You are on page 1of 2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

,


Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan
bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran
atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah
dan
taufik-Mu.
Kurniakanlah
kesejahteraan
dan
kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani.
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk
menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para
guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah
kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami
menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua
ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala
kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpinpemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur
bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan
agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah
negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat.
Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang
zaman.

You might also like