You are on page 1of 15

Thailand

Jepun

Pengangkutan Awal

Terdapat hanya dua kaedah pengangkutan yang penting, iaitu pengangkutan darat dan pengangkutan
laut pada zaman dahulu.
Denai dan lorong kaki digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jalan
pengangkutan ini juga memainkan peranan yang penting bagi manusia pada zaman dahulu untuk
mengangkut barang, mencari hasil hutan dan menjalankan urusan perdagangan.
Gajah, kereta lembu, kereta kuda, kereta andu, beca dan sebagainya biasanya digunakan untuk
bergerak melalui jalan darat. Kereta lembu selalunya digunakan untuk mengangkut barang dan
orang, sementara kereta kerbau pula digunakan untuk mengangkut barang yang agak berat. Beca
pula kebiasaannya digunakan untuk mengangkut orang.
Namun demikian, kadang-kala jalan darat menjadi agak sukar untuk direntasi kerana bentuk muka
bumi negara kita yang berbukit-bukau. Kawasan hutan tebal yang berpaya kurang sesuai untuk
dijadikan jalan darat. Oleh yang demikian, pengangkutan air telah digunakan sebagai jalan alternatif
kepada jalan darat pada masa itu.
Pengangkutan air yang penting pada zaman dahulu ialah sungai dan laut. Alat pengangkutan sungai
yang digunakan pula ialah sampan dan rakit sementera jong merupakan alat pengangkutan laut yang
penting. Pengangkutan-pengangkutan ini digunakan untuk mengangkut orang, barang dan surat
perutusan. Dengan adanya pengangkutan seperti ini, perdagangan yang dijalankan pada ketika itu
seperti sistem barter telah menjadi semakin mudah. Hasil dagangan diangkut melalui sungai untuk
dibawa ke serata tempat untuk dijual atau ditukar dengan hasil yang lain.
Perhubungan Awal
Manusia pada zaman dahulu menggunakan isyarat asap dan isyarat bunyi untuk menghubungi
manusia di tempat lain. Isyarat-isyarat ini selalunya digunakan untuk menyebarkan maklumat dan
berita. Antara berita yang selalunya disampaikan ialah seperti amaran musuh datang, keselamatan,
kecemasan, untuk mengumpul orang, pemberitahuan kelahiran putera raja atau permulaan sesuatu
perayaan atau sambutan. Pada ketika itu, manusia menghasilkan isyarat asap dengan menyalakan
unggun api. Apabila kepulan asap ini dilihat oleh orang lain, mereka akan tahu bahawa ada berita
yang ingin disampaikan.
Isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk, ketuk-ketuk dan kaedah laungan. Beduk ialah
sejenis gendang yang diperbuat daripada kulit lembu atau kerbau. Beduk biasanya boleh kita lihat di
surau atau masjid. Ketuk-ketuk pula diperbuat daripada batang buluh atau kayu.
Laungan merupakan sejenis teknik menggunakan suara yang selalunya digunakan untuk
memberikan isyarat tentang sesuatu hal kepada orang lain. Laungan selalunya dibuat menggunakan
buluh atau tanduk binatang. Alat ini perlu ditiup untuk menghasilkan bunyi. Meriam pula ditembak
untuk memberitahu orang ramai tentang kelahiran putera raja atau untuk meraikan sesuatu sambutan
seperti permulaan puasa, sambutan hari raya dan sebagainya.
Antara dua kelemahan yang sangat ketara dalam sistem pengangkutan dan perhubungan yang
digunakan oleh manusia zaman dahulu ialah proses ini memakan masa yang agak lama dan ianya
kurang cekap.

Perkembangan Pengangkutan Darat

Perkembangan pengangkutan dan perhubungan di negara kita telah bermula setelah Tanah Melayu
jatuh ke tangan penjajah pada abad ke-19. Pihak British yang bertapak di Tanah Melayu telah
mengeksploitasi sumber-sumber alam semujadi yang terdapat di Tanah Melayu seperti bijih timah,
arang batu, bijih besi dan getah. Untuk memudahkan pengangkutan bijih timah dan getah, British
telah mula membina jalan pengangkutan seperti jalan raya, jalan keretapi dan pelabuhan bagi tujuan
mengeksport sumber-sumber tersebut.
Jalan kereta api pada mulanya dibina untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pelabuhan yang
berhampiran dengannya.
Sejarah perkembangan jalan kereta api di Malaysia telah bermula dengan pembinaan landasan
kereta api yang pertama dariTaiping ke Port Weld (kini dikenali sebagai Kuala Sepetang) oleh
kerajaan British pada masa itu. Panjang landasan tersebut ialah 13 km dan telah dibuka pada tahun
1885 dan tujuan pembinaanya adalah untuk mengangkut bijih timah.
Jalan kereta api yang seterusnya telah dibina dari Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port
Swettenham (kini dikenali sebagai Pelabuhan Klang) dan dari Tapah ke Telok Anson (Teluk Intan).
Jaringan pengangkutan jalan kereta api telah berkembang dengan lebih pesat di bahagian pantai
barat Semenanjung Malaysia kerana kegiatan ekomoni lebih tertumpu di sekitar kawasan tersebut.
Di Sabah landasan kereta api telah dibina dari Bukau ke Beaufort pada tahun 1896 dan kemudiannya
ke Weston. Selepas tahun 1900, landasan kereta api telah bersambung dari Beaufort ke Jesselton
(kini dikenali sebagai Kota Kinabalu). Sementara itu, di Sarawak pula, landasan kereta api telah
dibina oleh keluarga Brooke untuk menghubungkan Kuching dengan Batu 10.
Jalan raya telah dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah di kawasan
pedalaman dengan pelabuhan yang berhampiran dengannya. Jalan raya yang pertama dibina ialah
jalan kereta lembu yang menghubungkan Taipingdengan Matang. Jalan ini kemudiannya telah
bersambung ke Krian dan ke Seberang Perai.
Seterusnya, satu lagi rangkaian jalan raya telah dibina untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan
Port Swettenham (Pelabuhan Klang). Tujuan pembinaan jalan raya tersebut ialah untuk mengangkut
bijih timah dan getah. Jalan raya juga telah dibina dari Larut ke Pelabuhan Klang untuk tujuan yang
sama iaitu untuk mengangkut bijih timah. Kenderaan yang digunakan pada mulanya untuk tujuan
pengangkutan ialah kereta lembu, kereta kuda dan beca. Dengan terhasilnya penciptaan enjin dan
kenderaan bermotor, pengangkutan seperti kereta, bas dan lori telah mula digunakan. Penggunaan
kenderaan kenderaan tersebut telah memudahkan keperluaan pengangkutan dan seterusnya
menjadikan jalan raya sebagai jalan pengangkutan yang lebih penting berbanding dengan jalan
kereta api.
Perkembangan Pengangkutan Air
Pengangkutan air juga merupakan satu sistem pengangkutan yang penting pada zaman penjajahan
British. Pengangkutan air pada masa itu memainkan peranan yang penting untuk mengangkut
bekalan makanan, jentera dan buruh serta untuk mengendalikan urus niaga, import dan eskport.
Sungai juga telah menjadi laluan untuk mengangkut bijih timah dari pusat perlombongan ke
pelabuhan, contohnya Sungai Klang, Sungai Lukut dan Sungai Linggi.

Pengangkutan seperti tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk mengangkut bekalan
makanan bahan mentah, jentera dan sebagainya ke gudang yang berhampiran dengan sungai dan
kemudiannya dipunggah ke kapal untuk dieskport.
Kapal wap pula digunakan untuk mengangkut bijih timah, getah dan rempah dari Tanah Melayu ke
negara penjajah. Selain daripada itu, kapal wap ini juga telah digunakan untuk membawa masuk
buruh dari negara China dan India ke Tanah Melayu. Kerajaan British juga telah membuka beberapa
pelabuhan seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Port Dickson, Port
Weld dan Pelabuhan Labuan. Pelabuhan-pelabuhan ini memainkan peranan sebagai pusat yang
penting untuk mengeksport bijih timah dan getah serta mengimport barangan buatan dan peralatan
kilang.
Perkembangan Perhubungan Awal
Sistem perhubungan terawal yang telah diperkenalkan oleh penjajah British ialah perkhidmatan pos
dan telegraf. Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama telah ditubuhkan di Negeri-negeri Selat pada
tahun 1862. Ibu pejabat pertamanya ialah di Pulau Pinang. Peranan utama perkhidmatan pos pada
masa itu ialah untuk mengendalikan urusan surat-menyurat pengangkutan surat khabar, dokumen
perniagaan dan bungkusan serta bagi kemudahan insurans. Apabila pengangkutan darat telah mula
berkembang, penghantaran pos telah menjadi lebih teratur dan cepat. Hal ini pula telah membawa
kepada perkembangan jaringan telegraf di Tanah Melayu pada ketika itu. Perkembangan telegraf
pada mulanya adalah sejajar dengan perkembangan landasan kereta api. Sistem telegraf yang
pertama telah digunakan di negeri Perak, menghubungkan Kuala Kangsar dengan Taiping.
Perkhidmatan telegraf seterusnya telah berkembang ke Kamunting dan Bukit Gantang.Tujuan sistem
telegraf ini dibina oleh pihak British adalah untuk menjaga kepentingan mereka di kawasan-kawasan
perlombongan di negeri Perak dan Selangor. Sistem telegraf juga telah digunakan untuk tujuan
urusan pentadbiran di negeri-negeri Selat di Tanah Melayu. Perkhidmatan telefon pula telah
diperkenalkan pada tahun 1886 di Negeri-negeri Selat. Perkhidmatan telefon digunakan dalam
urusan pentadbiran, untuk tujuan keselamatan bagi menghubungi pihak polis dan untuk para peniaga,
pemodal dan pengusaha estet mendapatkan maklumat perniagaan dengan lebih cepat. Di negeri
Sabah pula, perkhidmatan telefon telah diperkenalkan pada tahun 1896 di Sandakan dan seterusnya
di negeri Sarawak pada tahun 1900.
Perhubungan awal telah terus berkembang. Perkhidmatan telegram pula telah diperkenalkan pada
tahun 1920-an untuk menghantar dan menerima maklumat. Perkhidmatan penghantaran maklumat
ke bandar-bandar kecil telah dilakukan melalui radio polis. Stesen radio yang pertama telah
beroperasi di Pulau Pinang pada tahun 1942 dan seterusnya pada tahun 1946, Jabatan Penyiaran
Malaya telah ditubuhkan.

Kepentingan Pengangkutan Air


Di negara Kanada, terdapat satu jalan air pedalaman yang terpanjang di dunia. Jalan air yang
mempunyai kepanjangan 3 760 km ini dikenali sebagai Jalan Air Tasik-tasik Besar St. Lawrence.
Jalan air yang panjang ini merentasi tasik-tasik seperti Tasik Ontaria, Tasik Eric, Tasik Huron dan
Tasik Supperior. Namun, laluan air ini tidak dapat digunakan sepanjang tahun kerana faktor cuaca; ia
akan membeku pada musim dingin.
Jalan air ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi Kanada. Antara
kepentingan jalan air tersebut ialah seperti berikut:

Jalan air ini menggalakkan pertumbuhan perindustrian di tanah pamah St. Lawrence.

Jalan air ini juga menggalakkan pertumbuhan bandar-bandar pelabuhan seperti Montreal,
Quebec dan Ottawa yang terdapat di kawasan pedalaman.

Dengan adanya jalan air ini, bahan mentah dan barangan buatan kilang dapat diangkut
dengan mudah dan kos pengangkutannya adalah lebih murah.

Di Malaysia, jalan sungai memainkan peranan sebagai sistem pengangkutan yang penting
terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.
Sungai menjadi laluan untuk mengangkut penumpang, barangan hasil pertanian dan kayu balak.
Kewujudan sistem pengangkutan air yang baik di negara Malaysia dan Kanada adalah penting dalam
urusan perdagangan antara Negara.
Kepentingan Pengangkutan Udara
Antara kepentingan pengangkutan udara di Malaysia dan Kanada ialah:

Untuk membawa penumpang dan barangan

Menggalakan perkembangan sektor pelancongan

Masa perjalanan terutamanya bagi perjalanan jauh dapat dipendekkan

Menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar utama

Kepentingan lain pengangkutan udara di Kanada ialah untuk mengesan kejadian kebakaran, memberi
perkhidmatan perubatan udara dan menabur baja.

Petempatan Awal di Dunia


Petempatan awal adalah tidak tetap. Manusia hidup secara nomad iaitu berpindah randah untuk
mencari makanan dengan memburu binatang dan mengutip buah-buahan. Apabila manusia mula
tinggal dan menetap di sesuatu tempat mereka akan mula menternak binatang dan mengusahakan
pertanian. Kegiatan ekonomi dipelbagaikan seperti perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan.
Petempatan awal di dunia bermula di:
a)Lembangan Sungai Tigris-Eupharates
b)Lembangan Sungai Nil
c)Lembangan Sungai Indus
d)Lembangan Sunga Hwang He
Antara faktor-faktor yang menyebabkan petempatan awal di dunia bertapak di lembah dan
lembangan sungai ialah:
a)Keadaan bentuk muka bumi iaitu dataran sungai yang subur dan bertanih aluvium seuai untuk
kegiatan pertanian.
b)Bekalan air dari sungai untuk kegunaan domestik dan pengairan
c)Kawasan padang rumput untuk ternakan
d)Sungai sebagai jalan pengangkutan, perdagangan, perniagaan dan perhubungan
Petempatan Awal di Malaysia
Di Malaysia, pembinaan petempatan awal bermula sejak zaman Paleolitik. Gua, pinggir pantai, muara
sungai, delta dan tanah pamah merupakan tempat petempatan awal di Malaysia.
Petempatan awal di Malaysia dipengaruhi oleh:
a)Bentuk muka bumi
b)Bekalan air dan sumber protein
c)Keselamatan
d)Pengangkutan dan perhubungan
e)Kegiatan ekonomi

Petempatan Malaysia terdiri daripada petempatan luar bandar dan petempatan


bandar.Contoh kawasan petempatan luar bandar ialah pekan, kampung dan desa.
Manakala contoh kawasan petempatan bandar ialah bandar, bandar raya dan
metropolis. Perbezaan kedua-dua jenis petempatan ini adalah dari segi:
a)Fungsi iaitu kegiatan sosioekonomi yang dijalankan
b)Kapasiti penduduk
c)Kepadatan penduduk
Petempatan luar bandar di Malaysia terdiri daripada petempatan kampung yang mempunyai jumlah
penduduk antara 1 hingga 1 999 orang dan petempatan pekan yang terdiri daripada jumlah penduduk
2 000 hingga 9 999 orang. Saiz penduduk luar bandar adalah kecil dan kepadatan penduduknya
adalah rendah.

Bentuk muka bumi


Petempatan luar bandar biasanya didirikan di kawasan tanah pamah seperti di
lembah sungai dan di persisir pantai. Tanah pamah sesuai untuk kegiatan pertanian
seperti tanaman padi, kelapa dan nanas. Antara kawasan-kawasan petempatan luar
bandar di kawasan tanah pamah adalah di Dataran Kedah, Dataran Kelantan,
Sungai Manik di Perak, Lembah Sungai Rajang, Sarawak dan Lembah Sungai
Kinabatanagn, Sabah. Petempatan luar bandar juga terdapat di pesisir laut seperti di
Kuala Sedili di Johor, Bagan Lalang di Selangor dan Beserah di Pahang. Selain itu,

petempatan luar bandar juga terdapat di kawasan beralun seperti di kawasan pantai
barat Semenanjung Malaysia. Kawasan beralun sesuai untuk tanaman getah dan
kelapa sawit.
Terdapat kawasan yang tidak sesuai untuk didirikan kawasan petempatan iaitu:
a)Kawasan bersaliran buruk seperti kawasan paya
b)Kawasan yang terlalu rendah yang mudah banjir
c)Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam dan berhutan
tebal
Rumah dibina di atas tetambak dikawasan rendah untuk mengelakkan banjir.
Terdapat kawasan paya seperti Paya Besar di Pahang ditebus guna untuk
pananaman padi. Tanah di kawasan tanah tinggi juga sesuai dijadikan petempatan
seperti di Tanah Tinggi Cameron di Pahang, Napalok dan Kundasang di Sabah.
Kawasan ini sesuai untuk penanaman hawa sederhana seperti teh, sayur-sayuran
dan bunga-bungaan.

Sumber Air
Sumber air sangat penting untuk kegunaan domestik seperti minuman, membasuh
dan mengairi tanaman. Hal ini menyebabkan banyak petempatan luar bandar dibina
di tepi pantai, tepi sungai atau tasik. Contohnya, di tebing Sungai Pahang, Sungai
Kelantan, Sungai Rajang dan Sungai Perak. Bekalan sumber protein untuk
keperluan penduduk diperolehi dari sungai dan tasik. Mereka juga dapat
menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber rezeki. Suku kaum Perawan
yang menetap di pinggir Tasik Bunut Sarawak menjalankan kegiatan menangkap
ikan. Sungai dan laut juga menyediakan kemudahan pengangkutan air kepada
manusia menyebabkan mereka mendirikan petempatan di kawasan tepi sungai dan
pinggir laut.

Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi mempengaruhi corak petempatan luar bandar. Kegiatan
pembalakan juga salah satu faktor mewujudkan petempatan sementara di
pedalaman Pahang, pedalaman Sandakan dan pedalaman Bintulu.

Tanih
Kegiatan utama penduduk luar bandar ialah kegiatan pertanian. Kawasan tanih yang
subur dan sesuai untuk pertanian menjadi tumpuan penduduk membina petempatan
seperti kawasan dataran sungai, kaki bukit beralun dan pinggir pantai yang berpasir.
Petempatan luar bandar dibina di kawasan bertanih aluvium yang sesuai untuk
penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Dataran Sungai Rajang dan
Dataran Kelantan. Tanih laterit pula sesuai untuk penanaman getah dan kelapa
sawit. Petempatan di kawasan bertanih laterit adalah seperti di Gemencheh di
Negeri Sembilan dan Benut di Johor. Petempatan luar bandar juga didirikan di
kawasan bertanih gambut seperti di Pontian dan Pekan Nanas di Johor. Tanih
gambut sesuai untuk tanaman nanas. Tanih berpasir pula sesuai untuk tanaman

kelapa. Contoh kawasan petempatan di kawasan ini adalah di pantai timur


Semenanjung Malaysia.

Dasar kerajaan
Ketika zaman darurat, petempatan kampung baru dibuka untuk memberi
pelindungan kepada penduduk luar bandar daripada ancaman komunis. Contohnya,
Sungai Siput di Perak, Serdang di Selangor dan Keratong di Pahang. Rancangan
pembangunan tanah mewujudkan petempatan berpusat di kawasan luar bandar.
Rancangan ini dibuka oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan tanah
Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga kemajuan Johor
Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDA). Rancangan ini
telah mewujudkan petempatan terancang di luar bandar. Contohnya, FELDA Jengka
di Pahang, FELDA Kahang di Kluang, FELDA Trolak di Perak dan FELDA Gugusan
Sahabat di Sabah. Kelapa sawit dan getah ditanam di tanah perancangan ini.
Rancangan ini dibuka untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan mengimbangi
pembangunan ekonomi luar bandar.

Ketersampaian
Ketersampaian membawa erti mudah dan cepat untuk sampai ke sesuatu tempat.
Petempatan luar bandar dibina berdekatan jalan raya, di tebing sungai dan di
sepanjang pinggir laut. Jalan raya, sungai dan laut adalah cara pengangkutan yang
memudahkan penduduk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Contohnya,
Kampung Merang di Terengganu dibina selari dengan pantai manakala Kampung
Sungai Lada di Pulau Labuan terletak di sepanjang jalan raya. Sungai adalah jalan
pengangkutan utama bagi petempatan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Pola petempatan bermaksud susun atur rumah atau bangunan di sesuatu
petempatan. Susunan rumah dan bangunan menentukan pola petempatan di suatu
kawasan. Pola petempatan luar bandar di Malaysia ialah:
a)Pola petempatan berselerak
b)Pola petempatan berjajar
c)Pola petempatan berpusat
d)Pola petempatan
berkelompok
Faktor yang mempengaruhi pembentukan pola petempatan di sesuatu kawasan
ialah:
a)Faktor fizikal
-Dipengaruhi oleh keadaan muka bumi seperti tanah pamah, tanah tingggi, atau
paya
b)Faktor ekonomi
-Dipengaruhi oleh kegiatan pertanian, perikanan, dan perlombongan
c)Faktor sejarah
-Dipengaruhi oleh dasar pemerintahan penjajah. Contohnya, wujud petempatan
berkelompok ketika darurat iaitu kampung baru
d)Dasar kerajaan

-Dipengaruhi oleh pembukaan tanah rancangan FELDA

TAJUK KAJIAN
PENGANGKUTAN AWAM
DI
KEPALA BATAS
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG
Dicatat oleh amir thaqif di 4:37 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
SELASA, 30 APRIL 2013

RUMUSAN
RUMUSAN

Pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak


bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan awam yang terdapat di
kawasan kajian saya ialah bas Pengangkutan awam adalah penting di pekan Kepala Batas,
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama
yang tidak mempunyai kenderaan.
Kepentingan

lain

ialah

mengangkut

penumpang,

menjimatkan

kos

dan

mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walaubagaimanapun, penduduk di Kepala Batas ini


menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti jangka masa lama,
pencemaran udara dan pencemaran bunyi.

Saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah-masalah


tersebut seperti menguatkuasakan undang-undang, menganjurkan kempen alam sekitar, dan
berkongsi kenderaan ke tempat kerja.

Saya berharap pihak yang terlibat akan perihatin terhadap masalah-masalah yang
dihadapi oleh penumpang di pekan Kepala Batas ini. Saya bangga kerana pihak terbabit
berusaha memperbaiki perkhidmatan bas di pekan Kepala Batas ini.
Dicatat oleh amir thaqif di 7:24 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

PENDAHULUAN
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2013, saya selaku pelajar
Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya telah memilih
tajuk Pengangkutan Awam Di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Saya telah memilih tajuk Pengangkutan Awam (bas) di Kepala Batas, Seberang Perai
Utara, Pulau Pinang. Kawasan Kepala Batas ini dipilih sebagai kawasan kajian saya kerana di
kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Di
kawasan Kepala Batas ini menyediakan bas Rapid ke sekitar kawasan kajian. Kawasan kajian
ini padat dengan penduduk yang sangat memerlukan dan bergantung kepada pengangkutan
awam untuk pergerakan harian mereka.
Saya Berjaya melengkapkan kajian ini dalam masa sepuluh minggu dengan menulis
laporan kajian dengan lengkap bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei.
Dicatat oleh amir thaqif di 7:22 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tentang pengangkutan awam di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini
adalah untuk mencapai objektif berikut:

Mentakrif Konsep pengangkutan awam

Menyata dan menghuraikan Jenis-jenis pengangkutan awam

Menyata dan menghuraikan Kepentingan perkembangan pengangkutan awam

Menyenarai dan menghuraikan Masalah perkembangan pengangkutan awam

Mencadang dan menghuraikan Cadangan untuk mengatasi masalah


perkembangan pengangkutan awam

Memupuk Nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Dicatat oleh amir thaqif di 7:21 PG Tiada ulasan:


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

8.4 Masalah Pengangkutan Awam

8.4 Masalah Pengangkutan Awam


Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan awam ialah :

1. Keselamatan penumpang terancam


Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas telah membawa padah
kepada penumpang. Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas.
Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
2. Jangka masa lama
Sebelum dilancarkan Rapid Penang, pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan bas
henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang
menggunakan khidmat bas ini.

3. Kos Bahan Api Meningkat


Harga minyak yang semakin meningkat menyebabkan tambang pengangkutan awam
khususnya bas meningkat.
4. Kenderaan lama

Perkhidmatan bas atau van sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10
hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.

5. Pencemaran udara
Pengangkutan awam khususnya bas menggunakan minyak diesel yang boleh
mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang
berjelaga yang mencemarkan udara.

6. Pencemaran bunyi
Kondisi bas yang lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan telinga
dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat. Situasi ini boleh mengganggu
ketenangan penumpangnya.
Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu
dengan bunyi bising enjin kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal terbang yang
sedang berlepas.
Dicatat oleh amir thaqif di 7:20 PG 4 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam

8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan


awam
Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam
ialah :-

1. Kuat kuasa undang-undang


Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang
berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ
boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang
mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara
terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter


Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan
teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan
ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi


Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi
diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat
dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif


Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari
kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang
mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid
(menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah


Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh
tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan
boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan
tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang
dan mematuhi peraturan jalan raya.

You might also like