You are on page 1of 8

TAJUK :

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW


Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana , guru-guru serta hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan
sebuah kisah yang bertajuk:
kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah
kabilah yang paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy
yang mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin
Abdul Muttalib, yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar
pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab dari yang berasal
dari Bani Zuhrah dan baginda juga merupakan keturunan daripada
Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail A.S.
Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah
arab. Lahirnya baginda dikalangan keluarga pilihan adalah asas lahiriah
yang kuat, apatah lagi ketika itu masyarakat masih berpegang kepada
semangat Assabiyah yang kuat.
Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai
Tahun Gajah kerana pada masa itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di
Kota Mekah:
Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya
Pasukan bergajah yang amat gagah
Datang menyerbu kota mekah
Menghancurkan Kaabah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya
(Sajak)
Kuasa Allah Maha berkuasa
Tentera abrahah hancur dan musnah
Tatkala Burung ababil melempari tentera gajah dengan batu-batuan
neraka
Manakala Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.
Firman Allah: Surah Al-Fil ayat 1-5 :
Os9r& tA s? y#Ax. A@ys y7A/uA =ptr'/ @A9$#
Os9r& @ygsA /fyAAx.A 9@A=s? A@yAAr&ur
NkAn=t #AA s A@A/$t/r& NgABA s?;ouA$yt2 `iB
9@AdA Ngn=ypgm 7#yx. Aq2'B

Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir


zaman telahpun menjadi buah mulut dikalangan pendita-pendita agama
samawi yang lain. Berita ini telah tersebar dengan cepat sekali dan
seakan-akan semua sudah tahu dan sedang menunggu lahirnya insan
istimewa itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah mendapat wahyu daripada
Allah swt bahawa akan lahirnya seorang rasul kedunia dan merupakan
nabi yang terakhir yang akan memimpin ajaran sebenar.

Firman Allah Surah As-Sof (61) ayat ke-6:


AA'tA .`B AAt/ mA$# AuHqr&
Maksudnya: .......yang akan datang kemudian daripadaku bernama
Ahmad.
------------------Adapun setelah Abdul Mutallib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah
binti Wahab, tidak lama berkahwin maka mengandunglah si ibu.
Suatu hari Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah
orang itu kepadanya, "Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin
umat ini. Jika engkau melahirkannya ucapkan, "Aku meminta perlindungan
untuknya kepada Allah Yang Maha esa dari keburukan semua pendengki,
dan beri nama dia Muhammad."
Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat sebuah cahaya
memancar dari perutnya. Dengan cahaya itu ia dapat melihat istanaistana Busra di Syam. Kejadian yang menakjubkan ini menunjukkan
bahwa di masa depan Muhammad akan diangkat sebagai Nabi Allah.
Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Mutallib tatkala
anaknya Abdullah meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi
Aminah yang sedang mengandungkan anak mereka, alangkah sedih pilu
hatinya apabila
menerima perkhabaran tersebut.
Akhirnya,
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.
Tanggal 12 rabiul awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.
Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga:

Terpadamlah api di biara Majusi


Runtuhnya istana kisra di parsi
Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota
Mekah.
Tanda kelahiran junjungan mulia.
(Nasyid)
Firman Allah Surah Al-Fath (48) ayat ke 8:
!$R) AA oY=yAAr& #YAgx #\A et6Bur #\A AAtRur

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengutusmu (wahai Muhammad)


sebagai seorang rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya);
dan sebagai pembawa berita kegembiraan kepada orang-orang yang
beriman serta pemberi amarah
kepada orang-orang yang ingkar.
Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada
datuknya Abdul Muttalib. Beliau menyambutnya dengan penuh gembira
dan membawanya ke kaabah untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana
telah dikurniakan seorang cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad
yang telah diilhamkan oleh Allah kepada keluarga baginda. Muhammad
bererti orang yang terpuji. Ia adalah nama yang paling layak untuk
rasulullah.
Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah adalah
bapa saudara baginda iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik
sahaja baginda lahir Abu Jahal terus berlari disekeliling kota mekah untuk
memberitahu perkhabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari kelahiran
nabi, Allah menghentikan seksaan kepada Abu Jahal kerana menyambut
kelahiran nabi dengan begitu gembira sekali.
Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi
keadaan sekelilingnya amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu
melahirkan.Sambil disaksikan oleh mak bidan, Muhammad lahir dengan
sihat dan selamat.
Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi
Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk
tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir.
Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti
hendak melihat sesuatu.

"Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolaholah merenung sesuatu diatas," kata Mak Bidan. Aminah terbaring,
diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung
emas.
"Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh
bayi itu. "Apa yang luar biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir
terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya
terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung
ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya.
Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan."
Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiranjirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad
dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah
yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang
serta menjadi tumpuan orang ramia.
Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti
bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat
suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat
Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu.
Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.
Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat
Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya
aku kalau mendapat seorang anak seperti ini," kata diantara wanita yang
datang itu.
Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat.
Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan
Aminah pun turut datang melihat Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut
kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu
meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada
penduduk-penduduk di situ.
"Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di
masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua
sambil menepuk-nepuk tubuhnya.
Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah,
hamba perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib mencari
perempuan yang bersedia untuk mengambil upah bagi menyusukanya

dikalangan orang badwi. Begitulah hal orang arab yang ingin bayi yang
dilahirkan dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh dari
unsur yang tidak baik di kota mekah.
Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab:
As)9 tb%x. N3s9 A AqAuA !$# ouqA& puZ|ym
Ertinya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan Yang baik
Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah
menurunkan seorang insan yang mulia untuk melengkapkan Akhlak dan
iman kita supaya sentiasa tunduk menjunjung perintah Allah azzawajalla
iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai
seorang Islam wajib mengikut dan meneladani setiap perbuatan yang
ditunjukkan dan dianjurkan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda.
Sekian..Wabillahi Taufik walhidayah..assalamualaikum wbt.
KISAH ASHABUL SABTI
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang
arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati
sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah alquran iaitu Kisah Ashabus Sabti.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pantun;
Bunga Melor Di dalam Taman
Dipetik jangan Dipandang Indah
Ashabus Sabti Kisah Teladan
Dalam Al-Quran Terbukti Sudah
Dikisahkan bahawa terdapat sebuah kaum yang tinggal di Ailah pada zaman Nabi Daud
alaihi salam. Penduduk di negeri ini adalah berbangsa Yahudi. Mereka mengamalkan syariat
yang dibawa oleh nabi Musa alaihisalam. Mereka diperintah oleh Allah swt agar setiap hari
Sabtu merupakan hari untuk beribadah kepada Allah swt dan meninggalkan segala urusan
dunia.

Firman allah swt dalam surah Al-Jumaah ayat 10:



10. Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan
carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.
Kita sama-sama ketahui, pada masa kini setiap kali waktu solat fardhu di Mekah
semua urusan jual beli dihentikan sementara sehingga selesai solat fardhu.
Pengajaran bernilai ialah walaupun kita sibuk dengan urusan seharian, ibadah
kepada Allah swt jangan diabaikan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Sesungguhnya, pada setiap hari sabtu banyak ikan terdapat di dua buah batu
putih di pesisir pantai negeri Ailah.Namun, hari-hari yang lain tidak ada seekor
ikan timbul. Penduduknya yang kebanyakkan bekerja sebagai nelayan tidak
tahan melihat ikan yang banyak khususnya pada hari sabtu.
Sebahagian
daripada
mereka
ingkar
dengan
syariat
Allah
swt.
Mereka menjadikan hari Jumaat untuk membuat jerat manakala pada hari Ahad
adalah memungut hasil tangkapan ikan. Tahun demi tahun berlalu, ikan semakin
banyak dan semakin ramai di kalangan mereka yang kufur kepada syariat Allah
swt.
Firman Allah swt dalam surah As-Yasin ayat 9;



9. Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding
(pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat.
Pada masa sekarang, terjadinya pembunuhan kejam kepada seorang jutawan
kosmetik beberapa tahun lepas.
Pengajarannya, rezeki yang banyak merupakan ujian daripada Allah swt kepada
kita dan kita jangan jadi tamak atas rezeki yang diberikan oleh Alla swt.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebahagian daripada mereka yang masih beriman memberikan peringatan


kepada golongan yang kufur ini namun nasihat mereka tidak diendahkan. Mereka
yang kufur mempersenda-sendakan ajaran dan syariat Allah swt.
Apabila mereka yang kufur tidak mendengar nasihat dan amaran daripada
mereka yang masih beriman kepada Allah swt, orang-orang yang beriman telah
keluar dari negeri tersebut dan mereka membina sebuah tembok yang kukuh
memisahkan orang yang beriman dengan yang kufur agar mereka tidak ditimpa
hukuman dari Allah swt.
Firman allah swt dalam surat Al-Araf ayat 164 :




164. Dan (Ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab
mereka dengan azab yang amat keras?" mereka menjawab: "Agar kami
mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya
mereka bertakwa.
Pada masa kini, banyak program-program ilmu dijalankan di televisyen seperti
sentuhan kalbu dan liga ilmu.
Pengajarannya, melaksanakan dakwah merupakan kewajipan ke atas individu
muslim di samping ia menyebarkan syiar Islam.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah bertahun-tahun lamanya penduduk Ashabul sabti yang kufur menangkap
ikan pada hari Sabtu, mereka telah menjadi kaya raya dan bertambah tamak
haloba. Maksiat dan dosa semakin bermaharajalela. Nabi Daud alaihi salam
berdakwah kepada mereka namun mereka tetap berdegil.
Firman Allah swt dalam surah Al-Mukmin ayat 4:



4. Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang
yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu
kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.
Pada masa sekarang gejala membuang bayi berada di tahap yang amat kritikal.

Pengajaran
kesabaran.

bernilai

ialah

dalam

berdakwah

memerlukan

ketabahan

dan

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Setelah Nabi Daud alaihi salam berdakwah supaya mematuhi syariat Allah swt ,
baginda pun memohon doa kepada Allah swt agar di turunkan hukuman bagi
mereka yang kufur. Allah swt mengabulkan doa Nabi Daud as. Mereka yang kufur
kepada Allah swt, wajah dan sikap mereka berubah seperti kera. Allah swt
seterusnya menurunkan azab dan siksaan berupa gempa bumi bagi
melenyapkan Ashabul Sabti dari muka bumi ini.
Firman Allah swt dalan surah Al-Baqarah ayat 65:



65. Dan Sesungguhnya Telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar
diantaramu pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu
kera yang hina".
Beberapa bulan yang lepas banjir besar di Pakistan dan gempa bumi berlaku di
Sumatera.
Pengajarannya ialah azab pasti Allah swt turunkan kepada golongan yang ingkar
kepada syariat Allah swt. Allah swt juga Maha Berkuasa untuk melakukan apa
sahaja yang dikehendaki-Nya.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah swt agar kita
menjadi Mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.
Wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian terima kasih.

You might also like