You are on page 1of 7

Laman ashaario

SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 8

8.1

PENYELIDIKAN TINDAKAN:
PERTIMBANGAN SEMASA MENGUMPUL DATA

Sinopsis

Setelah kita mengenal pasti kaedah yang digunakan dalam mengumpul data, kita perlu
membuat pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data tersebut.

8.2 Hasil Pembelajaran


i.
ii.
iii.

Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data.


Menjelaskan tentang pensampelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan.
Menerangkan etika ketika mengumpul data.

8.3 Kerangka Konsep Tajuk 8

Pertimbangan
Pengumpulan Data

Persampelan

Kebolehpercayaan

Kesahan

Rajah 1 :Lima Kerangka Konsep Tajuk 8.

77

Etika

Bias

Laman ashaario
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

8.3.1

Populasi dan Persampelan


Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai: "Populasi adalah kumpulan
sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan".
Manakala sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk
mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian
disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan
kita pilih serta perbelanjaan kajian.
Contohnya: Kita ingin memilih sampel daripada murid-murid tahun 1 di sebuah sekolah.
Anda sebagai seorang guru, pertama sekali perlu menentukan populasi kajian, iaitu
murid-murid Tahun 1. Selepas itu, anda perlu menentukan saiz sampel, misalnya,
daripada 200 orang murid Tahun 1, anda memerlukan 30% daripadanya, iaitu 60 orang
murid. Bagi Iangkah ketiga, anda perlu memilih 60 orang murid daripada 200 orang
secara rawak. Anda boleh menggunakan salah satu daripada empat (4) kaedah yang
dinyatakan sebelum ini. Kaedah-kaedah tersebut dihuraikan dalam bahagian berikut.

Rajah 2 : Jenis Pemilihan Sampel.


a. Rawak Mudah
Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua
individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
sampel. Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan
sampel yang mewakili populasi. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa
Iangkah tertentu, seperti berikut:
a. Kenalpasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tahun 1).
b. Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 250
orang).
c. Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000
hingga 249).
d. Tentukan saiz sampel (misalnya, 50 orang, iaitu 20% daripada populasi).

78

Laman ashaario
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

e. Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang
bernombor sama dengan nombor daripada JNR ini sebagai sampel kajian, dan
ulang cara ini sehingga mendapat 50 orang sampel.
b. Rawak Berstrata
Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana
populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil [misalnya, murid
lelaki pandai (MLP), murid lelaki Iemah (MLL), murid perempuan pandai (MPP),
perempuan Iemah (MPL)] dan semua individu dalam setiap strata mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kelebihan PRS berbanding PRM ialah
penggunaan PRM Iebih meyakinkan kita untuk mendapat perwakilan daripada setiap
strata populasi mengikut peratusan bilangan ahli-ahli dalam strata tersebut. Dari segi
tekniknya, ia perlu mengikuti beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:
(i) & (ii) sama seperti teknik PRM.
(iii) Bahagikan populasi kepada strata tertentu (misalnya, MLP, MLL, MPP, MPL).
(iv) Tentukan bilangan ahli populasi dalam setiap strata (misalnya, MLP 50 orang, MLL
70 orang, MPP 100 orang, MPL 30 orang).
(v) Berikan nombor (secara berturutan) kepada setiap ahli populasi dalam setiap strata
(misalnya, MLP 00-49, MLL 00-69, MPP 00-99, MPL 00-29).
(vi) Tentukan saiz sampel bagi setiap strata (misalnya, 10 orang MLP, 14 orang MLL, 20
orang MPP, 6 orang MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap starata).
(vii) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi daripada
setiap strata sehingga mendapat saiz sampel yang dikehendaki.
c. Persampelan Sistematik
Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli
populasi diberi nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi
yang bernombor dengan selang tertentu; misalnya nombor 5, 10, 15, 20, sehingga saiz
sampel yang dikehendaki diperoleh. Kelebihan PS berbanding PRM dan PRS ialah PS
Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang yang sama
kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti
beberapa Iangkah tertentu, seperti berikut:
(i), (ii), (iii) & (iv) sama seperti teknik PRM.
(v) Untuk mendapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz
sampel (misalnya, 250/50 = 5).
(vi) Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19, ..., 249;
yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel.

79

Laman ashaario
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

d. Persampelan Kelompok
Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli populasi
berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat dengan; pertama
memilih beberapa kumpulan secara rawak dan kedua, mengambil semua ahli daripada
kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Kelebihan PK berbanding PRM, PRS dan
PS ialah ia Iebih mudah dilaksanakan, bagaimanapun kaedah ini tidak memberi peluang
yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih. Dari segi tekniknya, ia perlu mengikuti
beberapa langkah tertentu, seperti berikut:
(i) Sama seperti PRM.
(ii) Tentukan bilangan ahli populasi dan ahli sampelnya (misalnya, 250 orang populasi, 50
orang sampel).
(iii) Tentukan bilangan kumpulan populasi ini dan berikan nombor kepada setiap satunya
(misalnya, 10 kelas yang setiap satunya mengandungi 25 orang murid).
(iv) Tentukan bilangan kumpulan populasi yang perlu dipilih sebagai sampel dan pilih
kumpulan-kumpulan ini dengan menggunakan nombor rawak (misalnya, kita perlukan dua
kumpulan untuk mendapat 50 orang sampel).
(v) Ambil semua ahli daripada setiap kumpulan yang dipilih untuk dijadikan sampel kajian.
8.3.2 Kebolehpercayaan

Isu-isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi:


(1) Alat yang digunakan dalam kajian;
(2) Proses mengutip data; dan
(3) Kaedah analisis data.

Rumus yang dipakai


berorientasikan proses.

Terdapat tiga (3) jenis kebolehpercayaan; iaitu kestabilan (stability), kesetaraan


(equivalence) dan ketekalan dalaman (internal consistency), seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah ini.

adalah:

kebolehpercayaan

80

dan

kesahan,

keduanya

Laman ashaario
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Rajah 3 : Jenis Kebolehpercayaan.

a. Kestabilan
Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut peredaran
masa bagi sampel yang sama. Ini bermakna alat/ujian yang boleh dipercayai akan
memberikan skor yang sama dari masa ke masa bagi responden yang sama. Indeks
kebolehpercayaan kestabilan ialah korelasi antara skor ujian kali pertama dengan skor
ujian kali kedua.
Nilai kebolehpercayaan boleh membantu kita menentukan sejauh mana berasa yakin
membuat ramalan markah yang akan diperoleh oleh pelajar pada satu masa yang akan
datang. Nilai r bergantung juga pada jarak masa ujian itu diberikan
b. Kesetaraan
Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2) ujian
yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.
Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama sekiranya
responden yang sama mengambil dua (2) ujian yang berbeza tetapi setara. Indeks
kebolehpercayaan kesetaraan ialah korelasi antara skor ujian pertama dengan skor
ujian kedua.
c. Ketekalan Dalaman
Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh
daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama.
Ini bermakna ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama bagi
responden yang sama, sekiranya ujian tersebut dibahagikan kepada dua (2) bahagian.
Indeks kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah korelasi antara skor ujian bahagian
pertama dengan skor ujian bahagian kedua.

81

Laman ashaario
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

8.3.3 Kesahan
Terdapat 4 jenis kesahan iaitu:

Kesahan kandungan (content validity),


Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur
kandungan bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan sesuatu ujian adalah
penting dalam kajian disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah
ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan
yang diukur. Kesahan kandungan boleh ditingkatkan dengan membandingkan item-item
ujian dengan objektif dan kandungan bidang.

Kesahan hubungan kriteria (criterion-related validity),


Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak
(concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kesahan serentak ialah
sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai
hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contohnya,
satu ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih
cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia. Kesahan serentak boleh dikira dengan
mencari korelasi antara dua skor ujian-ujian ini.
Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan
skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil
kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur pencapaian Matematik,
dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik. kesahan ramalan boleh dikira
dengan mencari korelasi antara skor ujian dan gred M.

Kesahan konstruk (construct validity)


Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur
sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu. Contohnya, alat yang
dibina untuk mengukur konstruk "rajin" sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan
baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud konstruk tertentu
(misalnya, maksud "rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang yang mempunyai konstruk ini
(misalnya, ciri-ciri orang yang "rajin").

Kesahan muka (face validity).


Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu
alat/ujian "nampak pada permukaannya" dapat mengukur apa yang hendak diukur.
Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk "rajin", kita sepatutnya nampak itemitemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang "rajin". Kesahan muka akan memberi
keyakinan kepada responden terhadap item-item yang hendak dijawab, bagaimanapun,
kesahan muka mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh meneka
jawapan yang "positif" kepada konstruk yang hendak diukur.

82

Laman ashaario
SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

8.3.4 Etika
Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin penyelidik perlu diberi perhatian 3 perkara
berkaitan etika penyelidikan :
1) Hubungan antara masyarakat dan sains.
a. Perlukah penyelidik membuat penyelidikan yang dianggap penting untuk masyarakat
(sekolah) pada sesuatu masa yang ditetapkan?
b. Perlukah pihak kerajaan atau pentadbir sekolah memberi pembiayaan untuk
membolehkan penyelidikan dibuat ?
c. Perlukah penyelidik menafikan perhatian masyarakat?
2) Isu-isu professional
a. Isu etika yang dimaksudkan ialah aktiviti penipuan seperti mengubah hasil dapatan.
b. Penerbitan berulang, iaitu menerbitkan data dan dapatan kajian lebih daripada satu
jurnal atau tempat , perlu dihindarkan.
c. Penerbitan sebahagian iaitu penerbitan beberapa artikel daripada data yang diperolehi
dalam satu penyelidikan.
3) Layanan kepada peserta penyelidikan.
a. Peserta penyelidikan tidak seharusnya diancam secara fizikal atau psikologi semasa
menjalankan kajian.
b. Peserta perlu dilayan dengan baik serta dimaklumkan tentang penyelidikan yang hendak
dijalankan.
8.3.5 Bias
Bias berlaku apabila kelalaian individu yang mengendalikan penyelidikan tindakan dengan
secara tidak sedar di dalam kumpulan kawalan telah mempengaruhi dapatan kajian. Bias ini
boleh diatasi apabila pelaksana penyelidikan tindakan tidak menyedari kumpulan peserta sama
ada kawalan atau kajian tindakan.

8.4 Kesimpulan
Kesimpulannya semasa membuat pertimbangan dalam pengumpulan data, lima aspek yang
perlu diberi penekanan iaitu ; persampelan, kebolehpercayaan, kesahan, etika dan bias.

Aktiviti 7 OLL
Berikan contoh bias yang berlaku semasa mengumpul data dalam penyelidikan tindakan.

83

You might also like