You are on page 1of 2

Rentap

Adik-adik, salah seorang pejuang yang sangat masyhur dalam sejarah tanah air kita
ialah Rentap. Beliau merupakan salah seorang pahlawan Sarawak yang berjuang
menentang penjajahan Inggeris.
Nama sebenar beliau ialah Libau. Namun, beliau lebih terkenal dengan nama Rentap.
Nama ini bermaksud 'Penggoncang Dunia'. Beliau berasal dari Hulu Skrang. Bergelar
Raja Darat atau Raja Ulu.
James Brooke yang menjajah Sarawak cuba menguasai beberapa buah daerah
pedalaman di negeri itu. Malah, Brooke cuba menghapuskan orang Iban kerana
menganggap orang Iban sebagai lanun.
Rentap dan pengikutnya lalu menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga
Skrang untuk menentang kezaliman Brooke. Beliau berjaya mengusir Brooke.
Tetapi James Brooke berjaya bertindak balas. Brooke membakar kampung mereka.
Oleh hal yang demikian, Rentap dan pengikutnya terpaksa berundur ke Bukit Sadok.
Tetapi di sini, mereka diserang oleh Brooke sekali lagi.
Tentera James Brooke berjaya menewaskan Rentap pada tahun 1861. Rentap
terpaksa berundur ke Ulu Sungai Enrabai pula. Sejak itu, serangan Rentap menjadi
semakin lemah.
Adik-adik, meskipun Rentap tidak terdaya menumpaskan penjajahan Inggeris, namun
keberanian dan perjuangannya sebagai salah seorang pahlawan Sarawak tetap dikenang
oleh sejarah.

You might also like