You are on page 1of 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: ARCHANA TARUMALINGAM

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI

NAMA PROJEK (INDIVIDU)

: PROGRAM SERLAH MINDA

TEMPOH PELAKSANAAN

: 25 JULAI 2016

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan efisyen dan keberkesanan pelaksanaan program kelas pemulihan sains
di sekolah
2. Memberi peluang kepada 10 murid pemulihan dari kelas Tahun 5 Pintar bertanding
sesama mereka setelah dibimbing oleh guru-guru.
3. Membina keyakinan diri, berfikiran positif dan sifat berusaha untuk berjaya dalam diri
murid-murid pemulihan.
4. Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam diri murid-murid.
5. Melengkapkan salah satu projek internship yang telah diamanahkan kepada guru pelatih
yang mengikuti intership di sekolah selama 4 minggu.
6. Meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran sains.
7. Mengurangkan kadar buta huruf murid-murid dalam matapelajaran sains.

STRATEGI PELAKSANAAN:
Pada minggu pertama saya membincang dengan rakan-rakan saya mengenai projek yang
hendak dilaksanakan di sekolah SK Jawi. Setelah membincangkan cadangan aktiviti/projek
telah dibawa kepada guru pembimbing saya iaitu bernama Pn. Vanitha kannan. Saya membuat
kertas kerja tentang projek saya iaitu program serlah minda dan membentangkan kepada guru
besar dan juga guru pembimbing saya. Pada minggu kedua, saya dan rakan-rakan saya telah
mendapat kebenaran guru besar dan guru pembimbing untuk melaksanakan projek. Guru besar
dan guru pembimbing mencadangkan beberapa penambahbaikkan yang harus buat dalam
kertas kerja. Saya menambahbaikkan kertas kerja saya mengikut cadangan pihak sekolah.
Tarikh, masa dan tempat pelaksanaan kelas pemulihan juga telah ditetapkan melalui
perbincangan dengan guru besar dan guru pembimbing saya. Setelah mendapat kebenaran
daripada pihak sekolah, saya bermula membuat persiapan untuk pelaksanaan kelas pemulihan
kepada murid-murid tahun 5 Pintar. Saya telah menghasilkan sebuah modul bertajuk tenaga
yang mengandungi set soalan yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid-murid.
Modul tersebut mengandungi 3 set soalan dimana bermula daripada aras rendah kepada aras
tinggi. Pada minggu ketiga, saya telah melaksanakan program serlah minda kepada muridmurid tahun 5 Pintar di makmal sains. Program saya telah berlangsung selama 1 jam pada
waktu persekolahan.
Murid-murid 5 Pintar berkumpul di makmal sains. Murid-murid diberi modul-modul yang
berkaitan dengan topik Tenaga dan diberi masa untuk menyiapkan latihan tersebut. Prosedurprosedur menjawab soalan juga diberitahu lebih awal kepada murid-murid. Bagi meningkatkan
semangat setiakawan murid-murid diberi kebenaran untuk membincang dan menjawab soalansoalan yang terdapat dalam modul tersebut. Murid-murid juga diberi penerangan semasa
membuat soalan dimana mereka menghadapi kesukaran untuk menjawab. Secara tidak
langsung, murid-murid dapat mempelajarai cara menjawab soalan dan juga memahami topik
tenaga secara mendalam. Setelah mereka menjawab semua soalan yang terdapat dalam
modul, guru pelatih membincangkan dan menyemak jawapan murid-murid. Murid-murid diberi
masa untuk tanya soalan berkaitan dengan topik dimana mereka mengalami kesukaran.
Semasa melaksanakan projek saya gambar telah diambil sebagai bukti pelaksanaan. Sesi
kelas pemulihan tamat. Setelah selesai projek saya, saya telah membuat laporan mengenai
projek saya secara terperinci. Saya juga memasukkan gambar-gambar yang diambil semasa

pelaksanaan kelas pemulihan sebagai bukti. Secara kesuluruhanya, projek telah dilaksanakan
dengan jayanya walaupun menghadapi beberapa kekangan.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Setelah selesai melaksanakan projek ini terdapat banyak kekuatan di dalam projek ini
sehingga ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui kerja ini, saya dapat
mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru sains kerana ini bukan suatu kerja
yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti penyampaian pdp yang
efektif semasa menjadi guru sains. Saya juga telah belajar cara bagaimana
membuatkan murid-murid faham akan topik yang merekla mengalami kesukaran untuk
belajar. Sebagai seorang guru sains yang kelak, pengalaman ini sangat bermanfaat
untuk diri saya. Saya dapat meningkatkan profesionalisme dan kepimpinan sebagai
seorang guru melalui pengalam-pengalam sebegini.
Saya juga dapat memahami tahap dan latar belakang murid-murid kelas 5 Pintar dan
juga aras penguasaan mereka dalam matapelajaran sains. Hal ini kerana, guru besar
dan guru pembimbing mencadangkan saya bahawa, memilih kelas yang saya mengajar
semasa praktikum fasa 3 membuatkan saya senang untuk identifikasi murid-murid yang
lemah dalam matapelajaran sains. Perkara ini juga menyenangkan kerja saya semasa
menghasilkan modul kepada murid-murid kelas pemulihan. Hal ini kerana, saya hanya
dapat berfokus kepada satu kumpulan murid-murid dimana aras penguasaan mereka
tidak berbeza sangat dengan kelas-kelas tahun 5 yang lain.
Secara langsungnya kelas pemulihan ini amat berguna kepada mereka, dimana mereka
telah meluahkan soalan-solan yang mereka mengalami kesukaran untuk menjawab.
Selain itu, projek ini telah menambah pengalaman saya dari segi mengendalikan satu
program mengenai kelas pemulihan. Selain itu, projek ini juga memberi satu peluang
yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan
melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat
kerjasama dan berpasukan. Saya telah menggunakan cara yang senang dan jimat kos
untuk melaksanakan kelas pemulihan bagi murid-murid tahun 5 Pintar. Kos hanya
dikeluarkan dimana semasa kerja-kerja fotostat dan kerja-kerja mencetak dilakukan.
Saya berharap projek ini dapat mencungkil daya kreativiti murid-murid bagi menjawab

pelbagai soalan mengenai topik tenaga apabila ditanya dalam peperiksaan. Cara ini
boleh saya gunakan semasa di sekolah kelak bagi meningkatkan prestasi murid-murid
yang mengalami masalah pembelajaran.
Selain itu, saya berasa bertuah kerana memiliki mentor yang tidak lokek dalam memberi
ilmu baru kepada saya. Beliau juga berusaha untuk membantu dan memberi layanan
yang amat baik kepada saya dalam melaksanakan kelas pemulihan sebagai satu projek
di sekolah. Berdasarkan projek yang telah dilaksanakan, saya dapati murid-murid
menunjukkan reaksi yang positif untuk belajar dengan menggunakan bahan pengajaran
yang saya telah siap lebih-lebih awal. Murid-murid memberi perhatian dari awal
sehingga tamat sesi kelas pemulihan. Ini menunjukkan bahawa seseorang murid itu
boleh berjaya dan menguasai ilmu pengetahuan sekiranya ada minat. Selain itu, saya
juga dapat kerjasama daripada rakan-rakan guru pelatih dan pihak sekolah sepanjang
tempoh projek ini dilaksanakan. Ilmu yang bermanfaat kepada saya amatamat
bermakna untuk jadikan saya panduan dan amalan untuk menjalankan tugas dan
kewajipan dengan baik.
Sekolah saya juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk menjalankan projek
saya dengan sempurna pada masa yang telah ditetapkan. Contohnya, mesin fotostat
dan kertas A4 siap dibekalkan di sekolah dengan kos yang rendah. Dengan ini, kerjakerja mencetak menjadi senang dan ia menjimatkan kos dan masa. Perkara ini juga,
memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek saya. Ini adalah
kerana ia sedikit sebanyak telah memudahkan kerja saya dalam persediaan
menjalankan projek ini.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI


Walaupun projek ini telah dilaksanakan dengan jayanya, namun ia juga terdapat
beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah kebanyakan kelas
pemulihan biasanya telah dilaksanakan pada waktu persekolahan ataupun selepas
waktu persekolahn secara berterusan. Jadi semasa internship yang diadakan selama
hanya empat minggu menyebabkan saya tidak berpeluang menjalankan tugas dengan
sepenuhnya. Masa untuk menjadi guru kelas pemulihan kepada murid-murid 5 Pintar
sangat singkat disebabkan oleh projek-projek yang lain. Saya tidak dapat memahami

tahap penguasaan dan sikap murid dengan lebih mendalam kerana masa yang terlalu
singkat untuk saya berjumpa dan berkomunikasi dengan mereka. Pada Praktikum 3,
saya telah memfokuskan matlamat saya untuk menyampaikan pdp yang berkesan
kepada seluruh kelas 5 Pintar dan tidak dapat berpeluang untuk mengenal pasti muridmurid yang sudah menguasai topik dan yang tidak dapat menguasainya. Ini telah
menyebabkan diri saya susah untuk mengenalpasti sasaran saya untuk kelas pemulihan.
Selain itu, saya juga mengalami kesuntukkan masa untuk membincangkan modul-modul
pada masa yang sama.
Pada awalnya, saya bercadang untuk mengendalikan projek kelas pemulihan selepas
waktu persekolahan. Tetapi cadangan ini tidak mendapat kebenaran daripada guru
besar. Hal ini kerana, murid-murid akan menghadapi masalah pengangkutan dan juga
makanan. Kantin sekolah akan tutup selepas sesi persekolahan, jika murid-murid berada
di sekolah demi program serlah minda mereka mungkin tidak dapat makan pada waktu
tersebut. Oleh kerana itu, saya hanya mendapat menggunakan waktu pdp saya untuk
membuat projek di sekolah ini. Waktu pdp selama satu jam memang tidak mencukupi
untuk menyampaikan cara-cara menjawab kepada topik tenaga. Padahal, saya hanya
memilih satu topik iaitu tajuk tenaga tahun 5 untuk dibincangkan dalam kelas pemulihan.
Saya berkesan murid-murid 5 Pintar menghadapi banyak masalah dalam matapelajaran
sains. Mereka tidak mengetahui cara untuk menjawab dan juga cara berfikir mereka
tidak mencapai aras tinggi. Walaupun saya mengesan banyak masalah dengan muridmurid, saya hanya fokuskan kepada salah satu topik sahaja. Kesuntukkan masa
menyebabkan saya tidak memilih lebih daripada satu topik untuk kelas pemulihan.
Sekolah Jawi mengalami perubahan dari segi prestatsi dan selalu sibuk dengan
kedatangan VIP. Selain itu, sekolah menganjurkan banyak program seperti minggu
kesihatan, program jamuan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan projek kami ditunda dan
dilaksanakan pada minggu ketiga. Hal-hal sebegini menjadi suatu halngan kepada
projek-projek yang hendak dilaksanakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Bagi mengatasi kelemahan-kelamahandi atas, beberapa tindakan haruslah diambil. Dari segi
masa, kami sepatutnya diberi masa yang lebih panjang untuk melaksanakan internship supaya
dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dengan sepenuhnya. Kami harus membuat
perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan

dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan
kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.
Hal ini kerana, pelbagai program dijalankan oleh pihak sekolah sepanjang tempoh internship di
sekolah ini. Jika tempoh masa dapat dilanjutkan lagi mungkin saya dapat membuat persediaan
yang lebih rapi bagi menjayakan projek serlah minda ini.

KESIMPULAN
Melalui aktiviti menjadi guru kelas pemulihan selama empat minggu ini, saya mendapat banyak
pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya mengambil alih tugas
untuk mengajar murid-murid lemah dari segi ilmu sains. Ini merupakan pengalaman baru untuk
saya. Saya juga mempelajari cara mengajar murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan
yang rendah. Selain itu, saya berpeluang menghasilkan modul kepada murid-murid tahun 5
yang bersesuaian dengan aras mereka. Salah satu kekurangan adalah kesuntukkan masa.
Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti menjadi guru kelas pemulihan, pihak
IPG perlu memanjangkan masa Internship supaya guru pelatih dapat mengetahui tugas
sebenar guru kelas pemulihan dan membuat tugas-tugas tersebut dengan sepenuhnya. Saya
akan menggunakan dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari
dengan sepenuhnya pada masa hadapan. Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak
namun saya berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta
semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Jawi dan rakan-rakan saya. Saya
berharap pengalaman yang saya lalui amat membantu saya pada masa akan datang.
Diharapakan dengan program kelas pemulihan yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada
guru-guru dan murid-murid bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran murid-murid pemulihan
di sekolah ini. Di samping itu, program ini adalah sebagai usaha memupuk kesedaran murid
dalam memastikan matapelajaran sains dalam sangat penting dalam kehidupan seharian dan
haru mahir dalam subjek tersebut. Selain itu, murid-murid harus mengetahui bahawa proses
pdp harus diberi perhatian sepenuhnya bagi meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian
mereka dalam pendidikan.
Secara keselruhanya, saya amat berterima kasih terhadap guru pembimbing, guru besar,
rakan-rakan saya, pihak sekolah yang banyak menyumbang idea dan pendapat untuk saya

melaksanakan projek serlah minda kelas pemulihan dalam program internship ini dengan
jayanya.

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SERLAH MINDA KELAS PEMULIHAN

Modul yang digunakan dalam program kelas pemulihan tahun 5

Kandungan modul yang berkonsep peta minda dan set soalan

Murid-murid menjawab soalan modul berbantukan buku teks


sebagai ulangkaji

Murid-murid dibenarkan membincang dan menjawab bagi


meningkatkan semangat setiakawan

Perbincangan dan penyemakkan jawapan bagi soalan


bersama murid dan guru pelatih.

Kebanyakkan murid-murid tahun 5 Pintar dapat menjawab


dengan betul kepada soalan-soalan

You might also like