You are on page 1of 3

LAMPIRAN B - REFLEKSI

Pelaksanaan tugasan projek EDU3104 sebenarnya banyak memberi peluang kepada


saya untuk menimba pengetahuan sebagai pendidik dalam membina sahsiah para
pelajar di sekolah kelak. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat menjelaskan konsep
pengurusan bilik darjah sekolah rendah. Saya juga dapat menerangkan prinsip atau
model-model pengurusan disiplin. Di samping itu juga, tugasan projek pada kali ini juga
memerlukan semangat kerjasama yang tinggi daripada diri sendiri, rakan kelas dan
pensyarah untuk subjek ini. Tidak lupa pula kepada ibu bapa saya yang banyak
memberi dorongan dan individu yang terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan EDU3104 ini. Oleh itu, saya sangat berpuas hati dengan komitmen dan
kerjasama yang diberikan.

Sebagai permulaan, kekuatan yang saya dapat kesan dalam tugasan ini ialah
pengurusan kronologi penyiapan tugasan projek ini. Langkah demi langkah telah saya
susunkan dan buktinya ia telah diterjemahkan dalam bentuk jadual yang dilampirkan
dalam Lampiran A. Hatta, sejurus sahaja selepas mendapat tugasan ini, pelbagai
perancangan yang rapi telah saya buat bagi memastikan tugasan ini dapat
disempurnakan dengan baik dan menghantar tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
Walaupun menghadapi kekangan masa dalam menyiapkan tugasan ini namun saya
sentiasa bersabar, tabah dan cuba berusaha membahagikan masa dengan tugasantugasan yang lain. Dalam proses menyiapkan tugasan ini sememangnya saya tidak
nafikan bahawa terdapat pelbagai masalah yang saya hadapi untuk menghasilkan
sebuah tugasan yang bermutu dan berkualiti.

Kekuatan yang kedua pula ialah tugasan ini telah menggunakan rujukan yang
pelbagai iaitu menggunakan rujukan daripada buku, jurnal dan rujukan tambahan adalah
internet. Dengan adanya rujukan seperti ini, satu tugasan yang berkualiti yang padat
dengan eviden-eviden dapat dihasilkan dengan jayanya. Selain itu, ilmu yang saya
perolehi juga saya dapat terapkan dalam diri saya kemudiannya ilmu tersebut saya
dapat curahkan kepada anak didik saya kelak, misalnya dalam penggunaan model-

model pengurusan disiplin yang bakal saya terapkan di sekolah kelak. Jadi, ringkasnya,
pelbagai pengetahuan dapat saya perolehi daripada tugasan projek ini.

Namun, setiap kekuatan pasti ada kelemahannya. Kelemahan yang saya dapat
kesan daripada tugasan ini adalah dari segi pencarian sumber dan maklumat. Sumber
yang di maksudkan ialah berpusatkan buku, internet, jurnal dan sebagainya yang
berasaskan penulisan ilmiah. Pelbagai aspek juga perlu saya titik beratkan untuk
menyiapkan tugasan ini. Antaranya mencari bahan rujukan dan sumber internet. Di sini
saya mendapat kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan dan sumber internet
terutamanya mengenai perkaitan model pengurusan disiplin dengan video yang
bersumberkan youtube. Saya mendapati bahawa penulisan ilmiah yang ada untuk
sumber ini adalah terhad. Kekurangan sumber rujukan dari perpustakaan dan internet
juga mengakibatkan tugasan ini susah untuk disiapkan dengan cepat di sebabkan buku
yang ada adalah terhad. Buku yang adapun sekadar sekerat dua kerat sahaja. Selain
itu, masalah lain yang turut saya hadapi adalah kekeliruan dalam menentukan maklumat
yang diperolehi. Namun, perkara ini dapat diatasi dengan kerjasama dari rakan sekelas
saya dan bantuan Encik V.Rajasegara iaitu pensyarah saya untuk subjek ini. Saya juga
turut meminta beberapa pandangan dan pendapat dari pelajar senior. Akhirnya saya
dapat menyelesaikan kelemahan ini dengan sempurna dan berjaya.

Di samping itu juga, kelemahan lain yang saya dapat kesan ialah sebelum
tugasan projek ini diserahkan kepada saya, saya sebenarnya kurang memahami tajuk
yang diberi. Oleh itu, saya membuat pembacaan lanjut mengenainya dan Alhamdulillah
hasilnya adalah positif. Jadi, melalui tugasan ini, saya dapat menganalisis literature
tentang pendekatan untuk menangani masalah-masalah disiplin bilik darjah. Selain itu,
melalui tugasan ini, saya dapat membincangkan strategi-strategi pengurusan disiplin
berkaitan yang akan digunakan di sekolah kelak di samping dapat menilai kefahaman
topik-topik pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan lebih lanjut lagi

Sebelum tugasan ini disiapkan juga, saya kurang memahami apa kehendak
soalan yang diberikan jadi saya telah mengkaji dan membuat analisis melalui
2

pembacaan dan penulisan dan hasilnya adalah baik dan positif. Syukur kepada tuhan,
saya telah cuba mengaplikasikan ilmu-ilmu ini dalam diri saya sendiri sejajar dengan
falsafah pendidikan kebangsaan. Akhir sekali, segala usaha yang saya telah lakukan ini
adalah untuk menutup kelemahan saya sepanjang tugasan projek ini disiapkan.

Cadangan penyelesaiannya, jika ada masalah, digalakkan bertanya kepada


orang yang lebih arif. Selain itu, saya harus bijak mengurus masa dan tidak
melengahkan masa dalam membuat sesuatu kerja. Kerja pada saat akhir akan
menghasilkan kerja kursus yang tidak bermutu. Saya akan cuba memperbaiki diri saya
dan berusaha meningkatkan kualiti diri. Saya juga harus berubah dengan melakukan
banyak pembacaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada dari segi agama,
sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. Banyak yang saya telah perolehi melalui tugasan ini
di samping menambah ilmu pengetahuan saya mengenai dunia pendidikan.

Alhamdulillah, di atas segala usaha gigih saya, akhirnya tugasan ini siap
sepenuhnya. Harapan saya ialah agar dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama
anak murid saya kelak. Ilmu yang saya perolehi ini akan dijadikan bekalan ketika saya
menjadi seorang guru kelak.

You might also like