You are on page 1of 8

SULIT

2016

021
031

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi tempat kosong dalam petikan yang diberi.

oleh

pada

untuk

daripada

dalam

di

ke

kepada

Demam denggi amat berbahaya. Penyakit ini boleh membawa maut _________ mangsanya.
Demam denggi boleh merebak _________ seorang pesakit kepada orang lain melalui
gigitan nyamuk aedes. Nyamuk aedes biasanya menggigit mangsa pada waktu subuh dan
pada waktu senja. Nyamuk aedes biasanya membiak di _________ takungan air yang bersih
sahaja. Nyamuk dewasa akan bertelur di dalam air. Telurnya akan menetas dan menjadi
jentik-jentik. Jentik-jentik tersebut kemudiannya akan menjadi nyamuk dewasa. Menyedari
akan bahayanya penyakit ini, kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen __________
menyedarkan orang ramai tentang bahaya demam denggi melalui media cetak dan media
elektronik.
[ 4 markah ]

SULIT
2016

021
031

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Jawapan : Suasana majlis perasmian sukan tahunan yang

dirasmikan oleh Pegawai

Pendidikan Daerah Klang itu sangat meriah.


[ 2 markah ]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Bendahara, titahkan
Hang Jebat supaya
mengadap beta sekarang
juga!

Sultan Ahmad Syah

Bendahara Tun Ali

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah

SULIT
2016

021
031

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hutan memainkan peranan yang penting dengan memberikan sumbangan kepada
pendapatan negara. Bagi mengelakkan kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada negara,
kita perlulah mengambil langkah untuk memulihara hutan.
Hutan negara kita kaya dengan flora dan fauna. Beribu-ribu jenis flora dan fauna liar
ada di dalamnya. Justeru, kita perlu memelihara hutan untuk mengelakkan kepupusan flora
dan fauna. Hutan penting bagi mengekalkan keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan
mengeluarkan oksigen bagi diserap oleh haiwan manakala haiwan pula bertindak
sebaliknya. Kedua-duanya saling bergantungan dalam mengekalkan suhu permukaan bumi.
Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga dapat menjadi kawasan tadahan hujan.
Bukan itu sahaja, hutan juga sesuai dijadikan sebagai kawasan peranginan. Taman
Negara misalnya, berjaya menarik pelancong untuk menikmati keindahannya. Aktiviti
riadah dan rekreasi yang dilakukan di dalam hutan dapat melapangkan fikiran dan
menyegarkan tubuh manusia.
Pendapatan negara juga turut disumbangkan oleh sektor perhutanan. Hasil hutan
seperti kayu balak, rotan, damar dan sebagainya mendatangkan pendapatan yang lumayan
kepada negara.
Kesimpulannya, aktiviti penebangan hutan bagi tujuan pembangunan perlu dikawal.
Hal ini perlu dilakukan dengan serius demi kesejahteraan generasi akan datang.

SULIT
2016

021
031

a. Fungsi hutan ialah ____________________________________________________.


[ 1 markah ]

b. Bagaimanakah hutan dapat dikekalkan?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Sektor perhutanan dapat menjana pendapatan negara.

Pemuliharaan hutan amat mustahak untuk


mengekalkan keseimbangan alam.

Betul

Haiwan mengeluarkan oksigen bagi diserap oleh


tumbuh-tumbuhan.

Salah

Kepupusan flora dan fauna dapat dielakkan dengan


pemuliharaan hutan.

[ 2 markah]

[Lihat halaman sebelah

SULIT
2016

Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kepada

Daripada

Perkara

aznan@yahoo.com
janang@gmail.com
Tembikar Sarawak

Kepada sahabatku yang berada di Kota Bahru, Kelantan. Semoga saudara sihat di
samping keluarga yang tersayang. Terima kasih kerana sudi menceritakan tentang seni
batik di tempat saudara. Kini, giliran saya pula berkongsi maklumat dengan saudara
berkaitan dengan tembikar Sarawak.
Saudara,
Tembikar Sarawak ialah hasil kraf tangan tradisi masyarakat peribumi Sarawak.
Kemahiran membuat tembikar diwarisi sejak dahulukala. Tembikar tradisional ini
memang istimewa. Buatannya sungguh halus, cantik dan tahan lama.
Tembikar diperbuat daripada tanah liat. Tanah liat yang telah diuli itu akan diterap
dengan corak bunga atau garisan. Kemudian, tembikar itu diasapkan dan dibakar supaya
kukuh.
Tembikar digunakan dalam upacara Gawai, perkahwinan dan pengebumian.
Barang-barang tembikar tradisional yang dihasilkan di Sarawak termasuklah pinggan,
mangkuk, tajau, takar dan perkakasan rumah. Sesetengah barang itu dijadikan hadiah
perkahwinan.
Salah satu seni tembikar yang mendapat sambutan sehingga kini ialah pasu
Sarawak. Bentuk, warna dan corak hiasannya memang unik. Para pelancongan
menggemarinya. Mereka sering menjadikannya sebagai buah tangan dari Bumi
Kenyalang.

021
031

SULIT
2016

a. Perkataan

021
031

unik

dalam

petikan

boleh

juga

digantikan

dengan

perkataan

_________________.
[ 1 markah]

b. Bagaimanakah tembikar dihasilkan?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Mengapakah pasu Sarawak digemari oleh pelancong?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
d. Berikan alasan mengapa kita harus mempelajari kemahiran seni tradisional?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[ 3 markah ]

[Lihat halaman sebelah

SULIT
2016

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.
Teruna segak berbaju Melayu,
Menjadi dambaan dara setaman;
Berilah tumpuan ajaran guru,
Pasti cemerlang dalam pelajaran.
.
Anak Pak Ali cantik jelita,
Duduk bersimpuh di atas batu;
Kalau kita sudah berjaya,
Jangan dilupa jasa ayah dan ibu.

Mak Siti termenung sendiri,


Mengenang nasib sebatang kara;
Sentiasa positif majukan diri,
Jangan sesekali berputus asa.

Pokok timun tumbuh menjalar,


Jadi santapan Si Puan Suri;
Ayuhlah kawan rajin belajar,
Pasti berjaya di kemudian hari.

Pisang berangan berbuah setandan,


Sebelum dimakan haruslah diperam;
Berbuat baik sesama jiran,
Barulah hidup aman tenteram.

021
031

SULIT
2016

021
031

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]
b. Apakah yang harus kita lakukan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran?

[1 markah]
c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Ingatlah jasa ibu dan ayah semasa sukar

Menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga


[1 markah]

Kalau kita sudah berjaya,


Jangan dilupa jasa ayah dan ibu.

d. Ulaskan maksud baris-baris pantun di atas


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

[3 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like