You are on page 1of 3

REFLEKSI

Tugasan ini meminta untuk menerangkan penghayatan guru terhadap kepelbagaian


sosiobudaya dalam bilik darjah dapat membantu mencapai konsep 1 Malaysia selaras
dengan matlamat anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Apabila dikatakan penghayatan guru, saya sendiri merasakan bahawa ianya bukan
tugasan yang mudah kerana saya tidak mempunyai pengalaman mengajar dalam
sebuah kelas yang terdiri daripada murid yang pelbagai suku kaum dan etnik. Jadi saya
mengambil pendekatan dengan merujuk buku serta pengalaman saya sendiri sebagai
murid yang pernah berkongsi bilik darjah di peringkat sekolah menengah dan masih lagi
bersama-sama menimba ilmu dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang sebagai
seorang bakal guru.
Memang diakui walaupun adanya kerjasama, toleransi, hormat-menghormati
antara rakan yang berlainan latar belakang ini namun tetap wujud sikap prejudis bukan
sahaja dalam diri saya malahan saya percaya dalam diri setiap rakan-rakan saya yang
berlainan suku kaum etnik. Namun begitu dalam konteks hubungan dalam bilik darjah
ianya bukanlah perkara yang pelik kerana terlalu banyak aspek yang berbeza dalam
kalangan murid pelbagai kaum ini. Aspek yang berbeza bukan sahaja daripada segi
agama, kaum, kepercayaan malahan status sosial, faktor ekonomi, politik, tahap
pendidikan menjadi punca mengapa masih wujud jurang antara murid (Noriati A.Rashid
et.al, 2012:4). Perbezaan ini tidak mungkin dapat diseragamkan kerana ia mungkin
menimbulkan konflik dan permasalahan yang lebih besar lagi. Jadi antara perkara
terbaik yang boleh dilakukan sekarang ialah menanamkan sikap menghormati budaya
orang lain tanpa membandingkannya dengan budaya dan kepercayaan diri kita sendiri.
Tekankan juga sikap saling menghormati ini terhadap pandangan, ideologi atau ideaidea yang relevan yang diutarakan oleh orang lain selagi ianya tidak menyentuh
sensitiviti kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Tugasan ini juga telah membentuk
semangat baru dalam diri saya untuk cuba mendekatkan diri lagi dengan rakan-rakan
yang berlainan suku kaum etnik. Boleh dikatakan pemahaman saya tentang kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia masih lagi cetek. Mungkin selama ini dengan mengetahui
perayaan yang disambut oleh suku kaum etnik yang terdapat di Malaysia serta
mengetahui serba sedikit bahasa yang mereka gunakan sudah menjadikan diri saya
seorang individu yang peka dengan perpaduan. Namun ianya belum cukup lagi kerana

saya masih lagi berpegang dengan prinsip bahawa suku kaum etnik saya lebih baik lagi
daripada suku kaum etnik yang lain.
Persepsi inilah yang harus diubah agar ianya tidak mempengaruhi diri saya sekiranya
bergaul dengan rakan-rakan. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan diri saya menjadi
seorang bakal pendidik yang penuh dengan sikap diskriminasi, stereotaip, rasisme dan
sebagainya baik di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Jadi tugasan ini telah
membuka mata saya tentang perpaduan yang sebenarnya dan mengikis sikap
perkauman dalam diri saya sendiri khususnya.
Selain itu, secara tidak langsung tugasan ini telah menimbulkan kesedaran
kepada saya tentang peranan sebenar seorang guru membentuk modal insan
seterusnya

sebagai

pembina

generasi

pemimpin

negara.

Tugasan

ini

juga

membolehkan saya melihat bagaimana perbezaan suku kaum etnik ini mampu
mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui
pemerhatian atau skop seorang guru. Jika sebelum ini saya hanya mengalami konflik
perbezaan suku kaum etnik di dalam bilik darjah sebagai seorang murid namun tugasan
ini memberi peluang kepada saya untuk mendalami atau menggambarkan peranan guru
semasa berhadapan dengan murid-murid yang berbeza latar belakang. Guru dilihat
sebagai insan atau role model yang paling sesuai sebagai agen perpaduan dalam
masyarakat (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010:748). Sebagai golongan pendidik
semestinya guru lebih dihormati dalam kalangan masyarakat, jadi tugas guru pada masa
kini bukan sekadar mengajar sahaja malahan isu perpaduan yang akhir-akhir ini
dikatakan semakin terhakis menjadi tugas baharu yang perlu digalas oleh seorang guru.
Apabila melihat tajuk kursus tugasan ini iaitu Budaya dan Pembelajaran, dapat
difahami bahawa pentingnya memahami budaya diri sendiri dan orang lain. Sebagai
seorang bakal guru pula subjek ini membantu saya untuk melihat persekitaran dalam
sesebuah bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai suku kaum etnik. Secara tidak
langsung tugasan ini mengajar saya agar peka dengan perbezaan murid-murid dalam
bilik darjah. Maksudnya di sini saya harus meneliti setiap murid di dalam bilik darjah
nanti. Hal ini kerana ianya boleh membantu saya memberi perhatian yang sama rata
dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan perasaan kurang selesa dan
menyebabkan murid-murid berasa tidak dihiraukan terutamanya bagi murid atau kaum
minoriti di dalam bilik darjah. Setelah meneliti perbezaan murid-murid ini barulah saya

dapat merancang strategi atau kaedah pengajaran yang sesuai di mana ianya
membolehkan murid-murid berlainan kaum ini untuk bekerjasama dalam bilik darjah.
Selain itu, melalui tugasan ini saya dapat melihat bahawa terlalu banyak aspek yang
mempengaruhi persekitaran bilik darjah yang mempunyai murid-murid pelbagai kaum
serta mengapa masih wujudnya jurang antara kaum baik di dalam kawasan sekolah
mahupun di luar.
Saya melihat bahawa faktor mengapa masih wujudnya jurang antara suku kaum
etnik dalam kalangan murid dipengaruhi oleh orang sekeliling mereka terutamanya
kelompok etnik yang sama atau keluarga. Walaupun digambarkan bahawa Malaysia
mempunyai masyarakat majmuk yang hidup dengan aman damai, namun sebenarnya
ada sempadan yang dibina sendiri oleh setiap anggota masyarakat dalam pergaulan
seharian mereka. Anggota masyarakat yang hidup dalam persekitaran masyarakat
majmuk tidak dapat mengelak berlakunya interaksi dalam kehidupan seharian namun
ianya dihadkan atau dikhaskan untuk rakan sekerja, proses jual beli atau perkhidmatan.
Boleh dikatakan jika tiada urusan maka tiadanya berlaku interaksi antara suku kaum
etnik ini. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, seolah-olah mereka mengambil
pendekatan buat kerja masing-masing asalkan tidak menggangu orang lain. Persepsi ini
yang perlu diubah dalam angggota masyarakat pada masa kini. Guru juga harus
menekankan kepada murid-murid agar tidak terikut-ikut dengan isu sosial di luar
kawasan sekolah hingga terbawa-bawa ke dalam bilik darjah. Tidak mustahil jika
dibiarkan berlarutan tragedi hitam yang menimpa negara pada 13 Mei 1969 akan
berulang sekali lagi.

You might also like