You are on page 1of 2

PELANCONGAN

PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di negara sendiri? Malaysia
sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersialkan. Antaranya termasuklah
destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik,
Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi ini penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan
memudahkan mereka membuat pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat
tersebut wujud kerana keunikan identiti dan keistimewaan tersendiri. Contohnya, destinasi pelancongan berasaskan
tempat-tempat menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara Bako. Selain itu,
destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran Sukan Antarabangsa seperti
Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah sektor
pelancongan yang mempunyai identity tersendiri dapat menarik minat pelancong.

SEBAB-SEBAB MALAYSIA MENJADI DESTINASI PELANCONGAN


Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik terdapat di negara ini. Malaysia mempunyai hutan
yang menarik. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya, Taman Negara Endau, Rompin, Gua
Niah di Sarawak dan lain-lain. Promosi ini keunikan dan keindahan alam semula jadi telah diwara-warakan melalui
iklan-iklan di media cetak dan media elektronik termasuklah di laman-laman web. pameran di tempat-tempat awam
seperti pasar raya, pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Contohnya pertandingan memancing Joran anjuran
Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak langsungturut mempromosikan tempat-tempat menarik di
Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir dan Empangan Temenggor. Ringkasnya, Promosi destinasi
pelancongan yang giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan destinasi menarik di Malaysia merupakan
pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan utama pelancong kerana tak kenal maka tak cinta.
Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila melancong di pantai, pulau, dan kawasan tanah
tinggi, kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama-sama
keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman dan
lokasi lain yang boleh dijadikan destinasi pelancongan keluarga. Sebagaicontohnya, Malaysia memiliki kawasan
rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan GentingHighlands. Di kawasan
ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman
hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu
hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat
menjalankan aktivitiriadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna
yang terdapat di situ. Justeru,kewujudan kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor dominan menarik pelancong
dari dalam dan dari luar negara.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara
kita.Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya
menarik terdapat disini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan
kunjungan pelancong asing ke Malaysia.Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin
manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selainitu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan
tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayumisalnya terkenal dengan makanan seperti
sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari,tosei, idali dan lain-lain. Justeru
keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada parapelancong untuk
berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara.

USAHA UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN


Pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti
yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara
Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanankejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang
lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memperkenalkan negara kepada perwakilan
atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan
membuktikan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga
akan berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan ekonomi
negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dapat
diibaratkan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan
mengadakan pelbagai aktiviti negara yang menarik.
Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang pelancongan negara. Sikap
ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus
dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta
pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas
kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan
santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka
dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberikan
memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat
membantu meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara.
Kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan , peraturan imegresen perlu dilonggarkan dan menambah
pusat perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia
dengan pembelajaan yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi
destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana , mereka dapat membeli cenderahati, pinggan
mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat bertambah dan
mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

PENUTUP
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan
terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia akan
menjadi nyata. Segala usaha yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua
pihak. Semoga melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab serta cinta akan negara , nama Malaysia akan
menjadi sebutan dan pilihan utama seluruh penduduk dunia sebagai destinasi merehatkan minda.

You might also like