You are on page 1of 9

1.

PENGENALAN

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai suku kaum etnik. Masyarakat yang terdapat di Malaysia pada hari ini
merupakan kesan daripada penjajahan, pembentukan negara Malaysia itu sendiri dan
gabungan sesuatu suku kaum etnik dengan suku kaum etnik yang lain hingga wujudnya
suku kaum etnik baru. Akibatnya wujudlah masyarakat yang dipanggil masyarakat
pluralistik dalam negara Malaysia (Mohd Sohaimi Esa et.al, 2011:58). Walaupun hidup
secara aman dan tenteram, sikap etnosentrisme masih lagi menebal dalam diri
masyarakat Malaysia iaitu menganggap suku kaum etnik sendiri lebih baik dari suku
kaum etnik yang lain. Sikap inilah yang mempengaruhi setiap perkara yang berlaku
dalam negara terutamanya bidang pendidikan. Dengan kewujudan tiga jenis sekolah
iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil sudah melihatkan sejauh mana tahap perpaduan dalam masyarakat.
Tidak dapat disangkal walaupun terdapat tiga jenis sekolah di Malaysia, ketiga-tiganya
tidak menghalang murid-murid yang berlainan suku kaum etnik mendapat peluang
pendidikan yang sama di dalam setiap sekolah. Namun demikian, ia memerlukan
kerjasama semua pihak serta usaha yang jitu khususnya golongan pendidik yakni guru
dalam membantu mencapai konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan dewasa ini.
2.0

PENGHAYATAN

GURU

TERHADAP

KEPELBAGAIAN

SOSIOBUDAYA

DALAM BILIK DARJAH


Guru telah menghadapi cabaran mengajar murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
budaya di dalam bilik darjah. Perbezaan budaya ini menyebabkan persekitaran di dalam
bilik darjah tidak terlalu aktif dan mesra. Semangat pentingkan suku kaum etnik sendiri
lebih menonjol dan dapat dilihat sendiri melalui mata kasar dalam kalangan murid.
Kebiasaan murid-murid ini berada dalam kelompok masyarakat yang sebangsa dengan
mereka mengakibatkan semangat perkauman kian menonjol dan pudarnya nilai hormatmenghormati, kerjasama dan tolak ansur antara murid.
Sebagaimana guru menghadapi cabaran berhadapan dengan murid-murid yang
menunjukkan jurang perbezaan kaum di dalam bilik darjah, guru jugalah yang mampu
menyelesaikan masalah ini kerana guru merupakan individu yang dekat dan mempunyai
ruang masa yang lebih banyak bersama murid-murid berbanding orang lain. Jadi guru
haruslah bijak mengatur strategi atau menggunakan peluang terutamanya dalam sesi
1

pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk perpaduan dalam kalangan murid


(Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010:145).
2.1

Penghayatan Guru Terhadap Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik

Darjah Melalui Strategi Pembelajaran Koperatif


Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengintegrasikan perbezaan
budaya serta latar belakang yang wujud dalam kalangan murid ialah strategi
pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ialah satu strategi pembelajaran di
mana murid-murid mempelajari sesuatu konsep dalam kumpulan dan ahli kumpulan
mesti bekerjasama untuk menguasai input pengetahuan baru serta memastikan
pencapaian kumpulan (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010:507). Ahli kumpulan yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang dapat belajar dan mengenali budaya ahli
kumpulan yang lain secara tidak langsung. Apabila dalam kumpulan tiada lagi
perbezaan individu dipersoalkan, latar belakang tidak sesekali mempengaruhi kumpulan
tetapi apa yang diinginkan ialah kejayaan dan pencapaian kumpulan. Melalui
pembelajaran

koperatif

ini

guru

sebenarnya

memperkenalkan

konsep

saling

kebergantungan positif antara ahli kumpulan. Jadi untuk berjaya, murid-murid ini sedar
bahawa keinginan mereka untuk menyelesaikan masalah dan mencapai kejayaan
bergantung kepada kejayaan ahli kumpulan yang lain. Hal ini kerana dalam
pembelajaran koperatif, ahli kumpulan akan dibahagikan peranan dan tanggungjawab
masing-masing. Contohnya dalam ahli kumpulan ada yang mencari punca berlakunya
sesuatu isu, kesan, kelebihan dan kelemahan sesuatu perkara. Jadi setelah mendapat
maklumat, ahli kumpulan akan berbincang dan membuat kesimpulan tentang sesuatu
perkara. Jadi secara tidak langsung berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid
tanpa mengira perbezaan latar belakang serta dapat membantu mengeratkan hubungan
dan mewujudkan kerjasama serta toleransi sesama mereka. Oleh itu pentingnya
peranan seorang guru untuk memilih isu yang luas agar murid-murid dapat menjalankan
tugasan atau aktiviti secara koperatif. Kebolehan guru untuk merancang dan
menimbulkan isu membolehkan pembelajaran koperatif ini dapat dijalankan seiring
dengan memupuk perpaduan dalam kalangan murid.
Guru juga harus bertindak sebagai pembimbing dan sentiasa mengikuti
perkembangan kumpulan-kumpulan yang terdapat di dalam bilik darjah semasa
membuat tugasan atau aktiviti.
2

2.2

Penghayatan Guru Terhadap Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik

Darjah Melalui Isi Pelajaran


Di samping itu, guru boleh menggunakan isi pelajaran untuk mengintegrasikan
perbezaan budaya serta latar belakang yang wujud dalam kalangan murid. Contohnya di
sini seperti guru diminta untuk mengajar tentang perayaan yang terdapat di dalam
negara Malaysia. Jadi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh meminta
murid-murid untuk menerangkan apa yang mereka tahu tentang perayaan-perayaan lain
selain perayaan yang disambut oleh mereka. Ini memupuk kesedaran bagi murid-murid
untuk mengambil berat persekitaran mereka termasuklah rakan-rakan yang berlainan
suku kaum etnik dengan mereka. Tidak lupa tayangkan juga bagaimana pemimpinpemimpin negara kita sering mengadakan rumah terbuka untuk meraikannya bersamasama masyarakat Malaysia tanpa mengira perbezaan lahiriah dan rohaniah. Melalui
tayangan video dalam pembelajaran murid-murid khususnya dapat memperlihatkan
murid-murid betapa pentingnya perpaduan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai
suku kaum etnik baik semasa Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Gawai
Dayak, Pesta Kaamatan, Hari Natal dan sebagainya. Proses pengintegrasian perbezaan
budaya ini tidak hanya dijalankan di dalam bilik darjah sahaja malahan ianya boleh
berlaku di luar waktu persekolahan. Contohnya guru memberikan kerja atau latihan
tambahan kepada murid-murid di luar waktu persekolahan tentang adat, pantang larang
dan budaya kaum-kaum yang terdapat di dalam negara. Jadi mahu atau tidak muridmurid ini terpaksa bertanya, meminta pendapat, menemubual, berbincang, bersoal
jawab dan sebagainya untuk mendapatkan informasi tentang budaya sesuatu suku
kaum etnik itu. Secara tidak langsung murid-murid ini akan berinteraksi antara satu
sama lain untuk mengetahui adat, budaya dan pantang larang masing-masing di
samping memupuk toleransi dalam kalangan murid. Dengan adanya interaksi ini, ianya
merupakan titik tolak atau permulaan bagi murid-murid yang berlainan suku kaum etnik
ini untuk bekerjasama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jadi apaapa sahaja masalah atau konflik yang berlaku pada masa akan datang baik di dalam
bilik darjah mahupun di luar bilik darjah dapat diselesaikan dengan mudah kerana telah
wujudnya persefahaman antara murid. Kerjasama yang wujud semasa murid-murid
berkongsi maklumat boleh diaplikasikan pada bila-bila masa sahaja.

Oleh itu guru haruslah bijak untuk mengaitkan isi pelajaran dengan
mengintegrasikan perbezaan latar belakang murid-murid ini. Pastikan adanya ruang
atau peluang murid-murid ini untuk berinteraksi sesama mereka tanpa mengira latar
belakang. Jurang yang masih wujud dapat dirapatkan lagi manakala perpaduan yang
sedia ada dapat dieratkan lagi dengan menerapkan nilai-nilai ini dalam kalangan murid
(Wan Mohd Zahid Mohd Noordin,1993:139).

2.3

Penghayatan Guru Terhadap Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik

Darjah Melalui Penerapan Nilai


Selain itu, langkah yang boleh dilaksanakan guru untuk mengintegrasikan perbezaan
budaya serta latar belakang yang wujud dalam kalangan murid ialah penerapan nilai
dalam kalangan murid. Guru boleh mengadakan Program Integarasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) seperti perkhemahan atau bengkel (Noriati A.Rashid et.al,
2014:201). Secara tidak langsung ianya mewujudkan perpaduan suku kaum etnik dalam
kalangan murid kerana mereka bekerjasama dalam kumpulan baik dalam aktiviti
perkhemahan mahupun bengkel. Jadi peranan guru di sini ialah membentuk seberapa
banyak kumpulan dalam aktiviti di mana guru sendiri menentukan ahli-ahli kumpulan
dalam kalangan murid. Secara tidak langsung, murid-murid ini akan belajar menerima
rakan-rakan mereka yang berbeza latar belakang untuk membentuk kumpulan yang
mantap dan cemerlang. Melalui aktiviti luar ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri
dengan rakan-rakan yang berbeza kaum, agama dan ideologi seterusnya mengamalkan
sikap tersebut di dalam bilik darjah dan dalam kehidupan seharian. Di samping itu,
penerapan nilai boleh juga diterapkan melalui isi pelajaran dan sikap guru itu sendiri.
Skop bidang tugas guru amatlah luas bukan hanya mengajar sahaja malahan guru juga
bertindak sebagai pembentuk nilai. Apabila dikatakan pembentuk nilai, guru harus
memupuk nilai-nilai tanpa dipengaruhi oleh sistem kepercayaan peribadi terutamanya
dalam persekitaran negara kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan suku kaum
etnik. Masalah yang sering wujud sebenarnya ialah pemahaman guru tentang nilai-nilai
moral dan nilai-nilai keagamaan. Kegagalan membezakan kedua-dua nilai ini
menyebabkan guru tidak sedar bahawa telah berlaku diskriminasi dan sentimen
perkauman atau keagamaan semasa mengajar di dalam bilik darjah. Nilai-nilai moral
lebih kepada teladan dan penemuan positif berdasarkan model iaitu orang sekeliling.
Jadi individu yang layak untuk dijadikan model bagi murid-murid ini ialah guru.
4

Hal ini kerana murid-murid dapat melihat sendiri bagaimana karektor seorang
guru semasa berkomunikasi dengan mereka dan mampu mewujudkan perasaan selesa
kepada murid-murid yang berbeza latar belakang dengan guru tersebut. Kebolehan guru
untuk berinteraksi dengan murid pelbagai kaum tanpa membeza-bezakan mereka
menyebabkan murid menjadikan guru tersebut sebagai contoh bagaimana caranya
untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan suku kaum etnik dengan mereka.
Penerapan nilai bukan hanya melalui eksplisit iaitu perbuatan malahan ianya boleh
disampaikan secara implisit iaitu dengan memuji murid apabila bekerjasama,
menghormati rakan-rakan dan boleh bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pujian yang diberikan ini memberikan peluang
kepada murid-murid lain untuk menilai pentingnya semangat perpaduan dan toleransi
apabila ianya melibatkan diri kita dengan orang lain. Selain itu, guru harus menerapkan
semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid (Ragbir Kaur
Joginder Singh, 2010:764). Penerapan semangat patriotisme dalam diri murid-murid ini
akan mempengaruhi murid-murid untuk berfikir tentang negara terlebih dahulu
berbanding kepentingan peribadi. Apabila negara dijadikan kepentingan atau matlamat
utama maka sedikit demi sedikit lunturnya sikap etnosentrisme, prejudis, syak
wasangka, rasisme dan diskriminasi antara suku kaum etnik dalam kalangan murid.

3.0

RUMUSAN

Kepelbagaian budaya dan suku kaum etnik di dalam negara Malaysia boleh dianggap
satu perkara yang unik. Namun begitu, kepelbagaian budaya dan suku kaum etnik ini
juga menyebabkan timbulnya sifat etnosentrisme, prejudis, rasisme dan stereotaip
dalam kalangan masyarakat (Mohd Sohaimi Esa et.al, 2011:15). Walaupun Malaysia
sebuah negara yang aman, namun tidak dapat dinafikan bahawa keamanan yang wujud
itu sebenarnya bukanlah perpaduan seperti yang dicanang-canangkan oleh pemimpin.
Ianya lebih kepada semangat perkauman di mana semua kaum boleh hidup bersamasama tetapi tidak membantu antara satu sama lain. Jadi antara jalan penyelesaian
kepada masalah ini ialah melalui sistem pendidikan. Terlalu banyak dasar yang
diperkenalkan bagi memantapkan lagi perpaduan dalam kalangan murid yakni bakal
pemimpin pada masa akan datang. Guru berperanan besar dalam hal ini kerana guru
sahaja yang berpeluang untuk membentuk murid-murid supaya mempunyai jati diri yang
utuh dan memupuk perpaduan dalam diri mereka. Namun begitu, matlamat ini belum
lagi tercapai kerana banyak faktor yang menghalangnya baik dari dalam mahupun luar
bilik darjah. Antara faktor yang menyebabkan perpaduan atau integrasi dalam kalangan
murid ini belum lagi tercapai ialah perbezaan bahasa, ideologi murid-murid dan sikap
murid-murid itu sendiri yang lebih cenderung bergaul dengan rakan-rakan yang
mempunyai latar belakang yang sama dengan mereka. Namun begitu, tidak semua
murid-murid

mengamalkan

sikap

sebegini

kerana

segelintirnya

masih

boleh

berkomunikasi dan bergaul dengan rakan yang datang dari suku kaum etnik atau agama
yang berbeza. Jadi bagi memupuk integrasi suku kaum etnik ini, terdapat beberapa
langkah yang boleh dijalankan. Antaranya ialah dengan menggunakan strategi
pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan dengan rakan lain dalam tugasan. Selain
itu dengan penerapan nilai dan menggunakan sepenuhnya isi pelajaran yang berkaitan
dengan perpaduan khususnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral
dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Diharap melalui langkah-langkah ini,
wujudlah perpaduan dalam kalangan murid dan mengikis semangat perkauman yang
menebal dalam diri mereka. Seperti mana mereka bergantung antara satu sama lain
dalam bilik darjah begitu jugalah mereka saling membantu dan bekerjasama di luar bilik
darjah. Murid-murid pada masa kinilah yang akan menjadi pemimpin negara pada masa
akan datang. Jika betul acuan yang digunakan oleh guru maka terpeliharalah keamanan
dan kesejahteraan negara jika sebaliknya yang berlaku maka porak-perandalah masa

depan negara. keadaan kelas atau menerangkan kepercayaan agama lain dalam
kalangan murid.
4.0

REFLEKSI

Tugasan ini meminta untuk menerangkan penghayatan guru terhadap kepelbagaian


sosiobudaya dalam bilik darjah dapat membantu mencapai konsep 1 Malaysia selaras
dengan matlamat anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Apabila dikatakan penghayatan guru, saya sendiri merasakan bahawa ianya bukan
tugasan yang mudah kerana saya tidak mempunyai pengalaman mengajar dalam
sebuah kelas yang terdiri daripada murid yang pelbagai suku kaum dan etnik. Jadi saya
mengambil pendekatan dengan merujuk buku serta pengalaman saya sendiri sebagai
murid yang pernah berkongsi bilik darjah di peringkat sekolah menengah dan masih lagi
bersama-sama menimba ilmu dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang sebagai
seorang bakal guru.
Memang diakui walaupun adanya kerjasama, toleransi, hormat-menghormati
antara rakan yang berlainan latar belakang ini namun tetap wujud sikap prejudis bukan
sahaja dalam diri saya malahan saya percaya dalam diri setiap rakan-rakan saya yang
berlainan suku kaum etnik. Namun begitu dalam konteks hubungan dalam bilik darjah
ianya bukanlah perkara yang pelik kerana terlalu banyak aspek yang berbeza dalam
kalangan murid pelbagai kaum ini. Aspek yang berbeza bukan sahaja daripada segi
agama, kaum, kepercayaan malahan status sosial, faktor ekonomi, politik, tahap
pendidikan menjadi punca mengapa masih wujud jurang antara murid (Noriati A.Rashid
et.al, 2012:4). Perbezaan ini tidak mungkin dapat diseragamkan kerana ia mungkin
menimbulkan konflik dan permasalahan yang lebih besar lagi. Jadi antara perkara
terbaik yang boleh dilakukan sekarang ialah menanamkan sikap menghormati budaya
orang lain tanpa membandingkannya dengan budaya dan kepercayaan diri kita sendiri.
Tekankan juga sikap saling menghormati ini terhadap pandangan, ideologi atau ideaidea yang relevan yang diutarakan oleh orang lain selagi ianya tidak menyentuh
sensitiviti kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Tugasan ini juga telah membentuk
semangat baru dalam diri saya untuk cuba mendekatkan diri lagi dengan rakan-rakan
yang berlainan suku kaum etnik. Boleh dikatakan pemahaman saya tentang kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia masih lagi cetek. Mungkin selama ini dengan mengetahui
perayaan yang disambut oleh suku kaum etnik yang terdapat di Malaysia serta
mengetahui serba sedikit bahasa yang mereka gunakan sudah menjadikan diri saya
7

seorang individu yang peka dengan perpaduan. Namun ianya belum cukup lagi kerana
saya masih lagi berpegang dengan prinsip bahawa suku kaum etnik saya lebih baik lagi
daripada suku kaum etnik yang lain.
Persepsi inilah yang harus diubah agar ianya tidak mempengaruhi diri saya sekiranya
bergaul dengan rakan-rakan. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan diri saya menjadi
seorang bakal pendidik yang penuh dengan sikap diskriminasi, stereotaip, rasisme dan
sebagainya baik di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Jadi tugasan ini telah
membuka mata saya tentang perpaduan yang sebenarnya dan mengikis sikap
perkauman dalam diri saya sendiri khususnya.
Selain itu, secara tidak langsung tugasan ini telah menimbulkan kesedaran
kepada saya tentang peranan sebenar seorang guru membentuk modal insan
seterusnya

sebagai

pembina

generasi

pemimpin

negara.

Tugasan

ini

juga

membolehkan saya melihat bagaimana perbezaan suku kaum etnik ini mampu
mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui
pemerhatian atau skop seorang guru. Jika sebelum ini saya hanya mengalami konflik
perbezaan suku kaum etnik di dalam bilik darjah sebagai seorang murid namun tugasan
ini memberi peluang kepada saya untuk mendalami atau menggambarkan peranan guru
semasa berhadapan dengan murid-murid yang berbeza latar belakang. Guru dilihat
sebagai insan atau role model yang paling sesuai sebagai agen perpaduan dalam
masyarakat (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010:748). Sebagai golongan pendidik
semestinya guru lebih dihormati dalam kalangan masyarakat, jadi tugas guru pada masa
kini bukan sekadar mengajar sahaja malahan isu perpaduan yang akhir-akhir ini
dikatakan semakin terhakis menjadi tugas baharu yang perlu digalas oleh seorang guru.
Apabila melihat tajuk kursus tugasan ini iaitu Budaya dan Pembelajaran, dapat
difahami bahawa pentingnya memahami budaya diri sendiri dan orang lain. Sebagai
seorang bakal guru pula subjek ini membantu saya untuk melihat persekitaran dalam
sesebuah bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai suku kaum etnik. Secara tidak
langsung tugasan ini mengajar saya agar peka dengan perbezaan murid-murid dalam
bilik darjah. Maksudnya di sini saya harus meneliti setiap murid di dalam bilik darjah
nanti. Hal ini kerana ianya boleh membantu saya memberi perhatian yang sama rata
dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan perasaan kurang selesa dan
menyebabkan murid-murid berasa tidak dihiraukan terutamanya bagi murid atau kaum
8

minoriti di dalam bilik darjah. Setelah meneliti perbezaan murid-murid ini barulah saya
dapat merancang strategi atau kaedah pengajaran yang sesuai di mana ianya
membolehkan murid-murid berlainan kaum ini untuk bekerjasama dalam bilik darjah.
Selain itu, melalui tugasan ini saya dapat melihat bahawa terlalu banyak aspek yang
mempengaruhi persekitaran bilik darjah yang mempunyai murid-murid pelbagai kaum
serta mengapa masih wujudnya jurang antara kaum baik di dalam kawasan sekolah
mahupun di luar.
Saya melihat bahawa faktor mengapa masih wujudnya jurang antara suku kaum
etnik dalam kalangan murid dipengaruhi oleh orang sekeliling mereka terutamanya
kelompok etnik yang sama atau keluarga. Walaupun digambarkan bahawa Malaysia
mempunyai masyarakat majmuk yang hidup dengan aman damai, namun sebenarnya
ada sempadan yang dibina sendiri oleh setiap anggota masyarakat dalam pergaulan
seharian mereka. Anggota masyarakat yang hidup dalam persekitaran masyarakat
majmuk tidak dapat mengelak berlakunya interaksi dalam kehidupan seharian namun
ianya dihadkan atau dikhaskan untuk rakan sekerja, proses jual beli atau perkhidmatan.
Boleh dikatakan jika tiada urusan maka tiadanya berlaku interaksi antara suku kaum
etnik ini. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, seolah-olah mereka mengambil
pendekatan buat kerja masing-masing asalkan tidak menggangu orang lain. Persepsi ini
yang perlu diubah dalam angggota masyarakat pada masa kini. Guru juga harus
menekankan kepada murid-murid agar tidak terikut-ikut dengan isu sosial di luar
kawasan sekolah hingga terbawa-bawa ke dalam bilik darjah. Tidak mustahil jika
dibiarkan berlarutan tragedi hitam yang menimpa negara pada 13 Mei 1969 akan
berulang sekali lagi.

You might also like