You are on page 1of 2

Kontrak Aktiviti

Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan


22 September 2014, Isnin
Hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan PBS yang terakhir. Maka
pada hari pertama, saya bercadang untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan
SK Babang. Untuk itu, saya telah menemu-bual Guru Besar sekolah ini iaitu Encik ...
Melalui sesi temu-bual ini, saya juga telah mendapatkan seberapa banyak maklumat
yang diperlukan bagi melengkapkan portfolio PBS saya. Seterusya, saya juga
bercadang untuk mengambil gambar persekitaran sekolah sebagai maklumat tambahan
portfolio saya nanti. Sebelum itu, saya telah berbincang dengan guru besar berkenaan
dengan mentor yang akan membimbing saya sepanjang saya berada di SK Babang.
Saya juga telah berbincang dengan mentor saya berkenaan dengan tugasan yang perlu
saya laksanakan iaitu membuat pemerhatian bagi proses pengajaran dan pembelajaran
subjek Sejarah.
23 September 2014, Selasa
Pada hari kedua pula, saya bercadang untuk mendapatkan lagi maklumat
berkenaan dengan SK Babang. Maka untuk itu, saya telah membuat rondaan di
kawasan sekolah dan beramah mesra ataupun bersuai-kenal dengan kakitangan
sekolah yang lain. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid sekolah ini iaitu Encik.. untuk mendapatkan maklumat umum sekolah ini. Untuk
itu, saya telah menyoal beliau dengan beberapa soalan dan saya juga telah meminta
beberapa bahan bukti yang berkenaan dengan sekolah ini. Pada hari ini juga, saya
telah bercadang untuk berjumpa dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik.. untuk
mendapatkan maklumat berkenaan dengan kokurikulum di sekolah ini. Saya juga telah
bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa orang guru lain bagi
melengkapkan rekod kolaborasi, interaksi ataupun perbincangan yang akan disimpan
dalam portfolio PBS saya. Malah, pada hari ini juga, saya telah masuk ke kelas Tahun
Tiga

dan membuat pemerhatian

pembelajaran mereka.

berkenaan dengan proses pengajaran

dan

24 September 2014, Rabu


Untuk hari ini, saya akan meneruskan tugasan saya dengan membuat
perbincangan dengan beberapa orang guru yang lain bagi melengkapkan rekod
kolaborasi, interaksi ataupun perbincangan yang perlu dilengkapkan sepanjang tempoh
saya menjalankan PBS di sini. Pada hari ini juga, saya telah melengkapkan beberapa
tugasan lain, iaitu tugasan di bawah subjek Sejarah. Untuk tugasan ini, saya perlu
membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah
yang baru diperkenalkan ini.
25 September 2014, Khamis
Hari ini merupakan hari yang keempat saya menjalankan PBS saya yang
terakhir. Memandangkan hari ini merupakan hari yang keempat PBS saya, maka saya
telah bercadang untuk memastikan kesemua maklumat yang saya perlukan ataupun
kesemua keperluan yang patut ada, saya siapkan dan laksanakan pada hari ini. Saya
telah membuat semakkan ke atas kesemua keperluan PBS saya bagi memastikan
mana satu tugasan yang belum dilaksanakan.
26 September 2014, Jumaat
Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di sekolah SK Babang. Apa yang
lakukuan pada hari tersebut adalah mengemaskini tugasan-tugasan yang perlu
dilaksanakan. Saya membuat semakkan terakhir untuk memastikan semua tugasan
telah disiapkan dan lengkap. Pada hari ini juga saya berjumpa dengan pihak
pengurusan sekolah untuk mendapatkan maklum balas tentang prestasi saya
sepanjang menjalankan PBS yang ketiga di sekolah ini. Hal ini adalah juga bagi
memenuhi keperluan PBS saya. Malah, pada hari ini juga, saya mengambil gambar
bersama dengan pihak pengurusan sekolah dan murid-murid SK Babang sebagai
gambar kenang-kenangan. Pada hari ini juga, saya menyampaikan ucapan terima kasih
saya kepada pihak sekolah, kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan PBS saya
yang terakhir ini.

You might also like