You are on page 1of 9

Sejarah Bola

Baling:
Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang
telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia,
Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah
diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah
menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun itu
juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery
Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1932, bola baling buat pertama kalinya
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1946, IAHF telah ditukar
kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF).
Negara-negara yang menguasai permainan bola baling ini adalah Jerman,
Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan juga Poland. Di Asia pula
ialah Jepun, China dan Korea adalah antara negara yang terkuat. Pada hari ini, sebanyak
68 buah negara telah mendaftar dengan IHF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia
pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran. Ibu pejabat
kesatuan ini ialah di Kuwait.
Permainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Sukan
ini diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti
Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1977. Beliau juga
telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan
En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En.
Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Negeri Selangor merupakan negeri
yang pertama menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981. Persekutuan
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta
Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.

Permainan Bola Baling

Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalam
satu pasukan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau kawasan yang tertutup.
Permainan bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang atau gelanggang yang
dipasang gol pada kedua-dua hujung padang. Sebelum bermain, setiap pasukan
hendaklah memastikan perkara-perkara berikut
a) Memakai pakaian jersi bernombor
b) Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainan
c) Para pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal
d) Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan
Permainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakan
sukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis
permainan.

Kemahiran Asas dalam Bola Baling

Hantaran Atas Kepala


- Menghasilkan hantaran tinggi dan jauh.
-

Hantaran ini sukar disekat oleh pihak lawan.

Latihan kemahiran:
* Tegakkan kedudukan badan, dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan.
* Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil
fleksikan siku.
* Ayunkan tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan
melintasi kepala.
* Lepaskan bola dan ikut lajak.

Hantaran Lantun
- Untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut
- Latihan kemahiran:
* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
* Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras bahu.
* Mata sentiasa memandang arah sasaran bola.
* Tolak bola ke bawah untuk melantun ke hadapan atau sisi.

Hantaran Lompat
- Digunakan untuk menjaringkan gol atau mengelirukan pihak lawan.
- Latihan kemahiran:
* Berlari beberapa langkah dan melonjak dengan sebelah kaki sambil
memegang bola.
* Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan membuat rotasi di bahagian
peinggng.
* Mendarat sambil badan dibongkokkan untuk menyerap daya.

Hantaran Aras Dada


- Digunakan untuk hantaran jarak dekat tetapi pantas.
- Lebih berkesan apabila dua pemain yang membuat larian pecut dalam serangan
- Latihan kemahiran:
* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
* Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan rapat pada aras dada
dengan cara mencekaknya dan siku difleksikan.
* Tolak bola ke hadapan sambil tangan diluruskan.

Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan


- Latihan kemahiran:
* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.
* Kedua-dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan ke arah bola.
* Sentiasa memandang arah atau laluan bola.
* Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk serap daya.
* Imbangkan kedudukan badan.

Mengelecek dengan bola


-

Bermaksud pergerakan kaki pada pelbagai arah sambil melantun.


Membolehkan pemain bergerak dengan bola dari satu tempat ke tempat yang lain
untuk melepasi pihak lawan.
Latihan kemahiran:
* Lantunkan bola dengan jari dibuka (bukan dengan tapak tangan) pada paras
pinggang.
* Badan dicondaongkan sedikit ke hadapan.
* Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan.

Mengacah
- Merupakan pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan
peluang menyerang pasukan lawan.
- Terdapat dua cara mengacah tanpa bola dan mengacah dengan bola
- Mengacah tanpa bola biasanya digunakan untuk melepaskan diri daripada kawalan
pihak lawan.
- Mengacah dengan bola bertujuan meneruskan serangan.
- Latihan kemahiran:
* Rendahkan kedudukan badan.
* Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu untuk mendapatkan kestabilan
pergerakan.
* Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri mengikut pergerkan.
* Tangan diayun mengikut pergerakan kaki.
* Tukar arah pergerakan dengan pantas apabila bersedia untuk melepaskan diri.
* Gunakan kekuatan bahagian kaki dan kelenturan badan untuk mengacah.

Mengadang
-

Mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang.

Melambatkan pergerakan dan mengehadkan ruang serangan pihak lawan.

Latiahan kemahiran:
* Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi.
* Kedudukan badan seimbang.
* Mata sentiasa mengawasi pergerakan lawan.
* Bergerak mengikut arah pergerakan lawan.

Menjaring
- Bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang.
- Mendapatkan mata kemenangan.
- Jaringan lompat: Menghantar bola ke gawang sambil melompat
- Latihan kemahiran:
* Bergerak dua langkah ke hadapan sambil memegang bola dengan sebelah
tangan.
* Pada langkah terakhir, lonjak tinggi ke hadapan sambil merejam bola ke gawang.
* Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil merendahkan badan untuk
menyerap daya.

- Jaringan junam: Mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol serta
mengelirukan penjaga gol.
- Latihan kemahiran:
* Gunakan kuasa pada sebelah kaki sambil memegang bola dengan sebelah
tangan.
* Loanjak ke udara, lemparkan badan ke dalam kawasan gol.
* Lepaskan bola untuk jaringan sebelum badan mencecah tanah.
* Mendarat dengan menyerap daya di bahagian sisi atas badan dan ikut lajak
dengan menggulingkan badan.

Menjaga gol
-

Menyekat bola daripada memasuki gawang.


Menampan bola: Mengawal serangan pihak lawan yang datang berhadapan
dengan penjaga gol.
Latihan kemahiran:
* Rebahkan badan sekiranya bola terlalu rendah.
* Dalam keadaan sedia perhatikan arah bola.
* Tampan bola dengan menggunakan tangan atau kaki.

Gelanggang Bola Baling

Undang-undang & Peraturan


Permainan Bola Baling
1) Saiz Bola:
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah
berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh
memberi kesan silau atau berpermukaan licin.
Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm60sm dan berat di antara 425g-475g (saiz 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit
bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g (saiz 2). Bola mini hanya
digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama
saiznya (saiz 2) digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan.

Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai
spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan
berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan
bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang
digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.
2) Jaringan Gol:
Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan gol
pasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol. Pengadil akan
meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan Biasanya gol diperoleh menerusi permain
daripada pasukan yang membuat jaringan
3) Masa Permainan:
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun
ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit.
Masa permainan bagi peringkat remaja lelaki ialah 25 minit pada setiap separuh masa
manakala bagi remaja perempuan ialah 20 minit. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini
juga adalah selama 10 minit.
Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan
diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada
dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di
antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan
oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi.
Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan
penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan
pemenang.
4) Pengadil: Satu perlawanan diadili oleh dua orang pengadil dan duaa orang penjaga
masa

5) Pendaftaran pemain:
Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain (10 orang pemain
gelanggang dan 2 penjaga gol) untuk satu perlawanan.
6) Syarat-syarat permainan:
Seseorang pemain dalam pasukan dibenarkan:

Membaling, melontar, menangkap, menahan dan memukul bola dengan tangan,


lengan, paha, lutut atau kepala.
Memegang bola, tidak melebihi 3 saat

Melantunkan bola dari satu tempat ke tempat yang lain dalam kawasan
permainan.

Pemain yang membawa bola boleh berjalan/berlari tetapi tidak lebih daripada tiga
langkah

Penjaga gol boleh keluar dari kawasan gol ketika bermain akan dikira sebagai
pemain gelanggang.

Penjaga gol boleh menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk atau berbaring
di tanah.

Menahan bola dengan berlutut, duduk atau berbaring di atas tanah.

Penjaga gol boleh menapis bola sekali ke tanah (melantun) dan menyambut
semula.

Pemain tidak dibenarkan:

menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki

menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas
lantai

meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam


gelanggang

menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan

menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki

menarik baju atau menolak lawan secara kasar

membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya


7) Balingan Permulaan:
Balingan permulaan diambil daripada tengah kawasan perlawanan. Selepas gol
dijaringkan, permainan dimulakan dengan balingan permulaan. Semua pemain mesti
berada di kawasan permainan masing-masing semasa balingan permulaan dimulakan.
8) Balingan Pengadil:
Pengadil akan membaling bola menegak ke atas tanpa tiupan wisel di tempat
berlaku gangguan permainan

9) Balingan Bola ke Dalam


Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telah
melepasi bahagian garisan tepiPasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola

terkeluar gelanggang diberi peluang melakukan balingan Balingan dilakukan ditempat


bola telah terkeluar, tetapi di penjuru gelanggang atau kawasan perminan.
10) Balingan Gol
Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukan
lawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan. Penjaga
gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol.
11) Balingan Penalti:
Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang berikut :

Bermain dalam keadaan merbahaya


Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol
Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan
Pemain memberikan bola kepada penjaga gol dengan sengaja
Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan golnya atau keluar dari
kawasan golnya
Melakukan kesilapan dengan pertukaran penjaga gol

Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil
meniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan golnya tetapi hendaklah
berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang akan melakukan balingan.
Pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter dan pemain-pemain pasukan
bertahan hendaklah berada tiga meter.
12) Balingan Percuma:
Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahankesalahan berikut :

Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah


Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang permainan
Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja
Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol
Kelakuan yang tidak sopan
Melakukan kesalahan semasa membuat balingan

Balingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari tempat berlakunya


kesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan 9 meter sehingga balingan
dibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada tiga meter daripada
pemain yang melakukan balingan percuma.

You might also like