You are on page 1of 1

RESEPI AYAM GORENG KFC

Perap untuk sejam:

1 ekor ayam potong ( dipotong mengikut citarasa)

7 ulas bawang putih (ditumbuk)

2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)

1 sudu serbuk kari ayam

secubit ajinamoto

secubit soda bikarbonat

garam (2 sudu teh)

air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :

2 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung gandum

1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)

garam secukup rasa

secubit soda bikarbonat

1biji telur

ARA-CARA
1. Lumurkan ayam dengan bahan yang perlu diperap td iatu bawang putih,serbuk
cili,serbuk kari ayam,ajinamoto,soda bikarbonat,garam dan air. Perap ayam
selama 1 jam.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam yang sudah diperap tadi ke dalam telur,
supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain ( bahan dr tepung salut) dalam
bekas yang ada penutup.Letak ayam yang dah disalut telur tadi dalam bekas dan
tutup bekas tersebut, kemudian goncang bagi tepung salut rata dengan ayam
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam
minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi
masing-masing ya!

You might also like