You are on page 1of 26

Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu

1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih
dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana
Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan
penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu
kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk
beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali
sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah
lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orangorang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke
kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat
Melayu yang ada pada masa kini.
5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia
ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat
rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.
6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno
1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera.
Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada
waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu
yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada
perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa
Jawa.
2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak
dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri
keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan
digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis
dengan huruf Palawa iaitu:
a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah
kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting
Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke
tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan
tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan
ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat
dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.
6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832
M) ditulis dalam huruf Nagiri.
7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;
a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)
d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan
kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah
sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.
2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada
bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya
terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno
kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
1. Abad ke 13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan
berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini,
terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan
pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman
penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau
2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu
Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan
kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam
pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu
juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah
mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan
wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan
Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya
dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511
masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan
penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh
usaha mereka ialah :
a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah
menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan
daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah
perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang
terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu
tersebar.
b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586
hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan
dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasabahasa negeri timur.
c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang
banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa
Melayu seperti berikut :
Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga
digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang
difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.
4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah
pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)
5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan
daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.
6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka
berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust
keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin)
b. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin)
c. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab)
d. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)
7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat Al-Salakin.
8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei,
Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan Syair Rakis,
manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin.
Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu AlMasail.
Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:
1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.

3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih)
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'
Perkembangan Bahasa Melayu Moden
1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap
sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang
dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan
yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar
di pusat pendidikan Islam.
2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan.
3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini
adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan
dengan undang-undang Parlimen.
4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara
(bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan
berkanun).
5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

UNSUR BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU


UNSUR asing dalam bahasa Melayu wujud melalui proses pengambilan atau
peminjaman daripada bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa yang lebih maju dalam
tamadun yang lebih tinggi. Hal demikian terjadi apabila berlaku pertembungan
dengan tamadun tersebut.

Latar Belakang Peminjaman Bahasa


Bahasa yang memberikan sumbangan dalam proses peminjaman oleh bahasa
Melayu merupakan bahasa yang pernah berdampingan atau terlibat dalam sejarah
orang Melayu. Oleh itu, besar atau kecilnya pengaruh bahasa asing itu bergantung
kepada tempoh dan rapatnya keterlibatannya dengan masyarakat atau budaya
Melayu.

Bahasa tertua yang dipinjam oleh bahasa Melayu ialah bahasa dari India, iaitu
bahasa Sanskrit. Bahasa ini merupakan bahasa elit India yang digunakan oleh
golongan istana dan bangsawan. Sanskrit datang menerusi agama dan budaya
Hindu yang mendominasi kebudayaan alam Melayu pada lebih 2,000 tahun dahulu.
Peminjaman berlaku semenjak abad ketujuh lagi apabila bahasa Melayu kuno
menggunakannya untuk keperluan mengungkapkan pelbagai makna dan mesej
pada batu-batu bersurat. Pada ketika itu kerajaan Hindu Sriwijaya berada pada
puncak kegemilangannya.

Bahasa India lain yang turut menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah
bahasa Tamil (bahasa golongan bawahan dari selatan India), bahasa Hindustani,
dan bahasa Telegu. Bahasa-bahasa ini datang melalui aktiviti perdagangan di
kepulauan Melayu.

Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah bahasa Arab. Kedatangan
pengaruh Islam ke Nusantara pada abad ke-13 menyerapkan perbendaharaan
katanya ke dalam bahasa Melayu. Bahasa ini menghadiahkan sistem aksaranya
yang digunakan oleh bahasa Melayu, dikenali sebagai tulisan Jawi di Malaysia dan
tulisan Melayu-Arab di Indonesia. Selain bentuk tulisan, susuk ayat Arab juga
terserap dengan ketara dalam penulisan kitab dan kesusasteraan Melayu pada abad
ke-16 hingga ke-18. Selain itu, bahasa Farsi turut dipinjam oleh bahasa Melayu,
yang tersebar melalui kegiatan perdagangan.

Kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata
bahasa-bahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa
Belanda, dan bahasa Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih
mempengaruhi bahasa Melayu kerana pembudayaan yang mendalam melalui
sistem pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang semenjak pendudukan di
Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan aspek dan
bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Pinjaman juga melibatkan bahasa Cina. Hal ini terjadi kerana pergaulan dengan
orang Cina, khususnya melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak
pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.

Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa
Jawa, bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi. Bahasabahasa ini mula dipinjam pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kerana pergaulan
dan hubungan perdagangan serantau. Bahasa lain di Asia Tenggara yang turut
dipinjam ialah bahasa Siam, tetapi sangat kecil.

Jelasnya, bahasa sumber yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada tiga
kumpulan utama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walaupun begitu, bahasa
sumber ini boleh dilihat dengan lebih luas berdasarkan kelompok-kelompok:

(a) Bahasa India Sanskrit, Tamil, dan Hindustani


(b) Bahasa Tanah Arab Arab, dan Farsi
(c) Bahasa Nusantara Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan sebagainya
(d) Bahasa Cina,
(e) Bahasa Eropah Portugis, Belanda, dan Inggeris,
(f) Bahasa lain di Asia Tenggara Siam, dan lain-lain.

Peminjaman unsur asing tersebut terjadi disebabkan oleh hal-hal: (1) Peperangan
dan penjajahan politik membawa masuk bahasa Portugis dan Inggeris; (2)
Perniagaan dan perdagangan serta pendidikan dan penyebaran agama
menyerapkan bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab; (3) Kejiranan dan persahabatan
membawa masuk perkataan-perkataan daripada bahasa Cina, Tamil, dan Jawa.

Faktor-faktor Peminjaman Unsur Bahasa Asing

Zaba memberikan beberapa faktor orang Melayu meminjam unsur bahasa asing.

(1) Keperluan

Peminjaman dilakukan apabila tidak terdapat perkataan yang sesuai untuk


menyatakan atau memberikan nama kepada sesuatu perkara atau benda yang
baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang Melayu. Hal ini disebabkan
oleh perkembangan dunia ilmu. Walaupun perkataan Melayu mungkin ada,
perkataan tersebut tidak sesuai, tidak tepat atau tidak setara maknanya untuk
menyatakan sesuatu maksud dengan berkesan. Mungkin pula perkataan yang ada
itu sudah lapuk atau lusuh, yang menyebabkan tidak sesuai lagi digunakan.

Kosa kata daripada bahasa lain terpaksa dipinjam juga kerana penggunanya tidak
mengetahui kewujudan perkataan berkenaan dalam bahasa Melayu. Walaupun
perkataan itu wujud, mungkin penggunanya gagal mengingat atau mencarinya
ketika hendak digunakan.

Peminjaman dilakukan untuk melicinkan usaha merancang dan membina bahasa


Melayu. Dengan cara itu juga, status bahasa Melayu dapat ditingkatkan sebagai
bahasa moden.

(2) Sikap

Sesetengah pengguna bahasa Melayu suka menggunakan sesuatu yang baharu dan
dirasakan lebih bergaya dan canggih, dengan anggapan perkataan Melayu sudah
lapuk dan tidak bergaya. Hal ini lebih-lebih lagi bagi orang yang suka berlagak dan
menunjukkan dirinya pandai dalam bahasa asing atau bahasa baharu. Keadaan ini
menyebabkan orang-orang lain turut menggunakannya walaupun tidak memahami
maknanya dengan tepat. Contohnya, perkataan hulu telah digantikan dengan
kepala.

Selain itu, orang berkenaan tidak fasih dalam bahasanya sendiri. Sikap bebalnya
menyebabkan dia tidak malas menyiasat atau mengkaji bahasa sendiri, lalu dengan
mudahnya menggunakan perkataan asing. Pada zaman pascamerdeka ini, terdapat
pihak yang menganggap bahasa Melayu tidak dapat menandingi kewibawaan
bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, peminjaman bahasa asing disebabkan keperluan mengungkapkan


konsep moden, dan menganggap bahasa lain lebih berprestij. Senario ini wujud
semenjak zaman bahasa Melayu kuno dengan dominasi bahasa Sanskrit hinggalah
kini pada era bahasa Melayu moden yang disaingi dengan hebat oleh bahasa
Inggeris. Selain itu, lazimnya kebudayaan yang maju dan kuat berjaya memaksa
masyarakat lain menerima tamadun mereka.

Unsur-unsur Pinjaman
Unsur bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada bunyi,
bentuk morfem dan sintaksis.

(1) Pinjaman Bunyi

Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6 vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan.
Beberapa bunyi konsonan dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.

(a) Bahasa Sanskrit:

> sy - syurga
> sw - swasta

(b) Bahasa Arab:

> kh - khairat, bakhil, fasakh


> gh - ghaib, maghrib, baligh
> sy - syarikat, masygul, Quraisy
> f - fikir, fatsir, takrif
> z - zahir, azab, lafaz
> q - Quran, furqan

Selain itu, dipinjam juga bunyi dh dan th, tetapi kini untuk penulisan dalam bahasa
Melayu, masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja.

dh - dharab (darab), fardhu (fardu)


th - Thalatha (Selasa), Ithnin (Isnin), hadith (hadis)

(c) Bahasa Inggeris:

> f - filem, fokus


> v - vokal, variasi , novel, levi
> sy - syif
> z - zoo, zink

Fonologi bahasa Melayu


Rencana ini membincangkan sistem fonologi bahasa Melayu,
merangkumi konsonan, vokal dan gaya penyebutan yang terdapat dalam bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Isi kandungan
Konsonan Sunting
Carta IPA konsonan Melayu Baku . .
BibirLelangitDwibibir
Gusi
Lelangit Velar Uvular
gigi
gusi
Sengauan
m [m]
n [n]
ny []
ng []
Letupan /
p [p] [p]
t [t]
k [k]
(q [q])
Hentian
b [b]
d [d]
g []
Letusan
c [t]

Glotis

k []

Geseran

(f [f])
(v [v])

Malaran tak
geser
Sisian
Getaran

s [s]
(z [z])

j [d]
(sy [])
-

(kh [x])
(gh [])
y [j]

h [h]
-

w [w]

l [l]
r [r]

Fonem-fonem yang dibubuh tanda kurungan dalam jadual di atas merupakan


konsonan pinjaman dari bahasa asing: [v] dari bahasa Inggeris, selebihnya dari bahasa
Arab.
Selain yang di atas, wujudnya juga konsonan penegas dari bahasa Arab yang tidak
diterima umum sebagai bunyi pinjaman yang sah dalam bahasa Melayu, sebaliknya
hanya disebut oleh sebilangan penutur sahaja. Konsonan penegas ini menumpukan
pembunyiannya pada farinks serentak dengan suatu daerah artikulasi lain.
Konsonan (IPA)
Geseran farinks tak bersuara []
Geseran gusi tak bersuara berfarinks [s]
Letupan gusi bersuara berfarinks [d]
Letupan gusi tak bersuara berfarinks [t]
Geseran gusi bersuara berfarinks [z]
Letupan glotis berfarinks []

Huruf Arab

Contoh kata pinjaman


halal
solat
darurat
tayyiba
zohor
alam, ilmu

Vokal Sunting
Bahasa Melayu Baku mempunyai sembilan vokal termasuk enam vokal asli dan tiga
fonem pinjaman.

Sempit
Separuh sempit
Tengah
Separuh luas
Luas

Catatan fonologi:

Carta IPA Vokal Melayu Baku


Depan
Pusat
i /i/
e~i /e/
e~a //
(e~a //)3,4
a /a/ 7

Belakang
u /u
-7
o~u /o
(o~u //)3,4
(a //) 5,6

1. Ultima tertutup bagi perkataan asal akan menyebabkan [i] disebut


sebagai [e] manakala bagi [u] ialah [o].
2. Ultima terbuka bagi perkataan asal pula menyebabkan [a] disebut
sebagai [] dan ini juga terjadi kepada suku kata sebelumnya sekiranya ultima
tersebut mempunyai h sebagai konsonan awal.
3. Sesetengah perkataan mempunyai vokal [] dan [] untuk kata pinjaman kini
dari bahasa Inggeris, misalnya pek [pk], kos [ks] manakala perkataan yang
lebih awal dipinjam seperti pesta disebut [pest].
4. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal (depan dan belakang) separuh
sempit dan separuh luas. Contohnya, dalam loghat Kedah:
1. [mod] ("modal")
2. [brak] ("bohong")
5. [] merupakan alofon bagi /a/ yang disebut sebelum atau selepas konsonan
penegas dalam kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: qari [qri].
6. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal depan dan belakang luas.
Contoh: [ul] ("gulai", loghat Sungai Perak).
7. Sebutan a lebih luas dalam nyanyian. Sebutan u biasa ditukar kepada [] dalam
nyanyian tidak termasuk nyanyian rasmi seperti aku dinyanyikan
sebagai [ak]. Pertukaran fonem dalam nyanyian juga berlaku dalam bahasa
Jepun.
Diftong dan deretan vokal Sunting
Bahasa Melayu ada tiga fonem diftong (geluncuran dua vokal dalam satu suku kata)
jati yang hanya terdapat dalam suku kata terbuka, iaitu:
/aii /: kedai, pandai
/aui/: kerbau, aura
/oii /: dodoi, amboi
Diftong /ei/ dari kata pinjaman, seperti Mei dan esei hanya disebut /e/. Ciri ini juga
berlaku terhadap /ou/ yang menjadi /o/.

Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan
dalam dua suku kata, contohnya:
/a-i/: kain
/a-u/: laut
Sungguhpun tidak dibezakan dalam ejaan rumi masa kini, namun diftong dan vokal
rangkap ada perbezaan dalam ejaan Jawi, yang mana huruf vokal dalam vokal rangkap
dipisahkan oleh huruf hamzah ( ;)contohnya: laut, huruf vokal diftong pula
dibiarkan bersambung.
Gabungan vokal berikut diterima sebagai geluncuran vokal antara dua suku kata,
tetapi jika dilafazkan dengan cepat, bunyinya seakan-akan diftong.
/ia/: meriah
/iu/: liur
/ua/: luar
/ui/: kelui
Berbeza pula dengan perkataan yang kata dasarnya berakhir dengan fonem vokal
tetapi diimbuhkan dengan akhiran -i, yang mana tiadanya geluncuran antara vokalvokal berkenaan, sebaliknya terlafaznya kesan 'hentian'. Contohnya: /a.i/ dalam
perkataan mengenai. Begitu juga dengan gandingan vokal sama antara dua suku kata,
seperti saat /sa.at/.

berkongsi ilmu semasa d ipg


Tuesday, March 15, 2011

pola keselarasan vokal

"
Pengenalan > Bahagian Satu: Pedoman Umum Ejaan
Rumi Bahasa Melayu

width="2
2"
border="
0"
height="2
2">

10. Sebutan bagi Sistem Keselarasan Vokal


10.1 Sebutan bagi kata dasar dua suku kata atau lebih dengan suku
kata akhir tertutup adalah menurut pola-pola sistem keselarasan
huruf vokal ejaan Rumi. Ada 18 pola keselarasan bunyi vokal yang
utama dalam kategori ini.

10.2 Daripada 18 pola tersebut, ada lapan pola yang berupa polapola yang berubah daripada sistem sebutan keselarasan vokal yang
lama seperti yang berikut:
Pola
Lama > Baru

Ejaan Lama > Baru

Sebutan Lama > Baru

[a-] > [a-i]

balek > balik

[ba.l/] > [ba.li/]

sumbangseh >
sumbangsih

[a-o] > [a-u]

basoh > basuh

lmbayong >

[sum.bang.sh] >
[sum.bang.sih]

[ba.soh] > [ba.suh]

[lem.ba.yong] >

lembayung

[e-] > [e-i]

lbeh > lebih

smbleh >
sembelih

[e-o] > [e-u]

tlor > telur

tmnggong >
temenggung

[i-] > [i-i]

siseh > sisih

krisek > kerisik

[i-o] > [i-u]

tidor > tidur

bliong > beliung

[u-] > [u-i]

[u-o] >
[u-u]

putek > putik

[lem.ba.yung]

[le.bh] > [le.bih]

[sem.be.lh] > [sem.be.lih]

[te.lor [> [te.lur]

[te.meng.gong] >
[te.meng.gung]

[si.sh] > [si.sih]

[ke.ri.s /] > [ ke.ri.si/]

[ti.dor] > [ti.dur]

[be.liong] > [be.liung]

[pu.t/] > [pu.ti/]

gruseh > gerusih

[ge.ru.sh] > [ge.ru.sih]

tundok > tunduk

[tun.do/] > [tun.du/]

tngkujoh >
tengkujuh

[teng.ku.joh] > [teng.ku.juh]

10.3 Sepuluh pola keselarasan bunyi vokal pada kata dasar yang
berakhir dengan suku kata tertutup yang tidak berubah dalam ejaan
lama dengan dalam ejaan sekarang adalah seperti yang berikut:
Pola Keselarasan

Ejaaan

[a-a]

balak

halaman

[e-a]

semak

tembelang

[-a]

semak

belerang

[-

leher

selekeh

[-o]

telor

selekoh

[i-a]

kilang

selinap

Sebutan

[ba.la/]

[ha.la.man]

[se.ma/]

[tem.be.lang]

[s.ma/]

[be.l.rang]

[l.hr]

[se.l.kh]

[t.lor]

[se.l.koh]

[ki.lang]

[se.li.nap]

[o-a]

borang

pedoman

[o-]

boleh

celoteh

[o-o]

[u-a]

obor

[bo.rang]

[pe.do.man]

[bo.lh]

[ce.lo.th]

[o.bor]

kelompok

[ke.lom.po/]

tumpang

[tum.pang]

ketupat

[ke.tu.pat]

" width="22" border="0" height="22">

Dewan Bahasa dan Pustaka 2004.


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi
kandungan daftar ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa
jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur,

Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau


honorarium.
http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/2-10_sistemvokal.htm

"

Pengenalan > Bahagian Satu: Pedoman Umum Ejaan


Rumi Bahasa Melayu

width="2
2"
border="
0"
height="2
2">

7. Sistem Keselarasan Huruf Vokal


7.1 Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian
dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,
iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan
huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf
vokal ini berlaku dengan syarat yang berikut:
i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
ii. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
iii. Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua,
aturan tentang sistem keselarasan huruf vokal ini
dikenakan pada dua suku kata yang terakhir sahaja, iaitu
suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup.
7.2 Berdasarkan maklumat di perenggan 7.1 di atas, sistem
keselarasan huruf vokal memberikan erti, antara lain, seperti yang
di bawah.
i. Huruf vokal e taling atau o di kata ekasuku tidak berubah apabila
kata tersebut diimbuhi awalan yang mengandungi huruf
vokal e pepet. Contohnya:

bom: mengebom bukan mengebum


syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan
ii. Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak
berubah sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet,
i atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya:
belerang

anggota

daerah

gelora

kaedah

kelopak

kecewa

kuno

mereka

pidato

pendekar

sekolah

selera

semboyan

temberang

semoga

iii. Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau


mempengaruhi huruf vokal e taling atau o di suku kata
sebelumnya. Contohnya:
e-a:

beta

cetak

gelenggang

meja

dewan

selempang

o-a:

reka

dendang

selendang

sewa

semak

terendak

goda

borang

berontak

kota

hormat

gelombang

ronda

johan

kerongsang

rongga

rosak

terompah

iv. Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan


keselarasan e-e, e-o, o-e dan o-o tidak berubah kerana
tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a, e pepet, i,
atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya:
e-e:

cerewet, kelengkeng, tempeleng

e-o:

kerekot, pelecok, selekoh

o-e:

celoreng, kerobek, temponek

o-o:

ceroboh, kelompok, pelopor

7.3 Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola


keselarasan huruf vokal yang utama (primer) seperti yang berikut:
Pola Keselarasan

Contoh

Suku
Kata
Praak
hir

Suku
Kata
Akhir
Tertut
up

Penggunaan

(1)

asah, balak,
halaman

(2)

alih, balik,
sumbangsih

(3)

asuh, datuk,
lembayung

(4)

e
pepet

emas, kelam,
cemerlang

(5)

e
pepet

lebih, betik,
sembelih

(6)

e
pepet

telur, tempuh,
temenggung

(7)

e
taling

elak, dewan,
belerang

(8)

e
taling

e
taling

leceh, gelek,
selekeh

(9)

e
taling

esok, telor,
selekoh

(1
0)

ingat, kilang,
selinap

(1
1)

intip, sisih,
belimbing

(1
2)

riuh, tidur,
periuk

(1
3)

otak, borang,
sekolah

(1
4)

e
taling

oleh, boleh,
celoteh

(1
5)

obor, borong,
kelompok

(1
6)

ubat,
tumpang,
ketupat

(1
7)

usik, kuih,
gerusih

(1
8)

untuk,
tunduk,
tengkujuh

7.4 Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang
berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972).
Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf
vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf
vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir.

Ejaan Rumi Lama

Pola Ejaan

Contoh

Ejaan Rumi Sekarang

Pola Ejaan

Contoh

(1) a - e taling

aleh

a-i

alih

(2) a - o

batok

a-u

batuk

(3) e pepet - e taling

lebeh

e-i

lebih

(4) e pepet - o

tempoh

e-u

tempuh

(5) i - e taling

pileh

i-i

pilih

(6) i - o

tidor

i-u

tidur

(7) u - e taling

usek

u-i

usik

(8) u - o

untong

u-u

Untung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut


biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.
7.5 Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah
daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal
menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o di suku
kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal e
taling atauo juga di suku kata praakhir.
Pola Ejaan

Contoh

(1)

e taling - e taling

leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh

(2)

e taling - o

tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot

(3)

o - e taling

oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng

(4)

o-o

obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

7.6 Di samping 18pola kelesaran huruf vokal tersebut, dalam sistem


ejaan Rumi sekarang terdapat juga lapan pola kelesarasan huruf
vokal seperti yang digunakan dalam ejaan lama itu (lihat perenggan
7.4), iaitu untuk mengeja kata-kata yang diserap daripada bahasa
asing, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain serta beberapa bahasa di Nusantara.Selainitu, ada
sepuluh pola keselarasan huruf vokal lagi yang biasa digunakan
untuk mengeja kata-kata serapan dalam bahasa Melayu. Pasangan
huruf vokal yang 18 pola ini ialah pola-pola sekunder dalam sistem
keselarasan huruf vokal.
Pola Ejaan

Contoh Kata daripada Bahasa di


Nusantara

Contoh Kata
daripada
Bahasa
Inggeris

(1) a-e taling

aneh, awet, kaget, laden, pamer,


raden

kabaret,
jaket

(2) a-o

barong, calon, lakon, lancong,


lapor, keraton, perabot, rampok

atom,
kontraktor

(3) e pepet-e
taling

gembleng

setem

(4) e pepet-o

bendok,jempol

gabenor,

interkom

(5) i-e taling

imlek

tiket, kriket

(6) i-o

ijon, pilon

diftong,
transistor

(7) u-e taling

tulen, ulet

subjek

(8) u-o

bunglon, buron, lelucon

kupon,
konduktor

(9) a-e pepet

pakem

teater,
plaster

(1
0)

etaling-i

hipotesis,
objektif

(1
1)

e taling-u

petroleum,
spektrum

(12) e pepet-e
pepet

demdem, pepet

(13) i-e pepet

iseng

artikel, filem,
dividen

(1
4)

o-i

fosil, hipokrit

(1

o-u

bonus, forum

5)

(16) u-e pepet

lumer

skuter,
snuker

(1
7)

e taling-e
pepet

meter

(1
8)

o-e pepet

Oktober,
broker

You might also like