You are on page 1of 6

Boneka Lidi (Wall-e)

Penggunaan boneka lidi semasa sei pengajaran dan pembelajaran


matapelajaran Bahasa Malaysia. Boneka ini diperbuat daripada gambar-gambar
watak yang terlibat dan juga sebatang lidi yang digunakan sebagai pemegang.
Boneka lidi ini digunakan bersama pentaas yang telah dibuat khas. Penggunaan
boneka lidi membantu dalam memberi keyakinan kepada pelajar untuk bersuara
dan seterusnya membuat persembahan dengan baik.

Boneka Tangan (Nyamuk aedes)

Boneka tangan ini telah digunakan semasa proses pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Malaysia. Boneka tangan ini diperbuat daripada stoking
yang dihias berupa seperti nyamuk aedes. Penggunaan boneka ini membantu
dalam menghidupkan lagi watak-watak yang terdapat dalam dialog yang telah
disediakan. Penggunaan pentas juga diperlukan bagi memastikan pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan menarik dan seterusnya mampu
untuk menarik perhatian murid-murid.

Boneka tangan

Pentas yang digunakan ketika persembahan

Permainan Matematik : Dam ular (Darab)


Permainan dam ular ini sememangnya dikenali oleh pelajar. Permainan
yang melibatkan papan dam, dadu, dan juga buah ini telah diubahsuai agar
bersesuaian dengan tajuk pengajaran matapelajaran Matematik topik
pendaraban. Petak-petak pada papan dam telah diwarnakan dengan dua warna
yang disusun secara bergilir-gilir iaitu warna hijau dan biru. Warna-warna ini akan
menentukan jenis soalan yang akan diambil oleh pelajar untuk dijawab sebelum
mereka diberi kebenaran untuk beralih ke petak yang seterusnya. Permainan ini
berjaya untuk menarik minat pelajar dan mampu mewujudkan semangat
berdaya saing antara kumpulan di dalam kelas. Penguasaan pendaraban juga
sepastinya dapat dipertingkatkan kerana semua p[elajar akan saling
bekerjasama dalam kumpulan untuk menjawab soalan darab yang diberikan.

Papan dam ular yang digunakan

Tanda Nama (Jawatan)


Pelaksaan pembahagian jawatan ini telah dilaksanakan bagi membantu
guru dari aspek kawalan kelas. Jawatan ini ditubuhkan dalam kumpulan kecil di
dalam kelas. 5 jawatan utama yang telah diwujudkan ialah ketua kumpulan,
penolong ketua kumpulan, pengedar bahan, pengawal disiplin dan juga penjaga
masa. Setiap jawatan ini mempunyai tugas yang tersendiri dan saling berkait
untuk memastikan perjalanan proses pengajaran berjalan lancar dan teratur
sebagaimana yang dirancang.

Papan markah (Kumpulan)


Penggunaan papan markah yang dilekatkan di belakang bilik darjah telah
mampu untuk meningkatkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan untuk
memenangi pertandingan antara kumpulan ataupun untuk bersama menyiapkan
tugasan kumpulan yang diberikan. Kumpulan yang berjaya mengumpul 5 bintang
akan diberikan ganjaran dan situasi ini telah menimbulkan semangat daya saing
antara kumpulan untuk mengumpul bintang.

Antara kumpulan yang ada di dalam kelas

Papan Matematik
Papan Matematik amat membantu dalam meningkatkan penguasaan
murid terhadap topik yang diajarkan. Penggunaan Papan Matematik ini juga
amat berkesan dalam untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap
isi pelajaran yang disampaikan. Guru dapat mengenalpasti penguasaan murid
terhadap topik yang diajarkan secara individu kerana setiap murid akan
diagihkan Papan Matematik. Guru akan memberikan soalan dan seterusnya
murid akan diberi masa untuk menyelesaikan soalan yang diberikan pada Papan
Matematik.

You might also like