You are on page 1of 5

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

PROGRAM

: INTERNSHIP PISMP JAN 2012

NAMA SEKOLAH

NAMA PROJEK/AKTIVITI

: RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK


PERPADAUAN

TEMPOH PELAKSANAAN

: 2 HARI (3-4 OKTOBER 2015)

1. OBJEKTIF
RIMUP telah menggariskan empat objektif utama iaitu :
1.1

Meningkatkan

pengetahuan

murid

tentang

pelbagai

sukan

permainan budaya masyarakat Malaysia.


1.2

Melibatkan diri dalam karnival sukan permainan warisan budaya


masyarakat Malaysia.

1.3

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan


suasana muhibah secara sedar dan terancang.

1.4

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai


kaum di beberapa buah sekolah.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

Guru-guru

dipanggil

untuk

bermesyuarat

untuk

membincangkan

pelaksanaan dan aktiviti-aktiviti untuk program RIMUP yang telah disertai


oleh 3 buah sekolah iaitu SK Bukit Garam 2, SK Kota Kinabatangan dan
SK Jaya Baru.

Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru besar.

Bermesyuarat kali kedua dengan guru-guru dan mengumumkan Ahli


Jawatankuasa Induk ,Ahli Jawatan kuasa Kerja,Agensi luar yang terlibat
dan membentangkan kerja serta aktiviti-akitiviti yang akan dijalankan
semasa Program Rimup berlangsung.

Berjumpa dan menghantar surat memohon kebenaran ke KOPEL


(Koperasi Pelancongan) dan Nursery kepada agensi luar.

Menyediakan barangan keperluan seperti pakaian peserta, hadiah-hadiah


peserta, peralatan sukan yang diperlukan , dll.

Lampiran bergambar

Sesi taklimat daripada penjaga


NURSERY Batu Putih

Penjaga Nursery menunjukkan cara


membuat beg semaian pokok.

Pelajar bertukar-tukar giliran dan membahagikan


tugas sesama mereka untuk menyiapkan 1000
beg semaian.

Beg semaian pokok yang telah disiapkan oleh para


pelajar

Tarian suku etnik Sungai yand dipersembahkan pada hari penutupan majlis

3. REFLEKSI
a) Kekuatan Projek
Setelah mengendalikan program ini, saya telah mengenalpasti beberapa
kekuatan projek iaitu projek ini dapat memperkenalkan murid tentang amalan
tradisi masyarakat berbilang bangsa dan kaum, menyediakan peluang kepada
para pelajar untuk berkenalan dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Kekuatan yang pertama seperti yang dinyatakan di atas, projek RIMUP ini
menggunakan elemen permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti yang
dijalankan pada hari pertama program tersebut. Hal ini amat penting kerana ia
dapat memperkenalkan para pelajar mengenai permainan-permainan tradisional.
Selain itu, para pelajar juga dapat memupuk semangat kesukanan dan
perpaduan sesama mereka walaupun berbeza sekolah.
Kekuatan kedua projek ini adalah menyediakan peluang kepada para pelajar dan
juga guru-guru yang terlibat untuk saling berkenalan dan mengeratkan hubungan
silaturahim sesama mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyertaan pelajar
daripada kaum dan agama yang berbeza seperti, india, muslim dan non-muslim.
Mereka

diberikan

peluang

untuk

membantu

sesama

mereka

dalam

menyelesaikan sesuatu aktiviti yang diberikan kepada mereka. Oleh yang


demikian, para pelajar dapat bekerjasama dengan baik dan juga bersatu padu
dalam menjayakan misi pasukan.

b) Kelemahan Projek
Pada pendapat saya, projek RIMUP ini tidak mempunyai sebarang kelemahan
dari segi aktiviti yang dirancangkan. Tetapi ada elemen yang perlu diperbaiki
seperti cara pengurusan dan pengendalian program.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kelemahan yang dinyatakan di atas, ia merujuk kepada system
pengurusan dan pengendalian program RIMUP ini. Terdapat sedikit masalah dari
segi pengurusan yang telah menjadi kekangan kepada projek ini seperti
pengurusan makanan, pakaian dan juga penutupan program. Hal ini merupakan
perkara biasa yang berlaku, namun para guru perlulah meneliti perkara tersebut
dan berusaha untuk mengatasinya agar perkara-perkara tersebut tidak berlaku
lagi pada masa akan datang.
5. KESIMPULAN
Keseluruhan projek berjalan dengan lancer tanpa sebarang masalah yang tidak
boleh diatasi. Selain itu, objektif program RIMUP juga telah berjaya dicapai
dengan jayanya.

You might also like