You are on page 1of 6

5 BAHAN CEMAR UDARA

Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh
memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar ini memberi kesan
besar kepada kita jika tidak ambil langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan
pencemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:

Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah
nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.

Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
Karsinogen - agen penyebab kanser
Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang
hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh
Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak
berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin
gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan

Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga
beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas
sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar

bernafas, bronkitis dan kanser peparu.


*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid

Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga
kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti
habuk dan asap.

Toksin
Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga
pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian
plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan
keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga
penyakit peparu seperti emfisema.

Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya
perlu kita ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak
tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat
penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

MAKSUD PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran


yang memberi impak yang paling besar kepada alam
sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya
fenomena pemanasan global yang mengakibatkan
berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita.
Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi
menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya
tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti
negara China yang bertumpukan industri perkilangan
secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara
tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah
mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah
ini.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara
sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau
gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti
tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh
menyebabkan darurat kepada kehidupan
manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
1.AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri
pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah.
Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas
organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai
jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang
mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan
sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang
mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam
pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur
dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar,
terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau
yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim
seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,
pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti
dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan

getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di


kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang
menghasilkan paras bunyi yang tinggi. .

2.KENDERAAN BERMOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan
bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan
kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir
kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang
menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk
kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan,
jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah
tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan,
kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran
udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan
impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14
juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua
kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus
meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya
pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan
kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
4. PENJANAAN KUASA
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar
bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji
janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40
peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada
masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga
elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14
peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
5. AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan
tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti
sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak
tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair
penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke
udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah

seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah


punca pencemaran udara.
sumber pencemaran udara
Sumber Alami
1. Letusan Gunung Berapi

Salah satu gas pencemar yang di hasilkan oleh gunung berapi


adalah SOx.
2. Kebakaran Hutan
Ada beberapa bahan polutan dari pembakaran yang dapat
mencemari udara, diantaranya adalah bahan polutan primer,
seperti: hidrokarbon dan karbon oksida, karbon dioksida,
senyawa sulphur oksida, senyawa nitrogen oksida dan nitrogen
dioksida. Adapun polutan berbentuk partikel adalah asap berupa
partikel karbon yang sangat halus bercampur dengan debu hasil
dari proses pemecahan suatu bahan.
Sumber Antropogenik
Sumber antropogenik ini biasanya berhubungan dengan proses
pembakaran berbagai jenis bahan bakar, diantaranya:
1. Sumber tidak bergerak (stationary source), termasuk asap dari
industri manufaktur, hasil pembakaran insinerator, furnace, dan
berbagai tipe peralatan pembakaran dengan bahan bakar;

2. Sumber bergerak (mobile source), termasuk kendaraan


bermotor, pesawat, dan/atau kapal laut;

3. Asap dari penggunaan cat, hair spray, dan jenis pelarut


lainnya;
4. Gas yang dihasilkan dariproses pembuangan akhir di TPA, yang
umumnya adalah gas Metan. Gas metan ini memang tidak bersifat
racun (toksik), tetapi gas ini termasuk gas yang mudah menyala

(flammable) dan dapat membentuk senyawa yang bersifat


eksplosive (mudah meledak) jika bereaksi dengan udara;
5. Militer, seperti senjata nuklir, gas beracun, senjata biologis,
maupun roket.

You might also like