You are on page 1of 2

14) Bincangkan peranan Abu Bakar al-Siddiq sehinggakan beliau dianggap

sebagai Penyelamat Negara dan Umat Islam


Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi Qahafah merupakan sahabat Nabi
Muhammad s.a.w yang paling rapat. Beliau terkenal dengan gelaran as-Siddiq kerana sentiasa
membenarkan dan menyakini apa-apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w khasnya
selepas peristiwa Israq Mikraj.Dari segi peribadi ,beliau terkenal dengan sifat yang lemah
lembut ,pemurah ,dan banyak mengorbankan harta bendanya demi perkembangan agama
Islam,terutamanya sewaktu ummat Islam menghadapi pemulauan kaum Quraisy. Bukti
pengorbanan besar beliau ialah kesanggupan mengorbankan semua hartanya ,sehinggakan
apabila ditanya apakah harta yang tinggal, beliau menjawab hanya Allah dan Rasul
s.a.w.Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 11 Hijrah dan hanya memegang teraju
pemerintahan Negara Islam selama dua tahun.Walaupun tempoh pemerintahannya singkat
,beliau telah mampu menyelesaikan pelbagai masalah politik,ekonomi ,sosial dan
sebagainya.Tegasnya Abu Bakar al-Siddiq merupakan khalifah pertama Negara Islam
Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. bermula di saat itulah pentadbiran
Negara berada di bawah Khulafa ar-Rasyidin.

Abu Bakar as-Siddiq telah Berjaya menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w sama ada persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasad Rasulullah s.a.w. Abu
Bakar telah membaca nas-nas al-Quran dan al-Hadis untuk menyelesaikan isu ini. Mengenai
krisis kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w telah wafat, beliau telah membaca petikan Surah
Ali Imran ,ayat 144,sementara itu isu pemakaman dapat diselesaikan apabila beliau
menyatakan nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di tempat mereka wafat. Sehubungan itu,
jasad Baginda telah disemadikan di Madinah.Abu Bakar juga menggunakan
kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah s.a.w untuk memimpin
Negara Islam. Beliau telah mengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dalam
kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesma kaum Aus dan Khazraj, di
samping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepimpinan semula jadi.
Abu Bakar juga Berjaya menyelesaikan soal al-Riddah. Perpecahan umat Islam timbul
apabila ada golongan yang enggan membayar zakat dangolongan nabi-nabi palsu dan
golongan murtad. Masalah ini menjadi duri dalam daging dan perlu dibanteras segera. Abu
Bakar terpaksa menggunakan kekerasan dengan membentuk 10 pasukan tentera yang
akhirnya Berjaya menundukkan golongan nabi-nabi palsu,golongan yang enggan membayar
zakat dan golongan murtad. Tentera Islam Berjaya menghapuskan pemimpin-pemimpin alRiddah seperti Musailamah al-Kazzab,Sajjah al-harith,Tulaihah bin Khuwailid,Malik bin
Nuwairah dan Aswad al-Ansi.

Selain itu Khalifah Abu Bakar juga berjaya menangani masalah ancaman musuh luar Negara
Islam apabila menggerakan semula tentera yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w sebelum
kewafatan baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah Berjaya mengatasi
masalah ancaman Rom. Kejayaan gemilng yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini
diamanahkan menjaga keselamatan Kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman
golongan Zubyan dan Absy.
Abu Bakar juga Berjaya mengumpulkan al-Quran. Usaha ini diketuai oleh Zaid bin Thabit
untuk mengelakkan kehilangan al-Quran di buka bumi selepas kematian ramai al-hafiz dalam
perang al Riddah. Usaha pengumpulan al-Quran dicadangkan oleh Umar Al-Khattab ,
walaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakannya. Demi kepentingan
dari segi jangka panjang ,beliau akhirnya bersetuju dengan rancangan berkenaan. Sumbangan
Saidina Abu Bakar ini sangat besarkhasnya menyelamatkan al-Quran daripada terhapus.
Bagi menjamin pentadbiran berjalan dengan lancar dan mewujudkan kestabilan
politik ,Khalifah Abu Bakar juga telah menyusun pentadbiran dengan membahagikan Negara
kepada 10 daerah dengan diketuai oleh seorang Amir yang dibantu oleh iman,dan
hakim,setiausaha dan Pegawai di Baitulmal.
Abu Bakar juga melaksanakan dasar ketenteraan dengan melantik Khalid bin al-Walid
sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera untuk menghadapi Rom dan
Parsi. Tentera Islam Berjaya mengambil alih kawasan Damsyik,Hims di Palestine dan di
Jordan. Bagi menghadapi Parsi, Muthana bin Harithah telah dihantar untuk menghadapi
pemberontakan di Teluk Parsi, menghantar Khalid al_Walid bagi menawan wilayah di Sungai
Furat,dan merancang untuk menyerang wilayah Hirah di bawah kepimpinan Hurmuz sekali
gus berjaya membunuh Hurmuz dan menawan Hirah diikuti Anbar.

Kejayaan yang dicapai pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah meninggalkan kesan
yang positif. Beliau bukan sahaja dapat menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan
umat dan Negara Islam daripada golongan yang tidak bertanggungjawab ,malah Saidina Abu
Bakar dikatakan telah menyediakan ruang yang secukupnya untuk bakal penggantinya , iaitu
Saidina Umar al-Khattab. jasa dan pengorbanan Khalifah pertama ini menjadi pemangkin
kepada kepimpinan khalifah seterusnya.

Disediakan Oleh,
( VIMITRA A/P RAMAN)
PRA-U2 EKONOMI

You might also like