You are on page 1of 1

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI TERENGGANU

Kali Ke-1 Penggal Ke-4


Pada:
15 Syaaban 1417
Bersamaan: 26/12/1996
Tajuk:

Fatwa Mengenai Pegangan Dan Ajaran Ayah Pin

Keputusan:
Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama telah menjalankan
siasatan mengenai pegangan dan ajaran Ayah Pin yang dikembangkan di Daerah Besut.
Diantara pegangan dan ajaran itu ialah :i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.


Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur , Taurat dan Injil dan
menjadikannya Al-Quran.
Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
Hanya Ayah Pin dan Nabi Muhammad saja yang berguru kepada Jibril.
Setiap kali sembahyang hendaklah beritiqad bahawa Ayah Pin berada di
hadapan.
Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.

Mesyuarat bersetuju berdasarkan laporan yang dikemukakan, bahawa ajaran dan


pegangan Ayah Pin itu adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa kepada
ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakan aqidah. Oleh yang
demikian jawatankuasa ini memutuskan bahawa orang ramai di negeri ini hendaklah
menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut. Pihak
berkuasa hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghapuskan
pegangan dan ajaran Ayah Pin.

You might also like