You are on page 1of 8

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BAHANG


11050 PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA SESI 2016


Tarikh :
Hari
Tempat
Masa

28 DISEMBER 2015
:
Isnin
:
Bilik Mesyuarat
:
11.00 pagi

AGENDA

1.
2.
3.
4.
5.

Ucapan Aluan Pengerusi


Ucapan Naib Pengerusi
Laporan Ketua Panitia
Hal-hal lain
Ucapan Penangguhan

Kehadiran:
1. Pn. Hjh.Che Norliah bt Ishak
2. En.Kamaludin bin Shawal Hamid
3. Pn Siti Zaleha bt Ismail
4. Pn. Noor Hafiza bt Mohd Johari
5. Pn. Wang Yong Fong
6. Pn. Siti Fatimah bt Zain
7. Pn. Shazleen bt Izham
8. Pn. Noridawati bt Idris
9. Pn. Vijayasri a/p Balakrishnan
10. Cik Azizah bt Shamsudin
11. En. Saiidi bin Ismail
12. En. Mohd Syafiq b . Desa
13. En. Shaiful Anuar b. Zainul
14. En.Mohd. Akmar b. Ahmad
15. Pn. Zakiah bt Mamat
16. En. Raziefuddin Zaffar bin Razali
17. En. Faiz Basheer bin Othman
18. En. Hailmi bin Othman
19. Pn. Azilah bt Othman
20. Pn. Shahrol Mazian bt Shuib
21. Cik Aziana bt Azizan
22. En.Khairilizam bin Ismail
23. En. Shamsul Rijal bin Ramli
24. En. Ziki bin Nasimen
25. En. Mahadzir bin Mahadi

- Pengerusi
- Naib Pengerusi
- PKKO
- PKHEM
- Setiausaha
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
- Pen. Seni & Visual
- Pen. Jasmani
- Pen. Kesihatan
- RBT/TMK
- Pen.Islam
- Bahasa Arab
- Pend. Muzik
- Pend. Moral
- Sejarah
- Pemulihan
- Guru Perpustakaan & Media
- Pra Sekolah
-Guru Bimbingan Kaunseling

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

26. Pn. Loo Wye Kheng


27. Pn. Azian bt Ali
28. En. Khairul Razlizan bin Razali
29. Cik Sayidatul Nakiah bt Ibrahim
30. En. Mohd Akmar bin Ahmad
31. Pn. Hjh Noor Rani bt Ibrahim
32. Pn. Habsah bt Zakaria
33. Pn. Che Farhana bt Abu Bakar
34. Pn. Norhayati bt Mustafa
35. Pn. Suhada bt Taha
36. En Mohd Faizal bin Idris
37. En. Mohd Zullfakhar bin M.Din
38. En Prakash Marefeen
39. Pn. Noridhuwah bt Mat Nawi
40. Pn Siti Mahani bt Musa
41. Pn Rohaya bt Kadir
Tidak hadir bersebab:
1. Pn. Amalotpavamary a/l Anthony
2. Pn. Che Farhana bt Abu Bakar

- Setiausaha Peperiksaan

Agenda 1: Ucapan Aluan Pengerusi (Guru Besar)


1.1.

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan mengalu-alukan


kedatangan semua guru. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru yang
terlibat dan guru-guru lain yang turut menghadiri mesyuarat kurikulum kali pertama bagi
tahun 2015.

1.2.

Pengerusi memaklumkan bahawa persekolahan yang sepatutnya bermula pada 5


Januari 2015 telah ditangguhkan kepada 12 Januari 2015 memandangkan bencana banjir
yang menimpa negeri-negeri tertentu. Namun begitu, perancangan dan program pada
minggu ini tetap diteruskan. Makluman penangguhan persekolahan ini akan diumumkan
2

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

kepada ibu bapa pada Hari Orientasi Pra Sekolah dan Tahun Satu yang akan diadakan
pada 31 Disember 2015 ini. Poster dan baner juga akan diedarkan di sekitar Teluk
Bahang termasuk masjid dan kawasan laluan tumpuan.
Tindakan: Semua guru
1.3.

Kutipan duit buku kerja, modul Bahasa Inggeris dan Matematik serta yuran PIBG
akan diadakan pada 5 Januari 2015 ini jam 9.00 pagi. Semua guru kelas perlu hadir untuk
membuat kutipan pada hari tersebut.
Tindakan: Semua guru kelas

1.4.

Semua guru perlu memahami dan mematuhi visi dan misi sekolah yang telah
diselaraskan oleh PPM 2013-2015 iaitu:
Visi Sekolah - Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi Sekolah - Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara.
Tindakan: Semua guru

1.5.

Pn. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru terutama guru
Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus menyediakan murid-murid untuk menghadapi
Peperiksaan UPSR tahun 2014. Namun begitu, beliau mengharapkan peningkatan dalam
UPSR tahun 2015 memandangkan penurunan GPS tiga tahun berturut-turut sebelum ini.
Dengan demikian, beliau memohon agar semua guru perlu bekerjasama dan berusaha
keras dalam peningkatan UPSR pada tahun 2015.
Tindakan : Semua Ketua Panitia Teras
1.6.
Pn. Pengerusi sendiri akan turun padang bersama guru-guru Tahun 6 dalam
pengajaran dan pembelajaran Tahun 6 serta memfokuskan Pra Sekolah dan Tahun Satu
bagi meningkatkan prestasi sekolah. Beliau memaklumkan bahawa Kelas Tambahan
PERDA akan dimulakan awal Januari dan selepas waktu persekolahan. Murid-murid
Tahun 6 tidak dibenarkan balik selepas waktu persekolahan supaya tidak berlaku kes
ponteng kelas.
1.7.

Pn. Pengerusi juga memaklumkan bahawa Teknik Menjawab Soalan UPSR akan
diadakan dua kali pada tahun 2015 ini. Selain itu, beliau juga meminta semua guru
terlibat dalam Majlis Graduasi Tahun 6 2015 ini dan tarikhnya telah pun ditetapkan iaitu
pada 14 November 2015 (Sabtu).
Tindakan: Makluman dan semua guru

1.8.

Pn. Pengerusi mengharapkan kerjasama semua guru untuk hadir ke sekolah


sebelum jam 7.30 pagi. Guru diminta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
3

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

sebaik mungkin. Pada waktu kelas ganti, guru-guru berkenaan diminta masuk ke kelas
tepat pada waktunya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semua guru
adalah guru disiplin dan diharap semua guru dapat memainkan peranan masing-masing
dalam menangani masalah displin murid-murid dan bukan berharap kepada guru disiplin
sahaja.
Tindakan: Semua guru
Agenda 2: Ucapan Naib Pengerusi (PK Pentadbiran)
2.1

Tn. Hj. Kamaludin selaku Naib Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang terlibat dalam peningkatan UPSR tahun 2014. Walaupun keputusan
UPSR pada tahun ini tidak melonjak dan tidak memberangsangkan, beliau berharap agar
pada tahun 2015 ini, keputusan dapat ditingkatkan lagi. Oleh itu semua guru harus
bekerjasama dan lebih berusaha dalam pengajaran dan pembelajaran pada tahun ini serta
hendaklah bermula dari Pra Sekolah.

2.2

Perancangan Panitia, Pelan Strategik 2015-2017 serta Laporan Panitia perlu


disiapkan dan dihantar kepada beliau sebelum sekolah dibuka pada 12 Januari 2015.
Wang PCG setiap panitia perlu dibelanjakan sehingga habis menjelang hujung tahun dan
bajet setiap panitia adalah sama seperti tahun 2014. Semua fail panitia hendaklah
dikemaskini dan dilengkapkan. Pemantauan akan dibuat oleh pihak atasan dari semasa ke
semasa.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

2.3

Kutipan wang keperluan sekolah dan yuran PIBG akan diadakan pada 5 Januari
2015. Pada tahun 2015 ini, yuran PIBG adalah sebanyak RM10.00 bagi setiap murid
berbanding sebelum ini RM10.00 bagi sebuah keluarga. Namun begitu, kata putus belum
dibuat. Buku resit tidak akan dikeluarkan, guru hanya perlu menanda pembayaran di
dalam senarai nama murid mengikut kelas masing-masing serta menulis tarikh
pembayaran dilakukan.
Tindakan : Semua Guru Kelas

2.4

Penyediaan Soalan Ujian & Peperiksaan Semua guru diminta memasukkan


soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana murid-murid perlu
didedahkan dengan soalan sebegini selaras dengan kehendak KPM. Guru-guru juga
hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran awal daripada yang ditetapkan.
Jadual waktu NILAM mesti diselitkan dalam PdP Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris untuk meningkatkan pembacaan murid. Selain itu, Tn.Hj Kamaludin juga
mengesyorkan agar Buku Sifir Matematik mesti dibeli oleh semua murid dan digunakan
sebelum PdP Matematik dan di dalam kelas Matematik.
4

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

Tindakan : Semua Guru dan Panitia Matematik


2.5

Data-data guru seperti APDM, eOperasi, EMIS dan sebagainya perlu dikemaskini
dari semasa ke semasa. Jika perlu, segala data dan maklumat diri guru hendaklah
disimpan di dalam nota telefon bimbit masing-masing untuk memudahkan urusan.
Tindakan : Semua Guru

2.6

Sarana Ibu Bapa/Sekolah Ibu bapa yang berkemampuan mengajar dan berminat
serta berbakat diberi peluang untuk membantu guru dalam proses PdP di sekolah.
Tindakan : Makluman

Agenda 3: Ulasan Pengerusi ( Guru Besar)


3.1

Dokumen Persediaan Mengajar hendaklah dilengkapkan dan dibalut dengan


kemas. Guru boleh menggunakan pen biru atau hitam tetapi tidak boleh
dicampuradukkan dan perlu diselaraskan dari awal. Bahagian Impak hendaklah ditulis
dalam bentuk bilangan/angka dan bukan dalam bentuk peratus. Jadual Waktu Kelas dan
Persendirian hendaklah ditulis dan diisi dengan lengkap. Sekiranya terdapat perubahan
jadual, guru boleh menulis semula kerana banyak ruangan jadual waktu disediakan.
Buku Kehadiran Murid setiap kesalahan tidak boleh menggunakan liquid paper,
hanya potong dan tandatangan ringkas. Semua guru kelas mesti melengkapkan buku
kehadiran murid sebelum Februari 2015.
Tindakan: Semua guru

3.2

Puan Guru Besar menerangkan tentang Melindungi Masa Instruksional (MMI)


yang memfokuskan kepada guru ganti (relief). Guru relief mesti melaksanakan PdP sama
ada dengan:
i

- mengajar berdasarkan RPH yang disediakan dalam BRMG

ii

- menggunakan bahan PdP yang ditinggalkan oleh guru berkenaan

iii

- mengajarkan mata pelajaran mengikut kepakaran guru ganti

iv

- melaksanakan sebarang aktiviti yang boleh memberikan ilmu

- TIADA AKTIVITI (perlu dielakkan)


5

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

Tindakan: Semua guru

3.3

GPS Negeri Pulau Pinang (JPN) bagi UPSR 2014 :


i

BM PEMAHAMAN

- 1.87

ii

BM PENULISAN

- 1.73

iii

BAHASA INGGERIS- 2.45

iv

MATEMATIK

SAINS

- 2.46
- 2.52
Tindakan: Makluman

Agenda 4: Hal-hal Lain


4.1

Pn. Shahrol Mazian menjelaskan bahawa terdapat sedikit perubahan tentang


Vocabulary Hunter (VH). Mulai tahun 2015, VH akan dijalankan oleh guru-guru Bahasa
Inggeris (BI) sahaja semasa PdP dan tidak lagi melibatkan semua guru. Selain itu, Panitia
BI juga turut menyediakan modul English Book for Beginner untuk murid Tahap Satu.
Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Khairul Razlizan
kerana menyediakan Modul Matematik KSSR Tahun 4.

4.2

En. Khairul Razlizan meminta semua murid Tahun 4 membeli Modul Matematik
KSSR Tahun 4 dan bayaran RM13 bagi sebuah modul tersebut hendaklah diserahkan
kepada beliau.

4.3

Tn. Hj Kamaludin meminta semua guru Tahun 6 yang mengajar mata pelajaran
teras memberi Teknik Menjawab UPSR pada hari pertama mengajar sebagai ulangkaji
dan peringatan kepada murid Tahun 6.

4.4

Pn. Shazleen memaklumkan perancangan dan aktiviti Panitia Bahasa Inggeris


bagi Tahun 2015 secara ringkas. Beliau berharap agar aktiviti yang dirancang dapat
berjalan dengan lancar.

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

4.5

Ustaz Mohd Sofri meminta agar pembelian Buku Peraturan Sekolah berharga
RM2.00 sebuah diwajibkan kepada semua murid dan pembayaran buku tersebut
hendaklah diserahkan kepada beliau.

4.6

Pn. Guru Besar memaklumkan bahawa Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik


(HAKA) akan diadakan pada 27 Jun 2015 dan hendaklah menggunakan keputusan
Peperiksaan Pertengahan Tahun.

4.7

Pn. Guru Besar juga memaklumkan semua kutipan wang buku kerja dan tanda
nama hendaklah diserahkan kepada beliau manakala kutipan wang baju sukan dan buku
log diserahkan kepada Pn. Siti Zaleha. Wang PIBG pula perlu diserahkan kepada
Bendahari PIBG iaitu Ustaz Mohd Akmar. Semua kutipan dan penyerahan hendaklah
ditandatangan dan ditulis tarikh.

4.8

Pn Guru Besar juga menyarankan agar guru-guru Bahasa Inggeris(BI) hendaklah


menggunakan bahasa Inggeris di hadapan murid-murid atau guru-guru lain. Beliau juga
mencadangkan agar pengawas bertugas menggunakan BI semasa mengendalikan
perhimpunan rasmi. Teks ucapan akan disediakan oleh Pn. Shazleen.

Agenda 5 : Ucapan Penangguhan


Pn. Guru Besar berharap semua guru dapat menepati masa untuk masuk mengajar dan
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin dan sentiasa bersedia
menghadapi perubahan dunia pendidikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
7

Minit Mesyuarat Kurikulum

1/2016

(NOOR HAFIZA MOHD JOHARI)


Setiausaha Kurikulum ,
SK Telok Bahang, Pulau Pinang.

You might also like