You are on page 1of 4

Kuliah 1: Bab 1

Pengenalan
Objektif:
Di akhir bab ini adalah diharapkan pelajar akan
1. mengenal apa yang dimaksudkan dengan bidang statistik dan
kaedah berstatistik.
2. mengetahui dan boleh mentakrifkan semula istilah asas
seperti populasi, sampel, cerapan, data, parameter populasi
dan statistik sampel.
3. mengetahui apa yang dikatakan pembolehubah rawak dan
mengenal jenisnya.
1.1 APA ITU STATISTIK?
Apa itu statistik? Statistik adalah satu bidang sains yang
berkaitan
dengan
kaedah
pegumpulan,
pemerihalan,
penganalisisan dan pentafsiran serta kebolehpercayaan sesuatu
set data.
Kini terdapat pelbagai bidang yang lahir hasil dari cantuman
bidang asas seperti ekonomi, biologi, psikologi dan lain-lain
dengan bidang statistik. Contohnya, cantuman ekonomi dan
statistik melahirkan satu bidang yang dinamakan ekonometrik,
cantuman biologi dengan statistik pula melahirkan bidang
biometrik dan cantuman psikologi dan statistik melahirkan
bidang psikometrik. Kesemua bidang ini sebenarnya berasaskan
matematik dan statistik iaitu melibatkan pengiraan kuantiti
tertentu dan keputusan dan pentakbiran dibuat berdasarkan
kuantiti yang dikira tadi.
1.2 BEBERAPA ISTILAH ASAS DALAM STATISTIK
Takrif 1.2.1 Populasi ialah satu set yang mewakili semua
ukuran yang sedang dalam pemerhatian.
Takrif 1.2.2 Sampel ialah satu subset ukuran yang dipilih dari
populasi.
Rajah 1.1
Populasi dan sampel.

POPULASI:
Set semua ukuran

SAMPEL:
set ukuran
terpilih dari
populasi.

Takrif 1.2.3 Kaedah berstatistik ialah kaedah yang


digunakan untuk mendapatkan maklumat dari
sampel untuk memperihalkan populasi.
Rajah 1.2

Proses dalam kaedah berstatistik.


POPULASI

SAMPEL

KAEDAH BERSTATISTIK

Contoh 1.2.1
Sekiranya satu kajian sedang dijalankan ke atas sejenis ubat
untuk merawat pesakit AIDS dan sampel pula adalah
sekumpulan pesakit AIDS yang telah terpilih untuk menerima
rawatan tersebut. Maklumat yang dapat dikumpul dari sampel
tadi akan dianalisis menggunakan satu atau lebih kaedah
berstatistik (contohnya REGRESI, ANOVA, TEKNIK
MULTIVARIAT dan lain-lain) dan keputusannya boleh
digunakan terhadap populasi keseluruhannya.
Takrif 1.2.4 Cerapan ialah nilai bersekutu dengan kuantiti
yang diukur.
Takrif 1.2.5 Satu set data ialah set yang mengandungi
cerapan-cerapan.
Contoh 1.2.2 Jadual tinggi (dalam sm) 20 orang murid darjah 1
123
120
125
122

120
121
125
124

118
115
124
120

118
120
122
124

Takrif 1.2.6 Parameter ialah ukuran pemerihalan berangka


(numerik) bagi sebuah populasi.
Contohnya min populasi ditanda dan varians
populasi ditanda 2 .
Takrif 1.2.7 Statistik ialah ukuran pemerihalan berangka
(numerik) yang dikira dari sampel.
Contohnya ialah min sampel yang dikira
berdasarkan cerapan x1, x2 ,..., xn dalam sampel
dengan menggunakan rumus

x=

1
(x1 + x2 + ... + xn )
n

dan varians sampel yang dikira menggunakan


rumus
s2 =

(x + x2 + ... + xn )2
1 2
2
2
x1 + x2 + ... + xn 1

n
n 1

1.3 PEMBOLEHUBAH RAWAK


Di dalam semua kaedah berstatistik, proses pemilihan objek atau
individu yang menjadi ahli sampel dilakukan secara rawak.
Takrif 1.3.1 Pilihan rawak adalah pilihan yang tidak tertakluk
kepada sebarang syarat di mana setiap individu
atau objek mempunyai peluang yang sama untuk
terpilih.
Takrif 1.3.2 Pembolehubah rawak, secara formal adalah satu
fungsi yang bernilai nombor nyata yang
ditentukan oleh unsur dalam ruang sampel. Secara
asasnya, pembolehubah rawak ialah satu sifat
yang diukur dari sampel rawak untuk tujuan
mendapatkan maklumat mengenai populasi.
Pembolehubah
rawak
lazimnya
ditanda
menggunakan huruf Roman besar , misalnya
X =tinggi

Y=bilangan pelajar yang lulus

Pembolehubah rawak terbahagi kepada dua jenis:


1. Pembolehubah rawak selanjar, iaitu pembolehubah yang
mengambil nilai dalam selang atau keseluruhan nilai pada
garis nyata.
Contohnya: X=berat pelajar wanita di UPM.
Maka mungkin selang bagi nilai X ialah
50 x 80 (kg)
S=masa yang diambil untuk memasang sesuatu
alat elektronik. Maka selang yang mungkin bagi
nilai S ialah 0 s 30 (minit).
2. Pembolehubah rawak diskrit, iaitu pembolehubah yang
mengambil nilai integer.

Contohnya: X=bilangan kereta yang melalui sebuah jambatan


dalam satu selang masa.
Maka nilai yang mungkin bagi X ialah 0,1,2,
Z=bilangan titik yang timbul apabila sebiji dadu
digolekkan.
Maka nilai yang mungkin bagi Z ialah
1,2,3,4,5,6.
Latihan
Seorang ahli veterinar sedang mengkaji keberkesanan sejenis
campuran baru makanan lembu untuk cepat menambahkan jisim
dalam badan sesekor lembu baka tempatan. Beliau berpeluang
memilih 1000 ekor lembu baka tempatan secara rawak dari
mana-mana ladang ternakan di Malaysia untuk dimantau
pemakanannya selama beberapa waktu yang diperlukannya
untuk mengumpul maklumat yang cukup untuk dianalisis.
Kaedah analisis regresi digunakan untuk menganggar pertalian
antara berat badan dan amaun campuran baru.
Soalan
Apakah yang berikut berpandukan yang di atas.
1.
2.
3.
4.

Populasi.
Sampel.
Kaedah berstatistik yang digunakan.
Pembolehubah rawak dalam pemerhatian dan jenisnya.

You might also like