You are on page 1of 4

KONSEP KENEGARAAN

Bab 1 Kenegaraan dan sistem pemerintahan


1.1. konsep negara
- menurut Max Weber , Negara ialah satu komuniti masyarakat yang
mempunyai monopoli menggunakan kekuasaan secara sah dalam sesuatu
wilayah
- ciri asas
sempadan ( terdapat kawasan atau wilayah )
penduduk ( ramai / sedikit )
kerajaan ( kerajaan sendiri / merdeka
kedaulatan berupaya mengawal hal ehwal dalam negara
mengadakan hubungan dengan negara lain
- ciri lain
perlembagaan
Agama
Bahasa
ideologi
- simbol kenegaraan
bendera
Lagu kebangsaan
Jata
1.2. sistem kerajaan
persekutuan
- gabungan lebih daripada satu negeri
- kuasa kerajaan dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat , negeri dan
tempatan
- masing-masing mempunyai autonomi
- contoh Malaysia , Amerika Syarikat , Kanada , Australia dan India
kesatuan
- gabungan lebih daripada satu negeri
- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan

- kerajaan pusat boleh membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh


kerajaan negeri
- contoh Britain , New Zealand , Perancis, dan Sweden
konfederasi
- gabungan beberapa buah negeri
- kebanyakan kuasa kerajaan dikekalkan oleh negeri-negeri
- kuasa terhad diberi kepada kerajaan pusat untuk mengawal hal-ehwal
kepentingan bersama
- terikat dengan perjanjian
1.3. Bentuk negara
Republik
- ketua negara ialah seorang presiden atau pengerusi ( negara China ) - contoh
negara Filipina , India, Amerika Syarikat
Monarki mutlak
- raja memegang jawatan ketua kerajaan ( PM ) - dibantu oleh ahli keluarga tiada parti politik - tiada pilihan raya umum - contoh Brunei, Arab Saudi
Raja berperlembagaan - raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut
perlembagaan dan undang-undang
- contoh - Malaysia
Demokrasi
- rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan kerajaan yang
memerintah sesebuah negara melalui pilihan raya umum
- wujud lebih daripada satu parti
- ada kumpulan pembangkang
kebebasan untuk bersuara , mengkritik dan berpersatuan
Demokrasi berpresiden
- presiden / ketua negara / ketua kerajaan menjalankan kuasa politik dan tugas
simbolik
- dipilih secara langsung oleh rakyat
- tidak boleh disingkirkan oleh dewan perundangan
- tidak melantik kabinetnya daripada dewan perundangan
- wujud pengasingan kuasa yang nyata

Demokrasi berparlimen
- Perdana menteri / ketua kerajaan menjalankan kuasa politik
- ketua negara / raja atau presiden yang dilantik menjalankan tugas-tugas
simbolik
- Dipilih secara tidak langsung oleh rakyat
- Boleh dipecat melalui undi tak percaya di dewan perundangan
- Melantik anggota kabinet daripada kalangan anggota dewan rakyat dan
dewan negara
Autokrasi
- kerajaan satu parti seperti kerajaan junta ( tentera ) dan komunis
- persaingan politik yang terhad
- menekankan nasionalisme
- tiada ideologi yang nyata
- tindakan paksaan / kekerasan / ugutan bagi mendapatkan kepatuhan dan
kesetiaan rakyat
- kebebasan awam seperti siaran media dan bidang kehakiman dikawal rapi
1.4. Konsep pengasingan kuasa
- Dikemukakan oleh John Locke dan dikembangkan oleh Montesquieu
- Sistem pemerintahan dibahagikan kepada 3 komponen iaitu perundangan /
legislatif , pentadiran / eksekutif dan kehakiman / judisiari
Doktrin pengasingan kuasa
1. Badan perundangan
2. Badan eksekutif
3. Badan kehakiman
- Individu atau badan yang sama tidak harus bertanggungjawab untuk
membuat undang-undang , menguatkuasakannya dan menghukum pihak yang
melanggarnya
- Melibatkan pembahagian kuasa antara 3 badan tersebut
- Membolehkan setiap badan saling bertindak dan mengawal badan lain
- Setiap badan berkenaan sepatutnya dianggotai kakitangannya sendiri
- Tujuan
- Mengelakkan pemusatan kuasa/ penyalahgunaan kuasa
- Memelihara kebebasan serta keamanan
- Mengelakkan kezaliman

- Fungsi
- Perundangan penggubalan undang-undang
- Pentadbiran menguatkuasakan undang-undang dan pelaksanaan dasar
awam
- Kehakiman melibatkan keputusan perselisihan sesama rakyat dan antara
rakyat dengan pihak berkuasa selaras dengan undang-undang negara
Prisip pengasingan kuasa di Malaysia
- diubahsuai mengikut keperluan negara
- ada pertindihan terutama melibatkan YDA
- fungsi YDA pemegang kuasa tertinggi pentadbiran / ketua badan
kehakiman / komponen parlimen
- kabinet merupakan pusat kuasa pentadbiran atau eksekutif
- anggota kabinet terdiri daripada menteri / ahli parlimen- anggota badan
perundangan
- menteri boleh mencadangkan undang-undang untuk diluluskan di parlimen
- beberapa kuasa peguam negara mempengeruhi badan kehakiman

You might also like