You are on page 1of 7

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN) & INSTITUT SUKAN

NEGARA CAWANGAN SARAWAK, 2015.


PISMP SEJARAH DAN PISMP BAHASA IBAN SEMESTER 5
AMBILAN JANUARI 2013, IPG KAMPUS RAJANG

Tarikh

: 07 April 2015

Hari

: Selasa

Tempat

: Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negara Cawangan Sarawak, Kuching.

1.0

LAPORAN HASIL DAPATAN LAWATAN ILMIAH


1.1

Perlembagaan Organisasi Badan Sukan

Berdasarkan taklimat yang disampaikan, perlembagaan organisasi badan sukan di Majlis Sukan
Negeri dan Institut Sukan Negara Cawangan Sarawak, Kuching adalah sama seperti
cawangan-cawangan yang lain sebagaimana yang termaktub di dalam pengurusan dan
pentadbiran sukan. (Contoh model perlembagaan adalah sepertimana di dalam lampiran)

1.2

Pentadbiran Organisasi Sukan

Dalam konteks pentadbiran pula, Encik Mohamad Shahril menjelaskan bahawa, satu organisasi
yang bertugas di bawah Majlis Sukan Negeri dan juga Institut Sukan negara dibentuk.
Organisasi inilah yang akan melaksanakan dan menguruskan hal ehwal pentadbiran sukan
dengan merujuk kepada bidang tugas masing-masing. Contoh pentadbiran organisasi sukan
adalah sebagaimana yang terdapat dalam Portal Rasmi Majlis Sukan Negeri Sarawak.

JAWATANKUASA PENGURUSAN MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK


1

PENGERUSI
DATO' SRI WILLIAM MAWAN IKOM
MENTERI PEMBANGUNAN SOSIAL SARAWAK

TIMBALAN PENGERUSI I
DATUK LEE KIM SHIN
MENTERI MUDA PERHUBUNGAN DAN MENTERI
MUDA SUKAN
SARAWAK
TIMBALAN PENGERUSI II
ENCIK AFFANDI KELI
SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN SOSIAL
SARAWAK
SETIAUSAHA
ENCIK FRANCIS NYURANG DING
PENGARAH
MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK

AHLI
PUAN LAURA LEE NGIEN HION
TIMBALAN SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI
SARAWAK

AHLI
2

DATO PATRICK LIEW


PRESIDEN PERSATUAN LAWN TENIS SARAWAK

AHLI
ENCIK SUNNY P.H. SI
PERSATUAN TENPIN BOWLING SARAWAK

AHLI
TUAN HAJI ABD. HARIS ISHAK
PENGARAH
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

AHLI
ENCIK BAKRIE ZAINI
PENGARAH
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JKM

AHLI
ENCIK ABDILLAH ADAM
PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI
SARAWAK

AHLI
PUAN NORIAH HAJI AHMAD
PENGARAH
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI
SARAWAK

AHLI
TUAN HAJI MUHD. HANEEF ALI
PERSATUAN RUMPUN SILAT SARAWAK

1.3

Pengurusan Sumber Manusia

Berdasarkan taklimat yang diberikan, dalam konteks pengurusan sumber manusia, Majlis
Sukan Negeri berperanan penting dalam menyediakan jurulatih, mengurus proses pencarian
atlet-atlet bermula dengan peringkat akar umbi terutamanya melalui sekolah-sekolah di seluruh
Sarawak. Di samping itu, pengurusan sumber manusia ini juga melibatkan mereka yang berada
di dalam sistem bagi menjayakan misi melahirkan atlet-atlet Negeri Sarawak seperti pakar
psikologi sukan, jurulatih, doktor perubatan sukan, pakar pemakanan sukan, pakar fisiologi
sukan dan ramai lagi. Kesemua sumber manusia ini adalah amat penting dan diperlukan dalam
membangunkan sesebuah sukan di Negeri Sarawak terutamanya dalam pembangunan atlet
sukan tersebut.

1.4

Pengurusan Kemudahan

Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohammad Shahril, Pegawai yang
bertugas di Institut Sukan Negara Cawangan Sarawak, Kuching, pengurusan kemudahan sukan
adalah satu bidang pengkhususan pengurusan sukan. Ia semakin popular dan diberi perhatian
kerana sektor ini menjadi penyumbang utama kepada industri sukan, hiburan, dan
penyelenggaraan acara. Ia turut menyumbang kepada industri pelancongan dan menjana

pertukaran mata wang asing. Kemudahan-kemudahan yang diuruskan dengan baik akan
memberi peluang-peluang pekerjaan komuniti sukan dan penduduk sekitar kemudahan
tersebut. Contohnya, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di
dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan
perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton. Stadium ialah kemudahan
sukan yang utama yang menjadi mercu tanda sesebuah negara. Pada amnya, kemahiran yang
diperlukan oleh seorang pengurus kemudahan sukan untuk membolehkan dia melaksanakan
tugas-tugas dengan sempurna terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kemahiran lembut (soft skills)
- kemahiran berkomunikasi
- kemahiran interpersonal (perseorangan)
2.
-

Kemahiran keras (hard skills)


kemahiran pengurusan perniagaan
kemahiran perakaunan
kemahiran perancangan dan reka bentuk
kemahiran pemasaran
kemahiran merangka program

3.
-

Kemahiran teknikal (technical skills)


Kesihatan dan keselamatan
Pengudaraan
Penyejukan
Pencahayaan
Penanaman dan penjagaan rumput
Pemasangan dan penjagaan lantai
Penyelenggaraan kolam renang
Penyelenggaraan trek olahraga

1.5

Belanjawan Dan Pengurusan Kewangan

Menurut Puan Linda Lim, Pegawai yang bertugas di Majlis Sukan Negeri Sarawak, sumber
kewangan MSNS seperti yang termaktub dalam Akta, sebuah tabung MSNS diwujudkan dan
semua urusan kewangan dikawal oleh Majlis. Sumber Kewangan MSNS datangnya daripada:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Geran tahunan Kerajaan Negeri


Penajaan
Pendapatan daripada projek-projek yang diusahakan oleh MSNS
Pendapatan daripada pelaburan
Sumbangan dan derma daripada pihak swasta.
5

Dalam menguruskan kewangan, perancangan perlu ada bagi memastikan perancangan dalam
penentuan misi, matlamat, objektif dan keutamaan yang hendak dicapai. Aktiviti yang terbaik
perlu dipilih bagi memastikan matlamat dan keutamaan yang telah ditetapkan tercapai. Ini untuk
mengelakkan wang digunakan terhadap aktiviti yang tidak mempunyai keutamaan untuk
dilaksanakan. Belanjawan perlu ada sebagai 1 perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan
melaksanakan dasar sosio-ekonomi seperti yang dinyatakan dalam rancangan 5 tahun negara.
Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu ada pengawalan bagi memastikan aktiviti-aktiviti
yang dilaksana mengikut pelan kerja yang telah ditetapkan melalui sistem-sistem perakaunan,
laporan dan audit yang ditetapkan. Penilaian dilakukan untuk memastikan keberkesanan
sesuatu program/aktiviti yang dilihat daripada hasil atau output yang dicapai.
Prinsip utama dalam pengurusan kewangan ada 2 iaitu legaliti dan akautabiliti. Legaliti adalah
pengurusan kewangan yang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah digubal
khas untuk bidang tersebut. Undang-undang/peraturan seperti perlembagaan persekutuan, akta
prosedur kewangan 1957, arahan perbendaharaaan dan surat pekeliling perbendaraan negeri.
Akautabiliti merujuk kepada amanah yang dipikul untuk melaksanakan tugas. Matlamatnya
adalah untuk mencapai 1 kaedah kawalan yang berkesan bagi memastikan bahawa
pengurusan wang awam adalah dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan dalam menyediakan sistem berkesan bagi pegawai awam melaksanakan
tanggungjawab yang telah diamanahkan.

2.0

PENUTUP

Kesimpulannya, berdasarkan kepada lawatan yang dilaksanakan kali ini, objketif utama lawatan
bagi mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan dan pentadbiran sukan adalah mencapai
matlamatnya. Semua persoalan berkaitan perlembagaan organisasi badan sukan, pentadbiran
organisasi sukan, pengurusan sumber manusia, pengurusan kemudahan sukan dan
belanjawan dan pengurusan kewangan telah dihuraikan oleh pegawai yang memberikan
taklimat. Berdasarkan taklimat yang diberikan, pelbagai input-input baru diperolehi. Contohnya
adalah berkaitan pembangunan sukan semasa di negeri Sarawak. Program yang dilaksanakan
adalah Program Pusat Cemerlang, Program Sukan Pilihan dan Program Pembangunan Sukan.
Dengan input-input yang diterima, sekurang-kurangnya, para guru pelatih mengetahui info-info
semasa pembangunan sukan di Negeri Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya.
6

Tuntasnya, hasil daripada lawatan ilmiah pada kali ini sangat membantu para guru pelatih
dalam memahami pengurusan dan pentadbiran sukan secara keseluruhan walaupun tidak
secara terlalu terperinci.

You might also like