You are on page 1of 2

maayasin@yahoo.

com
Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat
di negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara
sama ada di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan
internet juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan
wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan
Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam
sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook.
Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah
lagi selepas wujudnya teknologi 3G dan "4G".
Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah
rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan.
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada
kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah
ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat
berada di hujung
Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan
internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas
pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet
bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat.
Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak
formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan
cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar.
Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki
dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan
tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh
menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya. Sebagai
contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita
akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas
talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News
Strait Times.
Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di
dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini
secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media
mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan.
Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah
berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin.

Justeru, pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk
mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka boleh
diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat
kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan
menggunakan kemudahan internet.

You might also like