You are on page 1of 1

ALVIN CHAN SHI RONG

Refleksi
Dalam semester 3 ini, kami telah diperkenalkan dengan subjek Hubungan Etnik yang
amat berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah yang kami pelajari di sekolah menengah.
Dalam melaksanakan tugasan ini, saya berpeluang untuk menimba pelbagai ilmu dan
pengetahuan tentang isu-isu politik dan sejarah negara Malaysia. Dalam proses perlaksanaan
kerja kursus ini, saya dan rakan sekumpulan saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu
laporan yang merangkumi ulasan reflektif yang membina tentang tajuk yang kami pilih iaitu
membincangkan cabaran pelbagai budaya dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia.
Dalam tempoh penyiapan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai cabaran
dalam menyelesaikan tugasan ini. Salah satu cabaran yang saya hadapi adalah untuk
membahagikan masa bagi menyiapkan kerja kursus ini disebabkan oleh tugasan yang
bertimbunan dari subjek yang lain. Hal ini menyebabkan saya hilang fokus dalam menyiapkan
kerja kursus Hubungan Etnik ini dan hasil tugasan adalah tidak seperti yang diharapkan.
Namun begitu, saya mampu menyelesaikan masalah ini dengan membahagikan masa saya
dengan lebih strategik untuk memastikan masa-masa tersebut digunakan secara sepenuhnya
dan dengan berfaedah.
Selain itu, saya juga menghadapi cabaran dalam mencari sumber-sumber rujukan yang
diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dalam proses penulisan laporan, saya telah
mengharungi kesukaran untuk mencari sumber yang boleh dipercayai untuk mengukuhkan isi
saya dan juga menjadikannya sebagai bukti untuk maklumat yang didapati. Namun begitu,
saya mampu menyelesaikan masalah ini dengan adanya bantuan daripada rakan sekumpulan
saya mahupun rakan-rakan yang lain. Mereka telah menolong saya untuk mendapatkan
rujukan yang sahih malah menolong saya dalam mengembangkan isi-isi saya semasa saya
menghadapai kesukaran dalam penulisan laporan ini.
Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana saya berjaya menghabiskan kerja
kursus ini tepat pada masanya dan juga mampu menambah serba sedikit pengetahuan
tentang negara Malaysia sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini. Saya turut menyemai
semangat patriotik dalam diri saya secara tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini dan
segala ilmu yang saya perolehi boleh saya praktikkan dalam kehidupan harian saya dalam
menjadi seorang guru yang profesional.

You might also like