlis menjemput Yang Berusaha Encik John Lang Likong, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Amang Kapit menjemput dan mengiringi Yang
Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P215 Kapit untuk
menyampaikan Sijil Graduasi kepada para pelajar Tahun 6 2015
..dipersilakanRujuk Lampiran (Senarai Murid Tahun 6 2015)
***Setelah tamat penyampaian Sijil Graduasi**
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk
Alexander Nanta Linggi atas kesudian untuk menyampaikan sijil graduasi
sebentar tadi.
9

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

PENYAMPAIAN
ANUGERAH KHAS
BICARA BERIRAMA

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Khas Bicara


Berirama 2015

CATATAN
Cikgu Zaiful

Untuk pengetahuanYang Berhormat dan warga dewan,


Pasukan Bicara Berirama dibimbing oleh Cikgu Mohd Shafizan dan Cikgu
Selmah bersama guru-guru panitia BM ini merupakan Johan peringkat
Bahagian Kapit serta mendapat Johan Peringkat negeri Sarawak 2015 dan
mewakili Negeri Sarawak keringkat Kebangsaan.dan juga memenangi
kategori Skrip Terbaik dan Persembahan terbaik peringkat Negeri Sarawak
Untuk itu majlis menjemput ________________________________________
bagi menjemput dan mengiringi yang _____________________________
untuk menyampaikan Anugerah Khas kepada pasukan Bicara Berirama
Sekolah Kebangsaan Sungai Amang 2015
..dipersilakan. ___________________________ untuk mewakili pasukan
Bicara Berirama Sekolah bagi menerima anugerah khas iniTahniah dan
syabas diucapkan kepada Pasukan Bicara Berirama Sekolah.
***Setelah tamat penyampaian anugerah khas***
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________________
kerana sudi menyampaikan anugerah khas sebentar tadi.

10

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN
Cikgu Evelyne

PENYAMPAIAN HADIAH
MURID PRA SEKOLAH
TERBAIK & MURID
TAHUN 6 TERBAIK

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada Murid Terbaik PraSekolah dan Murid Terbaik Tahun 6 SK Sungai Amang Kapit bagi tahun 2015.
Oleh itu, majlis sekali lagi dengan sukacitanya mempersilakan
____________________________________________________ menjemput
dan seterusnya mengiringi _______________________________________
bagi
menyampaikan
Hadiah
kepada
murid
terbaik
Pra-Sekolah
2015..dipersilakan
Dijemput Cikgu Stephanie untuk membacakan biodata murid tersebut
seterusnya mengumumkan murid PRA sekolah Terbaik bagi tahun 2015.
Rujuk Lampiran (Murid Pra-Sekolah Terbaik 2015)
Dijemput Cikgu Mohd.Shafizan untuk membaca biodata murid tersebut
seterusnya mengumumkan murid Terbaik SK Sungai Amang Bagi Tahun
2015
.RUJUK LAMPIRAN MURID TERBAIK 2015
***Setelah tamat penyampaian hadiah murid terbaik***
Tahniah diucapkan kepada murid terbaik Prasekolah dan murid terbaik tahun 6
2015majlis merakam ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk
Alexander Nanta Linggi atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

11

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN
Cikgu Zaiful

PENYERAHAN SIMBOL
GRADUASI

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Berikutnya upacara penyerahan Simbol Graduasi oleh Adik
_________________ mewakili murid-murid tahun 6 2015 kepada tuan guru
besar.
Oleh itu, majlis sekali lagi dengan sukacitanya mempersilakan Encik John Lang
Likong, Guru Besar Sk Sungai Amang Kapit naik ke pentas bagi menerima
simbol graduasi.dipersilakan..
**setelah tamat penyerahan simbol graduasi***
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adik __________________
atas penyerahan simbol graduasi kepada yang berusaha Encik John Lang
Likong, Guru Besar Sk Sungai Amang Kapit sebentar tadi.
Cikgu Evelyne

PENYAMPAIAN
CENDERAMATA

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan daripada pihak majlis,
majlis sekali lagi mempersilakan Encik John Lang Likong, Guru Besar Sk
Sungai Amang Kapit untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu
kehormat kita pada kali ini:
Dengan hormatnya dipersilakan;
Yang Berhormat,
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(Merangkap Ahli Parlimen P215, Kapit)untuk naik ke pentas..
12

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian
hadir ke majlis kita pagi ini serta menyampaikan hadiah dan menerima
cenderamata sebentar tadi.
Cuma harapan dalam dada,
Tanda mata sudi diterima,
Daripada kami bukanlah sesiapa,
Tanda ingatan moga kekal selama.
Sekali lagi, Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Cikgu Zaiful
PERSEMBAHAN
TARIAN ULIK MAYANG
& PERSEMBAHAN KOIR

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Sebagai persembahan penutup kita pada hari ini, majlis kita diserikan lagi
dengan persembahan Tarian Ulik Mayang yang akan dipersembahkan
murid-murid Sekolah Kebangsaan Amang Kapit, dibawah pimpinan Cikgu Nurul
Hidayu manakala busana props aksesori dan tatarias oleh Cikgu Aziz dan
Cikgu Nurul Hidayu
Dan,
diakhiri dengan persembahan ketiga Koir murid tahun 6 Sk Sungai Amang
Kapit yang akan mempersembahkan 2 buah lagu terakhir, lagu rohani bertajuk
Pengasih Nuan Tuhan dan Standing In The Eyes Of The World
Sekali lagi lagu rohani dibawah bimbingan Cikgu Mee dan Puan Umban
bersama ahli muzik iaitu drummer adik Randy Ricky, basis adik Sunny Ricky,
akustik gitar adik Gibson Sumbang dan keyboardist adik Febby Catherina Eva
13

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN

manakala lagu terakhir dibawah bimbingan Cikgu Mee, Cikgu Hanafi, Cikgu
Eillyne, Cikgu Shahfizan dan Cikgu Vong.
dipersilakan.
***Setelah tamat persembahan***
Pihak majlis merakam ucapan terima kasih diatas persembahan sebentar tadi.
Cikgu Evelyne
NYANYIAN LAGU
SEKOLAH & IBU
PERTIWIKU

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Bagi mengakhiri majlis kita kali ini, dijemput semua warga dewan berdiri untuk
menghormati dan menyanyikan lagu Sekolah dan diikuti Ibu Pertiwiku
**setelah tamat persembahan
Cikgu Zaiful

PENGAKHIRAN MAJLIS

Begitulah tadi majlis penyampaian Hadiah dan Sijil Sekolah Kebangsaan


Sungai Amang Kapit 2015. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
tetamu kehormat atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil kepada para
pelajar.
Dijikalau terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis dijalankan, saya
mewakili warga SK Sungai Amang memohon kemaafan.
Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Inilah dia Majlis Sk Sungai Amang,
Tahun depan kita bersua lagi..
Sekian, terima Kasih.
14

by zaiful ikhwan

ATURCARA

TEKS SAPAAN

CATATAN

Sesi bergambar bersama dengan tetamu jemputan

15

by zaiful ikhwan

You might also like