You are on page 1of 11

QGJ3033

SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN


REKREASI

JENIS TUGASAN:
ARTIKEL ILMIAH

TAJUK:
WARISAN SENI DAN KEBUDAYAAN DALAM SUKAN

DISEDIAKAN OLEH:
Nama
No. Matrik
Kumpulan
Nama Pensyarah ELearning
No. Telefon Pelajar

ISI KANDUNGAN
Bil

Perkara

Muka
Surat
3-4

1.

Pengenalan, Definisi seni dan kebudayaan

2.

Fungsi seni dan kebudayaan.

4-5

3.

Bincangkan bagaimana penglibatan masyarakat dalam seni dan

5-7

kebudayaan dapat meningkatkan kecergasan fizikal, perpaduan kaum


4.

dan ekonomi masyarakat di Malaysia.


Berikan pendapat dan pandangan anda terhadap penglibatan murid di

7-8

sekolah masing-masing dalam aktiviti seni dan kebudayaan khususnya


5.

aktiviti tarian dan permainan tradisional.


Huraikan kepentingan penglibatan aktif murid sekolah rendah dalam

9-10

seni dan kebudayaan terhadap perkembangan domain psikomotor,


6.

kognitif dan afektif.


Rumusan atau penutup

10

7.

Rujukan

11

WARISAN SENI DAN KEBUDAYAAN DALAM SUKAN

1.0 PENGENALAN
Seni dan kebudayaan menunjukkan identiti sesuatu masyarakat. Namun begitu,
semakin maju teknologi semakin seni dan budaya dilupakan. Adakah kita benarbenar faham erti seni dan kebudayaan itu? Jawapan yang sering kita dengar, seni
dan kebudayaan adalah perkara yang sama. Benarkah jawapan itu? Tidakkah
kita ingin lebih meneroka erti seni dan kebudayaan yang sebenar, supaya
jawapan yang kita perolehi akan membuatkan kita menghargai seni dan budaya
yang merupakan warisan nenek moyang kita.
Dengan itu, di sini kita akan membincangkan definisi seni dan kebudayaan,
fungsi seni dan kebudayaan, kelebihan penglibatan masyarakat dalam seni dan
kebudayaan, penglibatan murid-murid di sekolah dalam aktiviti seni dan
kebudayaan serta kepentingan penglibatan aktif murid dalam seni dan
kebudayaan berdasarkan tiga domain utama. Dengan itu, diharapkan segala
persoalan yang bermain di minda akan bisa terungkap dengan jayanya.
2.0 DEFINISI SENI DAN KEBUDAYAAN
Terdapat banyak pengertian yang boleh digunakan untuk memberikan maksud
seni yang sebenar. Menurut Joshua Abdullah (2001), seni adalah aktiviti yang
menghasilkan sesuatu karya yang indah dan cantik. Karya tersebut mungkin
dihasilkan menerusi penggunaan bermacam-macam warna, bentuk yang
berlainan, pergerakan yang pelbagai dan apa saja unsur yang berada di
persekitaran kita. Darjah kecantikan dan keindahan itu pula bergantung kepada
individu yang menilai seni itu.
Menurut Ibn.Khaldun di dalam Zulkifli Bin Hanafi (2000), Seni itu adalah
kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri
estetika, etika dan logika.
Menurut kajian Mohamed Anwar Omar Din (2009) mengatakan kesenian
adalah aspek-aspek yang diadakan untuk dipamer atau dipertontonkan kepada
khalayak. Ini meliputi muzik, tarian, nyanyian, teater, alat muzik dan alat tampak.
Berdasarkan Kamus Dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Manakala kebudayaan pula
3

dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,


berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan juga merupakan segala hasil kegiatan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
Shamsul Amri Baharuddin (2007) menyatakan menurut Dictionary of
Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai :
the way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, art,
sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural
features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily
noticed from within.
Manakala, berdasarkan kajian Mohamed Anwar Omar Din (2009) menjelaskan
bahawa kebudayaan adalah amalan dan upacara dalam kehidupan seharian. Ini
meliputi pakaian, nilai dan norma, adat perkahwinan, perayaan kaum di Malaysia
dan permainan tradisional.
Secara rumusannya, kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat
penting kepada kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak
turun temurun lagi. Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat
berbilang kaum, identiti masyarakat Malaysia lebih terserlah dan dikenali ramai.
3.0 FUNGSI SENI DAN KEBUDAYAAN.
Seni dan kebudayaan merupakan warisan tinggalan nenek moyang kita. Seni dan
kebudayaan juga mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsi seni dan
kebudayaan ialah seni dan kebudayaan menjadi medium riadah. Memandangkan
kini rakyat Malaysia begitu sibuk mencari pendapatan, ia telah mendorong
pembangunan industri seni dan kebudayaan kerana masyarakat semakin
dahagakan aktiviti seni dan kebudayaan sebagai medium riadah di kesibukan
harian.
Seterusnya, seni juga menjadi medium membina kecergasan fizikal. Sukan
tradisional mahupun tarian banyak memberi faedah dan manfaat. Ia merupakan
salah satu cara untuk kita mengekalkan kecergasan diri. Dengan itu, dapat
menjadikan kita sebagai individu yang sihat fizikal dan mental. Malah, ia
membuka peluang untuk menambahkan kemahiran dalam aktiviti kecergasan
seperti ketangkasan, fleksibiliti dan kekuatan otot. Dengan itu, membolehkan kita
dilihat sebagai individu yang versatile.
Selain itu, seni dan kebudayaan juga berfungsi dalam memupuk amalan
keagamaan dalam masyarakat. Aktiviti keagamaan seperti nasyid, qasidah,
marhaban dengan diiringi paluan gabus, kompang dan sebagainya menjadikan ia
4

berfungsi sebagai medium hiburan dan dakwah. Melalui aktiviti kesenian


sebegini, pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan.
Bukan itu sahaja, seni dan kebudayaan juga merupakan agen sosialisasi
dalam masyarakat. Dengan itu, aktiviti seni dan kebudayaan telah menjadi satu
medium yang terpenting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Maka, ia dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan. Jadi, masalah seperti
enggan bersosial dengan kaum lain tidak wujud.
Di samping itu, seni dan kebudayaan juga berfungsi dalam upacara ritual.
Upacara ritual ini kebiasaannya dijalankan beradasarkan budaya sesuatu kaum,
contohnya orang Asli dengan tarian sewangnya manakala orang Melayu dengan
tarian Ulik Mayangnya. Tarian sewang dijalankan bertujuan untuk perubatan dan
mengawal makluk halus.
Fungsi yang terakhir ialah seni dan kebudayaan merupakan identiti
masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah membentuk suatu
identiti bangsa Malaysia yang amat unik. Identiti ini seterusnya menjadi pegangan
dan amalan hidup seharian masyarakat Malaysia.
4.0 BINCANGKAN BAGAIMANA PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM SENI
DAN KEBUDAYAAN DAPAT MENINGKATKAN KECERGASAN FIZIKAL,
PERPADUAN KAUM DAN EKONOMI MASYARAKAT DI MALAYSIA.
Pencak silat begitu sinonim dengan masyarakat Melayu semenanjung.
Pencak silat berupaya menjadi pendokong budaya dan jati diri serta asas
interaksi sosial masyarakat Melayu dalam konteks masyarakat Malaysia moden.
Melalui pencak silat, berupaya meningkatkan kecergasan fizikal. Kebiasaannya,
sebelum bermulanya latihan silat, ahli dikehendaki membuat sedikit regangan
bagi mengelakkan kecederaan. Melalui silat sendiri, pelbagai kemahiran
kecergasan dapat ditingkatkan. Antaranya ialah meningkatkan kecergasan daya
tahan kardiovaskular. Ini secara tidak langsung dapat menguatkan jantung
individu yang menceburkan diri dalam bidang persilatan. Malah, dalam silat juga
memerlukan kecergasan dari aspek ketangkasan. Ini sangat penting bagi
membolehkan ahli silat menangkis pihak lawan.
Bukan itu sahaja, kebiasaannya pihak-pihak tertentu samada Badan-badan
Kerajaan, Swasta dan NGO sering kali menganjurkan program-program seperti
sukan rakyat. Antara permainan yang dianjurkan ialah sepak raga, wau, tuju tin,
konda kondi dan gasing. Maka dengan itu, sedikit sebanyak ia melibatkan semua
5

lapisan masyarakat untuk turut serta dalam pertandingan yang dianjurkan.


Melalui

aktiviti-aktiviti

tersebut

membolehkan

rakyat

Malaysia

memiliki

kecergasan yang optimum. Contohnya ialah meningkatkan kecergasan masa


tindak balas di mana masa yang diperuntukkan oleh seseorang untuk bertindak
selepas membuat keputusan untuk melakukan sesuatu.
Selain itu, di Malaysia terdapat pelbagai jenis tarian. Antaranya ialah tarian
kuda kepang, tarian keris, tarian piring, tarian lilin, tarian zapin, tarian singa, tarian
kipas dan tarian serimpi. Jenis tarian ini merupakan budaya tarian bagi kaum
yang berlainan. Contohnya, tarian singa begitu sinonim bagi masyarakat Cina,
manakala tarian serimpi begitu popular bagi masyarakat India. Dewasa kini,
masyarakat Malaysia tidak membataskan sebarang bentuk tarian hanya untuk
kaum tertentu sahaja. Semua kaum boleh mempelajari dan menceburkan diri
dalam

tarian-tarian

yang

terdapat

Malaysia.

Contohnya,

sewaktu

hari

kemerdekaan apa yang dapat kita lihat semua kaum terlibat dalam semua jenis
tarian. Dengan itu, menjelaskan bahawa seni dan kebudayaan berupaya
meningkatkan perpaduan kaum di Malaysia.
Semangat bekerjasama dan berlatih bersama-sama dalam satu pasukan
boleh memupuk semangat perpaduan. Mereka akan mempunyai visi dan
matlamat yang sama untuk mengharumkan nama pasukan masing-masing.
Apabila cita-cita sebegini ada di dalam diri masing-masing, unsur-unsur
perkauman dan kenegerian akan dapat dihapuskan.
Matlamat dan wawasan mereka akan menjadi satu dan seiring iaitu
mengharumkan nama pasukan di peringkat yang lebih tinggi dan disegani oleh
semua pihak.
Selain itu, penglibatan masyarakat dalam seni dan kebudayaan berupaya
menarik pelancong asing untuk melawat Malaysia. Ini adalah kerana Malaysia
mempunyai keunikan dari perpaduan kaum. Contohnya, semasa festival seni dan
kebudayaan dijalankan masyarakat setempat boleh meningkatkan ekonomi
mereka dengan menghasilkan jualan seperti menjual pakaian tradisional pelbagai
kaum, hasil-hasil kraf tangan, dan jenis makanan masyarakat Malaysia. Di
samping, dapat meningkatkan hasil ekonomi, pelancong asing turut sama dapat
mempelajari budaya di Malaysia.
5.0 BERIKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN ANDA TERHADAP PENGLIBATAN
MURID DI SEKOLAH MASING-MASING DALAM AKTIVITI SENI DAN

KEBUDAYAAN

KHUSUSNYA

AKTIVITI

TARIAN

DAN

PERMAINAN

TRADISIONAL.
Kebiasaannya, aktiviti kokurikulum hanya melibatkan murid tahap dua dan
keperluan jasmani murid tahap satu kurang dititikberatkan. Oleh kerana itu, hari
kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah sekali dalam setahun adalah
untuk setiap warga sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah
bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid. Antara aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah ialah mengadakan pertandingan sukan permainan
tradisional seperti congkak, batu seremban, dam aji, permainan guli, sepak raga,
tuju tin dan konda kondi. Kebiasaanya, setiap unit beruniform dan persatuan akan
menghantar

wakil

masing-masing

untuk

bertanding

dalam

acara

yang

dipertandingkan. Di samping murid-murid mengenali sukan tradisional, muridmurid juga terlibat dalam pertandingan yang melibatkan persaingan yang sihat.
Bukan itu sahaja, dalam aktiviti kokurikulum juga murid-murid yang terlibat
dalam tarian akan membuat senam seni untuk sesi pemanasan badan. Dalam
gerakan senam seni itu, terdapat pelbagai jenis tarian budaya Malaysia.
Antaranya tarian inang, tarian zapin, tarian sewang, dan tarian sarah. Di samping
untuk kecergasan dan pemanasan badan, murid-murid juga diberi pendedahan
perihal budaya tarian di Malaysia dengan melibatkan semua warga sekolah.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja memberi peluang
untuk murid mencuba aktiviti-aktiviti yang berlainan malah dapat mengeratkan
silaturrahim antara murid dengan murid, murid dengan guru. Rata-rata murid
tidak berpeluang melakukan aktiviti sukan tradisional ini bersama keluarga
mahupun sendiri. Pihak sekolah boleh memberi peluang kepada murid untuk
melakukan aktiviti sihat di samping mengurangkan gejala sosial di kalangan
murid. Aktiviti- aktiviti yang melibatkan sukan tradisional dan tarian ini boleh
dirancang dengan baik dan melibatkan seramai murid yang mungkin.
Kini sekolah-sekolah juga membuka peluang kepada murid-murid untuk
mempelajari silat. Jurulatih yang terlatih dijemput untuk mengajar murid-murid
dalam bidang persilatan ini. Terdapat disesetengah sekolah yang mewujudkan
persatuan Silat Gayung. Dengan adanya persatuan, murid-murid secara tidak
langsung dapat menjadi ahli persatuan tersebut. Antara faedah murid-murid
menceburkan diri dalam bidang pencak silat ini ialah di samping murid-murid
dapat belajar kaedah mempertahankan diri, murid-murid juga berupaya
7

mengenali seni warisan yang begitu sinonim dengan kaum Melayu ini. Nescaya,
warisan tinggalan nenek moyang ini tidak akan luput ditelan zaman.
Kebiasaannya, pihak sekolah mewujudkan Kelab Seni dan Kebudayaan untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang seni dan kebudayaan warisan
tinggalan nenek moyang kita ini. Dengan wujudnya kelab sebegini, murid-murid
berpeluang untuk mengembangkan bakat yang diperolehi dan belajar secara
lebih mendalam perihal seni dan kebudayaan. Antara seni warisan yang dipelajari
dalam kelab ini ialah seni tarian, seni tampak, seni muzik, seni lukis, seni lakonan
dan permainan tradisional.
Kini, seni tarian masih tidak asing lagi buat masyarakat Malaysia. Murid-murid
di sekolah mempelajari seni tarian seperti tarian kipas, tarian zapin, tarian inang
dan tarian sewang. Hampir setiap kaum mempunyai tarian masing-masing,
dengan demikian murid-murid dapat mempelajari tarian-tarian dari kaum dan
budaya yang berbeza.
Dengan adanya kelab sebegini, murid-murid yang berbakat akan berjaya
mengembangkan bakat mereka dengan memasuki pertandingan samaada
peringkat sekolah, daerah, dan negeri. Dengan itu, mereka berpeluang membuat
persembahan di majlis-majlis seperti Majlis Anugerah Cemerlang, Majlis
Kejohanan Sukan Sekolah, dan Majlis Sambutan Hari Guru. Dengan adanya
pendedahan sebegini, murid-murid lebih yakin untuk maju dalam bidang seni
tarian ini.

6.0 HURAIKAN

KEPENTINGAN

PENGLIBATAN

AKTIF

MURID

SEKOLAH

RENDAH DALAM SENI DAN KEBUDAYAAN TERHADAP PERKEMBANGAN


DOMAIN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF.
Sukan tradisional dan tarian bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan
kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sukan jenis ini merujuk kepada
aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan
tujuan untuk menggalakkan penyertaan lebih luas.
Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti permainan tradisional dan tarian juga
dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu, setiap tahun kebanyakan sekolah
akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti sukan tradisional untuk pelajar8

pelajar. Sekiranya murid-murid sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti


seperti tarian dan permainan tradisional, ia dapat mengekalkan serta membantu
memperkembangkan domain psikomotor, kognitif serta afektif mereka.
Berikut merupakan kepentingan penglibatan aktif murid sekolah rendah dalam
seni dan kebudayaan berdasarkan:
a.

Psikomotor
i.
Meningkatkan daya tahan otot.
ii.
Menguatkan sistem kardiovaskular.
iii.
Mengelakkan kecederaan kepada anggota badan.
iv.
Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan.
v.
Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan melalui aktiviti
vi.

sukan yang dijalankan.


Meningkatkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang

vii.

penyakit kronik.
Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan
dan perlakuan motor.

b.

Kognitif
i.
Membentuk daya pemikiran yang positif.
ii.
Melahirkan modal insan yang celik akal.
iii.
Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis.
iv.
Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat.
v.
Membentuk idea-idea yang bernas.
vi.
Dapat befikir dengan waras.
vii.
Meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir.

c.

Afektif
i.
Menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
ii.
iii.

dan masyarakat.
Mewujudkan persekitaran yang sihat.
Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepada kanak-

iv.

kanak.
Menggalakkan

v.

tradisional dan tarian.


Menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan kanak-kanak.

kanak-kanak

untuk

menyertai

aktiviti

sukan

7.0 RUMUSAN
Sukan Tradisional dan tarian merupakan perkara yang sangat baik untuk
mendapatkan tahap kesihatan yang baik dan optimum. Dunia sukan hari ini telah
banyak mengalami perubahan yang positif dan semakin membangun. Dengan itu,

kita sebagai rakyat Malaysia usahlah meninggalkan sukan tradisional dan tarian
ini kerana ia melambangkan identiti negara kita.
Selain memperoleh tahap kesihatan yang baik, aktiviti sukan dan tarian juga
mampu memperkenalkan negara ke peringkat kebangsaan dan seterusnya
peringkat antarabangsa.
Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat haruslah memberikan semangat yang jitu
kepada anak-anak yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sukan
tradisional mahupun tarian. Minat dan kebolehan mereka haruslah diketengahkan
agar boleh menjadi bintang yangbakal mengharumkan nama negara.
Kini, pelbagai kemudahan telah dibina contohnya gelanggang sepak takraw,
gelanggang bola keranjang dan padang sekolah. Oleh itu, segala pembangunan
ini telah memberi banyak manfaat kepada murid-murid dan rakyat. Kemudahan
untuk melakukan sebarang kegiatan riadah dan kesukanan telah banyak
disediakan. Hal ini bertujuan memupuk budaya menjaga kesihatan dan ke arah
mengamalkan budaya hidup yang sihat.
8.0 RUJUKAN

Abdullah, J. (2001). Seni dan kerjaya pelajar bestari. Selangor: Penerbit Prisma
Sdn.Bhd.
Baharom, H. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Baharuddin, S. A. (2007). Modul hubungan etnik. Kuala Lumpur: Maskha Sdn.Bhd.
Din, M. A. (2009). Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Jurnal
Aswara , 1-67.
Hanafi, Z. (2000). Pola-pola hiasan di dalam bangunan tradisional Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hoe, W. E. (2009). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Shah Alam:
KARISMA Publications Sdn.Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauze, M. J. (2010). Permainan sukaneka acara pentas.
Selangor: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.

10

11

You might also like