You are on page 1of 5

RISK BASED AUDITING (RBA): TRANSFORMASI AUDIT DALAM DI BPAD, JANM.

RISK BASED AUDITING (RBA): TRANSFORMASI AUDIT


DALAM DI BAHAGIAN PENGURUSAN AUDIT DALAM
(BPAD), JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(JANM)
PENDAHULUAN
Pelaksanaan audit dalam oleh Bahagian / Unit Audit Dalam (UAD) di sesebuah
agensi kerajaan merupakan salah satu kaedah bagi pencapaian nilai integriti
dalam pematuhan peraturan kewangan dan prosedur perakaunan.
Malek Shah,M.Y (2005) menyatakan usaha membudayakan integriti bukanlah
sesuatu yang mudah kerana memerlukan komitmen dan kesungguhan semua
pihak yang melibatkan perubahan minda dan penghijrahan cara hidup yang
memerlukan tindakan secara terus menerus dan berulang-ulang. Artikel Integriti
dan Akauntabiliti Dalam Pengurusan Bayaran oleh Kamaruddin.Z (2005) menyebut
kredibiliti aktiviti pengauditan sangat penting untuk mengukuhkan tadbir urus awam
terutama dalam meningkatkan akauntabiliti dalam pengurusan wang awam.
Pengiktirafan Kerajaan terhadap peranan Audit Dalam
terbukti
dengan
berkuat
kuasanya
Pekeliling
Perbendaharaan (PP) Bil. 9 Tahun 2004; Pelaksanaan
Audit Dalam di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.
PEMBANGUNAN FUNGSI AUDIT DALAM
Kaedah bagi melaksanakan audit dalam penting bagi
menjamin keberkesanan proses audit yang dijalankan.
Perkembangan kemajuan fungsi audit dalam terbahagi
kepada empat (4) peringkat yang berbeza seperti huraian di
bawah; (Griffiths, P. 2005).

PP Bil.9/2004
Pelaksanaan dan
penguatkuasaan PP
Bil.9/2004
menghuraikan tiga
aspek utama yang
merangkumi tujuan,
fungsi dan
tanggungjawab
Bahagian / Unit Audit
Dalam di agensi
kerajaan.

Empat (4) peringkat kemajuan pembangunan fungsi audit dalam adalah:


i. Traditional (secara tradisional); Kaedah audit dalam secara tradisional
memberi tumpuan kepada aktiviti audit secara terperinci. Fokus utama
terhadap aktiviti kewangan yang biasanya melibatkan bilangan transaksi
yang tinggi dengan penekanan kepada
pematuhan peraturan yang berkuat
kuasa.
ii. Systems Based (berasaskan sistem);
Peringkat kedua bagi kitaran fungsi
audit dalam memberi keutamaan
terhadap kawalan dalaman yang
mencukupi. Pelaksanaan audit dalam
meliputi proses dan sistem organisasi
secara menyeluruh bukan berasaskan lokasi atau cawangan secara
berasingan.
Page 1 of 5

RISK BASED AUDITING (RBA): TRANSFORMASI AUDIT DALAM DI BPAD, JANM.

Peringkat Kemajuan Fungsi Audit Dalam

iii. Developmental
(berasaskan kemajuan); Fungsi
audit dalam pada peringkat ini
merupakan
pendekatan
moden. Juruaudit Dalam boleh
dan perlu melaksanakan audit
dalam
di
semua
fungsi
organisasi. Pendekatan audit
berasaskan risiko (Risk Based
Auditing; RBA) telah digunakan dengan tumpuan utama terhadap
ancaman atau risiko bagi pencapaian objektif organisasi.
iv.
Forward Looking (perancangan hadapan); Perancangan hadapan
bagi fungsi audit dalam dapat menjamin pengiktirafan nilai dan kepentingan
peranan audit dalam oleh pihak pengurusan. Fungsi audit dalam pada
tahap ini boleh mempertingkatkan keberkesanan melalui penilaian kepada
aspek yang berisiko tinggi, jaminan kawalan(quality control), melaporkan
penemuan yang signifikan dan mengesyorkan cadangan yang memberi
impak kepada organisasi.
TRANSFORMASI AUDIT DALAM JANM
Peranan Audit Dalam JANM dilaksanakan di bawah peruntukan Arahan
Perbendaharaan (AP) 138; Kewajipan Akauntan Negara.1 Bertepatan dengan
peruntukan AP138(b)(i), salah satu fungsi Bahagian Pengurusan Audit Dalam
(BPAD), JANM adalah memastikan terimaan Kerajaan Persekutuan diperakaunkan
dengan betul mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
Unit Audit Dalam (UAD) JANM ditubuhkan dalam tahun 1992/1993 melalui Waran
Perjawatan Bil. 193 Tahun 1992 dengan 38 jawatan yang diluluskan dan punca
kuasa melalui surat KK/BP(A)(S)(8.04)4/5/1-1(5) bertarikh 11 November 1993.
Penstrukturan semula organisasi JANM pada tahun 2003 melibatkan perluasan
skop pengauditan dengan perubahan UAD JANM sebagai satu Bahagian yang
dikenali sebagai BPAD, JANM.
Fungsi pengauditan BPAD dijalankan oleh Seksyen Audit Kewangan,Seksyen
Audit Perbelanjaan dan Pengurusan serta Seksyen Audit Kawalan. Merujuk empat
peringkat kemajuan pembangunan fungsi audit dalam, BPAD pada masa sekarang
masih menggabungkan pelaksanaan peringkat satu(1) hingga tiga (3). Rekod
laporan pengauditan di BPAD, JANM menunjukkan mulai tahun 2007 proses
pengauditan di BPAD mula memberi penekanan pada fungsi peringkat ketiga
dengan penggunaan kaedah Risk Based Auditing (RBA).

AP 138 menjelaskan tiga kewajipan Akauntan Negara di bawah arahan Ketua Setiausaha Perbendaharaan
dalam AP 138 (a) hingga (b). AP138(b)(i) menyatakan; bagi menjalankan penyeliaan atas penerimaan hasil
atau amanah Persekutuan dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan bahawa hasil atau amanah itu
dipungut tepat pada waktunya.
Page 2 of 5

RISK BASED AUDITING (RBA): TRANSFORMASI AUDIT DALAM DI BPAD, JANM.

PELAKSANAAN AUDIT DALAM: KAEDAH RISK BASED AUDITING (RBA)


Peringkat ketiga dalam Kemajuan Fungsi Audit Dalam telah memperkenalkan
proses audit dalam berasaskan risiko (Risk Based Auditing-RBA). Terjemahan dari
laman sesawang The Institute of Internal Auditors (IIA) menyatakan pendekatan
dalam RBA memberi penekanan terhadap proses audit dalam bagi mengenal
pasti, menilai, menghindari, melaporkan dan mengawal risiko.
Pelaksanaan audit dalam berasaskan kaedah RBA ialah salah satu fungsi yang
dapat membantu pengurusan daripada aspek tadbir urus organisasi. RBA
memerlukan kefahaman menyeluruh merangkumi aspek objektif, risiko dan
kawalan sesebuah organisasi. (Griffiths,D. 2006).Hubung kait ketiga-tiga aspek ini
penting dalam organisasi kerana ancaman atau risiko yang tidak dikenal pasti
boleh menyebabkan objektif sesebuah organisasi tidak dapat dicapai. Contohnya
isu-isu yang melibatkan pembaziran, kelemahan pengurusan aset dan wang awam
boleh menjadi risiko yang memberi impak kepada objektif meningkatkan hasil
kerajaan.
Elemen penting dalam RBA ialah impak dan
kebarangkalian risiko berlaku kepada organisasi. Usaha
mengenal pasti risiko dapat membantu organisasi
melaksana langkah pencegahan bagi menentukan
kawalan dalaman setiap aktiviti utama organisasi. Aktivitiaktiviti utama dalam sesebuah organisasi seperti
pengurusan kewangan, sumber manusia dan teknologi
maklumat memerlukan bentuk-bentuk kawalan dalaman
yang berbeza bagi memastikan organisasi mencapai
objektif yang ditetapkan. Setelah risiko dan kawalan
dalaman sesebuah organisasi dikenal pasti aktiviti audit dalam berasaskan risiko
(RBA) dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
RISK BASED AUDITING : KAEDAH PENGAUDITAN DI BPAD, JANM
Kaedah audit dalam berasaskan RBA boleh dilaksanakan di BPAD, JANM kerana
fungsi audit dalam merupakan satu fungsi bebas yang dapat memberi khidmat
perundingan secara objektif untuk menambah nilai dalam aktiviti operasi dan
pengurusan JANM . Selain itu, audit dalam berfungsi untuk membantu organisasi
mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk
menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
Skop pengauditan BPAD menggunakan kaedah pengauditan berasaskan risiko
(RBA) bagi mengenal pasti tahap kawalan dalaman meliputi impak dan
kebarangkalian sesuatu risiko berlaku terhadap aktiviti entiti yang diaudit. Contoh
pengauditan yang dilaksanakan adalah seperti audit pengurusan terimaan,audit
prestasi dan pegurusan rekod kewangan dan perakaunan. Skop dan risiko bagi
setiap aktiviti audit berbeza mengikut jenis pengauditan yang dijalankan.
Contohnya,semakan data dan rekod pengauditan pengurusan terimaan di Seksyen
Audit Kewangan BPAD menunjukkan skop pengauditan pengurusan terimaan
meliputi urusan Wang Awam Kerajaan Persekutuan yang melibatkan proses
Page 3 of 5

RISK BASED AUDITING (RBA): TRANSFORMASI AUDIT DALAM DI BPAD, JANM.

penerimaan, kemasukan wang ke bank, perakaunan, penggunaan peti besi dan


pemeriksaan mengejut. Melalui kaedah pengauditan RBA aspek audit pengurusan
terimaan telah ditambahbaik daripada melihat aspek pematuhan kepada tahap
signifikasi risiko dengan mengambilkira hubungan kebarangkalian berlaku dan
impak kepada entiti yang diaudit. Jadual 1 menunjukkan jenis skop pengauditan
dan bilangan laporan bagi Unit Pengawasan Sistem,Seksyen Audit Kewangan,
BPAD salah satu unit yang menjalankan kaedah audit RBA di BPAD bagi tahun
2007 hingga 2012.
Jadual 1: Ringkasan Skop Pengauditan dan Bilangan Laporan Unit Pengawasan Sistem, BPAD
JANM Negeri/Cawangan Bagi Tahun 2007 Hingga 2012

Ringkasan Skop Pengauditan Pengurusan Terimaan

Penerimaan
Wang
Awam

Penyimpanan
Penyata
Dan
Penyenggaraan Bayaran Kepada
Penggunaan Pemeriksaan
Penyesuaian
Penggunaan
Buku Tunai Perbendaharaan
Peti Besi
Mengejut
Hasil
Resit

Bilangan Laporan Pengauditan Pengurusan Terimaan Berasaskan RBA, Unit


Pengawasan Sistem
Bagi Tahun 2007 Hingga 2012
Tahun

2007

2008

2009

2010

2011

2012

Bilangan
Laporan

102

102

95

95

100

95

Sumber : Rancangan Audit Tahunan BPAD 2007 - 2012

KESIMPULAN
Pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang kukuh dan mantap merupakan asas
penting bagi mencapai objektif organisasi. Peranan pengurusan ialah faktor utama
bagi menjamin pelaksanaan pengurusan risiko dan kawalan dalaman bagi
sesebuah organisasi. Akhirnya peranan audit dalam sebagai satu fungsi bebas
akan melengkapkan pencapaian objektif supaya tadbir urus dapat ditingkatkan dan
prosedur kewangan serta perakaunan dipatuhi.
Petikan ucaptama Ketua Setiausaha Negara semasa majlis perasmian Simposium
Audit Dalam pada 24 April 2008 menyatakan transformasi audit dalam daripada
fungsi sokongan kepada fungsi yang boleh membawa kepada perubahan positif
amat penting bagi menjamin audit dalam terus relevan serta menepati keperluan
semasa dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang
berintegriti.
Disediakan Oleh:
Fathiyah binti Mohamed Yahya
Bahagian Pengurusan Audit Dalam
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Page 4 of 5

RISK BASED AUDITING (RBA): TRANSFORMASI AUDIT DALAM DI BPAD, JANM.

RUJUKAN
Ucaptama Ketua Setiausaha Negara (2008), Simposium Audit Dalam, 24 April
2008.
David Griffiths,PhD FCA, Risk Based Internal Auditing: Three views on
implementation (2006),pg.1-6.
Dr. Hj. Malek Shah bin Hj. Mohd Yusoff (2005), Membudayakan Integriti Dalam
Perkhidmatan Awam , Buletin INTAN Jilid 6 Bil 1/2005, pp.1-5.
Kamaruddin Zainal (2005), Integriti dan Akauntabiliti Dalam Pengurusan
Bayaran,Buletin INTAN Jilid 6 Bil 1/2005, pp.27-31.
Phil Griffiths, Risk-based Auditing (2005),pg.3-15.
Rancangan Audit Tahunan Bahagian Pengurusan Audit Dalam; Tahun 2007-2012.
http://na.theiia.org
http://www.anm.gov.my

Page 5 of 5

You might also like