You are on page 1of 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3103
GAYA HIDUP SIHAT

NAMA

: HARIMA BINTI SARAKIL

NOMBOR MATRIK

: 700508125582001

NO KAD PENGENALAN

: 700508-12-558

NO. H/P

: 019-8034995

PUSAT PEMBELAJARAN

: OUM CAWANGAN TAWAU


MEI 2016

ISI KANDUNGAN
NO.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

TEKS CERAMAH

1-6

2.0

SLAID POWER POINT

7 - 12

3.0

ARTIKEL JEREBU DAN REFLEKSI

13 - 20

5.0

RUJUKAN

21

1.0

TEKS CERAMAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada hari
ini, saya akan menyampaikan ceramah berkaitan dengan satu fenomena yang berkaitan
dengan alam sekitar kita dan juga sering melanda negara kita iaitu Jerebu.
Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang fenomena jerebu ini, adalah lebih baik sekiranya
saya menerangkan serba sedikit apa itu jerebu. Bak kata pepatah, Tak kenal maka tak
cintakan. Saya mengambil sumber daripada Wikipedia, jerebu ialah satu fenomena tradisi
atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod
panduan Organisasi Meteorologi Dunia termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam
kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir
dan salji.
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang
kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi
pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali
sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering),
lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap
perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh sebagai contoh kapal terbang yang menghampiri dan bergantung pada arah
penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan
atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering
dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena
udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus
pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali
sebagai "jerebu basah."
Para hadirin sekalian,
Umumnya, kita semua pasti tahu dan mengenali jerebu. Apabila bangunan-bangunan yang
tinggi dan jauh kelihatan kabur dan bau udara pula seperti asap, maka kita mengetahui
bahawa jerebu sedang berlaku. Apakah punca berlakunya jerebu? Banyak faktor yang boleh
menyebabkan jerebu berlaku antaranya ia boleh disebabkan oleh sumber api, penghasilan
asap yang berlebihan daripada industri perkilangan dan juga kenderaan, cuaca kering dan
panas yang berpanjangan dan banyak lagi.
3

Sebagai contoh, pada tahun 2015 iaitu tahun lalu, satu pembakaran hutan secara besarbesaran telah dilakukan di Kalimantan, Indonesia. Ini menyebabkan angin yang pada ketika
itu bertiup ke arah negara kita membawa partikel-partikel asap dan debu pembakaran dan
menyebabkan jerebu yang sangat teruk di negara kita. Sehingga ada beberapa tempat yang
diisytiharkan darurat. Perbuatan membakar hutan untuk kepentingan pemaju ini adalah satu
perbuatan yang tidak bermoral dan mengakibatkan pelbagai masalah pada orang lain. Oleh
kerana itu di Malaysia, kita ditegah daripada melakukan pembakaran secara terbuka. Selain
daripada ianya boleh menyebabkan pencemaran udara, ia juga boleh menyebabkan terjadinya
kebakaran hutan dan seterusnya menyumbang kepada fenomena jerebu.
Penghasilan asap sisa pembakaran kilang yang berlebihan juga berpotensi akan menyebabkan
jerebu. Apatah lagi jika pada ketika itu cuaca kering dan berangin. Keadaan ini akan
memburukkan lagi keadaan kerana tiada hujan yang boleh meneutralkan partikel-partikel
asap yang di bawa angina tersebut. Begitu juga halnya dengan asap kenderaan. Di Malaysia,
penggunaan kenderaan bermotor semakin meningkat hari demi hari. Asap yang dilepaskan
daripada kenderaan pasti menyumbang kepada jerebu sekiranya tidak di kawal.
Para hadirin sekalian,
Sudah tentu jerebu tidak membawa kesan yang baik pada manusia, tumbuh-tumbuhan,
haiwan-haiwan malah juga kepada bangunan-bangunan. Antaranya ialah, jerebu boleh
menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan
penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah
dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh
sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan
terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh
berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin
besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh
mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila
Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang
bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu,
banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan
acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah
mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas
akibat jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti
luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin
keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang
perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat
sementara waktu.
Selimut jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada
hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan
nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti
ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Pepatah yang mengatakan Lebih baik mencegah daripada merawat tidak wujud tanpa
makna. Dalam permasalahan yang berkaitan jerebu ini, ada baiknya jika kita mengambil
langkah awal kerana sekiranya terjadi jerebu, kita hanya mampu memastikan ianya tidak
mengganggu kesihatan kita. Persediaan menghadapi jerebu ini seharusnya di laksanakan di
semua peringkat.
Langkah pertama ialah penguatkuasaan undang-undang kepada pemilik kilang. Kilang-kilang
diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah
ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi. Manakala, tindakan tegas perlu
diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau
atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.
Langkah kedua pula ialah dengan menerapkan pendidikan alam sekitar kepada para pelajar.
Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa
mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga
5

dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena
cuaca seperti jerebu.
Seterusnya, mengadakan kempen-kempen berkaitan cintakan alam sekitar. Kempen yang
dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat
mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi
kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.
Langkah terakhir, dalam usaha mengurangkan risiko jerebu yang berpunca daripada
penggunaan kenderaan bermotor, pengguna boleh menggunakan petrol tanpa plumbum yang
dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon daripada kenderaan yang boleh mencemarkan
udara. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan Catalytic Converter yang mana alat
ini boleh mengurangkan pengeluaran asap daripada kenderaan.
Manakala sekiranya jerebu telah terjadi, ibu bapa terutamanya haruslah memastikan aktiviti
luar anak-anak dikurangkan. Selain itu, pastikan juga untuk menggunakan topeng muka yang
berupaya menghalang partikel jerebu dan asap daripada memasuki sistem respirasi kita,
memperbanyakkan meminum air kosong dan juga jangan membakar secara terbuka.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Fenomena jerebu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah. Ia memerlukan perhatian
yang sewajarnya sebelum ianya terjadi dan juga setelah ia berlaku. Pendidikan awal
mengenai jerebu amat perlu sama ada daripada ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah.
Kerajaan juga haruslah mengembleng tenaga dalam memastikan negara ini bebas jerebu dan
seterusnya diri kita sendiri juga harus ada perasaan cintakan alam sekitar demi masa depan
yang cemerlang dan gemilang.
Sekian, terima kasih.

You might also like