You are on page 1of 3

MELAKA - Kes kemalangan elektrik di negara ini menunjukkan trend penurunan sejak 2010,

kata Pengurus Besar Kanan (Senggaraan Aset) Bahagian Penghantaran Tenaga Nasional Berhad
(TNB) Ho Peng Choong. Beliau berkata, sebanyak 46 kes kemalangan elektrik dilaporkan pada
tahun lepas berbanding 55 kes (2012); 2011 (62 kes) dan 2010 (69 kes).
"Antara punca utama kemalangan elektrik termasuk pemasangan dan senggaraan yang tidak
sempurna, tidak mematuhi prosedur kerja yang selamat serta pencerobohan elektrik," katanya
kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Kesedaran Elektrik peringkat negeri Melaka di
sini, hari ini. Kira-kira 300 pelajar dan guru dari 33 buah sekolah seluruh Melaka terlibat dalam
kempen yang bertujuan menyalurkan maklumat dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan
keselamatan elektrik itu.
Katanya trend penurunan tersebut berikutan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dan
risiko keselamatan elektrik. Ho berkata sebanyak 105 kes kematian akibat kemalangan elektrik
turut dilaporkan dalam tempoh empat tahun itu. Sementara itu, beliau berkata TNB komited
untuk terus memberi kefahaman tentang pengendalian peralatan elektrik dengan betul dan
selamat agar kadar kemalangan elektrik dapat dikurangkan.
Katanya kempen kesedaran itu yang diadakan sejak 2007 merupakan antara tanggungjawab
korporat TNB kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah agar lebih peka terhadap
penggunaan tenaga elektrik yang selamat.

KUANTAN Alat-alat elektrik yang rosak dilaporkan menjadi punca utama kes
kebakaran di daerah ini sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Rozali Ismail berkata, penggunaan
semula barangan elektrik yang ditenggelami air dalam banjir besar yang melanda
penghujung tahun lepas menyebabkan gangguan sehingga menyumbang kepada
kejadian kebakaran.
Berdasarkan analisa penyumbang utama kes kebakaran di Kuantan ialah disebabkan
elektrik iaitu lebih menjurus kepada peralatan elektrik yang rosak," katanya.
Menurutnya, selain peralatan elektrik yang rosak, kebakaran terbuka juga menjadi
penyumbang kepada sebahagian besar kes kebakaran pada tahun ini.

KUALA LUMPUR - Beliau berkata penggunaan elektrik melebihi kadar yang ditetapkan
serta melanggar arahan panel meter yang dipasang menyebabkan pengaliran kuasa
yang besar tidak mampu ditampung sekaligus menjadi punca berlakunya kejadian litar
pintas.
"Masyarakat kita masih mengambil mudah mengenai aturan penggunaan elektrik di
rumah dengan sebahagian daripada mereka masih tidak mengetahui had penggunaan
elektrik yang ditetapkan TNB, dan sikap ambil mudah inilah menyebabkan kebakaran
sering terjadi.
"Ini terbukti apabila statistik Bomba Kuala Lumpur bagi tahun lepas dan sebelumnya
menunjukkan kes kebakaran yang disebabkan litar pintas menduduki tempat teratas,
malah semakin meningkat daripada hanya 628 kepada 717 kes pada 2011," katanya.
Khirudin berkata penggunaan alatan elektrik secara berlebihan dan tanpa henti juga
perlu dielak kerana perbuatan itu dikenal pasti sebagai antara
faktor berlakunya kejadian litar pintas.
Presiden Persatuan Keselamatan Profesional Asia (Apsa) Malaysia Chapter Datuk
Mustapha Ali berkata sikap terlalu ingin berjimat sehingga sanggup
mengupah pekerja tidak mahir atau melakukan sendiri pendawaian elektrik dan
membeli peralatan elektrik yang murah perlu dibuang kerana tabiat 'mengorbankan
keselamatan diri dan keluarga' itu diibarat seperti mengundang bahaya ke dalam
rumah.
KULIM - Sebanyak tiga kes kemalangan membabitkan elektrik dicatatkan di kawasan
utara (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Menurutnya, kemalangan itu banyak berpunca daripada kelalaian masyarakat dalam
mengendalikan barangan elektrik di rumah dan tempat kerja serta aktiviti
pencerobohan di kawasan pencawang bekalan elektrik.
Ada kes melibatkan penggunaan pengecas elektrik sehingga membawa maut, selain
seorang pekerja di stesen kereta api yang terkena litar pintas juga melibatkan
kematian, katanya kepada media pada pelancaran program Kempen Kesedaran
Keselamatan Elektrik Kepada Pelajar Sekolah 2016, di sini, semalam.
Selain memastikan barangan elektrik yang dibeli ada sijil produk yang diuji Sirim bagi
mengelakkan kemalangan melibatkan penggunaan tenaga elektrik, katanya.
Katanya, kadangkala punca utama kemalangan berlaku disebabkan penggunaan
barangan elektrik yang tidak diluluskan Sirim.

REMBAU 28 April - Sebanyak 64 kes kemalangan elektrik telah berlaku di negara ini
sepanjang tahun lalu dengan jumlah kematian dicatatkan sebanyak 27 orang.
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) Tenaga Nasional Berhad
(TNB), Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, antara punca utama
kemalangan itu adalah disebabkan pemasangan dan selenggaraan yang tidak
sempurna serta tidak mematuhi prosedur kerja yang selamat.
Mohd. Aminuddin menjelaskan, dalam kes di negeri ini pula, hanya satu kematian
direkodkan membabitkan kemalangan elektrik pada tahun lalu.
Mengulas mengenai kempen yang dijalankan, Mohd. Aminuddin berkata, usaha itu
telah diadakan sejak 2008 yang pada peringkat awal melibatkan guru bagi tempoh tiga
tahun pertama, sebelum disasarkan kepada murid untuk tiga tahun seterusnya.
Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, seramai 10,000 guru dan pelajar daripada
2,000 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Semenanjung terlibat dengan
KKKE, tegasnya.
Sekiranya guru dan pelajar mendapati perbuatan mencurigakan di pepasangan
elektrik milik TNB, sila salurkan maklumat kepada pejabat TNB berdekatan atau
melaporkan terus kepada pihak polis.
Pelaksanaan kempen ini juga adalah sebagai usaha jangka panjang TNB untuk
membantu mengurangkan kadar kemalangan elektrik akibat kecuaian, tegasnya.

Terbaharu, pihak bomba mendapati, pemasangan lampu kelip-kelip tidak berkualiti yang
dihiaskan pada bahan mudah terbakar seperti langsir atau bunga plastik, turut dikesan
antara punca rumah terbakar pada musim perayaan kali ini.Katanya, perkara tersebut
terjadi apabila mentol lampu perhiasan yang dinyalakan sepanjang malam menjadi
panas dan mudah terbakar apabila terkena bahan-bahan tersebut."Terdapat penghuni
yang mahu rumah mereka bercahaya lalu dibiarkan lampu kelip-kelip tersebut bernyala
sampai ke pagi."Apabila mentol lampu itu panas dan terkena bahan mudah terbakar,
tanpa disedari ia menyebabkan kebakaran," jelasnya.
Khirudin berkata, masalah berkaitan penggunaan barangan elektrik, peningkatan aktiviti
memasak di dapur serta kecuaian manusia sendiri adalah antara punca berlaku
kebakaran.Katanya, menjelang musim perayaan, penggunaan barangan elektrik
semakin bertambah malah adakalanya pada satu soket diletakkan pelbagai
alatan.Kebakaran yang berpunca daripada barangan elektrik kebiasaannya disebabkan
sistem pendawaian lama, litar pintas serta penggunaan elektrik melebihi had."Pada
musim perayaan juga, aktiviti memasak di dapur lebih kerap dilakukan. Ada kes
penghuni memanaskan masakan terlalu lama hingga terlupa menutup api dapur lalu
menyebabkan kebakaran"Terdapat juga pemilik rumah meninggalkan kediaman dengan
membiarkan suis elektrik tidak dimatikan sekali gus mengundang berlakunya litar
pintas," jelasnya.

You might also like