You are on page 1of 9

1.

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang melonjak maju dari aspek
ekonomi, sosial, buadaya, pendidikan dan teknologi pembangunan. Pembangunan
yang pesat ini secara tidak langsung telah mempengaruhi anak-anak muda sehingga
tercetusnya masalah dalam kalangan murid sekolah rendah mahupun murid sekolah
menengah dalam pemilihan bidang yang ingin diceburi. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah positif iaitu

memperkenalkan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini di sekolah-sekolah bermula dengan


terbitnya Pekeliling 3/37 dalam tahun 1967 yang meminta semua sekolah melantik
Guru Kerjaya bagi membantu murid atau pelajar menyelesaikan masalah yang di
hadapi.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan
penting dalam agenda pendidikan negara terutama bagi mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020. Menurut
Malek Muhamat Said (2007), peranan penting ini dapat dimainkan dengan berjaya
melalui perancangan Program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang
berkesan. Namun bagi mencapai hasrat tersebut bukan mudah memandangkan
terdapat banyak halangan dan isu-isu yang dihadapi oleh guru bimbingan dan
kaunselor pada era ini seperti murid tidak mematuhi peraturan sekolah, malas untuk
belajar, terlibat dengan gejala sosial dan sebagainya.
Sehubungan itu, kewujudan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah bertujuan membantu murid-murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan
potensi diri serta membina kemahiran menyelesaikan konflik diri yang merangkumi
masalah peribadi, kerjaya, pelajaran dan sosial. Menurut Amla Mohd Salleh (2009),
kaunseling di sekolah harus dijalankan serentak sengan aktiviti pengayaan dan
pengukuhan sesuai dengan Dasar Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah
diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu, proses membantu ini melibatkan usaha yang
kolektif antara kaunselor, guru, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri.
Matlamat kaunseling yang juga melibatkan langkah pencegahan dapat dilaksanakan
melalui hubungan positif kaunselor-klien berdasarkan prinsip-prinsip kaunseling dan
pengaplikasian pelbagai pendekatan yang sesuai.

2.0

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Di

Malaysia,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

telah

mewujudkan

pelbagai

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah


sama ada di peringkat rendah, menengah dan peringkat pengajian tinggi. Antara
perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling yang sering dilaksanakan di sekolahsekolah ialah perkhidmatan krisis kaunseling.
Perkhidmatan krisis kaunseling ini meliputi beberapa cabang kecil dalam
kaunseling

seperti

kaunseling

individu,

kaunseling

kelompok,

kaunseling

pengembangan diri dan kaunseling kerjaya. Kaunseling individu dijalankan secara


individu kepada seseorang murid. Ia terbahagi kepada empat bahagian kecil iaitu
kaunseling individu akademik, kaunseling individu kerjaya, kaunseling individu
peribadi dan kaunseling individu tentang penyalahgunaan dadah.
Kaunseling individu akademik selalunya dijalankan untuk membimbing murid
untuk membuat pilihan mata pelajaran yang seiring dengan minat, keupayaan dan
pencapaian murid. Selain itu, kaunseling individu kerjaya pula dijalankan untuk
membantu murid mendapat maklumat kerjaya yang sesuai dengan perkembangan
minat, keupayaan dan pencapaian klien.
Kaunseling individu peribadi sedikit berbeza daripada kaunseling individu
yang lain. Kaunseling individu peribadi merupakan kaunseling yang sangat sensitif
dan perlu ditangani dengan berhati hati oleh guru pembimbing atau guru kaunselor
sepenuh masa. Hal ini kerana isu yang dibawa oleh para murid terdiri daripada hal
berbentuk peribadi seperti percintaan, perhubungan sosial, isu kewangan, isu
kekeluargaan, persahabatan, pengurusan emosi, peningkatan konsep kendiri, estim
kendiri dan lain.
Seterusnya ialah perkhidmatan kaunseling individu tentang penyalahgunaan
dadah juga sebahagian daripada kaunseling individu. Walaupun masalah ini
bukanlah begitu kerap berlaku di sekolah, tetapi guru perlu memikirkan tindakan
yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu perkara sebegitu. Kaunseling ini lebih
berfokus kepada murid yang salah bergaul dengan samseng, penghisap dadah, pil
khayal dan pil kuda. Kebiasaannya murid yang terlibat dalam gejala sebegini tidak
dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. Mereka lebih gemar untuk tidur dalam
kelas, kurang bermaya dan hanya berada dalam dunia sendiri.

3.0

PERANAN GURU BIASA DALAM PERLAKSANAAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
Guru merupakan tunjang asas kepada perlaksanaan sistem pendidikan. Selain itu,
guru juga berperanan dalam melaksanakan matlamat kurikulum yang digariskan oleh
pihak kerajaan dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem
pendidikan kepada murid-murid dalm melahirkan modal insan yang berguna untuk
negara kelak. Namu begitu, peranan guru bukan sahaja berfokus kepada urusan
mengajar dalam subjek tertentu sahaja, bahkan perlu membimbing pelajar kerana
guru itu sendiri berfungsi sebagai agen perubahan. Semakin ramai murid atau
pelajar, semakin banyak masalah yang timbul dan perlu dihadapi oleh guru. Oleh itu
adalah menjadi tanggungjawab kepada guru untuk membimbing dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid dengan sebaik mungkin.
Di antara peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling ialah
guru haruslah berupaya untuk mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan
guru bagi kepentingan murid di sekolah. Tambahan itu, menurut Dr. Khoo Bee Lee
(2014), guru bimbingan merupakan penghubung antara murid dan guru-guru lain,
dan merupakan pakar rujuk kepada guru-guru lain di sekolah. Hal ini secara tidak
langsung akan menyebabkan para guru saling bersatu hati dan menggembleng
tenaga untuk membantu murid yang menghadapi masalah sama ada masalah dalam
pembelajaran, keluarga, kecenderungan dan sebagainya. Sebagai contoh, guru
kelas dan guru mata pelajaran boleh bekerjasama dengan guru bimbingan atau
kaunselor untuk membantu murid yang bermasalah atau dalam dilema sekiranya
para guru boleh berkomunikasi dan bersosial dengan baik antara satu sama lain.
Secara tidak langsung, masalah murid dapat diselesaikan dan prestasi murid dapat
dibimbing dengan baik dengan bantuan guru lain.
Selain itu, guru biasa juga perlu membantu mewujudkan hubungan yang baik
di antara guru dengan ibu bapa bagi membimbing pelajar serta mengetahui
pertumbuhan pelajar dari semasa ke semasa. Perkara ini dilihat sangat penting
supaya maklumat berkaitan latar belakang murid dapat dikumpul dengan baik
melalui interaksi yang positif antara ibu bapa dan guru. Melalui maklumat yang
diperoleh ini, peranan guru sebagai guru pembimbing akan menjadi mudah kerana
guru itu sendiri dapat mengenali murid dengan teliti dan mengetahui semua perkara
tentang murid tersebut. Hal ini akan membantu guru untuk menyelesaikan masalah
murid sesuai dengan tahap dan kemampuan murid dengan lebih bijaksana dan
berkesan. Di samping itu, guru juga boleh membuat catatan anekdot seperti
3

mencatatkan peristiwa atau tarikh untuk mengumpul maklumat berkaitan personaliti


murid secara mendalam untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Menurut
Akhiar Bin Pardi (2015), pengetahuan sebanyak mungkin tentang murid (klien) dan
masalah sangat penting dalam mencari jalan penyelesaian.
Seterusnya, sekiranya murid mengalami masalah dalam pembelajaran dan
akademik, maka guru pembimbing berperanan untuk menggalakkan murid untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh. Guru perlu peka dengan persekitaran murid
dan membantu menyediakan suasana sistem pembelajaran yang efektif kepada
murid agar mereka lebih motivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Selain
itu juga, guru boleh membimbing dan menolong murid membuat perancangan
persekolahan yang bersesuaian dengan perkembangan dan kebolehan mereka. Di
samping itu juga, guru harus memainkan peranan untuk memberi dan menanamkan
kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu dalam pendidikan.
Tambahan itu, peranan guru biasa dalam membantu Unit Bimbingan dan
Kaunseling ialah menggalakkan murid untuk bertemu dengan kaunselor. Situasi ini
sangat penting kerana dapat memberi keyakinan kepada murid untuk berkongsi
dengan kaunselor sekolah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Di
sebalik murid dapat berkongsi dan membantu mereka menyelesaikan masalah,
perkara ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid tentang fungsi dan peranan
kaunselor kerana kaunselor mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan masalah
dan psikologi murid. Walaubagaimana pun, guru biasa juga boleh membantu
kaunselor dalam menjalankan aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling murid seperti
menggalakkan murid untuk menghadiri aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling
seperti ceramah, kursus, seminar dan sebagainya.

4.0

ANALISIS MASALAH DAN TINDAKAN


Cikgu Mariam merupakan guru baharu di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Dalam.
Beliau merupakan guru Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun Enam. Semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Mariam dapati bahawa,
murid-murid Tahun Enam ini mempunyai masalah dalam pembelajaran iaitu, mereka
kurang bermotivasi ketika belajar. Selain itu, mereka juga mempunyai angan-angan
yang tinggi dan bercita-cita untuk menjawat jawatan tertentu apabila dewasa kelak.
Melalui situasi ini, Tambahan itu, Cikgu Mariam dapati bahawa anak muridnya tidak
mempunyai pengetahuan berkaitan bidang kerjaya atau jawatan yang mereka
inginkan. Bahkan terdapat sebahagian murid yang ingin menjawat jawatan tertentu
kerana mengikut kawan. Situasi ini berlaku disebabkan murid tersebut tidak pasti
dengan minat dan kebolehan mereka sendiri. Oleh itu, sebagai seorang guru, Cikgu
Mariam rasa bertanggungjawab untuk membantu anak muridnya mengatasi masalah
dalam pembelajaran dan pemilihan kerjaya yang selari dengan minat dan potensi
murid-murid.
Antara tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Mariam ialah beliau mengadakan
sesi bimbingan secara berkelompok dengan murid yang mempunyai masalah yang
sama di dalam kelas. Semasa di dalam kelas, beliau telah mencungkil satu masalah
yang dialami oleh murid iaitu masalah murid kurang bermotivasi dalam pelajaran. Di
dalam sesi ini, Cikgu Mariam selaku guru biasa telah memberi bimbingan kepada
murid-muridnya untuk mengubah tingkah laku mereka di dalam kelas agar lebih
bermotivasi. Antara pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Mariam untuk
meningkatkan motivasi murid ialah memberi peneguhan yang positif di dalam kelas
dengan merujuk

kepada

teori

behavioris.

Sebagai

contoh,

apabila

murid

bersemangat untuk belajar, maka Cikgu Mariam akan memberi pujian kepada murid
tersebut. Selain itu, Cikgu Mariam juga ada memberi ganjaran token kepada murid
yang bersungguh-sungguh di dalam kelas. Murid yang berjaya mengumpul token
yang paling banyak, murid tersebut akan diberi hadiah dan dinobatkan sebagai murid
contoh atau model kelas. Hal ini secara tidak langsung akan menggalakkan muridmuid untuk sentiasa fokus dan berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran supaya
diiktiraf oleh guru.
Melalui teori pelaziman operan behavioris ini, tingkah laku murid yang kurang
bermotivasi ini dapat ditingkatkan agar lebih motivasi dalam pelajaran dengan
memberi peneguhan social yang positif kepada murid seperti pujian. Di samping itu,
penggunaan token juga mampu mengubah tingkah laku murid ke arah tingkah laku
5

yang lebih positif. Menurut Amir Awang (1987), token adalah satu teknik yang biasa
digunakan oleh guru apabila peneguhan social tidak lagi berkesan terhadap murid.
Apabila seseorang murid diiktiraf sebagai murid yang cemerlang di dalam kelas,
Secara tidak langsung murid lain akan cuba meniru atau mencontohi model murid
yang berjaya tadi. Walaubagaimanapun, guru perlu mengetahui bahawa sesuatu
pelaziman atau peneguhan itu sesuai dilaksanakan mengikut tahap murid kerana
sekiranya peneguhan tidak berkesan, hal ini bermakna guru perlu menggunakan
peneguhan lain yang lebih berkesan untuk mewujudkan perubahan tingkah laku
yang positif.
Berdasarkan permasalahan yang timbul dalam kalangan murid iaitu murid
tidak mengehtahui akan maklumat kerjaya yang ingin mereka ceburi. Oleh itu, Cikgu
Mariam telah menggalakkan murid-murid untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah.
Selepas Murid-murid berjumpa dengan kaunselor sekolah, murid-murid akan melalui
ujian inventori dan personaliti untuk mengetahui akan kecenderungan mereka dalam
bidang-bidang tertentu. Hal ini secara tidak langsung akan memberi murid sedikit
pencerahan tentang hala tuju yang perlu mereka fokus selari dengan minat serta
kebolehan murid. Melalui ujian inventori dan personaliti ini juga, dapat membantu
murid untuk mengetahui potensi dan kebolehan kendiri. Peranan guru pula ialah
membimbing murid untuk memperkembangkan potensi mereka melalui aktiviti yang
terdapat di sekolah.
Cikgu Mariam perlu memberi bimbingan dan mendorong murid untuk
menyertai aktiviti di sekolah yang mereka minati seperti menyertai unit beruniform,
persatuan dan permainan, kelab dan sukan serta pelbagai lagi aktiviti yang dapat
memperkembangkan potensi murid ke arah pembinaan insan yang menyeluruh.
Cikgu Mariam perlu bertindak sebagai pembimbing dan bukan mengarah murid
untuk menceburi bidang yang diminati. Hal ini kerana Cikgu Mariam perlu
menghormati pilihan murid dan pengalaman yang diperoleh mereka. Tindakan Cikgu
Mariam ini selari dengan Teori Perorangan. Melalui Teori Perorangan ini, Rogers
berpendapat bahawa seseorang itu berhak diberi penghargaan dan diyakini oleh
orang lain dan tidak perlu diarah, disuruh, dihukum dan ditentukan hidupnya oleh
golongan yang lebih berkuasa.
Tambahan itu, Rogers menyarankan tiga keadaan untuk mewujudkan
suasana galakan pertumbuhan supaya individu dapat berkembang mengikiut
keupayaannya dan minat iaitu keaslian (genuiness atau realness), penerimaan atau
diberi perhatian dan pemahaman yang mendalam. Oleh itu, Cikgu Mariam perlu
6

menunjukkan sifat yang ikhlas dan menerima muridnya tanpa syarat di samping cuba
memahami kecenderungan murid terhadap sesuatu bidang dengan sebaik mungkin.
Selepas itu, Cikgu Mariam perlu yakin dan percaya bahawa murid merupakan agen
perubahan terhadap dirinya sendiri dan membimbing mereka menceburi minat bukan
mngarah atau menentukan bidang yang sepatutnya murid ambil. Cikgu Mariam perlu
memberi ruang kepada murid untuk membina keyakinan dirinya melalui pengalaman
dan persekitaran yang selari dengan tingkah laku murid.
Tindakan lain yang boleh Cikgu Mariam aplikasikan ialah mengadakan
lawatan ke tempat-tempat yang boleh membantu memberi maklumat kepada murid
berkaitan minat yang mereka cenderung. Hal ini secara tidak langsung akan
membantu murid untuk menambah ilmu pengetahuan tentang bidang yang ingin
diceburi. Apabila murid jelas dengan kehendak, keperluan, potensi diri dan minat
mereka, maka murid tidak lagi memilih sesuatu bidang kerana mengikut rakan
sebaya tanpa mengetahui maklumat yang betul. Malah murid boleh berfikiran secara
rasional untuk menceburi bidang yang diminati berdasarkan kognitif atau
pengetahuan yang diperoleh mereka. Menurut Ellis selaku pelopor kepada teori
Rational Emotive Behavior Theraphy (REBT), beliau berpendapat bahawa sesuatu
perkara itu adalah berdasarkan pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut
perasaaan. Berdasarkan Teori REBT ini, individu berkeupayaan untuk bertindak
sama ada dalam bentuk rasional atau tidak rasional.
Sebagai contoh, murid mengikut kawan dalam pemilihan cita-cita kerana
murid menyangka bahawa murid lain akan memandang rendah terhadapnya
sekiranya mereka tidak mempunyai cita-cita. Berdasarkan situasi ini, Cikgu Mariam
berperanan untuk mendengar masalah murid secara empati kemudian membantu
mereka untuk mengubah gaya pemikiran ke arah bentuk yang lebih positif dan
rasional. Oleh demikian itu, murid-murid perlu diberi pengetahuan berkaitan kerjaya
yang ingin diceburi agar kognitif mereka merangsang pemikiran yang rasional dan
bukan hentam keromo sahaja atau mengikut minat kawan dalam pemilihan jawatan
yang ingin disandang.

Secara keseluruhannya, guru merupakan peranan utama

yang dapat membantu membimbing murid dalam memperkembangkan emosi,


intelek, jasmani, rohani dan sosial murid secara menyeluruh dalam pembinaan insan
yang berguna untuk negara dan masa depan murid itu sendiri.

5.0

RUMUSAN
Secara tuntasnya, dapat saya simpulkan bahawa perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah banyak memberi penyelesaian yang dapat membantu murid
dalam menyelesaikan masalah sama ada dalam bentuk akademik atau kerjaya. Di
samping itu, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini juga dapat membantu
murid membina hubungan yang baik antara guru dan murid sehingga mereka dapat
berkongsi permasalahan dan guru pula berperanan untuk membimbing murid ke
arah perkembangan potensi, minat dan bakat dengan positif serta membentuk
tingkah laku murid yang baik dan positif.
Di samping itu juga, guru merupakan insan yang sangat berperanan besar
dalam hidup murid di sekolah selaku pembimbing dan kaunselor yang dapat
membantu murid ke arah kecemerlangan yang menyeluruh dalam pembangunan
insan yang berjaya. Kesimpulannya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sangat penting untuk dilaksanakan di sekolah dalam membantu murid ke arah
pembangunan diri yang cemerlang dan holistik untuk mendepani cabaran dan masa
hadapan kelak.

RUMUSAN
Akhiar Bin Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2015). Bimbingan dan Kaunseling KanakKanak.
Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd. Bangi: Selangor.
Amir Awang (1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.
Amla Mohd Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2009). Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah. Penerbit UKM: Bangi.
Dr. Khoo Bee Lee. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd. Puchong: Selangor.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1984). Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah. Kuala Lumpur: Pengarang.
Malek Muhamat Said. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah. Pts
Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Mastura Ismail. (2013). Peranan Kaunseling Di Sekolah. Http://SmkpendamaranJaya.Blogspot.My/2013/02/Peranan-Kaunseling-Di-Sekolah.Html. Dilayari Pada 10 Februari
2016.

You might also like