You are on page 1of 13

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

(Laporan antara 8 10 muka surat)


NAMA PELAJAR

: ABDULLAH BIN YUSOFF

NO. KAD PENGENALAN

: 660104-11-5309

PROGRAM

: PENSISWAZAHAN GURU (PPG).

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN TEMPINIS


22020 JERTEH,TERENGGANU.

NAMA PROJEK

: MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN AYAT


GRAMATIS BERDASARKAN GAMBAR
DENGAN TEKNIK SALAK-JA.

TEMPOH PELAKSANAAN : 1.4.2015 HINGGA 30.4.2015 (4 MINGGU)

1.0 PENGENALAN
Pengajaran dengan mempamerkan grafik kepada murid kerap diamalkan oleh guru di dalam
bilik darjah. Gambar atau grafik merupakan salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
digunakan oleh guru untuk merangsang murid berlisan, seterusnya mengeja, menulis dan
membaca. Prinsip asas dalam pengajaran bahasa ialah pengajaran haruslah bergerak daripada
yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada
yang dekat kepada yang jauh dan daripada yang telah diketahui kepada yang belum diketahui
Teknik SALAK-JA diperkenalkan kepada murid tahun empat untuk memudahkan proses
membina ayat berdasarkan grafik. Pengajaran disampaikan kepada murid secara didik hibur
agar sesi pengajaran dapat merangsang dan menarik minat murid-murid untuk berinteraksi,
melahirkan idea serta belajar dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan.

2.0 RASIONAL INOVASI PdP


Diharapkan dengan pengajaran dan pembelajaran inovasi baharu ini akan dapat membimbing
murid tahun 4 tabah ini dalam meningkatkan penguasaan membina ayat berdasarkan
grafik/gambar dengan granmatis dan baik. Melalui penulisan ayat ini yang gramatis akan
dapat meningkatkan penguasaan bahasa kerana murid perlu mencuba pelbagai jenis perkataan
baru, ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak. Seterusnya, berkomunikasi idea
1

secara efektif dengan mempraktikkan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Guru perlu
mewujudkan proses pengajaran bahasa yang menarik dan situasi sedemikian akan
menyebabkan murid berminat untuk belajar serta mengamalkan Bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian Suasana pengajaran yang menarik dan pembelajaran yang kondusif serta
menyeronokkan adalah amat perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Justeru,
Teknik SALAK diperkenalkan untuk membimbing murid membina ayat berdasarkan grafik.
Penjanaan idea dengan teknik ini dapat membantu murid tahun empat membina ayat dengan
mudah dan efektif. Perbendaharaan kata dapat dijana secara lisan dan penggunaan tatabahasa
bergerak seiring dalam struktur ayat yang dibina. Pengajaran berinovasi ini akan
memperlihatkan kesan penggunaan Teknik SALAK JA dalam pembinaan ayat berdasarkan
grafik kepada murid tahun empat di samping meninjau sikap murid apabila strategi pdp ini
berlangsung di dalam bilik darjah.

3.0 PERNYATAAN MASALAH


Masalah utama yang dihadapi oleh murid - murid tahun 4 Tabah Sekolah Kebangsaan
Tempinis yang paling besar adalah dalam penulisan,khasnya dalam penulisan kertas 2 Bahasa
Melayu. Walaupun berbagai teknik dan kaedah telah dilakukan oleh beberapa orang
guru,namun murid-murid ini masih lagi gagal untuk membina ayat dengan baik. Ayat yang
telah dibina tidak menepati kehendak soalan dan tidak gramatis. Murid ini yang terdiri
daripada kumpulan murid yang lemah dalam pencapaian akademik.Boleh dikatakan mereka
ini boleh membaca dengan agak lancar,tetapi masih tidak berupaya menghasilkan ayat yang
gramatis dalam penulisan mereka.
Selalunya jawapan yang ditulis tidak tepat,salah dari segi ejaan,tatabahasa,penggunaan
kata hubung serta kata sendi dan kata hubung.Murid ini selalunya tidak berupaya
mengeluarkan pendapat dan buah fikiran yang baik dan bernas.Boleh dikatakan murid-mruid
ini tidak berapa gemar membaca bahan bacaan seperti akhbar,majalah dan sebgainya.Inilah
beberapa faktor yang mungkin menyebabkan mereka selalu ketinggalan daripada kelas lain
yang sama tahap.

4.0 OBJEKTIF INOVASI PdP


Objektif utama inovasi ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan Teknik SALAK-JA
dengan kaedah didik hibur agar dapat membantu murid-murid tahun empat melahirkan idea
menyenaraikan perkataan-perkataan secara lisan terlebih dahulu sebelum membina ayat
berdasarkan grafik. Seterusnya, mempermudahkan murid-murid tahun 4 ini membina ayat
dengan gramatis berdasarkan grafik/gambar yang mereka lihat. Gambar itu samaada gambar
berbentuk tunggal ataupun berbentuk bersiri. Dapatan daripada inovasi ini memperlihatkan
Teknik SALAK-JA dengan pendekatan didik hibur dapat merangsang minat murid untuk
membina ayat berdasarkan grafik dengan cepat dan efektif. Murid-murid dirangsang
mengutarakan idea secara lisan bagi mendapatkan kosa kata yang bersesuaian terlebih
dahulu. Kemudian murid mengeja, menulis perkataan dan diikuti dengan membina ayat.

5.0 KONSEP INOVASI PdP :


Teknik SALAK-JA dengan pendekatan didik hibur dapat merangsang minat murid untuk
membina ayat berdasarkan grafik dengan cepat dan efektif. Murid-murid dirangsang
mengutarakan idea secara lisan bagi mendapatkan kosa kata yang bersesuaian terlebih
dahulu. Kemudian murid mengeja, menulis perkataan dan diikuti dengan membina ayat.
Murid-murid berada dalam situasi ceria dan seronok untuk belajar dengan soal jawab dan
pendekatan didik hibur. Secara tidak langsung, murid berminat untuk membina ayat.
Guru-guru Bahasa Melayu pula dapat memperkaya kaedah pengajaran di dalam bilik
darjah dengan memperluas kefahaman strategi pengajaran dengan pendekatan didik hibur
bagi membimbing murid untuk membina ayat. Lapan jenis ayat yang boleh dibina dengan
Teknik SALAK yang diperkenalkan kepada murid-murid. Rumusannya, hasil inovasi ini
diharap dapat memberikan nilai tambah kepada warga pendidik. Guru-guru dapat
memantapkan amalan pedagogi dengan kaedah didik hibur untuk merangsang minda murid
bagi membina ayat berdasarkan grafik.

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN.


Sebagai permulaan dan induksi

dalam kaedah pengajaran ini,saya telah mempamerkan

beberapa keping contoh gambar di hadapan kelas. Saya bertindak bersoal jawab tentang apa
situasi,aktiviti orang dalam gambar dan di mana aktiviti itu berlaku. Murid saya ini
nampaknya sangat teruja dan memberi idea yang bagus serta menarik. Masing-masing
berlumba-lumba untuk mengeluarkan pendapat dan idea.saya pula bertindak membetulkan
jika ada pendapat dan jawapan yang tidak tepat diutarakan oleh mereka.
Di dalam melaksanakan kaedah SALAK-JA ini, saya telah memperlihatkan dan
merujuk kepada grafik dan jadual yang diberikan kepada murid-murid tahun Empat Tabah.
Murid-murid dirangsang melahirkan kosa kata yang bersesuaian merujuk kepada grafik yang
diberikan. Rangsangan untuk mendapatkan kosa kata yang bersesuaian dengan grafik melalui
kaedah didik hibur serta perbincangan. Kosa kata yang diperoleh daripada murid-murid
disenaraikan dalam jadual. Kemudian, pemilihan atau saringan perkataan dibuat oleh muridmurid mengikut variasi ayat yang dikehendaki.
Akronim SALAK
SALAK merujuk kepada akronim sebagaimana di bawah ini, iaitu:
S : Siapa (menamakan pelaku atau watak yang dilihat dalam gambar)
A : Aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelaku
L : Lokasi atau tempat aktiviti berlangsung
A : Alatan yang diguna pakai oleh pelaku
K : Keterangan (pelengkap ayat bagi aktiviti yang sedang dilakukan dan merupakan ayat
tersirat. Tidak terdapat dalam gambar dan murid perlu kreatif memikirkan kesesuaiannya
dengan ayat yang dibina)

Ayat Yang Boleh Dibina Dengan Teknik SALAK- JA


Terdapat lapan variasi atau bentuk ayat yang boleh dibina oleh murid dengan Teknik
SALAK-JA. Kepelbagaian variasi ayat menunjukkan ayat yang dibina tidak kelihatan
stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat-ayat yang dibina dengan teknik ini
masih gramatis mengikut laras tatabahasa.
Berikut adalah lapan variasi ayat daripada Teknik SALAK-JA.
SA - Siapa dan aktiviti.
SAL - Siapa,aktiviti dan lokasi.
SALA - Siapa,aktiviti,lokaasi dan alatan.
SALK - Siapa,aktiviti,lokasi dan keteraangan.
SALAK - Siapa,aktiviti,lokasi,alatan dan keterangan.
SAA - Siapa,aktiviti,dan alatan.
SAAK- Siapa,aktiviti,alatan dan keterangan.
SAK- Siapa,aktiviti dan keterangan.
Kaedah Didik Hibur
PdP menggunakan kaedah didik hibur. Saya akan membimbing murid-murid menyanyikan
lagu berkenaan gambar yang dipamerkan bersma murid. Seni kata lagu yang ringkas dan
sesuai akan disediakan. Murid-murid menjadi lebih seronok bila aktiviti didik hibur
digabungkan ke dalam aktiviti pengajaran ini.
Elemen didik hibur yang disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan
murid-murid belajar dalam situasi yang ceria dan menyeronokkan. Murid-murid dirangsang
minda menyenaraikan kosa kata yang berkaitan dengan grafik secara lisan terlebih dahulu.
Jawapan-jawapan yang diberikan dibincang untuk penyaringan kosa kata yang bersesuaian
dengan grafik. Ramai pengkaji menyatakan kaedah permainan bahasa ini dapat menarik
minat murid aktif sertai sesi pengajaran dan pembelajaran, mengelak kebosanan dan
menambahkan keseronokan belajar.
Pemilihan Variasi Ayat
Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid tahun satu sebagaimana Jadual 1 di bawah.
Kosa kata yang disenaraikan dimasukkan ke dalam jadual untuk memperlihatkan variasi ayat
yang dibina oleh murid. Perkataan-perkataan yang disenaraikan oleh murid perlu melalui
5

proses pemurnian ayat dengan tatabahasa yang betul untuk menjadikan ayat yang dibina lebih
gramatis

Gambar : Orang sedang memancing ikan di sungai.

Jadual 1: Variasi Ayat Yang Boleh Dibina Dengan Teknik SALAK-JA


SIAPA
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul

AKTIVITI
Pancing ikan
Pancing ikan
Pancing ikan
Pancing ikan
Pancing ikan
Pancing ikan
pancing ikan
Pancing ikan

LOKASI

ALATAN

sungai
sungai

Guna joran

sungai

Guna joran
Guna joran
Guna joran

KETERANGAN JENIS AYAT


SA
SAL
SALA
isi masa lapang
SAK
Isi masa lapang
SALAK
SAA
baharu dibeli
SAAK
pada
waktu SAK
petang

Pemurnian Ayat
Lima elemen tatabahasa untuk proses pemurnian ayat, iaitu penggunaan kata sendi, kata
hubung, penjodoh bilangan, imbuhan dan pemilihan kata adjektif yang sesuai dalam ayat
6

yang dibina. Bimbingan daripada guru untuk proses pemurnian ayat yang dibina adalah
sangat diperlukan pada peringkat awal pengajaran. Ini dapat dilihat sebagaimana dalam
Jadual 2.
Jadual 2 : Pemurnian Ayat
SIAPA

AKTIVITI

lOKASI

ALATAN

KETERANGAN

JENIS AYAT
SA

Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul
Amirul

Memancing
ikan
Memancing
ikan
Memancing
ikan
Memancing
ikan
Memancing
ikan
Memancing
ikan

di sungai.

SAL

di sungai

menggunakan
sebatang joran

di sungai

untuk
mengisi SALK
masa lapang.
menggunakan untuk
mengisi SALAK
sebatang joran masa lapang.
menggunakan
SAA
sebatang
joran.
menggunakan yang
baharu SAAK
sebatang joran dibeli.
pada
waktu SAK
petang.

di sungai

Memancing
ikan
Memancing
ikan

SALA

6.0 REFLEKSI
a) Kekuatan Projek:
Seramai 19 orang murid yang menjadi responden kajian inovasi ini. Instrumen kajian inovasi
merujuk kepada grafik dan jadual yang diberikan kepada murid-murid tahun empat. Muridmurid dirangsang melahirkan kosa kata yang bersesuaian merujuk kepada grafik yang
diberikan. Rangsangan untuk mendapatkan kosa kata yang bersesuaian dengan grafik melalui
kaedah didik hibur. Kosa kata yang diperoleh daripada murid-murid disenaraikan dalam
jadual. Kemudian, pemilihan atau saringan perkataan dibuat oleh murid-murid mengikut
variasi ayat yang dikehendaki.
Murid yang ditanyakan tentang membina ayat menggunakan kaedah SALAKJA,mengatakan mereka agak mudah faham dan berupaya menulis ayat seperti yang
dikehendaki.Cerakinan secara ruangan dan persoalan siapa,apa aktiviti,lokasi dan keterangan
7

sungguh memudahkan kefahaman mereka untuk membina dan menulis ayat ini dengan baik
dan gramatis.Murid boleh mengeluarkan idea dengan cepat bila ditanyakan tentang situasi
dan aktiviti di dalam gambar atau grafik yang ditunjukkan kepada mereka.Objektif
prngajaran cepat dan mudah tercapai dengan baik serta berkesan.
b) Kelemahan:
Skop pemahaman murid menjadi terhad dan tidak berapa berkembangan dengan baik.Ini
kerana murid sentiasa dipandukan dengan petak atau ruangan cerakin untuk membina serta
menulis ayat berdasarkan gambar atau grafik. Jikalau tiada gambar dan ruangan cerakinan
mengikut pecahan siapa,aktiviti,lokasi,alatan dan keterangan tiada,murid tidak boleh
membina dan menulis ayat dengan baik. Pemikiran murid agak terbatas dan tidak meluas,idea
tidak menyeluruh. Hal ini tentunya menjadikan murid itu lemah dan gagal dalam
menghasilkan penulisan yang baik dan gramatis.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.


Pada kajian yang seterusnya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan oleh pengkaji sebagai kesinambungan daripada kajian ini. Antara cadangan yang
boleh dilakukan sebagai penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam kajian
seterusnya ialah menggunakan instrumen dokumen selain daripada kaedah intervensi yang
digunakan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji menyarankan agar kajian seterusnya ini
melibatkan lebih ramai subjek kajian. Hal ini membolehkan pengkaji mendapatkan hasil
dapatan yang meluas dan lebih mantap. Selain itu, tempoh kajian dilanjutkan lagi kerana
pengaplikasian teknik latih tubi memerlukan tempoh masa yang lama untuk memberi kesan
yang lebih baik.
Hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Bahasa Melayu untuk
memperkaya kaedah pengajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh memperluas kefahaman
strategi pengajaran dengan pendekatan didik hibur bagi merangsang penglahiran kosa kata
sebelum membina ayat berdasarkan grafik. Lapan jenis ayat yang boleh dibina oleh murid
dengan Teknik SALAK. Ayat yang dibina dengan teknik ini gramatis dan masih mengikut
rumus tatabahasa. Pendedahan penggunaan teknik ini perlu dilakukan di peringkat awal
dengan penerangan dan garis panduan oleh guru kepada murid. Setelah murid memahami
8

pembinaan ayat dengan teknik ini, pengajaran menjadi lebih mudah dan murid belajar dalam
suasana ceria serta menyeronokkan.
8.0 KESIMPULAN.
Pengkaji ini berharap kajian ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada semua orang
untuk meningkatkan dan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam
atau luar bilik darjah. Kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan sekiranya murid mempunyai
masalah penguasaan atau ingin menguasai suatu kemahiran. Selain itu, pengkaji turut
mengalami masalah kekangan masa semasa melakukan kajian ini. Masa pelaksanaan kajian
yang dilakukan oleh pengkaji adalah singkat kerana kajian ini melibatkan tiga fasa dan
pengkaji mempunyai beberapa kerja kursus yang harus disiapkan dalam tempoh
Sebagai kesimpulannya projek inovasi ini patutlah diambil perhatian oleh semua guru
Bahasa Melayu di semua sekolah. Jika kita pandai membimbing dan mengajar murid kita
dalam pdp,tidak mustahil semua murid tahun 4 Tabah sekolah ini akan berupaya
menulis,membaca dengan lancer serta berintonasi. Selaian itu,diharapkan semua guru
menggunakan kaedah ini dalam membina ayat gramatis untuk penulisan karangan mereka.

9.0 PENUTUP
Pengajaran dengan mempamerkan grafik kepada murid kerap diamalkan oleh guru di dalam
bilik darjah. Gambar atau grafik merupakan salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
digunakan oleh guru untuk merangsang murid berlisan, seterusnya mengeja, menulis dan
membaca. Prinsip asas dalam pengajaran bahasa ialah pengajaran haruslah bergerak daripada
yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada
yang dekat kepada yang jauh dan daripada yang telah diketahui kepada yang belum diketahui
Teknik SALAK diperkenalkan kepada murid tahun empat untuk memudahkan proses
membina ayat berdasarkan grafik. Pengajaran disampaikan kepada murid secara didik hibur
agar sesi pengajaran dapat merangsang dan menarik minat murid-murid untuk berinteraksi,
melahirkan idea serta belajar dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan.

Pengkaji ini berharap kajian ini dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada semua
orang untuk meningkatkan dan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran ketika di
dalam atau luar bilik darjah. Kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan sekiranya murid
mempunyai masalah penguasaan atau ingin menguasai suatu kemahiran. Selain itu, pengkaji
turut mengalami masalah kekangan masa semasa melakukan kajian ini. Masa pelaksanaan
kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah singkat kerana kajian ini melibatkan 4 minggu
sahaja,dalam masa yang sama pengkaji harus menyiapkan kajian tindakan dan juga terpaksa
menyelesaikan beberapa tugasan pentaksiran di sekolah yang harus disiapkan dalam tempoh
yang amat singkat. Namun begitu, semuanya dapat dilakukan dengan baik tetapi amat
memenatkan.

10

LAMPIRAN:
Aktiviti yang dijalankan

11

12

Gambar menunjukkan murid-murid sedang cuba membina ayat berdasarkan gambar yang
diberikakan.

13

You might also like