You are on page 1of 9

Teks Pengacara Majlis

Mengumumkan ketibaan Bendahari Persatuan Ibu Bapa dan Guru


SK Tanaki Papar Tuan Darius Golingai.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
***(Lagu Negara ku, lagu Sabah Maju Jaya
dimainkan)

dan lagu sekolah

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sabah


Maju Jaya. Para tetamu kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan
hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria.
hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
Majlis hari Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) SK Tanaki Papar bagi
tahun 2015.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu `Alaikum W.B.T, Selamat
Yang Berbahagia Encik Darius Golingai, Bendahari Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Tanaki.
Yang Berusaha Encik Jasri Amir Abjul, Guru Besar SK Tanaki Papar.
Yang Dihormati En. Mohamad Rafee Mohd Nor, Guru Penolong
Kanan 1,
Pn. Zarinah Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati ahli-ahli PIBG,
Barisan guru-guru SK Tanaki , murid-murid yang dikasihi,
1

seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam kangkung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Selamat datang ke :
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Tanaki Papar bagi tahun
2015.
Saya Noraini Bt Osman selaku Pengacara Majlis akan
mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya. InshaAllah.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana
dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita
dalam bidang pelajaran.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini
terutamanya kepada Yang Berbahagia Encik Darius Golingai.
Bendahari Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kerana sudi meluangkan
masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini
walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian
dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu
2

bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada


anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati
Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Adik Fazly
Rosly. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
****** (Bacaan Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Adik Fazly Rosly di atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.
***(Ucapan Wakil Murid)
Majlis diteruskan dengan menjemput wakil murid untuk
menyampaikan ucapan. Malis dengan segala hormatnya
mempersilakan Adik Callixtus Vitus untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih kepada adik Callixtus Vitus.

******(Ucapan GB.)
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Jasri Amir
Abjul Guru Besar SK Tanaki Papar untuk menyampaikan ucapan alualuan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Pak petani menyabit rumput
Rumput diberi makan ternakan
Jemput bukan sebarang jemput
Jemput menyampai kata aluan.
Ucapan terima kasih kepada Tuan Jasri Amir Abjul Guru Besar SK
Tanaki Papar di atas ucapan alu-aluan beliau tadi.
(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit
tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima
kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Darius Golingai kerana telah
sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
2015 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha
Tuan Jasri Amir Abjul, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanaki
Papar bagi menyempurnakan agenda.
Makan nasi di tepi bendang
Bersambal tumis ikan bilis
Datanglah tuan kami mengundang
Tampil ke depan merasmi majlis
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Darius Golingai.

****(Konvokesyen Prasekolah)
Untuk meneruskan majlis, majlis menjemput Tuan Darius Golingai
untuk menyempurnakan Konvokesyen PraSekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Darius Golingai
kerana telah sudi menyempurnakan Konvokesyen Prasekolah.
******(Persembahan Tahun 6).
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahun 6 iaitu
tiupan Rekoder yang bertajuk Bengawan Solo dan Bunga Yang
Hilang. Dipersilakan.
(Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, persembahan tahun 6
ini dilatih oleh guru muzik iaitu Guru Besar Tuan Amir Abjul dengan
dibantu oleh Puan Shirley Pauline Juhim.)
Terima kasih kepada murid-murid tahun 6 yang telah membuat
persembahan sebentar tadi.
(1)******(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan Kedudukan
Dalam Kelas Tahun 1 hingga tahun 6)
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil
penghargaan untuk Kedudukan Dalam Kelas bagi tahun 1 hingga
tahun 6.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Mohd Rafee


Mohd Nor, Penolong Kanan Kurikulum SK Tanaki mengiringi Yang
Berusaha Tuan Jasri Amir Abjul, Guru Besar SK Tanaki untuk naik ke
atas pentas bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas bagi
Tahun 1.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Jasri Amir Abjul, Guru
Besar SK Tanaki kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil
penghargaan.
****(Penyampaian Hadiah Subjek Terbaik)
Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran
terbaik mengikut Subjek: (Semua murid diminta bersedia)
Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Zarinah
Abdul Hamid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Tanaki mengiringi
Yang Berusaha Encik Mohd Rafee Mohd Nor, Penolong Kanan
Kurikulum SK Tanaki untuk naik ke atas pentas bagi
menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Rafee di atas
kesudian menyempurnakan acara.
***(Persembahan PraSekolah)
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SK
Tanaki. Dipersilakan.
Terima kasih kepada murid PraSekolah yang telah membuat
persembahan yang begitu baik sekali.

****Anugerah Kehadiran Terbaik


Terlebih dahulu, majlis menjemput Puan Shirley Pauline Juhim,
mengiringi Yang Berusaha Puan Zarinah Abdul Hamid, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SK Tanaki untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Zarinah Abdul Hamid
kerana sudi menyempurnakan acara.

****(Penyampaian Hadiah PraSekolah)


Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat
kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi
meraikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Tahun 2015. Hari
ini, pada tarikh 18 November 2015, warga dewan bersama-sama
menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah
seterusnya.
Acara seterusnya ialah penyampaian Hadiah PraSekolah. Diminta
semua murid PraSekolah bersedia.
Untuk menyempurnakan majlis, majlis menjemput Tuan Darius
Golingai untuk menyempurnakan Penyampaian Hadiah PraSekolah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Darius Golingai
kerana telah sudi menyempurnakan Penyampaian Hadiah
Prasekolah.

****(Penyampaian Anugerah Tahun 6)


Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SK Tanaki Papar,
Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu
sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan
dengan pemberian sijil dan hadiah. Bagi penerima sijil penghargaan
tersebut ialah:
Untuk menyempurnakan majlis sekali lagi majlis menjemput Tuan
Darius Golingai untuk menyempurnakan Penyampaian Anugerah
Tahun 6. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian menyampaikan
hadiah dan sijil.
****(Persembahan Tahun 4 & 5)
Dari kedah ke negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
****(Persembahan Tahun 4 & 5) dan seterusnya persembahan tahun
6.
Terima kasih kepada murid yang telah membuat persembahan tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan
Kita menjamu selera.

You might also like