You are on page 1of 6

Soalan 1: apakah halangan-halangan yang menjadi pemisah kepada integrasi kaum (5m)

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di


Malaysia. Di antaranya ialah, dari segi agama dan kebudayaan. Setiap kumpulan etnik
mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat
resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang
mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap
ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai
kaum.
Selain itu dasar Penjajah British iaitu penjajah British mengamalkan dasar pecah dan
perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan
mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi
kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka
negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
Seterusnya ialah sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan. Laporan
Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana
setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa
ibunda masingmasing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat
ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini
melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan
menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan
keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga
negara yang beridentitikan satu negara.
Disamping itu dari segi amalan ekonomi yang berlainan. Setiap etnik menjalankan aktiviti
ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan
jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara
terancam.

Seterusnya ialah perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik. Kewujudan persatuan
politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah
memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka
kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu
sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu
sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan
lagi masalah perpaduan.
Akhir sekali pendudukan Jepun iaitu Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu
menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar
tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang
diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan
menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat
Melayu dan Cina.

Pembinaan Negara bangsa melibatkan proses yang panjang? Bagaimanakah setiap


anggota masyarakat dapat merealisasikan pembinaan Negara bangsa? (5m)

Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran pertama


Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah cabaran terpenting.
Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat
utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan
2020.
Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya
rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kita akur dengan kata-kata seperti
Muafakat membawa berkat. Kita akui kebijaksanaan kata-kata pusaka Bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kita juga sering melaungkan Bersatu Teguh
Bercerai Runtuh. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang aman dan damai.
Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya persefahaman di antara rakyat.
Kita juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita akibat dilanda
sengketa dan rusuhan kaum. Oleh itu Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk
menjauhkan rakyat dari bencana ini. Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah
asas yang kukuh untuk pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan perpaduan ini dapatlah
kita berusaha menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan
gemilang sebagai bangsa Malaysia yang berkeyakinan, demokratik, makmur, bertolak ansur,
liberal, saintifik, progresif, penyayang, bermoral dan beretika.

Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah memperkenalkan


pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar
Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan.
Kesemua dasar dan program ini boleh menyumbangkan ke arah hubungan sosial yang sihat
di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai dan persepsi, persamaan ideniti sebagai
rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa.

Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam anjuran Kelab
Harvard di Kuala Lumpur pada 31 Januari 1992. Petikan ini menjelaskan bahawa Kerajaan
telah melancarkan dasar-dasar yang bermatlamatkan penyatuan dan perpaduan rakyat.
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar Pembangunan Nasional (DPN).
DPN telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 bagi meneruskan
hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara.
DPN menggariskan eberapa startegi yang diantaranya jelas mencerminkan cita-cita
memakmur dan membina bangsa yang bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah agi
memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu
dengan lain, memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin
dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran
pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui s satu budaya kecemerlangan tanpa
menjejaskan matlamat penyususnan semula masyarakat.

DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan keadaan ketidakseimbangan sosial dan


ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang diperolehi dari pertumbuhan
secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Adalah menjadi cita-cita DPN
bagi memperkukuh integrasi nasional dnegan mengurangkan jurang yang luas dalam
pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan
dengan ini berupaya membangun sebuah masyarakat progresif di mana kesejahteraan
dinikmati oleh semua rakyat di samping memiliki sikap dan nilai kerohanian yang positif
serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan untk mengurangkan ketidakseimbangan


pembangunan di antara wilayah-wilayan khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak
dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di bandarbandar juga dipertingkatkan. Kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan
peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan awam. Bandar
dan desa di bangunkan dengan lebih teratur pertumbuhan setinggan dikawal, peluangpeluang untuk peniaga dan pengusaha kecil dibuka.

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusnan semula


hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Kedudukan ini boleh
dicapai dengan perlaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan
Bumiputera. Matlamat penyususnan semula gunatenaga akan memastikan corak
gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi
berbagai kumpulan etnik dalam negara.
2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang lebih terlatih
bagi pembangunan negara.
Dengan hasrta ini lahirlah Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penek Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan antarabangsa.
Prinsip-prinsip Kebudayaan Kebangsaan yang telah dikenalpasti ialah:
1) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan persamaan di bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman
sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.
Unsur-unsur budaya lain seperti Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar
boleh diberi pertimbangan dan penerimaan selagi tidak wujud percanggahan dengan
Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara dan kepentingan nasional, serta
asas-asas moral dan kerohanian sejagat amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi
negara khasnya.

3) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.


Agama merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan
rakyat yang berakhlak dan berperiadi mulia. Penerimaan unsur-unsur budaya lain boleh
dipertimbangkan selagi ia tidak mencemarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dan segala usaha Kerajaan ini hanya akan berjaya jika semua warga negara mencapai taraf
perpaduan yang sebenarnya.

You might also like