You are on page 1of 17

SMK (P) BUKIT KUDA

TOKOH KEMERDEKAAN
(TUNKU ABDUL RAHMAN)

SEJARAH
NAMA:NURURL ASYIKIN BT RAMLIE
KELAS:3 AMANAH
NAMA GURU:CIK SANTHIRA MALA
TAHUN:2016

ISI KANDUNGAN
NO

TAJUK

M/S

1
2

ISI KANDUNGAN
BIODATA
(TUNKU ABDUL
RAHMAN)
GAMBARGAMBAR
(TUNKU ABDUL
RAHMAN)
BAPA
KEMERDEKAAN
MALAYSIA
PERMULAAN
SEBAGAI TOKOH
NEGARA

2
3

LATAR BELAKANG
(TUNKU ABDUL
RAHMAN)
SUMBANGAN
(TUNKU ABDUL
RAHMAN)
KRONOLOGI
PERKHIDMATAN
(TUNKU ABDUL
RAHMAN)

4-5

8-10

11-14

15

LATAR BELAKANG
(TUNKU ABDUL RAHMAN)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang
putera raja yang telah menyalurkan tenagamya kea rah
mencapai kemerdekaan dan keharmonian
Negara.Beliau lahir pada 8 Febuari 1903 di Istana
Tingkat Tiga,Alor Setar,Kedah.Beliau merupakan Putera
Sultan Abdul Halimshah Sultan Kedah yang ke-24.Ketika
itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan
Siam.Beliau adalah anakanda kepada Sultan
Kedah,Sultan Abdul Hamidshah.Ibunya bernama cik
Manjalarn,merupakan seorang puteri Ketua Negeri
Mataban iaitu jajahan Siam.Penglibatan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa
kepada pelantikan sebagai perdana menteri pertama
selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau
bersara pada tahun 1970.
Pendidikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
bermula ketika 6 tahun di Sekolah Melayu dan
seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim.Kemudian
Tunku Abdul Rahman dihantar belajar di Siam iaitu
Sekolah Debsirinder,Bangkok ketika berusia 12
tahun.Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang
menjaganya di Bangkok telah mangkat,beliau
berpindah ke Penang Free School,Pulau Pinang pada
tahun 1915.Pada tahun 1919, Tunku Abdul Rahman
telah di kurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah untuk
ke England dan beliau telah menerima Ijazah Sarjana
Muda Sastera (sejarah) dari St Catherines College

Universiti,Cambridge pada tahun 1925. Tunku Abdul


Rahman dianggap anak melayu pertama lulus Universiti
di England.
Selapas itu, Tunku Abdul Rahman meneruskan
pengajiannya dalam bidang perundangan di Luner
Temple,England semasa berada di situ,beliau terasa
dengan pandangan penjajah terhadap bangsa yang
dijajah.Pandanga rendah mereka terhadap bangsa yang
dijajah ini mendorongnya penubuhan Persatuan AnakAnak Melayu Great Britain pada tahun 1927.Persatuan
ini bertujuan untuk untuk menyatupadukan pelajarpelajar melayu serta menyemai semangat
kemerdekaan.Beliau juga telah menyertai Majlis iaitu
sebuah Persatuan Pelajar India-Muslim yang melaunglaungkan sentiment anti penjajah British.Di sinilah
beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila
menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan beliau
juga menjadi setiausaha yang
pertama.Walaubagaimanapun,beliau gagal dan pulang
ke tanah air.
Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931,beliau
memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan
pernah berkhidmat sebagai Pagawai Daerah Ddi
beberapa tempat iaitu Kuala Muda,Padang Terap,Kuala
Nerang,Pulau Langkawi dan Kulim.Pada tahun 1938
sekali lagi beliau mengikut khusus undang-undang
namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya
Perang Dunia ke-2. Tunku Abdul Rahman kembali ke
tanah air dan bergiat cergas dalam
SABERKAS.SABERKAS adalah singkatan kepada
Syarikat Bekerjasama Am Saiburi.Saiburi adalah nama

Kedah dalam bahasa Siam,namun maksud sebenarnya


adalah Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa
Segala.Beliau banyak melakukan kerja kebajikan
semasa Tentera Jepun.
Apabila Jepun menyerah kalah dan British mula
memerintah, Tunku Abdul Rahman menyertai Kesatuan
Melayu Kedah.Demi menyempurnakan cita-citanya
menjadi peguam,pada tahun 1947, Tunku Abdul
Rahman ke England sekali lagi untuk menyambung
pengajiannya setelah tergendala selama 25 tahun.Pada
tahun 1949,beliau lulus dari Cambridge Universiti dan
ditauliahkan sebagai peguam.Sekembalinya ke tanah
air,beliau bertugas sebagai Pendakwa Raya di
Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.Semasa
pemerintahan Jepun,Tunku Abdul Rahman telah diberi
jawatan sebagai Penyelia Pelajaran Negeri Kedah.Di
antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan
politik yang hebat di Tanah Melayu.Pada masa itulah
Tunku Abdul Rahman kembali ke England untuk
meneruskan pengajian perundangan di INNS of Court
dan kembali ke tanah air dengan segulung Ijazah
peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar
demokrasi.
Pada masa itu, Tunku Abdul Rahman berumur 45
tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah
Rodziah Binti Syed Alwi Barakkah.Beliau dikurniakan 7
orang cahaya mata.Beliau pernah berkahwin dengan
gadis yang bernama Mariam pada tahun 1933,tetapi
malangnya Mariam meninggal dunia akibat demam
malaria.Selain itu,beliau juga pernah berkahwin dengan
Violent Coulson pada tahun 1935,tetapi perkahwinan

itu tidak berkekalan.Zaman pemerintahan Jepun telah


melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Tunku Abdul
Rahman adalah salah seorang yang hadir ke Kongres
Melayu Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman
pada tahun 1948.Pada tahun 1949, Tunku Abdul
Rahman menjadi Pengerusi UMNO bahagian negeri
Kedah.Apabila Dato Onn Bin Jaafar meletakan jawatan
sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman dipilih
untuk mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.Sejak
mengambil alih jawatan Presiden UMNO, Tunku Abdul
Rahman telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan
menubuhkan perikatan pada tahun 1952.Sejak
itu,Perikatan tersebut menjadi satu dominan yang
memperjuangkan kemerdekaan.

SUMBANGAN
(TUNKU ABDUL RAHMAN)
Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai misi ke London untuk
berbincang dengan pihak kerajaan British berkenaan kemerdekaan
Tanah Melayu. Rombongan merdeka tersebut telah sampai ke London
pada 14 Januari 1956. Tunku telah bekerja keras dengan mendapatkan
sokongan dari semua kaum bagi memberi keyakinan kepada pihak
British. Usaha beliau tersebut telah menampakkan hasil apabila beliau
telah menandatangani perjanjian kemerdekaan di Lancaster House,
London pada 8 Februari 1956. Rentetan dari peristiwa itu, Tanah Melayu
telah berjaya mendapatkan kemerdekaan dari pihak British.
Pengisytiharan kemerdekaan telah dilaungkan di hadapan dua puluh
ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-raja serta perwakilan
dari tiga puluh negara Komanwel dan negara-negara asing yang lain
pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Perpaduan
Di bawah kepimpinan Tunku, beliau telah menjelajah seluruh pelusuk
Negara untuk bertemu dengan rakyat bagi membangkitkan kesedaran
dan semangat perpaduan. Melalui usaha tersebut, beliau telah
mendapat sokongan dan kerjasama dari semua kaum. Ianya dapat
dilihat dengan wujudnya sebuah Parti Perikatan yang menggabungkan
UMNO dan MCA pada 1952. Perikatan telah memenangi pilihan raya
Majlis Bandaran Kuala Lumpur.

Keamanan Negara
Dalam usaha Tunku Abdul Rahman Putra untuk mencapai kemerdekaan,
beliau sedar bahawa kemerdekaan Tanah Melayu hanya dapat dicapai
sekiranya darurat ditamatkan. Justeru itu, Tunku telah melantik dirinya
sendiri sebagai menteri Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri.
Perkara utama yang menjadi tumpuan beliau pada masa itu adalah ingin
menamatkan tempoh darurat. Ini kerana beliau melihat hanya melalui
kemerdekaan sahaja yang dapat merealisasikannya.
Pada 24 Disember 1955, satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak
PKM di Baling, Kedah. Perjumpaan tersebut diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman Putra sendiri dan juga disertai oleh Tun Tan Cheng Lock selaku
Presiden MCA dan David Marshall selaku Ketua Menteri Singapura.
Manakala pihak PKM diwakili Chin Peng sebagai ketua perwakilan,
Rashid Maidin dan Chen Tian. Tiga siri perjumpaan telah diadakan
dalam masa dua hari itu.
Semasa rundingan tersebut, satu gencatan senjata telah diisytiharkan
dan penarikan balik pasukan keselamatan yang mengawal telah
mengurangkan perasaan bimbang pihak komunis. Tunku Abdul Rahman
Putra menyatakan kesanggupan beliau bekerjasama sekiranya PKM
menerima syarat-syarat penyerahan diri dan turut serta dalam
pergerakan politik dengan cara perlembagaan. Tunku telah
mencadangkan kepada Chin Peng supaya meletak senjata. Rundingan
telah ditamatkan pada 29 Disember 1955. Dalam rundingan itu, Chin
Peng bersetuju apabila sebuah kerajaan persekutuan dipilih sebagai
menerajui Tanah Melayu, PKM akan meletak senjata dan membubarkan
PKM. Pada 8 Februari 1956, Tunku telah mengumumkan penarikan balik
tawaran pengampunan. Pada 31 Julai 1960, Sultan Izzuddin Shah, iaitu
Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan tamatnya zaman darurat di
Tanah Melayu.

Perhubungan Antarabangsa
Dasar luar negara adalah penting dalam usaha menjalinkan
persahabatan dan kerjasama serantau dan negara-negara luar.
Tunku Abdul Rahman Putra telah memberi sumbangan yang baik
kepada negara. Beliau telah mula mengamalkan piagam Bangsa-bangsa
Bersatu bagi memelihara keamanan dunia secara bersama. Kerjasama
antarabangsa amat penting untuk perkembangan ekonomi,
pelancongan dan kebudayaan. Beliau juga telah meletakkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang berkecuali.
Antara kerjasama Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah seperti
Persatuan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan
Indonesia), Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). Malaysia
juga termasuk dalam negara-negara Komanwel, Pertubuhan bangsabangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam dan
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
Persatuan Asia Tenggara (ASA) merupakan idea Tunku Abdul Rahman
Putra. Idea tersebut telah dikemukakan kepada Presiden Filipina yg
pada masa itu iaitu Carlos P. Garcia dan akhirnya telah ditubuhkan
secara rasminya pada bulan Julai 1961 di Bangkok, Thailand. Objektif
penubuhan adalah untuk menjalin kerjasama dalam bidang
perdagangan, pelajaran, pertanian dan perusahaan.
Penyatuan Tanah Melayu, Sabah, sarawak, Brunei dan Singapura untuk
membentuk Malaysia telah mendapat tentangan daripada
Indonesia.bagi meredakan keadaan, Tunku telah mengadakan satu
mesyuarat di Manila, Filipina. Dengan itu, maka tertubuhnya sebuah
pertubuhan yang di panggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan
Indonesia).
ASEAN pula telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Ogos 1967 di
Bangkok, Thailand. Antara negara-negara yang menyertai ASEAN pada

ketika itu adalah Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand.


Ianya bermatlamatkan pengembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan
serantau. Malaysia juga menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) pada 17 September 1957 dan merupakan anggota WHO
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia), ILO (Pertubuhan Buruh
Antarabangsa), UNESCO (Pertubuhan Pelajaran, Sains & Kebudayaan
Bangsa-bangsa Bersatu), FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian)
dan WB (Bank Dunia). Beliau juga telah mencadangkan penubuhan
Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan telah dilantik sebagai
Setiausaha Agung yang pertama bagi Pertubuhan tersebut.

Saat-Saat Akhir
Pada usia 87 tahun, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggal
dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah beliau telah diberi
penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan
Parlimen, Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Alor Setar. Setibanya
di Kedah, jenazah Allahyarham Tunku Abdul Rahman diberi
penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar,
sebelum dikebumikan di Makam Diraja, Alor Setar. Pemergiannya
merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang
oleh rakyat Malaysia.
AL FATIHAH

KRONOLOGI PERKHIDMATAN
(TUNKU ABDUL RAHMAN)
1931 - Berkhidmat dalam Perkhidmatan
Awam Kedah
1938 - Pegawai daerah Sungai Petani dan
kemudiannya Kulim Kedah
1940 - Timbalan Pengarah Awam di Kedah
Selatan
1949 - Pengerusi UMNO Kedah
1951 - Dilantik sebagai Presiden UMNO
1954 - Presiden Parti Perikanan
1955 - Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
1955 - Ketua Menteri Tanah Melayu dan
memegang portfolio Menteri Dalam Negeri
1955 - Mengetuai delegasi kemerdekaan ke
London
1956 - Memegang portfolio tambahan
sebagai Menteri Pertahanan dan Keselamtan
Dalam Negeri
1957 - Ketua Menteri Tanah Melayu dan juga
Menteri Hubungan Luar
1959 - Ahli Parlimen Kuala Kedah,Kedah

1959 - Ketua Menteri Tanah Melayu (selepas


pilihanraya)
1963 - Perdana Menteri Malaysia
1964 - Selain dari tugas Perdana
Menteri,Tunku juga merupakan Menteri
Kebudayaan Belia dan Sukan

PERMULAAN SEBAGAI TOKOH


NEGARA
Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra dalam penyatuan kaum dalam dilihat
melalui cara diplomasi yang digunakan oleh beliau sehingga tidak
menyinggung perasaan antara kaum. Sehubungan itu, melalui Parti Perikatan
beliau telah berjaya membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan
seterusnya menjadi Malaysia yang berjaya. Seperti yang kita semua tahu,
penyatuan merupakan asas penubuhan Malaysia sehingga ke hari ini. Tunku
Abdul Rahman telah bekerja keras untuk membebaskan Negara dari
cengkaman penjajah. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau telah
mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh
di kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir Negara.
Sebagai ketua, Tunku Abdul Rahman perlu menjaga kebajikan semua rakyat.
Beliau perlu memastikan ketuanan masyarakat Melayu terjamin, disamping
memastikan masyarakat Cina dan India menjadikan Tanah Melayu sebagai
tanahair mereka.
Pada tahun 1951, UMNO telah mengorak langkah dengan memasuki era baru
apabila Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Presiden UMNO
yang baru menggantikan Dato Onn Jaafar. Setelah perlantikan tersebut, Tunku
telah berjanji akan berusaha untuk memastikan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
Pada tahun 1955, Perikatan telah menyuarakan kehendaknya pada Kolonial
British untuk mengadakan satu pilihanraya umum untuk membuktikan bahawa
Malaya ketika itu sudah bersedia untuk Merdeka. Usaha mereka membuahkan

hasil di mana Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yg


dipertandingkan. Setelah itu, sebuah jemaah menteri atau kabinet telah
ditubuhkan. Tunku juga terlibat dengan Rundingan Baling yang melibatkn
Tunku sendiri bagi pihak kerajaan dan Chin Peng bagi pihak Parti Komunis
Malaya (PKM). Pada 1963, Tunku juga memainkan peranan penting dalam
pembentukan MALAYSIA iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura. Beliau juga menyarankan supaya sebuah pertubuhan
yang dipanggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) diwujudkan
bagi membincangkan kerjasama antara tiga buah negara.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj:


Bapa Kemerdekaan Malaysia

PENGENALAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Shah (1903-1990) merupakan Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957
sehingga 1970. Beliau juga turut dikenali dengan panggilan
Tunku serta digelar dengan gelaran sebagai Bapa
Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.

KEHIDUPAN PERIBADI
Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana
Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai
Istana Pelamin. Tunku Merupakan anak lelaki yang ke tujuh

dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim
Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menjalara,
adalah seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah
gahara, iaitu anak perempuan Lung Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerah Thailand.

BIODATA
(TUNKU

ABDUL
RAHMAN)

Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah.
Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.

1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.


1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah)
Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong
Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara
berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap
Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja
Langgar.

You might also like