You are on page 1of 4

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM FASA 2

Sebagai guru pelatih, saya telah diwajidkan untuk melaksanakan praktikum


fasa 2 yang akan berlangsung selama 8 minggu persekolahan. Praktikum fasa ini
tertumpu pada opsyen major Pendidikan Jasmani dan minor Bahasa Cina. Saya
telah ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hwa Aik, Arau, Perlis untuk
menjalani praktikum kali ini yang bermula dari 11Julai 2016 hingga 2September
2016. Latihan praktikum ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Semua guru pelatih PISMP Semester 6 Ambilan Januari 2014 diwajibkan
untuk menghadiri Taklimat Praktikum yang diadakan oleh Unit Praktikum.Untuk
taklimat praktikum fasa 2, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan
praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran
praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Melalui taklimat
ini, saya telah mendapat banyak input mengenai tugas-tugas yang perlu
dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas menjalankan praktikum. Saya juga telah
dimaklumkan bahawa bilangan waktu mengajar bagi subjek Pendidikan Jasmani
adalah di 6 waktu dan 4 waktu untuk subjek Bahasa Cina bagi guru-guru pelatih
yang menjalani aktiviti praktikum fasa 2.
Saya juga menghadiri taklimat ringkas praktikum yang disampaikan oleh
pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, iaitu Encik Azizan bin Puteh.
Pensyarah memberi taklimat ringkas mengenai cara menyediakan portfolio, senarai
semak portfolio, penulisan refleksi harian, refleksi jurnal dan sebagainya. Selain itu,
beliau juga memberitahu tentang cara menulis rancangan pengajaran harian bagi
subjek Pendidikan Jasmani.
Selain itu, pensyarah Jabatan Bahasa Cina, Cik Yeoh Guay Ngoh juga telah
memberi taklimat mengenai cara menulis Rancangan Pengajaran Harian bagi subjek
Bahasa Cina dan perkara-perkara yang perlu difokuskan semasa pengajaran
Bahasa Cina.
Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah
mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan
senarai semak yang telah disediakan oleh Unit Praktikum. Disamping itu, saya juga
perlu menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang
diperoleh serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti
serta rujukan pada masa akan datang.Saya juga diwajibkan untuk menyediakan

rancangan pengajaran harian setiap kali saya mengajar dan menulis refleksi selepas
sesi pengajaran bagi tujuan penambahbaikan.
Pensyarah bimbingan Pendidikan Jasmani kami, Tuan Haji Rosley bin
Abdullah telah menasihati kami supaya sentiasa berbincang dan meminta tunjuk ajar
dari guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Sebagai seorang guru pelatih,
bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman amat penting dalam
melatih guru pelatih sebagaiguru yang berjaya.Nasihat serta bimbingan yang padu
amat penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah
tersebut. Selain itu, Tuan Haji Rosley juga menasihati kami supaya perlu sentiasa
berkomunikasi dengan pihak-pihak seperti guru, tukang kebun, ibu bapa dan
pegawai keselamatan sekolah untuk mengetahui latar belakang atau budaya sekolah
tersebut. Selepas mengetahui budaya sekolah, kami perlu menghormati budaya
yang diamalkan.Pensyarah pembimbing Bahasa Cina kami, Puan Chiang Lee Kwun
juga memberi nasihat bahawa kami perlu memberi perhatian kepada pengawalan
kelas semasa subjek Bahasa Cina dan perlu sentiasa berkomunikasi dengan guru
pembimbing mengenai latar belakang setiap murid untuk memudahkan pelaksanaan
pengajaran kami.
Dua minggu sebelum praktikum, saya dan pasangan praktikum saya,
Benjamin Sia Yiik Nian telah mencari lokasi sekolah dan menjalankan tinjauan ke
kawasan sekolah. Saya juga berbincang dengan pasangan praktikum saya
mengenai pengangkutan dan perjalanan ke sekolah yang akan dijalankan selama
lapan minggu. Saya telah menelefon pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat
awal mengenai sekolah dan memaklumkan kehadiran saya pada 11 Julai 2016 untuk
menjalani praktikum. Saya juga difahamkan saya perlu menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian setiap hari sebelum saya memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Setelah melakukan pengajaraan dan pembelajaran, saya diwajibkan
untuk menulis refleksi harian bagi setiap waktu.
Saya

berharap

agar

saya

dapat

menjalankan

tugas-tugas

yang

dipertanggungjawabkan dengan baik sepanjang praktikum ini. Sebagai seorang


bakal guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran
yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu memikirkan akibat dari
sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk berjaya. Saya juga
berharap saya dapat menimba ilmu dan pengalaman sebanyak yang boleh dalam
tempoh sebulan ini agar saya dapat menjadi seorang bakal guru yang terlatih dan
berkebolehan dalam bidang ini.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM FASA 1


Saya akan menjalani Praktikum Fasa 1 bermula pada 15 Februari hingga 11
Mac 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Chuping, Perlis. Latihan praktikum ini
dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan
Guru Malaysia kepada semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Guru Malaysia. Azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini adalah untuk
membina jati diri sebagai seorang guru dan pendidik yang berkualiti. Dalam usaha
membina jati diri ini, saya perlu mempelbagaikan pendedahan dalam pelbagai
bidang berkaitan bidang perguruan dan pendidikan jasmani khususnya di sekolah ini.
Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan
pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan
awal pembelajaran murid. Selain itu, saya dapat memahami dan mengenali
mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendahsebagai
pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang
guru. Di sekolah, saya juga perlu mengajar subjek major, iaitu Pendidikan Jasmani.
Pada hari pertama, saya melaporkan diri kepada guru besar sekolah sebagai
guru praktikum daripada IPG Kampus Perlis. Saya menerima jadual waktu dan tugas
yang diberikan oleh pihak sekolah. Bilangan waktu mengajar bagi subjek Pendidikan
Jasmani

adalah8

waktu

seminggu.Saya

akan

cuba

sedaya

upaya

untuk

melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya.


Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan
sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak
tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya
tentang pembelajaran murid-murid.
Saya juga telah berbincang dengan guru pembimbing, Cikgu Martina binti
Basuni mengenai borang penilaian yang akan digunakan semasa penyeliaan serta
beberapa panduan yang perlu diambil kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Selain itu, saya juga meminta tunjuk ajar daripada Cikgu
Martina mengenai pengurusan kelas dan masa bagi Pendidikan Jasmani. Selain itu,
beliau juga memberi pandangan serta cadangan penambahbaikan setelah beliau
memerhati sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan.
Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah
dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-

aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk
jati diri murid-murid berani memberi jawapan dan pendapat. Saya sedar bahawa
murid-murid di sekolah tersebut agak kurang keyakinan diri.

Justeru, dengan

perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya
upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik dan
berani menerima cabaran.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya perancangan pengajaran dan
pembelajaran saya tidak sistematik, maka hasil pembelajaran yang ditetapkan tidak
boleh dicapai. Hasil pembelajaran yang ditetapkan perlulah bersifat eksplisit dan
mampu dicapai oleh murid-murid. Aktiviti yang dirancang juga haruslah dapat
menarik minat murid-murid dan sebaik-baiknya berkonsepkan Teaching Games For
Understanding (TGFU). Sekiranya aktiviti yang dirancang tidak dapat menarik
perhatian murid, maka penglibatan murid dalam aktiviti Pendidikan Jasmani akan
merosot.Setelah selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, saya
memulakan penulisan untuk membuat amalan refleksi harian bagi setiap pengajaran
dan pembelajaran yang saya laksanakan. Saya menulis refleksi harian berdasarkan
isu dan masalah yang dihadapi oleh saya bagi setiap pengajaran dan
pembelajaraan.
Saya mendapati bahawa isu seperti tumpuan murid dan kawalan kelas
merupakan isu utama yang saya alami semasa praktikum. Saya telah meminta
pandangan guru pembimbing, Cikgu Martina mengenai isu-isu yang dihadapi. Beliau
telah memberi cadangan bagaimana untuk mengawal kelas, iaitu kami perlu tegas
terhadap murid-murid kami tetapi pada masa yang sama juga perlu mempunyai
unsur kelembutan terhadap murid-murid. Selain itu, kami juga perlu sentiasa peka
dan memberi tumpuan terhadap murid-murid kami supaya mereka tidak terasa
diabaikan. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

You might also like