You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TUANKU BAINUN


BUKIT MERTAJAM
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan


NAMA

: FLORENCE A/P GNAPRAKASAM

NOMBOR KAD PENGENALAN : 891121-23-5378


KUMPULAN

: 1 PPISMP (PT/PJ/PI)

NAMA MATA PELAJARAN : PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI

KOD MATA PELAJARAN

: PJ 1311 P5

NAMA PENSYARAH

: PN. SHANTI DEVI A/P SANI BABU

TARIKH SERAHAN

: 27 MARCH 2012

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

BIODATA

PENGAKUAN

HALAMAN JUDUL

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

ULASAN

REFLEKSI

BIBLOGRAFI

LAMPIRAN

BIODATA

NAMA

: Florence A/P Gnaprakasam

UMUR

: 23 tahun

NO.KAD.PENGENALAN

: 891121-23-5378

KUMPULAN

: 1 PPISMP PT/PJ/PI

E MAIL

: Florence.gnaprakasam21@gmail.com

NO.TEL

: 017-7075105

PENGAKUAN

Dengan ini saya akui bahawa tugasan kerja kursus berasaskan ilmu (KKP) ini
adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat berdasarkan susunan dan keperluan yang
telah ditetapkan.
Saya dengan ini berjanji sekiranya kerja kursus yang saya laksanakan ini
melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan, segala hasil kerja saya akan
digagalkan.

Nama Pelajar

: FLORENCE A/P GNAPRAKASAM

Nombor Kad Pengenalan : 891121-23-5378


Kursus

: PPISMP

Kumpulan

: 1 PPISMP PT/PJ/PI

Institut

: IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Tandatangan

Tarikh

: 27 MARCH 2012

HALAMAN JUDUL

ULASAN
ISU YANG BERKENAAN PENDIDIKAN JASMANI

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

PENGHARGAAN

Selamat

sejahtera dan salam perpaduan. Saya Florence A/P Gnaprakasam

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana limpah
kurnia dan rahmat saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu (KKP)
yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Puan. Shanthi Devi A/P Sani Babu
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu
Puan. Shanthi Devi A/P Sani Babu yang telah memberikan sokongan moral kepada
saya bagi menyempurnakan kerja kursus ini. Beliau sanggup meluangkan masa
dengan saya serta memberi penjelasan yang begitu terang dan manfaat untuk saya
tentang kerja kursus berasaskan ilmu ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya
yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Jika
tiada bantuan daripada rakan sekelas saya yang tampil untuk memberi tunjuk
ajar

dan membetulkan

kesilapan

yang

dilakukan

maka

tidak

saya

menyempurnakannya.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar serta sokongan moral kepada
kami dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Akhirnya saya mengucapkan terima
kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung dan tidak
langsung dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Terima Kasih.

PENDAHULUAN

Saya telah diarahkan untuk memilih satu artikel / berita / penulisan / isu berkenaan
dengan Pendidikan Jasmani. Seterusnya, saya dikehendaki untuk membuat ulasan
mengenai berita yang dipilih itu. Di ulusan tersebut, saya juga diarahkan untuk
memberikan cadangan-cadangan saya tersebut isu dan juga cara untuk menangani
masalah tersebut. Isu yang telah saya pilih ialah masalah obesiti. Sebab saya memilih
isu ini adalah, ramai daripada kita mengalami masalah ini walaupun pada usia yang
muda. Masalah ini menjadikan seseorang itu berasa rendah diri dan tidak mempunyai
semangat berkawan dengan seseorang dan juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk
terus hidup. Justeru itu, ada orang juga yang menamatkan riwayatnya dengan
membunuh diri. Punca utama berlakunya masalah obesiti adalah mengamalkan gaya
pemakanan yang tidak seimbang. Selain itu, kurang persenaman juga menjadi salah
satu punca berlakunya masalah obesiti. Ia boleh meninggalkan kesan yang negatif dan
juga penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan juga tekanan darah tinggi. Terdapat
beberapa cara untuk menanggani masalah obesiti. Iaitu mengamalkan cara pemakanan
yang seimbang. Tambahan pula, bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
boleh menjadi salah satu cara untuk menanggani masalah obesiti ini. Secara

keseluruhan, senaman harus dipupuk di kalangan setiap orang sama ada orang tua,
dewasa dan juga kanak-kanak untuk menjamin kesejateraan hidup.

ULASAN

Obesiti merupakan sesuatu masalah yang sangat hangat dikatakan dan ia


dipandang serius oleh semua golongan di seluruh dunia. Kementerian Kesihatan
Malaysia juga mengatakan bahawa, Malaysia kini berada pada kedudukan pertama di
kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti. Manakala,
dirantau Asia Pasifik pula, Malaysia menduduki tangga keenam. Justeru itu, masalah ini
harus dibanteras demi melahirkan penduduk yang lebih sihat dan sejathera. Oleh yang
demikian, masalah ini mendorong saya untuk memilih tajuk ini dan mencari maklumat
tentangnya di berita daripada keratan akhbar dan mengumpul informasi daripada
sumber internet. Tajuk yang telah saya pilih ialah, Obesiti bukan bahan gurauan.
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam
badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisutisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih mudah lagi, seseorang yang mengalami masalah
obesiti mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding
ukuran ideal ataupun

mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram

melebihi berat badan unggul. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius seperti panyakit kronik. Contoh penyakit kronik adalah diabetes
(kencing manis), penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), dan tekanan darah
tinggi. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga akan menjadi semakin pendek.

Menurut Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), akibat gaya hidup yang
tidak sihat menjadi penyebab utama bagi masalah obesiti iaitu 30 peratus atau 8.1 juta
rakyat Malaysia. Statistik juga menunjukkan bahawa masalah kegemukan di kalangan
rakyat negara kita Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Isu yang paling
menyedihkan di sini ialah, tiada statistik yang menunjukkan kaedah penurunan untuk
masalah obesiti ini.
Isu obesiti bukan sahaja membabitkan orang dewasa malah ia juga
membabitkan pelajar sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dengan penjualan nasi lemak di
sekolah kini telah pun dilarangkan oleh pihak kerajaan kerana ia didapati menjadi salah
satu punca menyebabkan pelajar sekolah mengalami masalah obesiti. Hal ini kerana,
nasi lemak didipati mempunyai bilangan lemak dan kalori yang agak tinggi yang
membolehkan pelajar sekolah menjadi lembap dan malas. Justeru itu, pengambilan
makanan yang tidak seimbang memainkan peranan penting dalam menangani masalah
kegemukan ini. Hal ini kerana, rakyat Malaysia terdedah dengan pengambilan makanan
yang berkalori tinggi, termasuk yang mempunyai lemak dan gula yang tinggi. Justeru
itu, seseorang harus mengamalkan cara pemakanan yang seimbang seperti yang
diterapkan di pyramid makanan. Sebagai contoh, kurangkan pemakanan yang
mempunyai tahap lemak, gula dan garam yang berlebihan. Makanan segera seperti
KFC, McDonalds, Marrybrown, dan Pizza harus dikurangkan dalam menangani
masalah kegemukan.
Selain daripada itu, punca lain yang menyebabkan berlakunnya masalah obesiti
ialah kurang atau malas bersenam. Ini kerana, kebanyakkan rakyat Malaysia sibuk
dengan tugasan harian mereka, meluangkan masa menghadap komputer dan bagi
kanak-kanak pula meluangkan masa yang berlebihan dengan menonton televisyen.
Oleh yang demikian, mereka lupa akan kepentingan bersenam dan juga punca kurang
bersenam.
Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan
dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap
kecergasan. Kalau dengar sahaja perkataan senaman kebanyakkan daripada kita akan
berasa takut. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa senaman adalah sesuatu

aktiviti yang paling susah dan tidak dapat dilakukan oleh seseorang. Sebenarnya,
aktiviti senaman adalah aktiviti yang paling senang yang boleh dilakukan oleh setiap
golongan sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga orang tua. Secara ringkas,
seseorang itu boleh mulakan dengan senaman yang mudah untuk memanaskan badan.
Sebagai contoh, berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari atau berlari atau
joging selama 5 hingga 10 minit atau berenang 2 hingga 3 pusingan mengikut cara
keselesaan masing-masing atau berbasikal selama 5 hingga 10 minit dengan kelajuan
rendah. Semua ini bergantung kepada aktiviti yang dipilih mengikut kesesuaian diri dan
juga mengikut tahap stamina seseorang.
Secara kesimpulan, senaman dan juga cara pemakanan yang seimbang dapat
membantu seseorang dalam mengatasi masalah obesiti. Senaman menjadi tumpuan
utama untuk menangani masalah kegemukan. Hal ini kerana, senaman dapat
meningkatkan tahap kecergasaan dan kesihatan seseorang bagi setiap kategori umur.
Bersenamlah setiap hari, untuk nikmati kesihatan diri

REFLEKSI

Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Saya Florence A/P Gnaprakasam
dari kursus PPISMP PT/PJ/PI (Semester 1/2012). Tugasan kerja kursus berasaskan
ilmu ini merupakan tugasan pertama yang saya melaksanakan terhadap matapelajaran
Pengenalan Pendidikan Jasmani.
Sepanjang kursus ini, saya berpeluang untuk mengenali sejarah pendidikan
jasmani di Malaysia. Sebagai contoh, menurut pakar bidang apakah falsafah yang
ditujukan oleh mereka mengenai konsep Pendidikan Jasmani. Selain daripada itu, saya
juga telah mempelajari tentang senaman, kebaikan bersenam dan kesan sekiranya
tidak bersenam. Saya juga telah mendapat pengetahuan tentang kecergasan fizikal,
dan penilain dalam Pendidikan Jasmani. Tambahan pula, saya juga telah belajar cara
pengawalan berat badan dan cara mengira jisim tubuh badan (Body Mass Index) (BMI).
Kursus ini telah digerakkan kearah kehidupan sihat dan sejathera sepanjang
masa dan memberi tumpuan kepada kepentingan hidup sihat dan sejathera. Saya telah
mendapat banyak meklumat mengenai hidup sejathera. Sebagai contoh, saya dapat
mengetahui cara bersenam dengan betul, aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa
bersenam, waktu yang bersesuaian untuk bersenam dan jumlah masa yang boleh
seseorang bersenam.
Pengalaman ini telah membantu saya melihat kepentingan bersenam. Sebelum
saya menjadi guru pelatih di Institut Pendidikan Guru ini, saya tidak mengetahui apakah
itu senaman sebenarnya dan kepentingan bersenam. Sekarang saya sudah mengenali

kepentingan bersenam dan saya juga telah berjaya mengurangkan berat badan saya
sebanyak 5 kilogram dalam 2 bulan dengan menggamalkan cara bersenam.

Selain daripada itu, saya juga telah banyak mempelajari tentang kepentingan
bersenam dan tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang semasa saya
melaksanakan kerja tugasan ini. Pada masa yang sama, saya juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dalam perkara tersebut. Selain itu, semasa
mengumpul maklumat saya dapat bantuan daripada rakan-rakan sekelas saya. Oleh
yang demikian, kami dapat menterapkan nilai perpaduan dan nilai berkerjasama antara
satu sama yang lain. Ini juga membantu kami mengenal antara satu sama yang lain
secara lebih mendalam.
Secara keseluruhan, saya dapat rasa bahawa matapelajaran Pengenalan
Pendidikan Jasmani ini telah memberikan banyak pengajaran dan pengetahuan
kepada saya. Saya telah mempelajari banyak istilah-istilah yang baru mengenai
Pendidikan Jasmani yang tidak pernah diketahui oleh saya sebelum ini. Saya berasa
sungguh gembira dan puas hati dengan apa yang telah dibelajari dan saya juga ingin
terus mempelajari secara mendalam lagi tentang Pendidikan Jasmani.

BIBLIOGRAFI

Sumber Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=345.0
http://anizyn.blogspot.com/2011/03/30-peratus-rakyat-malaysia-dijangka.html
http://jknpenang.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=85
http://deheartyku.blogspot.com/2010/05/apa-itu-senaman.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemakanan_seimbang
http://bolehke-zainorin.blogspot.com/2010/12/berita-mengenai-statistik-obesitidi.html

Buku Rujukan
Dr. Harold Shryock, M.D, (2002). Anda sihat Anda bahagia. Kuala Lumpur : Southeast
Asia Publishing House.

Majalah
Mohd. Khuzairi Ismail, (March 2007). Estidotmy. muka surat (20-22). Kuala Lumpur :
Utusan

Malaysia.
Rafidah Rosli, ( Februari 2012). iSIHAT. muka surat (31, 78). Kuala Lumpur : Utusan
Malaysia.

You might also like