You are on page 1of 8

Karya agung

TOH KARYA AGUNG


5 CONTOH KARYA AGUNG MELAYU

HIKAYAT HANG TUAH

Hikayat Hang Tuah merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar


cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang-orang Melayu pada suatu
zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat ini, mewakili keunggulan citra
Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun dengan
menonjolkan sifat-sifat kesetiaan, keberanian, kepintaran dan budi bahasa
yang halus. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta
pahlawan Melayu yang gagah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah
di Melaka pada abad ke-15.
Pada masa umurnya sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat karib dengan
empat orang yang sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi,
Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka bagaikan isi dengan kuku. Ketika
belayar ke Pulau Tinggi, Hang Tuah dan sahabatnya telah membunuh
segerombolan lanun lalu mereka diambil berkhidmat di bawah Sultan oleh
Bendahara yang kagum akan kepahlawanan mereka pada usia yang
begitu muda.
Ketika Hang Tuah mengiringi Sultan ke Majapahit, beliau menyahut
cabaran seorang pahlawan Jawa yang termasyhur dikenali sebagai Taming
Sari dan berjaya memperoleh sebilah keris yang dinamakan Taming Sari

sempena nama pemiliknya yang asal. Kemenangannya menyebabkan


Hang Tuah dikurniai bukan sahaja keris Taming Sari tetapi juga gelaran
Laksamana dan sepersalinan pakaian oleh Seri Betara.
Laksamana Hang Tuah telah menjadi orang kesayangan sultan dan hal ini
menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan kerabat diraja termasuk Patih
Karma Wijaya. Suatu tuduhan palsu telah dibuat terhadap Hang Tuah iaitu,
beliau dituduh berzina dengan dayang sultan, dan Hang Tuah serta-merta
dijatuhi hukuman mati oleh sultan yang murka tanpa sebarang usul
periksa. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan oleh
bendahara, dan Hang Tuah disembunyikan di Inderapura.
Hang Jebat telah melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap
Sultan Mansur Shah demi membalas kematian Hang Tuah. Sultan telah
mengisytiharkan Hang Jebat sebagai penderhaka dan berasa menyesal
kerana menjatuhkan hukuman mati kepada Hang Tuah.
Akhirnya, bendahara membuka rahsianya dan memanggil Hang Tuah
pulang daripada persembunyian. Hang Tuah telah diampuni oleh sultan.
Suatu perlawanan yang amat menyedihkan telah berlaku antara Hang
Tuah dengan Hang Jebat. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah
telah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat keris Taming Sarinya
semula. Jebat mengamuk selama 3 hari sebelum menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
Kemudian, orang-orang Feringgi (Portugis) berjaya menawan Melaka
dengan membedil kota Melaka. Penggempuran ini telah dilakukan
serentak dengan kedatangan dua angkatan laut dari Manila dan negara
Feringgi. Para pahlawan Melaka telah berjaya ditewaskan dan seterusnya
berundur ke selatan. Di sini, mereka mendirikan sebuah kerajaan baharu
yang dikenali sebagai Kerajaan Johor Lama.
Maka, Hang Tuah terus menghilangkan diri dan beliau tidak pernah dilihat
lagi. Berita tentang Laksamana Hang Tuah juga tidak kedengaran lagi
tetapi beliau dipercayai masih hidup pada akhir hikayat ini. Hikayat ini
diakhiri dengan semangat nasionalisme yang kekal sehingga hari ini, iaitu
Takkan Melayu Hilang di Dunia. Hikayat Hang Tuah turut dikemukakan
oleh Malaysia sebagai Warisan Dunia untuk dimasukkan ke dalam Daftar
Ingatan Dunia - Memory of the World Register pada 2001.
HIKAYAT SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

Kemasyhuran kitab sejarah Melayu dikaitkan dengan perincian sejarah


Kesultanan Melayu Melaka yang pernah berdiri sebagai sebuah negara
Melayu yang paling kuat, agung dan kaya pada abad ke-15. Lantaran itu,
karya tersebut sering kali diselidiki sebagai sebuah dokumen sejarah yang
menggambarkan antara lain, kelahiran kerajaan Melaka bersekali dengan
tamadun Melayu Islam Berajanya, pengluasan kuasa pemerintahnya serta
pelbagai aspek dan titik bengik kehidupan kesultanan tersebut yang
berakhir dengan episod keruntuhannya akibat serangan Portugis pada
tahun 1511 M. Bermakna, Kitab Sulalatus Salatin menjadi antara sumber

rujukan utama yang bersifat primer tentang sejarah masyarakat dan


kebudayaan Melayu awal.
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat Abdullah memerikan akan betapa kasihnya Abdullah akan ibunya,


Salamah. Peri Abdullah menerima pendidikan. Abdullah memerikan
sebilangan guru yang mengajarnya. Abdullah memberikan pandangan
peribadinya akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Abdullah
mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai
penduduknya. Abdullah memerikan kerja-kerja merobohkan temboktembok kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan
dengan menggunakan bom. Salah satu episod betapa bijaknya Encik
Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup daripada
puluhan yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan
gajah itu dari mula hingga akhir.
Oleh: Abdul Manaf Bin Mohd .Yasir
HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI

Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad
dan Raja Muhammad. Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika
menebas hutan untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak
perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan
menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja
Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu
dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah dinikahkan.
Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah Silau dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri Betung yang berwarna emas. Dia
meminta untuk mencabut rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak
mengizinkannya. Namun demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri
Betung sedang tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri
Betung kemudian beliau meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda
sangat marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa
anaknya dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya,
kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.
Oleh: Raja Noraniza Binti Raja Abdullah
HIKAYAT INDERAPUTERA

Hikayat ini mengisahkan perihal seorang putera yang bernama


Inderaputera, putera kepada Maharaja Bikrama Buspa yang memerintah
negeri Samantapuri. Kelahirannya yang telah lama ditunggu-tunggu oleh
ayahanda dan bondanya disambut dengan bunyi-bunyian dan penuh
dengan adat istiadat. Ahli nujum datang untuk menilik nasib putera itu.
Ahli nujum itu menyatakan bahawa pada usia Inderaputera tidak patut
dibiarkan bermain bersama binatang kerana takut bencana akan
menimpanya. Inderaputera juga diramal akan menjadi maharaja yang
besar dan disegani oleh kawan mahupun lawan.
Oleh: Mimi Syahirah

You might also like