You are on page 1of 8

1

1.0

Tajuk Kajian
Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice Dalam Pendaraban
Nombor Bulat Dua Digit Tahun Lima Maju

2.0

Nama Penyelidik
Norzuliana bt Superman

3.0

Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjong Sepat

4.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Pengalaman mengajar di sebuah sekolah luar bandar tidak sama
dengan mengajar di bandar. Setiap tempat mempunyai persekitaran
yang berbeza, sama ada dari segi sosial dan ekonomi. Oleh itu,
cabaran mendidik di setiap tempat juga berbeza. SK Tanjong Sepat
merupakan sebuah sekolah luar bandar di dalam daerah Kuala
Langat. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 600 orang murid yang
terdiri daripada kaum Melayu, Asli dan India.
Penyelidik merupakan seorang guru opsyen Matematik yang
mempunyai pengalaman mengajar hampir 7 tahun. Namun begitu,
pengalaman mengajar untuk mata pelajaran matematik baru tahun
ke lima. Ini kerana, kekurangan guru bahasa inggeris di sekolah
tersebut, penyelidik telah diberi mandat untuk mengajar subjek
tersebut. Dalam tempoh lima tahun mengajar matematik, penyelidik
masih perlu untuk belajar dan menambah baik amalan kendiri
sebagai seorang guru matematik.
Penyelidik mengajar matematik di Tahun 5 Maju. Kelas ini
adalah kelas pertama di antara tiga buah kelas untuk Tahun 5.
Namun, secara keseluruhannya murid-murid di dalam kelas 5 Maju
mempunyai pencapaian yang sederhana dalam akademik. Hanya
sebahagian kecil murid di Tahun 5 Maju yang mempunyai tahap
pencapaian yang agak memberangsangkan.
Topik Nombor Bulat merupakan topik pertama di dalam
silibus matematik Tahun 5. Kemahiran asas seperti tambah, tolak,
darab dan bahagi di ajar dalam topik ini. Kemahiran tambah dan

Kajian Tindakan: Matematik 2014

tolak boleh dikuasai oleh murid-murid dengan baik. Sewaktu proses


pengajaran dan pembelajaran untuk kemahiran mendarab nombor
bulat dengan nombor dua digit, penyelidik dapati murid-murid
sering menghadapi masalah dalam proses pengumpulan semula
dan nilai tempat. Penyelidik menyedari masalah ini, melalui
pemeriksaan hasil kerja murid-murid di dalam buku latihan dan buku
aktiviti mereka.
Kemahiran mendarab yang kukuh perlu ada pada murid-murid
untuk mereka menguasai topik-topik yang seterusnya seperti
pecahan, perpuluhan, peratus, wang, masa dan waktu, panjang,
jisim, isipadu cecair, bentuk dan ruang dan perwakilan data. Selain
daripada itu, kemahiran mendarab saling berkait dengan kemahiran
bahagi.Apabila murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran
darab dengan baik, mereka juga tidak dapat menguasai kemahiran
membahagi. Keadaan ini, jika dibiarkan akan melunturkan minat
mereka terhadap matematik dan sekaligus menjadikan prestasi
akademik sekolah juga terjejas.
5.0

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian


Empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi telah diajar sejak awal pendidikan kanak-kanak lagi. Semakin
bertambah usia, operasi ini masih digunakan namun nombornya
semakin

bertambah.

Kemahiran

asas

yang

kukuh,

strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan suasana sekolah


yang menggalakkan budaya ilmu akan dapat menarik minat murid
untuk belajar matematik dan meningkatkan pencapaian matematik
di sesebuah sekolah.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, matematik telah
dikenalpasti mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan
dalam proses pengajaran yang dijalankan dalam sesuatu bilik
darjah. Kadangkala kaedah pengajaran yang digunakan akan
menyebabkan proses pembelajaran menjadi lembap dan pasif serta
Kajian Tindakan: Matematik 2014

bertumpu

kepada

guru

matematik

yang

lemah

semata-mata.
dan

tidak

Pendekatan

profesional

pengajaran

menyebabkan

kemahiran asas matematik yang mudah menjadi sukar dikuasai dan


sukar untuk diselesaikan oleh murid. (Sabri Ahmad,2006)
Lazimnya,

murid-murid

sering

menghadapi

masalah

menguasai kemahiran darab sebarang nombor bulat dengan


nombor lebih daripada satu digit. Sekiranya, murid tidak dapat
menguasai kemahiran darab dengan baik ia akan menjadi satu
masalah untuk mereka menguasai kemahiran bahagi. Hal ini akan
melunturkan minat murid untuk belajar matematik sedikit demi
sedikit.
Kaedah pengajaran yang lama, tidak menarik dan sukar
difahami oleh murid juga boleh menyumbang kepada permasalahan
gagal dalam matematik. Guru perlu bersikap lebih prihatin dan
kreatif untuk menangani permasalahan ini. Guru harus mencari dan
mencuba sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik untuk merangsang minat murid-murid belajar matematik.
Ada pelbagai kaedah dan pendekatan yang telah diaplikasikan
oleh

pendidik

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

tajuk

pendaraban bagi membantu meningkatkan kemahiran mendarab


murid. Antaranya ialah pendaraban palang,teknik jari, kaedah grafik, kaedah sullam
suur, kaedah lattice dan pendaraban nombor kecil ke nombor besar.
Penyelidik telah memilih pendaraban kaedah Lattice sebagai
kaedah yang hendak diuji untuk menangani masalah pendaraban
nombor bulat dengan nombor dua digit. Kaedah ini dipilih sebagai
alternatif dan intervensi kepada murid-murid dalam kajian ini kerana
ia mengasingkan operasi pendaraban dan penambahan.
6.0

Objektif Kajian
Selepas kajian ini dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
i.

Objektif Umum

Kajian Tindakan: Matematik 2014

Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab dua dgit dan melakukan
penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran
mendarab dengan menggunakan Kaedah Lattice serta meningkatkan minat
murid Tahun Lima terhadap mata pelajaran Matematik.
ii.

Objektif Khusus
Mengenalpasti kesilapan paling dominan yang dilakukan
oleh murid-murid

sewaktu menyelesaikan operasi darab

nombor bulat dengan nombor dua digit.

Mengkaji sama ada kaedah pendaraban Lattice dapat


mengatasi kesilapan dominan yang telah dikesan dalam
menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor
dua digit.

Mengenalpasti

penerimaan

murid-murid

terhadap

kemahiran mendarab kaedah Lattice berbanding kemahiran


mendarab

secara

lazim

bagi

aspek

pengetahuan,

kefahaman, kemahiran dan minat.

Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara kaedah


pendaraban

Lattice

dengan

pencapaian

murid

dalam

menyelesaikan masalah pendaraban nombor bulat dengan


nombor dua digit.
7.0

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 30 orang murid Tahun 5 Maju. Tahun 5 Maju merupakan
kelas pertama daripada tiga buah kelas Tahun 5 di sekolah ini.
Semua murid daripada Tahun 5 Maju terlibat di dalam kajian ini
supaya mereka mendapat faedah dan manfaat bersama.
Jadual 3.2
Sampel Kajian
Kaum
Perempuan
Lelaki
Jumlah

Kajian Tindakan: Matematik 2014

Melayu
15
15
30

Asli
0
1
1

Sampel kajian terdiri daripada 16 orang lelaki dan 15 orang


perempuan, di mana majoritinya adalah Melayu dan seorang murid
lelaki Asli. Sampel juga dikenalpasti daripada rekod pencapaian
murid dalam mata pelajaran Matematik semasa di tahun empat,
iaitu Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Seterusnya sampel dikenalpasti
melalui latihan-latihan yang diberikan semasa pengajaran dan
pembelajaran topik Nombor Bulat. Walaupun mereka duduk di
dalam kelas yang pertama, namun dari segi pencapaian akademik
mereka masih di tahap sederhana. Ini disebabkan oleh beberapa
faktor seperti latar belakang keluarga dan persekitaran.
8.0

Tindakan yang dicadangkan


Kajian tindakan ini dijalankan melalui dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2 seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 1. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil
dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan
dibuat dan ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti:
a. Ujian pra; Selesaikan soalan darab nombor bulat dengan
nombor dua digit yang melibatkan pengumpulan semula
menggunakan bentuk lazim bagi mengenalpasti kesilapan
yang paling dominan dilakukan oleh murid-murid sewaktu
mendarab.
b. Fasa 1: Perkenalkan Kaedah Pendaraban Lattice
Murid-murid diperkenalkan dengan Kaedah Pendaraban
Lattice. Murid dibimbing oleh guru, menyelesaikan darab
menggunakan kaedah lattice langkah demi langkah. Guru beri
latihan sebagai pengukuhan dan guru membuat refleksi.
c. Fasa 2: Menambahbaik kaedah yang diperkenalkan
Guru cuba menambahbaik kaedah yang diperkenalkan kepada
murid

berdasarkan

hasil

dapatan

melalui

PdP

yang

dijalankan.Bagi mengatasi masalah di dalam Fasa 1 (sekiranya


Kajian Tindakan: Matematik 2014

ada) , guru akan merancang tindakan untuk menambah baik


kaedah pendaraban yang diperkenalkan. Tujuannya supaya
murid tidak merasa bosan dan seterusnya hilang minat untuk
belajar Matematik. Murid-murid dibimbing dengan melakukan
sedikit

penambahbaikan

dalam

langkah-langkah

menyelesaikan soalan darab menggunakan Kaedah Lattice.


d. Ujian Pos
Murid-murid buat ujian bertulis sama seperti ujian pra. Pada
kali ini, murid menjawab soalan menggunakan Kaedah Lattice
bagi melihat keberkesanan kaedah yang diperkenalkan dapat
Kenalpasti Masalah:
meningkatkan
pencapaian

murid

dan

mengurangkan

Refleksi P&P yang lepas


Ujian Pra
kesilapan
dominan yang dikenalpasti. 31 orang murid Tahun 5 Maju
Pemerhatian

e. Soal selidik
Selepas murid-murid menjalankan Ujian Pos, murid-murid
dikehendaki untuk menjawap soal selidik yang disediakan.
Soal selidik diberi
bertujuan untuk
melihat
Fasaadalah
1:
Statistik
Datasejauh
(%)
Perkenal
Pendaraban
Kaedah
Lattice
mana
keberkesanan
kaedah
yang
diperkenalkan melalui aspek

pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan minat.


Membuat refleksi Fasa 1:
Memperkukuhkan / penambahbaikan intervensi di fasa 1

Fasa 2:
Rancang tindakan dan laksana tindakan penambahbaikan Kaedah Lattice

Ujian Pos
31 orang murid Tahun 5 Maju

Analisis data kuantitatif dan kualitatif

Membuat refleksi keseluruhan P&P


Kajian Tindakan: Matematik 2014
Rumusan Kajian

Pengumpulan Data
Statistik Data (%)
Soal selidik

Rajah 1
Tindakan yang dicadangkan
9.0

Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

10.0

Aktiviti
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan Ujian Pra
Melaksanakan tindakan Fasa 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam Fasa 1
Melaksanakan tindakan Fasa 2
Melaksanakan Ujian Pos
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Anggaran Kos Kajian

Kajian Tindakan: Matematik 2014

Tarikh
Perlaksanaan
28 Feb
3 Mac
4 Mac
6 Mac
10 Mac
12 Mac
17 Mac
1 April
3 April
14 April

8
Bi

Aspek

l
1

Kertas A4 dan bahan rujukan dari

Kuantit & Harga

Anggaran Kos

Seunit
5 x RM 9

(RM)
RM 45

1x RM 10

RM 10
RM 50
RM 2
RM 107

perancangan awal sehingga kesimpulan


2
3
4

kajian
Dakwat Pencetak Hitam (External Ink)
Fotostat
Buku Catatan Guru
JUMLAH

Kajian Tindakan: Matematik 2014

1x RM 2

You might also like