You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran
dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi
dan
perkembangan
Teknologi
Maklumat
dan
Komunikasi
(Informatian and Communications Technology). Antara cabaran
negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang
berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi
persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini memerlukan
sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi


masalah menyedia dan mengeluarkan sumber manusia atau tenaga
kerja yang berkualiti. Syarikat-syarikat perniagaan dan juga agensiagensi kerajaan terpaksa menerima pekerja yang tidak kreatif dan
kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara
kolaboratif dan mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah
masalah semasa. Perubahan yang sedang kita hadapi dalam politik,
ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih dramatik pada
masa akan hadapan. Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang
perlu membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran
tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-21.
RASIONAL

Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu


tuntutan untuk menjayakan PPPM. Sehubungan itu, satu program
yang komprehensif akan dilaksana oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Johor bagi memastikan warga pendidik negeri Johor dapat
melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dan menangani

cabaran di peringkat global. Kertas kerja ini disediakan sebagai


cadangan mencadangkan untuk melaksanakan Pembelajaran Abad
ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor .

MATLAMAT

Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan


murid yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di
peringkat global.

OBJEKTIF

Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-2

Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21

Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid

Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)


sebagai strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekola

You might also like