You are on page 1of 10

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3

KAJIAN ANTOLOGI
KASUT KELOPAK JANTUNG
TINGKATAN 1
(PROSA TRADISIONAL)

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

TAJUL MULUK
Sinopsis
Tajul Muluk meminta kebenaran daripada ayahandanya untuk mencari bunga bakawali bagi mengubati
mata ayahandanya yang buta.
Namun, Tajul Muluk perlu menyelamatkan abang-abangnya terlebih dahulu yang telah terperangkap
akibat kalah bermain catur dengan Puteri Jenuh Hati.
Tajul Muluk telah berjaya memperdayakan seorang perempuan tua yang tinggal di mahligai Puteri Jenuh
Hati dengan mendapatkan rahsia kehebatan Puteri Jenuh Hati dalam bermain catur.
Lalu, Tajul Muluk pergi mencabar Puteri Jenuh Hati untuk bermain catur dan Tajul Muluk telah
memenangi permainan catur tersebut.
Tajul Muluk telah berjaya menyelamatkan keempat-empat orang abangnya.
Kemudian, Tajul Muluk meneruskan pengembaraan untuk mencari bunga bakawali dan telah mengalami
pelbagai rintangan dan penderitaan semasa menuju ke sempadan negeri Bakawali.
Di dalam hutan Tajul Muluk telah berjumpa dengan raksasa yang simpati dengannya dan mengambil
beliau sebagai anaknya.
Tajul Muluk berusaha untuk mengambil hati raksasa tersebut dengan memasak makanan yang sedap dan
meminta raksasa menolongnya melihat Taman Bakawali.
Raksasa membantu Tajul Muluk dengan menyuruh jin utusannya menghantar Tajul Muluk untuk
berjumpa dengan Dewi Hamalah.
Dewi Hamalah telah mengahwinkan Tajul Muluk dengan Puteri Mahmudah.
Tema
Pengembaraan seorang putera raja untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kebijaksanaan seorang putera raja.


Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarganya.
Keberanian dalam menghadapi segala cabaran.
Sanggup berkorban untuk menyelamatkan saudaranya.
Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

Watak dan Perwatakan


Tajul Muluk
Anak raja negeri Syarqastan
Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik
Seorang putera raja yang bijaksana. Contohnya Tajul Muluk bijak mengenakan muslihatnya
kepada perempuan tua dan Raksasa 1 sehingga mengambil Tajul Muluk sebagai anak
Seorang putera raja yang berani. Contohnya Tajul Muluk berani mengembara seorang diri dan
menempuh pelbagai cabaran untuk ke negeri Bakawali
Puteri Jenuh Hati
Seorang puteri yang bijak dengan tipu muslihatnya dalam bermain catur
Akhirnya berjaya ditewaskan oleh Tajul Muluk dalam permainan catur dan terpaksa berkhidmat
kepada Tajul Muluk
Perempuan Tua
Bersimpati kepada Tajul Muluk
Seorang yang amat kaya
Sangat sayangkan Tajul Muluk
Membuka rahsia Puteri Jenuh Hati kepada Tajul Muluk
Raksasa 1
Mempunyai tubuh badan yang besar
Jadikan Tajul Muluk sebagai anak angkat
Sangat sayangkan Tajul Muluk
Suka makan makanan yang dimasak oleh Tajul Muluk
Dewi Hamalah
Saudara Raksasa 1 dan Raksasa 2
Raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa penjaga Taman Bakawali
Menculik Puteri Mahmudah
Mengahwinkan Tajul Muluk dengan Puteri Mahmudah
Teknik Plot
i.

Teknik dialog.
Contoh:
Pada suatu hari, kata raksasa itu,Hai anakku Tajul Muluk, apakah yang boleh dimakan oleh
manusia? Ya ayahanda, makanan manusia tiada lain banyak tepung, gula, dan minyak sapi,
jawab Tajul Muluk

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

ii.

Teknik monolog.
Contoh:
Hai Tajul Muluk, ikatlah pinggangmu kukuh-kukuh serta buangkan dirimu seperti menerjun ke
dalam hutan. Jikalau ada lagi hayatmu, nescaya sampailah engkau ke seberang dan kehendakmu
pun akan beroleh, kata Tajul Muluk di dalam hatinya.

Latar
Masa
Zaman dahulu kala, peristiwa berlaku pada waktu siang dan malam
Tempat
Negeri Syarqastan, di istana Raja Zainul Muluk, istana Puteri Jenuh Hati, hutan rimba
Masyarakat
Masyarakat istana iaitu raja dan kaum kerabatnya, masyarakat kayangan iaitu raksasa, dewa-dewa,
mambang, jin dan masyarakat haiwan yang memahami arahan manusia
Nilai
i.
ii.
iii.
iv.

Berani - Tajul Muluk berani menempuh hutan untuk mendapatkan bunga bakawali
Kasih sayang - Tajul Muluk berusaha mencari bunga bakawali untuk mengubati mata
ayahandanya
Baik hati - Tajul Muluk memaafkan Puteri Jenuh Hati yang telah insaf
Ketabahan - Tajul Muluk tabah menghadapi semua cabaran semasa mengembara untuk
mencari bunga Bakawali

Pengajaran
i.
ii.
iii.
iv.

Kita perlu menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu kerja


Janganlah kita suka memperdayakan orang
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga yang dalam kesusahan
Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada setiap insan

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

HIKAYAT MARAKARMA
Sinopsis
Bab 1: Maharaja Keinderaan
Betara Angkasa Indera Dewa telah meminta kebenaran untuk turun ke bumi kepada Betara Guru untuk
melihat temasya raja-raja di dunia.
Betara Guru tidak membenarkannya tetapi selepas tiga kali Betara Angkasa bertemu dengan Betara
Guru, akhirnya diizinkan.
Betara Angkasa Indera Dewa turun ke bumi ditemani Dewi Kencana, iaitu isterinya.
Bab 2: Isteri Si Miskin Mengidam
Di bumi Betara Angkasa dikenali sebagai Si Miskin dan isterinya sebagai isteri Si Miskin.
Si Miskin dan isterinya tinggal di negeri Anta Beranta dan telah dihina dan dikasari oleh penduduk
negeri tersebut.
Kemiskinan telah membuatkan Betara Angkasa dan isterinya mencari makanan dalam timbunan sampah
dan mereka telah menjumpai sebiji ketupat basi dan sebuku tebu.
Sebenarnya ketupat dan tebu yang mereka makan adalah anak kepada Betara Karma Jaya yang meminta
izin untuk turun ke bumi.
Isteri Si Miskin telah mengandung dan mengidam hendak makan buah mempelam dan nangka yang
terdapat di taman raja.
Si Miskin telah meminta buah tersebut daripada Maharaja Indera Dewa.
Maharaja berasa kasihan dan memberikan buah tersebut kepada Si Miskin.
Bab 3: Negeri Puspa Sari
Isteri Si Miskin telah melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Marakarma.
Si Miskin telah menjumpai tempayan yang berisi emas ketika sedang menggali lubang dan kehidupan
mereka berubah dengan sekelip mata.
Si Miskin percaya bahawa anak lelakinya itu membawa rahmat dan berdoa agar terbina sebuah kerajaan.

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

Dengan izin Allah, jadilah sebuah negeri dan Si Miskin memerintah kerajaan yang bernama Puspa Sari dan
menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.
Kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan
Puteri Nila Kesuma.
Maharaja Indera Angkasa telah memerintah kerajaannya dengan adil dan beliau seorang yang berjiwa
rakyat.
Tema
Ketabahan hati sepasang suami isteri yang berasal dari kayangan menempuh dugaan dan penderitaan
hidup di bumi.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kemahuan untuk mencari suasana baru dalam kehidupan.


Kesengsaraan dalam menempuh kehidupan dan tabah mengharunginya.
Ketaatan seorang isteri terhadap suaminya.
Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan nasib hamba-Nya.
Kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.

Watak dan Perwatakan


Betara Angkasa Indera Dewa (Si Miskin)
Seorang maharaja di kayangan
Gagah, berani, dermawan dan setiawan
Ingin turun ke bumi melihat temasya raja-raja
Sangat menyayangi isterinya
Seorang yang sabar dan tabah
Dewi Kencana
Isteri Betara Angkasa Indera Dewa
Mengikut suaminya turun ke bumi
Setia kepada suaminya
Sangat menyayangi suaminya
Seorang yang sabar dan tabah
Mengidam buah mempelam dan nangka ketika hamil
Maharaja Indera Dewa
Raja negeri Anta Beranta
Seorang yang baik hati kerana memberi buah mempelam dan nangka kepada isteri Si Miskin
yang mengidam

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

Marakarma
Anak Si Miskin dan Dewi Kencana
Berasal dari kayangan
Mempunyai paras rupa yang menawan
Latar
i.
ii.
iii.

Masa:
Zaman dahulu kala, pada waktu pagi hingga malam
Tempat:
di negeri kayangan, di negeri Anta Beranta dan di negeri Puspa Sari
Masyarakat:
masyarakat kayangan, masyarakat yang hidup dalam kemiskinan, masyarakat
yang berani menempuh pelbagai kesusahan, dan masyarakat yang setia kepada pemerintah

Plot
i.

Permulaan:
Betara Angkasa Indera Dewa meminta keizinan daripada Betara Guru untuk turun ke bumi bagi
melihat temasya raja-raja bersama isterinya, Dewi Kencana. Akhirnya dibenarkan oleh Betara
Guru.

ii.

Perkembangan
Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya telah turun ke bumi dan mereka hidup dalam
kemiskinan. Mereka tinggal di negeri Anta Beranta.

iii.

Klimaks
Si Miskin menjumpai tempayan yang berisi emas semasa sedang menggali tanah. Kemudian,
kehidupan Si Miskin dan isterinya berubah menjadi senang.

iv.

Peleraian
Si Miskin telah memerintah sebuah kerajaan bernama Puspa Sari. Si Miskin telah menukar
namanya kepada Maharaja Indera Angkasa. Baginda hidup bahagia bersama isteri dan dua orang
anak bernama Marakarma dan Puteri Nila Kesuma.

Gaya Bahasa
i.

Diksi
Penggunaan bahasa klasik.
Contohnya: tajau, kaus, masyghulnya, bokor
Penggunaan bahasa istana.
Contohnya: bertitah, tuanku, patik, murka, bermohon

ii.

Simile:
Terlalu sebak hati suaminya melihat tingkah laku isterinya itu seperti orang
hendak mati

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

iii.

Repetisi:
Hamba ini orang miskin, hamba minta daun nangka yang gugur ke bumi barang sehelai

Nilai
i.
ii.
iii.
iv.

Keberanian - Betara Angkasa Indera dan isterinya berani menempuh kesusahan hidup di bumi
Kasih sayang - Dewi Kencana sanggup mengikut suaminya turun ke bumi
Tabah - Si Miskin dan isterinya tabah menghadapi hinaan dan cercaan orang ramai
Simpati - Maharaja Indera Dewa bersimpati terhadap Si Miskin dan memberikan buah nangka
dan mempelam yang diidamkan oleh isteri Si Miskin.

Pengajaran
i.
ii.
iii.
iv.

Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dan kesusahan


Kita hendaklah bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama manusia
Kita mestilah berani menghadapi risiko dalam kehidupan
Jangan menghina dan mencerca orang lain walaupun orang itu miskin dan susah

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

BUDI SEORANG BAPA ANGKAT


Sinopsis
Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing mengambil Awang Sulung Merah Muda sebagai anak angkat
setelah Tuanku Si Helang Laut dan permaisurinya mati dibunuh.
Beliau telah menghantar Awang Sulung Merah Muda belajar mengaji dan merawi dengan Tuan Kadi Alim
dan belajar mantik serta nahu bahasa Arab di rumah Tuan Malim Kecil. Datuk Batin Alam pula
mengajarkan ilmu mempertahankan diri kepada Awang Sulung Merah Muda.
Awang Sulung Merah Muda seorang yang terang hati. Oleh itu, beliau dapat menguasai semua ilmu
tersebut dalam masa yang singkat.
Datuk Batin Alam telah mengadakan majlis keraian untuk mengkhatankan Awang Sulung Merah Muda.
Selepas sembuh daripada berkhatan, Awang Sulung Merah Muda diasah giginya oleh Cuti. Kemudian, Cuti
telah dibunuh supaya tiada orang yang serupa dengan Awang Sulung Merah Muda.
Upah Cuti telah diberikan kepada keluarganya. Walaupun menerima wang yang banyak, keluarga Cuti
berasa sedih kerana telah kehilangan orang yang disayangi.
Tema
Tanggungjawab seorang bapa memberikan didikan kepada anak angkatnya.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mengutamakan ilmu dalam kehidupan


Rajin berusaha untuk menuntut ilmu
Menghormati ibu bapa
Kehebatan seorang anak raja
Kasih sayang seorang bapa angkat terhadap anak angkatnya

Watak dan Perwatakan


Awang Sulung Merah Muda
Berasal dari negeri Bandar Mengkalih
Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
Yatim piatu sejak kecil
Terang hati dan cerdas

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

http://cikgusazali.blogspot.com

Datuk Batin Alam


Bapa angkat Awang Sulung Merah Muda
Seorang yang bertanggungjawab
Mengajar ilmu persilatan kepada Awang Sulung Merah Muda
Sangat menyayangi Awang Sulung Merah Muda
Uli Emak Si Anjing
Isteri kepada Datuk Batin Alam
Ibu angkat dan ibu susu kepada Awang Sulung Merah Muda
Cuti

Mahir mengasah gigi


Dibunuh selepas mengasah gigi Awang Sulung Merah Muda.

Latar

Masa:
Tempat:
Masyarakat:

pada zaman dahulu, waktu siang dan malam


Bandar Mengkalih, Mengkasar
masyarakat yang mementingkan ilmu,
masyarakat yang kuat pegangan agama dan
masyarakat yang kuat berpegang pada adat

Nilai
i.
ii.
iii.

Ikhlas - Datuk Batin Alam dan isterinya sanggup mengambil Awang Sulung Merah Muda sebagai
anak angkat
Bertanggungjawab - Datuk Batin Alam memberi pendidikan yang sewajarnya kepada Awang
Sulung Merah Muda
Kasih sayang - Datuk Batin Alam dan isterinya amat menyayangi Awang Sulung Merah Muda

Pengajaran
i.
ii.
iii.
iv.

Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan


Kita hendaklah amanah dalam menjaga kebajikan anak yatim
Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara
Anak-anak hendaklah mengenang budi dan membalas jasa orang tuanya

CSL
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Tradisional

10

You might also like