You are on page 1of 2

REFLEKSI EDU 3106

Nama : Pavitra a/p kannadass


Kelas: T3MT2
Budaya dan Pembelajaran EDU 3106 merupakan satu kursus yang baru pada semester ini. Ia
banyak memberi pendedahan tentang pelbagai kelompok masyarakat di Malaysia dan memberi saya
kesedaran tentang kepelbagaian kaum dan pengetahuan tentang adat resam selain struktur masyarakat.
Selain itu, kursus ini sangat sesuai bagi pelajar guru latar belakang masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai ras dan etnik. Pada pendapat saya kursus ini merupakan satu agen perpaduan
dan perubahan yang boleh menyatupadukan masyarakat kita dengan menerapkan ilmu adt resam
pelbagai kaum di Malaysia. Dengan ini,semua orang akan menghormati masyarakat kaum sendiri dan
kaum lain dan tidak akan melakukan perkara yang bercanggah dengan sesuatu kaum di Malaysia.
Selain itu, pendedahan tentang pelbagai perkara berhubung pembelajaran murid yang ada kaitan
tentang budaya pembelajaran di bilik darjah sangat berguna apabila saya ke sekolah nanti mahupun
semasa saya mengharungi sesi praktikal mahupun menjadi guru kelak. Saya juga mendapat pendedahan
tentang interaksi dan cara menjalinkan hubungan dengan murid dalam bilik darjah yang terdiri daripada
pelbagai etnik supaya bilik darjah sentiasa dalam kawalan saya.
Dalam pada itu,dalam perbincangan berkaitan pedagogi dalam kursus ini, saya telah mendapat
pendedahan tentang pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya yang sering terdapat di
kawasan pedalaman atau terpencil. Saya telah menguatkan pengetahuan saya dalam membuat
rancangan harian kelas bercantum selain cara menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kelas
bercantum melalui pembacaan tambahan,nota kuliah dan carian dalam internet. Saya berpendapat
dengan melengkapkan diri saya dengan ilmu ini saya dapat mewujudkan satu suasana bilik darjah mesra
budaya selain melancarkan proses pengajaran saya pada masa kelak.
Perkara paling penting yang menarik minat saya ialah pengurusan fizikal bilik darjah yang dapat
melainkan suasana bilik darjah setiap kali pengajaran dan pembelajaran mengambil tempat. Saya
berpendapat dengan cara ini murid dapat menyerap ilmu dengan lebih gembira dan cepat melekatkannya
dalam minda mereka. Dengan ini,pencapaian murid dapat ditingkatkan. Saya juga akan sentiasa
menguasahakan melainkan keadaan pembelajaran semasa saya di sekolah nanti.
Seperkara lagi yang menarik pandangan saya ialah kelas bercantum. Saya sangat tertarik semasa
saya berada dalam kuliah kelas bercantum. Saya kagum melihat kebolehan seorang guru mengurus
kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan.contohnya lemah,sederhana dan pandai.

REFLEKSI EDU 3106

Dalam situasi ini saya berasa seorang guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang
dilaksanakan selain membimbing murid-murid secara individu.
Secara keseluruhannya ,dengan mengikuti kursus ini pada semester ini saya telah banyak
memperbetulkan diri saya dari segi konsep mengajar kepada murid selain mempelajari pengurusan
sebuah bilik darjah secara holistik.

You might also like