You are on page 1of 6

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBLS4403
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
SEMESTER MEI 2016
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi EMPAT (4) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myINSPIRE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz
fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan
arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi
had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung
tugasan anda.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 1hb - 3hb Julai 2016 atau Tutorial 4. Serahan selepas
3hb Julai 2016 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.
7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 25% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN
Soalan 1 ( 30%)

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan satu komponen mesin yang anda perlu buat di bengkel kejuruteraan
dengan menggunakan mesin pelarik.
Bahan yang diberikan kepada anda adalah seperti berikut:
1. Bar keluli lembut 50 mm X 70 mm panjang
Huraikan dengan lakaran yang sesuai:
(a) Cara memegang bendakerja di mesin
(b) Langkah kerja untuk memesin komponen itu
(c) Langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan.

Soalan 2 (30 %)

Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan satu komponen mesin yang anda perlu buat di bengkel kejuruteraan.
Bahan yang diberikan kepada anda adalah seperti berikut:
1.

Plat keluli lembut 72 mm X 50 mm X 10 mm 1 keping


Terangkan langkah kerja untuk menyiapkan bahagian-bahagian berikut:
(a) Cara memotong Lurah Y,
(b) Memotong ulir M12 X 1.5
(c) Melulas 12
(d) Memotong lengkuk R24

Soalan 3 (20%)

4m

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan sebatang galang dengan beban 3000N, 5000N dan 2000N seperti
ditunjukkan.
(a) Kirakan reaksi pada A dan B.
(b) Lukiskan kutub polar dan rajah funikulus untuk momen itu.
Soalan 4 (20%)

Rajah 4
Rajah 4 menunjukkan

sebatang bar keluli yang akan dilarik dalam unjuran sudut ketiga.

Bahagian 40 mm dilarik pada kelajuan 260 pusingan/seminit di sebuah mesin larik dengan
hantaran/potongan ialah 0.1 mm satu pusingan. Daya yang digunakan semasa pemotongan ialah
980 N. Tentukan berikut:
(a)

masa yang diambil untuk memotong panjang 130 mm.

(b)

Kerja yang dilakukan dalam operasi


[Jumlah: 100 markah]
*Jumlah markah akan ditukar kepada 25%

PANDUAN PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi 4 soalan, anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan dalam
tugasan ini
2. Dimensi yang digunakan dalam tugasan adalah dalam milimeter.
3. Jawapan yang melibat pengiraan perlu menggunakan prefixes dalam Sistem
Antarabangsa (SI System) jika diperlukan.
4. Semua soalan perlu dijawab dengan menggunakan kertas A4.
5. Bagi soalan 3 dan 4 yang melibatkan pengiraan, anda TIDAK PERLU menaipkan
soalan ini sebaliknya menulis dengan jelas untuk menjawab soalan ini berserta dengan
lakaran/lukisan yang diperlukan.
6. Untuk soalan 1 dan 2, anda PERLU menaipkan jawapan dan PERLU menggunakan
lukisan terbantu komputer untuk membuat satu lakaran untuk jawapan anda.
7. Semua tugasan TIDAK PERLU membuat combing binding dan menggunakan plastik.
8. Muka hadapan tugasan PERLU ditaipkan nama, no matrik, pusat pembelajaran dan
sebagainya.
9. Tugasan ini akan membawa wajaran 25% dalam penilaian anda

You might also like