You are on page 1of 11

8/1/2016

IslamGRID
Mon,August1,2016,1:49am
Edisi:English|Melayu
Silamasukkankatakunci

U ta ma

Al Qu ra n

Al H a d i th

Il mu Isl a m

Vi d e o

Pa ke j KAFA
PetaLaman

Asas Islam

cari

D o a H a ri a n

Maklumbalas

HubungiKami

MengenaiIslamGRID

Zakat

AlQuran
FlipbookAlQuran
Terjemahan

KoleksiHadith
MestikaHadith(rumi)
MestikaHadith(jawi)
RiyadhAsSalihin
KemusykilanAgama

Z ak at

As as Is lam
Ruk unIs lam

PengertianZakatdariSudutBahasa

Shahadah

Keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat


ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan
menjauhkannya dari segala kerosakan sebagaimana Ibnu Taimiah berkata: Diri dan
harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya

DoaHarian

berkembang secara maknawi.

Solat
Zakat
Puasa
Haji
Ruk unIman

PercayaKepadaAllahSWT
PakejKAFA

Masjid@Malaysia
DirektoriMasjid

PengertianZakatdariSudutSyarak

PercayaKepadaMalaikat

Sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk

PercayaKepadaKitabkitab
Allah

diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah

PercayaKepadaParaRasul

dinyatakan di dalam al-Quran atau ia juga boleh diertikan dengan kadar tertentu dari
Kolek s iSir i s ir iVideo.

harta tertentu yang diberikan kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga
digunakan terhadap bahagian tertentu yang dikeluarkan dari harta orang yang wajib

ForumPerdana

mengeluarkan zakat.

SeruanHaji

PercayaKepadaQada'&Qadar

IlmuIs lam

Zakat Syar'ie kadang kala dinamakan sedekah di dalam bahasa al-Quran dan

TilawahAlQuran

PercayaHariKiamat

Hadis sebagaimana Firman Allah s.w.t:

Aqidah
Ibadah

KhutbahJumaat

Akhlak
Taharah

SayangDisayang

Tasawwuf
KAFA

Muamalat(JualBeli)
Yangbermaksud:Ambillah(sebahagian)darihartamerekamenjadi

Animasi

MahaMendengar,lagiMahaMengetahui.

EkonomiIslam
ketika baginda mengutuskannya ke Yaman:
(Beritahulah

kepada

mereka

bahawa

s.w.t

mewajibkan

mereka

mengeluarkan sedekah (zakat) dari harta mereka, sedekah tersebut diambil daripada
orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan kepada orang-orang yang miskin
di kalangan mereka). Hadis ini dikeluarkan oleh jemaah ahli hadis.

HukumZakat

Jakim

Zakat merupakan rukun ketiga dari lima rukun Islam dan ia juga merupakan

PERKIM

salah satu di antara panji-panji Islam di mana Islam tidak boleh ditegakkan tanpanya.

TabungHaji

Orang yang enggan membayar zakat boleh diperangi dan orang yang menolak

JAWHAR

kewajipan zakat adalah dianggap kafir.

KalkulatorZakat(PPZSelangor)

Wak tuSolat[KualaLumpur ]

Allah

Pautan

RujukanFatwa

SeniIslam

Manakala di dalam Hadis Sahih pula, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Muaz

JurnalHadhari

TokohIslam

(SurahatTaubah,Ayat:103).

SuaraMasjid

RisalahIslam

Sejarah

doamuitumenjadiketenteramanbagimereka.Dan(ingatlah)Allah

Cahaya

Pendidik

UndangundangIslam

mensucikanmerekadandoakanlahuntukmereka,sesungguhnya

Majalah/Ar tik el

SinarRohani

Munakahat(Perkahwinan)

sedekah,supayadengannyaengkaumembersihkanmerekadan

Zakat telah difardukan pada tahun kedua Hijrah dan ia telah disebut di dalam
beberapa potong ayat di dalam Kitab Suci al-Quran di antaranya firman Allah:

ZONPUTRAJAYA
Imsak

5:42

Subuh

5:52

Syuruk

7:11

Zohor

13:22

Asar

16:43

Maghrib

19:30

Isyak

20:42

eSolat.gov.my

J umlahPengunjung:

008362

Tar ik hKemas k ini:

16April2012

Yangbermaksud:Dandirikanlahkamuakansembahyangdan
keluarkanlahzakatdanrukuklahkamusemua(berjemaah)bersama
samaorangorangyangrukuk.

(Surah al-Baqarah, Ayat: 43)


dan firman Allah:

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

1/11

8/1/2016

IslamGRID

Yangbermaksud:Danmereka(yangmenentukanbahagian)pada
hartahartanya,menjadihakyangtermaklum.
Bagiorangmiskinyangmemintadanorangmiskinyangmenahandiri
(daripadameminta).

(SurahalMa'aarij,Ayat:24,25).

HikmatDisyariatkanZakatdanKedudukannya:
Di antara hikmat disyariatkan zakat ialah, pengurusannya mampu memperbaiki
kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan
anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah sebatang tubuh. Selain dari itu ia
juga dapat membersihkan jiwa dari sifat kedekut dan bakhil. Ia juga merupakan
benteng keamanan di dalam sistem ekonomi Islam dan penjamin ke arah kestabilan
dan kesinambungannya.
Zakat ini juga merupakan ibadat material dan penyebab untuk mendapat
rahmat daripada Allah s.w.t sebagaimana firmanNya:

Yangbermaksud:DanrahmatKumeliputitiaptiapsesuatumakaAku
akanmenentukannyabagiorangorangyangbertakwadanyang
memberizakat.

(SurahalA'raaf,Ayat:156).
Begitu juga ia merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah
s.w.t sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya
(agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat
Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat.
(SurahalHajj,Ayat:40,41).
Di samping itu zakat juga merupakan syarat persaudaraan di dalam agama
Islam sebagaimana firmanNya:

Yangbermaksud:Olehitu,jikamerekabertaubat(darikekufuran)dan
mendirikansembahyangsertamemberizakat,makamerekaitu
adalahsaudarakamuyangseagama.

(SurahatTaubah,Ayat:11).
Zakat juga dianggap sebagai ciri-ciri masyarakat mukmin sebagaimana firman
Allah:

Yangbermaksud:Danorangorangyangberiman,lelakidan
perempuan,setengahnyamenjadipenolongbagisetengahnyayanglain
merekamenyuruhberbuatkebaikandanmelarangdaripadaberbuat
kejahatandanmerekamendirikansembahyangdanmemberizakat,
sertataatkepadaAllahdanRasulNya.Merekaituakandiberirahmat
olehAllahsesungguhnyaAllahMahaKuasa,lagiMahaBijaksana.

(SurahatTaubah,Ayat:71).

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

2/11

8/1/2016

IslamGRID
Zakat turut digelarkan sebagai salah satu sifat orang yang mengimarahkan
rumah Allah (masjid) sebagaimana firmanNya:

Yangbermaksud:Hanyasanyayanglayakmemakmurkan
(menghidupkan)masjidmasjidAllahituialahorangorangyang
berimankepadaAllahdanhariakhiratsertamendirikansembahyang
danmenunaikanzakatdantidaktakutmelainkankepadaAllah.

(SurahatTaubah,Ayat:18).
Malah zakat ini jugalah yang dianggap sebagai ciri-ciri mukmin yang berhak
mewarisi syurga firdaus sebagaimana firmanNya:

Yangbermaksud:Danmerekayangberusahamembersihkanhartanya
(denganmenunaikanzakathartaitu).

(SurahalMu'minuun,Ayat:4).
Manakala hadis nabi yang menyebut tentang kedudukan zakat pula ialah
sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya
Rasulullah

s.a.w

bersabda:

Aku

diperintahkan

supaya

memerangi

manusia

sehinggalah mereka bersaksi (mengakui) bahawa tidak ada Tuhan selain daripada
Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad adalah Rasulullah, mereka mendirikan
sembahyang dan membayar zakat.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Manakala hadis yang diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya:
Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w untuk sentiasa mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat dan memberi nasihat kepada setiap orang umat Islam.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda:
Islam dibina di atas lima perkara, iaitu menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan
selain Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan Haji di Baitullah bagi orang yang
berkemampuan dan berpuasa pada bulan Ramadan.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

TidakMahuMengeluarkanZakatdanAncamannya
Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat, ini bererti orang tersebut terkeluar
dari agama Islam dan dia hendaklah diminta supaya bertaubat. Jika dia tetap bertegas
tidak mahu bertaubat, dia boleh dibunuh sebagai seorang yang kafir kecuali orang
tersebut baru sahaja memeluk Islam di mana dia boleh dimaafkan disebabkan oleh
kejahilannya tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan ajaran Islam.
Dalam keadaan ini orang berkenaan hendaklah diajar sehingga dia betul-betul
jelas dan dapat mengikutinya dengan baik. Adapun orang yang enggan membayarnya
tetapi masih tetap mengakui tentang kewajipan zakat, maka orang yang berkenaan
berdosa kerana tindakannya itu walau bagaimanapun dia tidaklah sampai terkeluar
dari agama Islam. Oleh yang demikian, pemerintah wajib mengambil zakat hartanya
secara paksa sekaligus menjatuhkan hukuman takzir (pengajaran) kepadanya.
Jika terdapat suatu golongan masyarakat yang mempunyai kekuatan dan
enggan

membayar

zakat

tetapi

mereka

masih

tetap

mengakui

kewajipan

mengeluarkan zakat, maka pemerintah berhak memerangi mereka sehingga mereka


membayar zakat masing-masing berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh jemaah
ahli hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Abu Bakar dilantik menjadi khalifah
menggantikan Rasulullah s.a.w dan pada waktu itu ramai dikalangan bangsa Arab

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

3/11

8/1/2016

IslamGRID
yang kufur (murtad).
Lalu Umar r.a berkata:
Bagaimanakah kamu ingin memerangi orang-orang yang murtad kerana
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperintahkan supaya memerangi orang-orang yang
murtad sehingga mereka mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah, jika mereka
menyatakan pengakuan tersebut, maka jiwa dan hartanya terpelihara daripada aku
kecuali apabila orang berkenaan melakukan tindakan yang boleh dijatuhkan hukuman
dan perhitungan orang tersebut terserahlah kepada Allah s.w.t.
Lantas Abu Bakar r.a menjawab:
Demi Allah, aku akan terus memerangi orang yang memisahkan di antara
sembahyang dengan zakat kerana zakat adalah kewajipan terhadap harta. Demi Allah,
seandainya mereka tetap enggan membayar walaupun seekor anak kambing betina
yang belum sampai umurnya satu tahun sedangkan mereka pernah membayarnya
kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka kerananya.
Kemudian Umar r.a berkata:
Demi Allah sesungguhnya Allah telah menerangi dada Abu Bakar untuk
memerangi mereka dan aku juga yakin bahawa tindakan tersebut adalah benar.
Manakala di dalam hadis lain yang juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak seorang pun yang memiliki emas dan perak yang tidak dibayar zakatnya
kecuali di hari kiamat nanti dia akan disediakan dengan lembaran atau kepingan (besi)
yang diperbuat dari api neraka kemudian dipanaskan di dalam api neraka jahanam
seterusnya digosok ke badan, dahi dan punggungnya. Setiap kali kepingan tersebut
sejuk, ia akan dipanaskan kembali kemudian digosok lagi kepadanya secara
berterusan pada satu masa yang mana tempohnya sama seperti 50 ribu tahun
sehinggalah selesai diputuskan nasib seluruh manusia. Pada waktu itu setiap orang
masing-masing dapat melihat nasibnya (jalannya) adakah dia ditempatkan ke syurga
atau ke neraka.
(Hadis riwayat Imam Muslim).
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a,
daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda: Tidak seorangpun di kalangan hamba
yang tidak membayar zakatnya kecuali di hari kiamat nanti hartanya akan
diperlihatkan kepadanya sebagai seekor ular yang sangat besar dan sangat berbisa
lalu membelit lehernya. Kemudian Nabi s.a.w membaca kepada kami ayat suci alQuran yang menegaskan lagi perkara tersebut:

Yangbermaksud:Danjangansekalikaliorangorangyangbakhil
denganhartabendayangtelahdikurniakanAllahkepadamerekadari
kemurahanNya,menyangkabahawakeadaanbakhilnyaitubaikbagi
mereka.Bahkandiaadalahburukbagimereka.Merekaakan
dikalongkan(diseksa)denganapayangmerekabakhilkanitupadahari
kiamatkelak.

(SurahAaliImran,Ayat:180).
Hadis Sahih, riwayat Imam Nasaie, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah serta lafaz
hadis juga diambil dari riwayat Ibnu Majah. Dalam sebuah hadis yang lain pula
diriwayatkan daripada Ali r.a katanya:
Rasulullah s.a.w mengutuk (melaknat) orang yang memakan riba, pemberi riba,
saksi riba, penulis riba, pelukis tatu, orang meminta supaya dilukis tatu, orang yang
enggan membayar zakat, pengambil upah cina buta dan suami yang mengupah cina
buta.
(Hadis Hasan, riwayat Imam Ahmad dan Nasaie).

SyaratsyaratZakat

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

4/11

8/1/2016

IslamGRID
Zakat diwajibkan ke atas beberapa jenis harta dengan diletakkan beberapa
syarat yang mesti dipenuhi. Syarat-syarat ini dibuat untuk membantu pembayar zakat
agar dapat membayar zakat hartanya dengan rela hati sehingga matlamat sebenar
zakat disyariatkan akan tercapai.
Syarat-syarat tersebut adalah sebagaimana berikut:
1.Dimilikdengansempurna.
Apa yang dimaksudkan dengan dimiliki dengan sempurna ialah pemilik
harta tersebut bebas menggunakan harta yang dimiliki olehnya tanpa campur
tangan orang lain. Hal ini disyaratkan kerana zakat pada asalnya bermakna
memiliki dan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya dan keadaan ini
tidak dapat dilaksanakan kecuali harta yang dimiliki itu adalah harta milik yang
sempurna. Oleh yang demikian tidak dikenakan zakat terhadap harta yang berada
diluar kekuasaan pemilik atau harta yang tuannya tiada dan tidak diketahui di
mana tempatnya atau tidak mampu untuk mengesan tuannya.
Telah diriwayatkan oleh beberapa sahabat: Tidak dikenakan zakat terhadap
harta yang diluar kekuasaan pemilik, atau cincin mas kahwin yang belum dibayar
kerana wanita tidak dapat menggunakannya, tidak dikenakan zakat terhadap
hutang yang tidak dapat dibayar, akan tetapi apabila sudah berada di tangan,
barulah ianya wajib dikeluarkan zakat dengan hitungan bayaran satu tahun sahaja
walaupun hutang atau mas kahwin tersebut telah berada di tangan orang lain atau
suami bertahun-tahun lamanya, begitu juga hutang terhadap orang yang tidak
mampu membayarnya.
2.Perkembangansebenarataumengikuttaksiran.
Maksudnya ialah harta itu membiak subur secara semulajadi atau taksir.
Apa yang dimaksudkan dengan berkembang subur secara semulajadi seumpama
harta itu bertambah dengan cara dilahirkan, dikembangkan dan diperniagakan.
Apa yang dimaksudkan dengan taksiran pula ialah harta yang kemungkinan
nilainya akan bertambah seperti emas, perak dan wang kerana harta seumpama
ini boleh bertambah nilainya dengan cara diperniagakan, maka hendaklah ianya
dikeluarkan zakat. Adapun aset tetap atau harta yang dimiliki yang tidak
berkembang secara semulajadi atau taksiran maka tidak wajib dikeluarkan zakat.
3.Cukupnisab.
Nisab ialah kadar harta yang telah ditentukan oleh syarak, di mana sesuatu
harta itu tidak dikenakan zakat sekiranya tidak sampai kadar yang telah
ditentukan. Antara syarat wajib zakat ke atas harta yang diwajibkan zakat ialah
sampai nisab.
Syarat ini dikenakan ke atas wang tunai, emas, perak, barang perniagaan
dan haiwan. Sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: Tidak wajib zakat ke atas emas kecuali apabila sampai 20 dinar (1
Dinar= 4.25 gram, oleh itu 20 Dinar= 85 gram) apabila telah sampai 20 Dinar
maka zakatnya ialah setengah Dinar. Begitulah juga perak tidak dikenakan zakat
kecuali apabila sampai 200 Dirham (1 Dirham= 2.975 gram, oleh itu 200
Dirham= 595 gram) di mana zakatnya ialah 5 Dirham. Nisab emas ialah 20
mithqal= 85 gram emas tulin, manakala nisab perak pula ialah 200 Dirham= 595
gram perak tulin.
Nisab zakat barang perniagaan ialah sama nilainya dengan zakat emas
iaitu 85 gram emas tulin, manakala barang-barang zakat yang lain telah
ditentukan nisabnya. Termasuk barang yang dikenakan zakat ialah barang yang
telah cukup nisab atau lebih, adapun yang kurang dari satu nisab maka ianya
tidak dikenakan zakat. Kesempurnaan nisab pula dilihat pada awal dan akhir haul,
di mana kekurangan dan kelebihan di antara awal dan akhir haul tidak akan
mempengaruhi nisab. Digabungkan faedah atau hasil yang diperolehi dari harta
zakat diakhir haul, ini mengikut pandapat mazhab Imam Hanafi dan Maliki di
mana cara ini adalah lebih mudah untuk dipraktikkan lantaran itu ianya disepakati
oleh Jumhur Fukaha.

KesanPercampurandalamNisabdanKadaryangWajibDikeluarkan
Harta campuran adalah harta yang dimiliki oleh beberapa orang kemudian
digabungkan seolah-oleh dimilik oleh seorang dengan sebab sama dari sudut
sifat dan keadaannya. Seumpama satu tempat pemeliharaan, satu tempat minum
dan satu kandang termasuklah dari sudut jaminan, pengurusan, pembiayaan
terhadap harta perusahaan.
Pada asalnya asas percampuran hanya digunakan terhadap binatang
ternakan, akan tetapi terdapat sebahagian mazhab yang lain menggunakan

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

5/11

8/1/2016

IslamGRID
kaedah ini selain dari binatang seumpama terhadap tanaman, buah-buahan dan
wang. Apabila kaedah ini dikenakan terhadap harta perusahaan, kita akan dapati
seolah-olah harta itu milik seorang, sama ada dari sudut kiraan nisab dan kadar
yang wajib dikeluarkan zakat.
Contohnya:
Kita dapati bahawa nisab haiwan yang dimiliki oleh tiga orang dan setiap
orang memiliki sebanyak 15 ekor kambing, apabila dicampur menjadi 45 ekor, di
mana jumlah ini telah melebihi jumlah nisab yang dikenakan zakat iaitu sebanyak
40 ekor kambing, maka wajib dikeluarkan zakat seekor kambing, akan tetapi
sekiranya dihitung ke atas setiap pemilik sudah pastilah nisabnya tidak akan
sampai dan tidak boleh dikeluarkan zakat.
4.Lebihdarikeperluanasas.
Barang-barang yang dimiliki secara asasi kerana berhajatkan kepadanya
seperti rumah yang digunakan untuk berteduh, alat-alat yang digunakan, mesinmesin, kenderaan-kenderaan seperti kereta motor dan alat-alat rumah adalah
tidak dikenakan zakat, begitu juga wang yang disimpan untuk membayar hutang
(akan dijelaskan kemudian) juga tidak diwajibkan zakat, kerana orang yang
berhutang sangat berhajatkan kepada harta yang berada ditanganya bagi
mempertahankan dirinya dari terus berhutang dan dihina. Oleh yang demikian,
maka harta yang diperlukan atau dihajati tidak diwajibkan zakat.

5.Cukuphaul.
Haul ialah peredaran harta satu nisab dalam 12 bulan Kamariah (bulan
Hijrah). Akan tetapi jika terdapat kesusahan untuk menghitungnya dengan bulan
Hijrah disebabkan terikat dengan kiraan tahun Masihi, maka boleh dikira
mengikut tahun Masihi dengan penambahan kadar yang wajib dikeluarkan iaitu
dari 2.5 % kepada 2.577 kerana bilangan hari tahun Masihi lebih dari tahun Hijri.
Tidakdisyaratkanhaulkepadazakattanamtanamandanbuah
buahan,keranafirmanAllahs.w.tyangbermaksud:

Keluarkanlah haknya iaitu zakat ketika hari menuai.


(SurahalAn'am,Ayat:141),
Samalah juga terhadap zakat galian dan harta yang ditanam di dalam tanah
di mana tidak disyaratkan haul.

6.Mencegahpergandaandidalamzakat.
Apabila sesuatu harta telah dikeluarkan zakatnya kemudian harta tersebut
berubah bentuk, seumpama hasil pertanian yang telah dikeluarkan zakat
kemudian hasil pertanian itu dijual dengan harga tertentu, ataupun kambing yang
telah dikeluarkan zakat setelah cukup nisab kemudian dia menjual kambingkambing tersebut dengan harga tertentu, maka harta yang diperolehi dari jualan
harta yang telah dikeluarkan zakat apabila diperolehi di akhir haul tidak perlu
dikeluarkan zakat di dalam haulnya agar tidak berlaku pergandaan di dalam
pembayaran zakat terhadap satu jenis harta. Sebagaimana kenyataan Rasulullah
s.a.w di dalam hadisnya yang bermaksud:
Tidak ada gandaan dalam berzakat.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
7.Hartaumumdanhartawaqafkebajikan:
Harta umum tidak wajib dikeluarkan zakat kerana harta itu dimiliki oleh
orang ramai dan di antara mereka itu terdapat fakir miskin. Dalam hal ini tidak
terdapat milik khusus malah tidak ada agensi kerajaan yang mengambil zakat dari
hartanya sendiri untuk diberikan kepada dirinya sendiri. Samalah juga halnya
terhadap harta waqaf yang diwaqafkan untuk kegunaan kepentingan umum
seperti untuk para fakir miskin, masjid-masjid, anak-anak yatim dan lain-lain
atas jalan kebaikan dan kebajikan umum. Ini adalah kerana pemilik asal harta
tersebut telah mewakafkannya untuk kepentingan umum iaitu tidak menetapkan
milik orang tertentu. Begitu juga harta-harta persatuan, yayasan-yayasan
kebajikan sosial tidak dikenakan zakat kerana harta-harta tersebut adalah milik
sekelompok orang-orang fakir yang hanya disalurkan kepada orang-orang yang
memerlukan disamping harta-harta itu bukan milik seseorang atau orang-orang
tertentu.

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

6/11

8/1/2016

IslamGRID
JenisjenisZakat

ZakatWangTunai(Emas,PerakdanMataWang):
Definisi Wang Tunai:
Apa yang dimaksudkan dengan wang tunai ialah semua jenis mata wang
kertas dan logam, sama ada mata wang tersebut digunakan di negeri yang ingin
dikeluarkan zakat ataupun mata wang negeri lain.
Kewajipan Mengeluarkan Zakat Wang Tunai:
Kewajipan mengeluarkan zakat wang tunai telah ditetapkan di dalam alQuran, hadis dan ijmak ulama. Adapun ayat yang menyebut tentang perkara
tersebut ialah firman Allah s.w.t Yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas
perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi
mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada
mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu
rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. "
(SurahatTaubah,Ayat:3435).
Manakala ketetapan yang disebut di dalam hadis pula ialah sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w:
Harta yang telah dibayar zakatnya tidak lagi dinamakan dengan harta
simpanan (kanzun).
(Hadis riwayat Hakim dan disahkan oleh Zahabi).
Begitu juga sabda Nabi s.a.w:
Tidak seorang pun yang memiliki emas dan perak yang tidak dibayar
zakatnya kecuali di hari kiamat nanti dia akan disediakan dengan lembaran atau
kepingan (besi) yang diperbuat dari api neraka kemudian dipanaskan di dalam api
neraka jahanam seterusnya digosok ke badan, dahi dan punggungnya.
(Hadis riwayat Imam Muslim).
Ulama-ulama Islam di setiap masa telah bersepakat di atas kewajipan
mengeluarkan zakat wang tunai (emas dan perak) dan perkara tersebut juga
dikiaskan kepada semua jenis mata wang yang lain kerana telah diputuskan
bahawa ia juga menggunakan hukum yang sama dengan emas dan perak.
Institusi Fekah Islam di Jeddah telah membuat keputusan di dalam no. 9, perkara
3 yang berbunyi: (Wang kertas juga dianggap sebagai kekayaan wang tunai yang
memiliki nilai (daya beli) sepenuhnya dan ia juga menggunakan hukum syarak
sama sebagaimana yang ditetapkan untuk emas dan perak seperti hukum riba,
zakat, jualan salam dan sebagainya).
Nisab Zakat Wang Tunai:
Harta kekayaan yang ingin dikeluarkan zakat hendaklah mencukupi nisab
iaitu kadar minimum yang telah ditetapkan oleh syarak di mana zakat tidak wajib
dikeluarkan dari harta yang kurang dari kadar tersebut tetapi jika harta yang
dimiliki telah mencukupi kadar tersebut, ia wajib dikeluarkan zakat.
Nisab emas dan mata wang emas ialah sebanyak 20 misqal iaitu
bersamaan dengan 85 gram emas tulin. (1 misqal = 4.25 gram).
Sedangkan nisab perak dan mata wang perak pula adalah sebanyak 200
dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram perak tulin. (1 dirham = 2.975 gram).
Institusi Penyelidikan Islam (dalam muktamarnya kali kedua) telah
menggariskan ketetapan yang berbunyi: (Penaksiran nisab zakat kekayaan mata
wang logam (wang syiling), mata wang kertas, bank notes (seperti cek, wang pos
dan sebagainya) dan komoditi perniagaan (barang perniagaan) adalah dihitung
berdasarkan nilai emas. Setiap harta dari kekayaan tersebut yang telah mencapai
kadar nilai 20 misqal emas, ia hendaklah dikeluarkan zakat kerana nilai emas
lebih stabil berbanding dengan kekayaan yang lain).
Untuk mengetahui harga pasaran semasa bagi 1 misqal emas, ia hendaklah
dirujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh pakar dalam bidang ini.
Sesetengah penyelidik ekonomi Islam menggunakan alasan lain di dalam

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

7/11

8/1/2016

IslamGRID
memilih nisab emas sebagai pengukur untuk mentaksirkan nisab zakat wang
tunai. Alasan mereka ialah kerana emas merupakan galian yang bernilai tinggi
dan sering dijadikan jaminan (walaupun dalam kadar yang kecil) untuk wang
kertas yang dikeluarkan oleh sesebuah negara malah berdasarkan nilai emas
inilah nilai wang kertas ditaksirkan sehingga emas seolah-olah menjadi mata
wang antarabangsa di samping menjadi panduan asas untuk menilai mata wang
dunia dan mata wang tersebut juga dirujuk kepadanya walaupun harganya
kadang kala mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut perubahan
harga pasaran.
Mengikut pendapat mazhab Hanafi, nilai emas boleh digabungkan dengan
nilai perak untuk mencukupi nisab perak yang ada (nilai sahaja bukannya benda).
Oleh yang demikian nilai emas yang ada perlu dihitung begitu juga dengan nisbah
(kadar) emas tersebut berbanding dengan nisabnya kemudian dihitung pula harga
perak yang ada. Apabila nilai kedua-duanya mencukupi nisab, ia hendaklah
dikeluarkan zakat kerana pengertian "kaya" telah terbukti dengan memiliki nilai
sejumlah nisab. Di samping itu nilai komoditi perniagaan juga boleh digabungkan
dengan emas dan perak yang ada untuk mencukupi nisab. Nisab kekayaan wang
tunai, mata wang kertas dan wang logam lain (duit syiling) dihitung berdasarkan
emas iaitu dengan kadar yang sama dengan nilai 85 gram emas tulin - emas yang
masih dalam bentuk ketulan emas (999) - mengikut harga di hari cukup nisab
yang mewajibkan zakat di negeri tempat terdapat harta pembayar zakat.
Adapun bagi emas yang tidak tulin, berat timbangannya hendaklah
dikurangkan mengikut kadar berat bahan campurannya yang bukan dari jenis
emas.
Contohnya di dalam emas 18 karat, berat timbangannya hendaklah
dikurangkan sebanyak satu perempat dan ia juga berupa enam perdua puluh
empat (1/4 = 6/24) dan yang selebihnya hendaklah dikeluarkan zakat.
Manakala di dalam emas 21 karat berat timbangannya hendaklah
dikurangkan sebanyak satu perlapan dan ia berupa tiga perdua puluh empat
(3/24 = 1/8) dan yang selebihnya hendaklah dikeluarkan zakat.
Begitu juga dengan cara penghitungan perak yang tidak tulin.

SyaratsyaratDiwajibkanMengeluarZakatEmas,PerakdanMataWang:

Zakat wang tunai, emas dan perak hanya diwajibkan apabila memenuhi
syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat sebagaimana yang telah dijelaskan.
KadarZakatEmas,PerakdanMataWangYangWajibDikeluarkan:

Kadar zakat yang wajib dikeluarkan dari emas, perak dan mata wang ialah
sebanyak 1/40 (2.5%).
CaraUntukMenghitungKadarZakatEmasdanPerakDalamBentukNilaiMataWangTunai:

Jika pembayar zakat ingin mengeluarkan zakat emas ataupun zakat perak
yang diwajibkan kepadanya dengan menggunakan wang tunai, nilai yang wajib
dibayar adalah nilai yang diambil dari hasil kiraan zakat yang dibuat terhadap
emas dan perak. Contohnya: 25 gram emas (kadar zakat yang wajib dikeluarkan)
didarab dengan harga 1 gram emas. Kita anggarkan harganya adalah sebanyak (4
Dinar), setelah itu kita akan dapati hasilnya iaitu nilai zakat yang wajib
dikeluarkan dalam bentuk mata wang. Proses pengiraannya begini: Kadar zakat =
25 gram emas x 4 dinar (harga 1 gram) = 100 Dinar.

ZakatPerhiasan,KekayaanEmasdanPerak
Perhiasan

perempuan

yang

disediakan

hanya

untuk

penggunaan

(pemakaian) peribadi sahaja tidak wajib dikeluarkan zakat selagi ia tidak melebihi
kadar pakaian kebiasaan bagi perempuan yang mempunyai kedudukan sosial
yang setaraf dengannya. Adapun perhiasan yang lebih dari kadar yang biasa
dipakai, ia wajib dikeluarkan zakat kerana langkah tersebut sama seperti
(termasuk di dalam pengertian) menyimpan dan mengumpul harta. Begitu juga
seseorang wanita wajib mengeluarkan zakat perhiasan yang sudah tidak dipakai
lagi disebabkan oleh modelnya yang telah lama atau sebagainya.
Zakat bagi kedua-dua perhiasan tersebut dihitung berdasarkan berat
timbangan emas dan perak yang tulin dan ia tidak dikira dengan kadar harga,
tidak dihitung dengan harga yang lebih mahal disebabkan oleh reka bentuk dan

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

8/11

8/1/2016

IslamGRID
buatannya serta tidak dihitung dengan harga batu permata yang diikat
bersamanya dan aksesori tambahan yang lain selain dari emas dan perak yang
menghiasinya.
Keadaan ini berbeza dengan emas dan perak yang masih ada di tangan
peniaga

kerana

zakatnya

dihitung

berdasarkan

nilai

keseluruhan

bagi

perusahaannya termasuk perhiasan batu-batu permata yang ada.

PerhiasanEmasdanPerakyangHaramdipakaiWajibDikeluarkanZakat
Perhiasan emas yang haram dipakai tetapi dimiliki oleh kaum lelaki wajib
dikeluarkan zakat seperti gelang emas atau jam tangan tetapi jika dia memakai
cincin perak, ia tidak wajib dikeluarkan zakat kerana perak adalah dihalalkan bagi
kaum lelaki. Begitu juga dengan wanita yang memakai perhiasan kaum lelaki
sedangkan perhiasan tersebut diharamkan bagi mereka, ia wajib dikeluarkan
zakat.
Kesimpulannya, kesemua perhiasan emas dan perak walaupun haram
dipakai wajib dikeluarkan zakat apabila telah cukup nisab sama ada nisab
tersebut cukup dengan sendirinya ataupun cukup secara menggabungkan dengan
harta yang lain. Penjelasan mengenai nisab emas dan perak telahpun dijelaskan
sebelum ini. Selain dari itu wang tunai juga hendaklah digabungkan dengan emas
dan perak untuk menghitung nisab, begitu juga dengan komoditi perniagaan
hendaklah digabungkan dengan barang yang lain.
Kadar zakat perhiasan emas dan perak yang wajib dikeluarkan juga adalah
sebanyak 2.5% atau 1/40.

ZakatBon

HukumSyarakDalamPengurusanJualBeliDenganMenggunakanBon
Bon (keterangan akuan hutang atau pinjaman) merupakan sebahagian dari
pinjaman yang diberikan kepada syarikat atau pihak yang mengeluarkannya.
Syarikat atau pihak berkenaan memberikan faedah tertentu terhadap bon tersebut
ketika ia dikeluarkan. Faedah ini tidak dikaitkan dengan keuntungan atau
kerugian syarikat dan syarikat wajib menjelaskannya dalam jangka masa yang
telah ditetapkan. Bon tersebut memiliki harga nominal (harga seimbang) iaitu
harga asli ketika ia dikeluarkan pada kali pertama dan harga pasaran disesuaikan
dengan kedudukan tawaran dan permintaan.
Hukum berurusan jual beli dengan menggunakan bon adalah haram
mengikut syariat Islam kerana ia mengandungi faedah riba yang diharamkan,
begitu juga kerana ia termasuk di dalam kategori jual beli hutang kepada orang
lain (orang yang tidak berkaitan) dan jual beli tersebut adalah tidak dibolehkan.
CaraMembayarZakatBon

Walaupun urusan jual beli dengan menggunakan bon diharamkan kerana ia


mengandungi faedah riba yang diharamkan, pemilik bon tetap diwajibkan
membayar zakat dari nilai asal (nilai nominal bon) yang dimilikinya pada setiap
tahun secara menggabungkan nilai modal bon tersebut dengan hartanya yang lain
dalam hitungan nisab dan haul, kemudian membayar sebanyak 1/40 atau 2.5%
dari jumlah keseluruhannya tidak termasuk faedah riba yang dihasilkan. Faedah
riba yang diharamkan itu hendaklah dibelanjakan ke arah kebaikan dan
kepentingan umum selain dari pembinaan masjid, percetakan al-Quran dan
sebagainya.
Perbelanjaan

faedah

riba

dengan

cara

sedemikian

adalah

untuk

menghindarkan diri dari harta yang haram, ia juga tidak boleh dihitung sebagai
harta yang wajib dikeluarkan zakat, tidak boleh dibelanjakan untuk kepentingan
diri sendiri, anak-anak dan keluarga tetapi sebaik-baiknya ia disumbangkan
kepada orang-orang yang betul-betul terdesak seperti orang-orang yang ditimpa
kebuluran, musibah, bencana alam dan sebagainya.

ZakatSaham

HukumSyarakDalamPengurusanDenganMenggunakanJualBeliSaham
Saham adalah merupakan sebahagian dari modal sesebuah syarikat yang
akan mengalami keuntungan dan kerugian sesuai mengikut keuntungan dan
kerugian syarikat berkenaan. Pemilik saham adalah merupakan salah seorang

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

9/11

8/1/2016

IslamGRID
rakan kongsi di dalam sesebuah syarikat atau dengan kata lain dia merupakan
pemilik sebahagian dari harta syarikat mengikut kadar nisbah bilangan sahamsahamnya berbanding dengan jumlah keseluruhan saham syarikat dan pemilik
saham berhak menjual sahamnya bila-bila sahaja dia kehendaki.
Saham mempunyai harga nominal yang ditetapkan ketika dikeluarkan kali
pertama dan ia juga mempunyai harga pasaran yang ditentukan berdasarkan
kedudukan tawaran dan permintaan di bursa saham tempat di mana sahamsaham tersebut beredar.
Kedudukan halal atau haramnya sesuatu saham adalah dihukum mengikut
kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh syarikat yang telah diberikan saham. Oleh
yang demikian, haram memberi saham kepada sesebuah syarikat dan haram
memiliki sahamnya apabila dasar utama syarikat tersebut adalah untuk beroperasi
dan

menjalankan

perniagaan

sesuatu

barang

yang

diharamkan

seperti

melaksanakan riba serta membuat dan berniaga arak ataupun mengamalkan


sistem jualan yang diharamkan seperti sistem jualan dengan menunjukkan contoh
barang dan jualan gharar (jualan barang yang tidak pasti harga, barang jualan,
waktu dan kemampuan untuk menyerahkannya).
CaraMembayarZakatSaham

1.Jikasyarikatyangberkaitantelahmembayarzakatsahamnyasebagaimanayang
telahdijelaskandidalambahagianzakatsyarikat,pemiliksahamtidaklagiwajib
mengeluarkanzakatsahamnyauntukmengelakkandariberlakupergandaandi
dalamzakat(mengeluarzakatsebanyakduakali).
2.Adapunapabilasyarikattersebuttidakmengeluarkanzakatnya,pemiliksaham
wajibmembayarzakatnyadengancarasebagaimanaberikut:
3.Apabilapemiliksahammengambilsahamsahamnyauntukdiperniagakansecara
menjualbelikansahamnya,makakadarzakatyangwajibdikeluarkanialah
sebanyak1/40atau2.5%darihargapasaranyangsahpadaharidiwajibkanzakat
(waktucukuphaul)sepertikomoditiperniagaanyanglain.
Jika pemilik saham mengambil sahamnya hanya untuk mendapatkan
manfaat dari keuntungan tahunan saham tersebut, maka cara pembayaran
zakatnya adalah sebagaimana berikut:
1.Jikadiamampuuntukmengetahui(samaadamelaluisyarikatyangmengeluarkan
sahamataumelaluipihakyanglain)kadarhargayangtelahditentukanbagisetiap
sahamdarijumlahkeseluruhanasetsyarikatyangwajibdikeluarkanzakat,dia
wajibmembayarzakatnyasebanyak1/40atau2.5%darinilaisahamtersebut.
2.Jikadiatidakdapatmengetahuinya,diahendaklahmenggabungkankeuntungan
sahamtersebutdengankekayaanyanglaindalamhitunganhauldannisab
kemudianmembayarzakatnyasebanyak1/40atau2.5%dandengandemikiandia
bebasdarisegalatanggungannya.
ZakatHutang
Hutang ialah nilai sejumlah wang yang diberi pinjam kepada orang lain dan
ia wajib dikeluarkan zakat jika kemungkinan besar ia boleh dijelaskan oleh
peminjam tersebut. Hutang yang baru digabungkan dengan baki kekayaan wang
tunai yang lain dalam hitungan nisabnya. Sedangkan hutang yang perlu dibayar
kepada orang lain oleh orang yang ingin mengeluarkan zakat, ia tidak dihitung
sebagai harta yang perlu dikeluarkan zakat sebagaimana berikut:
1.Hutangbolehmenghalangkewajipanzakatdariorangyangberhutangsesuai
mengikutnilaihutangtersebutapabilahutangberadadidalamtanggungannya
sebelumtibawaktuwajibmembayarzakatdanapabilaorangyangingin
mengeluarkanzakattidakmempunyaihartalainuntukmembayarhutangnyaselain
darihartazakatyangmelebihikeperluanasasnya,diabolehlahmenjelaskan
hutangnyaitudarihartazakattersebut.
2.Jikaorangyangberhutangyanginginmengeluarkanzakatmemilikipelbagaijenis
hartayangmelebihidarihartazakat,diahendaklahmenggunakansalahsatudari
jenishartatersebutuntukmenjelaskanhutangnyakemudiandiamengeluarkan
zakatbagibakihartazakatyanglain.Keadaaniniadalahlebihberfaedahbagi
golonganyangberhakmenerimazakat.
3.Hutanghutangjangkapanjang(hutangtunggakan)yangberkaitandengantempat
tinggaldanhutanghutanglainseumpamanyayangmembiayaiasettetapadalah
tidakdiwajibkanzakatdaniabiasanyadijelaskansecaraberansuransurdalam
jangkamasayangpanjang.Hutangsebeginihanyabolehmengurangihartazakat
sesuaimengikutnilaiansurantahunanyangperludijelaskanpadatahuntersebut
sahajadanorangberkenaan(orangyangberhutang)hanyawajibmengeluarkan

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

10/11

8/1/2016

IslamGRID
zakatbagibakihartayangmasihberadaditangannya,jikamasihlagicukupnisab
ataupunlebihdarinisab.
4.Hartahartayangwajibdikeluarkanzakatakandikurangkandengankesemua
hutanghutangyangmembiayaiurusanurusanperniagaanapabilaorangyang
berhutangtidakmempunyaimodalyangdimiliki(asettetap)lebihdarikeperluan
asasinya.
5.Hartahartayangwajibdikeluarkanzakatakandikurangkandenganhutanghutang
pelaburanyangmembiayaisesuatuprojekperkilangan(eksploitasi)apabilaorang
yangberhutangtidakmempunyaimodalyangdimiliki(asettetap)lebihdari
keperluanasasinyayangbolehdigunakanuntukmenjelaskanhutanghutang
tersebut.Jikadiamemilikiasettersebut,makaasetitulahyangperludigunakan
untukmenjelaskanhutang.Semasadiamenjelaskanhutangdenganmenggunakan
asettersebut,hartahartayangwajibdikeluarkanzakattidakperlulagidikurangkan
denganhutang.
Sekiranya aset tersebut tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang, maka
harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat akan dikurangkan dengan nilai hutang
yang masih berbaki (diambil dari harta zakat untuk menjelaskan baki hutang
tersebut) dan sekiranya hutang tersebut adalah hutang pelaburan jangka panjang
(hutang tunggakan), maka harta zakat diambil hanya untuk menjelaskan ansuran
tahunan yang perlu dijelaskan pada tahun tersebut sahaja.

HakciptaTerpelihara2012JakimDasarPrivasi|DasarKeselamatan|Penafian

SesuaidipaparkanmenggunakanFirefoxdenganresolusi1024x768

http://ii.islam.gov.my/islam101/zakat.php

11/11

You might also like