You are on page 1of 1

Tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar yang dihormati sekalian

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu
Salam sejahtara, Salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia

Pertama kalinya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana pihak Universiti
Multimedia kerana menjemput saya untuk merasmikan program Malam
Perpaduan 2015. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada penganjur dan
para pelajar yang telah bertungkus lumus memerah keringat untuk menjayakan
sebuah program sehebat ini
Saya percaya bahawa menguruskan sebuah program sebesar ini bukanlah
sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha, ketekunan, dedikasi dan
juga kerjasama dari para pelajar. Dan sebagai hasilnya. Malam ini, saya berbesar
hati diberikan peluang untuk menyaksikan sebuah program yang sehebat Malam
Perpaduan 2015 ini. Saya percaya mereka yang terlibat untuk menjayakan majlis
ini pasti turut merasa amat gembira dengan kejayaan program ini
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya diberitahu bahawa Universiti Multimedia ini terdiri daripada pelajar yang
berbilang kaum dan juga bangsa. Ini merupakan satu perkara yang harus
dibanggakan kerana dengan wujudnya kepelbagaian kaum dan juga bangsa,
pelbagai manfaat yang boleh diperoleh. Contohnya, aktiviti pada malam ini
sendiri terhasil kerana wujudnya kepelbagaian itu. Pastinya pelajar pelajar
berasa teruja untuk melihat persembahan kebudayaan

You might also like