You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BELURU

33600 ENGGIR
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS CADANGAN
MELUKIS MURAL NAMA SEKOLAH

20 JULAI 2016 27 JULAI 2016

PROGRAM ANJURAN:
INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8
IPG KAMPUS IPOH

1.0 PENGENALAN
Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh
guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh bagi memenuhi syarat Internship bagi semester 8
ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan
mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guruguru SK Beluru.
Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan
lagi persekitaran sekolah.

2.0 RASIONAL
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting
dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural nama sekolah ini dijalankan
berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai
persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat
akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan
indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek Melukis Mural Nama Sekolah

6.0 ANJURAN
Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh dan guru-guru SK
Beluru.

7.0 TARIKH
20 Julai 2016 hingga 27 Julai 2016

8.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Beluru, 33600 Enggor, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

9.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat

: En. Mohd Nor Azam B. Abdul Hamid (Guru Besar SK Beluru)

Pengerusi

: En. Meor Baharuddin B. Zulkifli (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi

: Pn. Rohana Bt. Ahmad (Penolong Kanan 1)

Penyelaras Projek

: Pn. Robiah Bt. Hasmuni (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha:

: Cik Nur Farah Ain Bt. Nordin (Pelatih Guru Kampus Ipoh)

Reka Grafik

: En. Mohd Zamberi B. Mat Saat

10.0

PELAN TINDAKAN PROJEK

Langkah
1

Aktiviti

Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis mural


nama sekolah melalui internet.

Mengukur saiz perkataan.

Berbincang dengan guru berkaitan tentang mural nama sekolah

Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita ukur dan

kapur.
Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka dan
berus.

3
4
5

11.0

Mencetak perkataan yang diperlukan untuk mural.


Mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat.
Memperbaiki perkataan yang dilukis.
Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

SUMBER KEWANGAN

Peruntukan dari SK Beluru.

12.0

ANGGARAN BELANJAWAN

HARGA
BIL.
1.
2.

13.0

PERKARA

UNIT

Cat Pelaka (hitam, merah)


1
Berus (4)
2
JUMLAH KESELURUHAN

JUMLAH (RM)
SEUNIT (RM)
14.50
4.20

29.00
8.40
37.40

PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua
pihak.

Disediakan oleh:

...........
(NUR FARAH AIN BINTI NORDIN)
Guru Pelatih,
IPG Kampus Ipoh, Perak

Disemak oleh:


(EN. MEOR BAHARUDDIN B. ZULKIFLI )
Guru Pembimbing,
Penolong Kanan HEM SK Beluru

Disahkan oleh:

(EN. MOHD NOR AZAM B. ABDUL HAMID)


Guru Besar,
SK Beluru

You might also like